Aishah Rahim's Diary

Thursday, August 30, 2012

Kronologi Hasniza Hassan.

Aku janji, ini kali terakhir aku bercakap pasal Hasniza Hassan ni. Banyak lagi perkara lain yang perlu aku fokuskan daripada dok berbalas email dengan minah ni. Niat aku cuma satu, nak terangkan sikit hati Cik Hasniza Hassan ni supaya dia tahu apa yang dia buat, cakap, lontarkan pendapat tu salah caranya. Tak kena tempat dan melampau. 

No. Aku bukan jenis manusia yang tidak boleh menerima pendapat. Cakaplah apa sahaja, aku sudi dengar dan terima. Hujung-hujung, aku bersyukur sebab ada orang yang sayangkan aku. Yang mahukan aku jadi lebih baik. Tapi please jaga ayat dan perasaan orang lain. Cara kita bercakap, sudah mencerminkan bagaimana latar belakang hidup kita. Please bear in mind, muka cantik pon tak guna kalau hati sangat busuk. :)

Oklah. Kita mulakan kronologi sekarang.


Aku terima email dari seseorang yang bernama Hasniza Hassan.
Email beliau berbunyi seperti di atas. :)


Aku balas ini.
Kononnya berterima kasih sebab ada orang yang 'sayang'. :)


Ehhhhh. Dia balas ini pulakkk??


I replied with this.
Siap attach 4 keping maklumat dia yang aku serach kat FB.

Dan dia balas ini?? HAHAHAHAHAHA.

Dia tanya aku jeles? Of coz I'm not my dear! :)


Aku cubalah hantar email semula nak tanya baik-baik.
Apa masalah dia?


Dia jawab ini.
See? Masih dengan ego dia.


Aku balas ini semula.
Masih dengan bahasa yang elok. 


Balasan dari dia. KAHKAHKAHKAH.


Ini aku dah berasap sangat.
Tapi masih SABAR.


Tetap dengan kurang bahasanya. :))


Masa ni, aku memang dah berniat nak let go sahaja benda ni.
Tapi......


BILA DIA BALAS INI, AKU TAK BOLEH TERIMA.

Dan berakhirlah sesi berbalas email dengan Cik Hasniza Hassan itu pagi tadi. Aku malas nak balas lagi sebab memikirkan aku boleh jadi bodoh bila layan orang bodoh. Aku akan jadi gila kalau layan orang gila. Hati aku boleh sakit layan orang yang sakit mental. Eh, terasa? Jangan terasa ye Cik Hasniza Hassan. Ini realiti. :)

Bersama-sama ini, aku lampirkan juga wajah-wajah Cik Hasniza Hassan yang sangat cantik tapi hati dan budi bahasanya ZERO. Maaflah bukan niat nak malukan dia. Tapi aku nak dia rasa macam mana orang lain judge diri dia pulak. 

Maaf Hasniza, kalau awak nak saya turunkan gambar awak ni, sila hantar email dan minta maaf kepada saya. Kalau tak, sampai bila-bila saya tak akan turunkan gambar ni dan silap haribulan, entry saya ini akan di-share ke serata alam dan terbongkarlah sifat-sifat dan kebusukan hati awak itu. :)













Sekali lagi aku mohon maaf kalau ada penulisan aku yang tidak sedap dibaca. Kalau aku ada sakitkan hati sesiapa, maaf sangat-sangat. Kepada orang-orang yang terlibat, jangan jadi duri dalam daging. Serius aku benci deal dengan orang yang tikam kawan dari belakang.

Baik aku tamatkan entry ni sekarang. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 28, 2012

Nashriq's 2nd Birthday.

25 Ogos 2012, Ahad.

Tak ada celebration secara besar-besaran. Just a small birthday party jemput Atok, Nenek-nenek, Makcik Pakcik dan sepupu sepapat tuan punya birthday. Alhamdulillah, sungguh pon tak jemput orang lain, rumah cukup meriah dengan jerit pekik sanak saudara. Nashriq pon happy. Semua orang yang sayangkan dia, ada depan mata. :)

Menu pon tak ada yang hebat. Kebetulan Emak kata teringin nak makan Nasi Minyak. So, dia pon volunteer nak masakkan. Siap buat air Sirap Bandung lagi. Kami suami isteri cuma sediakan rumah dan kek sahaja. Pastu bermulalah majlis sambutan harijadi tuan kecil bersama keluarga-keluarga rapatnya.

Kek Hari Jadi.
Tahun depan Mama belajar buat kek ye sayang? :P



Makan kuih raya.
Cantik kan muka? T___T



Dengan sepupu sepapat.



Nyanyi lagu Happy Birthday.


Tepuk tangan untuk diri sendiri. T__T



Orang lain tiupkan lilin. HAHAHAHA.





Potong kek lah konon.



Mama pergi dapur amik piring.
Dia pandai-pandai nak angkat!



Sesi makan kek di playroom.
Pastu playroom terbalik dilanggar todak.



Anak dara Encik Wahid.


Bersama Qaseh dan Nenek belah Ayah.

Oleh kerana dah banyak sangat gambar. Aku jadi tak tahu nak taip apa dah. Maka, entry ini pon ditamatkan secara serta merta. Huehuehuehue. :p


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012.


Selamat Hari Raya! :)

Maaflah sebab banyak gambar yang tidak senonoh. Ini pon banyaknya gambar ehsan dari adik ipar kesayangan. Campur sikit dengan gambar yang diambil dari BB. Memang banyak yang tak lepas piawaian bergambar. Tapi apa ada hal? Upload dan tengok saja lah kan? 

Fantastic Four.
Hingar bingar bila bergambar.


Adik beradik.
Bermacam ragam.

Banyak lagi gambar kat FB adik ipar tapi tak dan nak pergi save satu-satu. Ni aku amik mana yang senonoh aje. Hahaha. Nampak sangat gambar sendiri banyak yang tak senonoh kan? :P

Lepas ni kalau rajin, aku up entry pasal birthday Nashriq plak okeh? 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, August 16, 2012

Testimonial #9 : Hannah Johary & Breastfeeding Set.

Hoi. Lama gila tak update pasal Shaklee kan? Hilang diri kejap pasal terlalu banyak kemerunduman hidup berlaku. Hahaha. Well, this is life. Ada turun dan ada naiknya. This past few days aku turun, dan sekarang aku nak naik balik. Dengan semangat waja I tell you! :P

Aku tak berniat nak update panjang. Just nak sharing pasal sahabat baik Hannah Johary yang baru mencuba set breastfeeding start 9 Ogos 2012. Tup tup, on 10th August dia SMS mengkhabarkan berita gembira.


Sangatlah seronok kan? Korang pulak macam mana?

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, August 15, 2012

Raya Mode Is On.

Sebenarnya, Raya tahun ni tak berapa nak ria sangat. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab dah tua kot? Hahaha. But seriously, memang rasa sedih, penat dan letih je tahun ni. Macam tak syok nak sambut raya. Mood kelaut sangat. Tapi demi anak-anak, aku gagahkan jua. Cecece.

Macam biasa, tahun ni akan beraya seperti tahun-tahun yang lepas. Malam Raya dan pagi Raya kat rumah Emak. Lepas Solat Raya baru gerak balik rumah Mertua then ikut mereka masuk Singapore. Passport aku yang dah mati pon dah renew semula. Passport Najah pon dah buat. So major things memang dah settle.

Oh ye. Sebelum lebih jauh, meh cuci mata tengok gambar passport budak berdua ni. Gambar Nashriq tu masa umur dia 11 bulan last year. Gambar Najah masa umur 7 bulan lebih (semalam). Nampak sama besar kan? Err, atau Najah lebih besar? Hahahaha.


Paling sama, MULUT diorang kan?
Sama KEPOH lah jawabnya! T___T

Ahh, berbalik kepada kisah Raya.

Baju Raya kami sekeluarga pon dah beli. Semua beli yang dah siap. Tak sempat nak hantar upah. Aku sedondon dengan Najah, suami sedondon dengan Nashriq. Nanti kalau ada gambar keluarga di Hari Raya, aku kasi upload k? Tak boleh janji pasal aku takde kamera canggih. Harapkan ehsan adik ipar dan handphone BB aku je ni nanti. Tsk.

Yang belum beli lagi ialah sandle untuk Nashriq. Tahun ni memang tak akan belikan dia kasut pasal aku rasa susah untuk dia bergerak aktif. Kang kalau pakai kasut, susah pulak dia nak keluar masuk rumah bukak pakai semua. Oh dan songkok Nashriq pon kena beli lain sebab yang last year punya dah tak muat. Ayaiyaiyai.

Aku punya barang boleh dikatakan sudah complete. Beg, kasut semua dah beli. Kalau ikutkan hati takyah beli beg pon takpe. Tapi dek kerana beg yang aku pakai skang dah jahanam, so kenalah beli kan. Takkan nak pakai beg gitu plak pergi beraya. Eheks.

Apa lagi? Apa lagi?

Duit raya belum tukar lagi. Aku ni dok tolong orang lain tukarkan duit kat akak ipar dan suami. Tapi diri sendiri punya tak tukar-tukar. Harus buat kejap lagi lah. Takleh tangguh-tangguh. Nak kira peruntukan sat lagi.

Sebelum aku tamatkan entry ini...

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Aku mohon maaf sangat sekiranya sepanjang penulisan aku kat sini, ada yang berkecil hati dan terasa. Sesungguhnya, ianya di luar kesedaran aku sebagai manusia. Semoga Lebaran kali ini memberikan seribu pengertian buat kita semua. Kepada yang balik kampung, have a safe journey ye? Panjang umur, kita jumpa lagi. MINAL AIDIL WAL FAIZIN.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015