Wednesday, August 15, 2012

Raya Mode Is On.

Sebenarnya, Raya tahun ni tak berapa nak ria sangat. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab dah tua kot? Hahaha. But seriously, memang rasa sedih, penat dan letih je tahun ni. Macam tak syok nak sambut raya. Mood kelaut sangat. Tapi demi anak-anak, aku gagahkan jua. Cecece.

Macam biasa, tahun ni akan beraya seperti tahun-tahun yang lepas. Malam Raya dan pagi Raya kat rumah Emak. Lepas Solat Raya baru gerak balik rumah Mertua then ikut mereka masuk Singapore. Passport aku yang dah mati pon dah renew semula. Passport Najah pon dah buat. So major things memang dah settle.

Oh ye. Sebelum lebih jauh, meh cuci mata tengok gambar passport budak berdua ni. Gambar Nashriq tu masa umur dia 11 bulan last year. Gambar Najah masa umur 7 bulan lebih (semalam). Nampak sama besar kan? Err, atau Najah lebih besar? Hahahaha.


Paling sama, MULUT diorang kan?
Sama KEPOH lah jawabnya! T___T

Ahh, berbalik kepada kisah Raya.

Baju Raya kami sekeluarga pon dah beli. Semua beli yang dah siap. Tak sempat nak hantar upah. Aku sedondon dengan Najah, suami sedondon dengan Nashriq. Nanti kalau ada gambar keluarga di Hari Raya, aku kasi upload k? Tak boleh janji pasal aku takde kamera canggih. Harapkan ehsan adik ipar dan handphone BB aku je ni nanti. Tsk.

Yang belum beli lagi ialah sandle untuk Nashriq. Tahun ni memang tak akan belikan dia kasut pasal aku rasa susah untuk dia bergerak aktif. Kang kalau pakai kasut, susah pulak dia nak keluar masuk rumah bukak pakai semua. Oh dan songkok Nashriq pon kena beli lain sebab yang last year punya dah tak muat. Ayaiyaiyai.

Aku punya barang boleh dikatakan sudah complete. Beg, kasut semua dah beli. Kalau ikutkan hati takyah beli beg pon takpe. Tapi dek kerana beg yang aku pakai skang dah jahanam, so kenalah beli kan. Takkan nak pakai beg gitu plak pergi beraya. Eheks.

Apa lagi? Apa lagi?

Duit raya belum tukar lagi. Aku ni dok tolong orang lain tukarkan duit kat akak ipar dan suami. Tapi diri sendiri punya tak tukar-tukar. Harus buat kejap lagi lah. Takleh tangguh-tangguh. Nak kira peruntukan sat lagi.

Sebelum aku tamatkan entry ini...

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Aku mohon maaf sangat sekiranya sepanjang penulisan aku kat sini, ada yang berkecil hati dan terasa. Sesungguhnya, ianya di luar kesedaran aku sebagai manusia. Semoga Lebaran kali ini memberikan seribu pengertian buat kita semua. Kepada yang balik kampung, have a safe journey ye? Panjang umur, kita jumpa lagi. MINAL AIDIL WAL FAIZIN.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 comments:

  1. aik bila buat paspport ni...sy buat semalam..tak jumpa pn...hehe

    ReplyDelete
  2. selamat ari raya Aishah..maaf zahir batin.

    geram ngan Najjahhh

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aishah..

    mulut diorg 2 ni mmg sebijik sama,..najjah nampak mcm dah big girl sgt..comel 2 2..

    ReplyDelete
  4. hamboi..samenya mulut! selamat hari raya juga aisyah!

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aishah. gebu sungguh anak dara sorang tu ye

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya aishah! memang nampak serupa lah dua beradik tu :)

    ReplyDelete
  7. selamat ari raya Aishah n family. nanti raya, aku serbu umah ko k. hehe

    ReplyDelete
  8. adil dan saksama....sorang ikot muka ayah...sorang ikot muka mama....so tak yah gaduh2 ea...hehehe...anyway Selamat hari raya Aishah n family...

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri Aisyah!!jemput datang rumah nanti

    ReplyDelete
  10. comel mulut cenggitu... pipi bam3 tolak mulut jadi muncung comei...hihi

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015