Lagi beberapa minggu, anak bujang kat atas ini akan berusia 2 tahun. Subhanallah, terasa kejap sangat masa berlalu. Semakin banyak akal. Semakin banyak kerenah. Semakin 'mencekik' darah. Hahaha. Taklah. Aku bukan merungut. Just nak express kan keadaan setiap hari si bujang ni. Walau bagaimana pun kerenahnya, inilah buah hati pengarang jantung Mama dan Ayah. Yang terlalu manja dan dicintai.
Antara perangai-perangai yang sering buat Mama dan Ayah tarik nafas panjang ialah bila jam 2-3 pagi dia kejut kita semata-mata nak tengok TV! Kalau tak mahu bangun, dia akan menangis mengamuk sampai Najah pon turut bangun. Boleh bayangkan? Sudah di kasi tengok TV, dia minta pula macam-macam. Nak makan. Nak minum. Nak main basikal. Semuanya. Ya. Semuanya pada jam 2-3 pagi itu.
Yang selalu jadi mangsa keadaan tentulah Wahid. Sebab Mama kasi alasan nak tidur kang Najah nak menyusu mengantuk. Echeh. Tapi memang si Ayah kaki melayan nak dibandingkan dengan aku sendiri. Apa-apa pon, Nashriq lebih suka minta dengan Ayahnya. Mudah dapat. Kalau dengan aku, mahu dapat setepek dua kat peha dulu. Kasi menangis kaw kaw baru ikut keluar bilik tengok TV. Hehe. Punyalah Hitler kan Mama Nashriq ni? :P
Sesi mandi pon tak boleh sekejap-sekejap. Kalau kita mandikan dia dan terus ajak keluar 5-10 minit gitu, confirm dia akan melalak-lalak macam kena belasah. Penyelesaiannya, kasi dia main air dulu puas-puas (sesi pembaziran air) dan kemudian tanya dia, "Nashriq dah sudah?", tunggu sampai dia jawab "Okey!", baru boleh masuk mandikan dia sabun sabun. Pastu nak ajak keluar pon takde hal. Dengan rela hati dia boleh keluar. Tapi silalah tengok jari tangan dan jari kaki yang dah kedut-kedut sebab main air. Haih.
Apa orang makan, dia pon nak makan. Tapi sudahnya bukan dia makan. Sesi akan berubah menjadi 'Jom Masak Bersama Anas Nashriq' bila dia mula sudu nasi masuk cawan. Air dalam cawan dia sudu masuk pinggan. Pastu dia akan gaul-gaul sambil cuba nak ceduk lauk pulak masuk cawan. Grrrrr! Tangan aku ni memang laju je melepuk ok. Kang kalau tak kasi makan nampak macam kejam sangat. Tapi bila dikasi makan itulah penyudahnya. Paling tak boleh handle, bila kita nak kemas dan ambil pinggan dia tadi, confirm akan melalak-lalak lagi macam Mama dan Ayah dia ni pendera terhebat. Sabarkan ajelah.
Bila nak pergi kerja waktu pagi pon kena pergi perlahan-lahan jangan sampai dia terbangun dari tidur. Kalau dia terbangun, jawabnya akan kedengaranlah suara dia memekik nak ikut pagi-pagi buta. Kalau dulu, nak pergi kerja mesti cium dia pastu kasi kata-kata dan doa sket. Tapi sekarang memang tak berani. Sebab kalau dia terbangun, stuck lah aku kat situ nak explain "Mama nak gi kerja sayang. Nashriq duduk ngan Nenek ek? Petang Mama balik kita main k? Nashriq kan budak baik. Anak Soleh. Kan? Kan?" Sampailah 5-10 minit dia diam dan tak heran, baru boleh blah pi tempat kerja.
Tapi dalam banyak-banyak perkara, si abang ini semakin sayangkan adiknya. I love to see macam mana dia begitu protective terhadap adiknya. Kalau dia tengah main kat luar dengan sepupu sepapat, pastu Najah seorang diri dalam rumah atas walker, dia akan masuk dalam rumah dan cuba tolak walker Najah keluar ajak main sama-sama. Kalau Najah nangis, dia akan cepat-cepat pergi ke adik dan berkata, "Diam Ajah. Diam Ajah. Ayang Ajah". Sweet kan? :)
Pernah satu hari, kami anak beranak semua nak keluar berjalan. So sajelah nak menyakat Nashriq, "Najah tinggal tau. Tinggal sorang. Jom kita jalan?". Hahahaha. Seboleh-boleh dia pergi kat Najah dan cuba dukung sambil cakap, "Angun Ajah. Angun. Nak alan". Rasa nak menitik weh airmata time tu. Sayangnya dia kat adik dia sampai tak boleh tinggal. :))
Setiap pagi bangun pon, orang pertama cari mesti "Ajah?". Kalau dah jumpa, dia akan cakap, "Assalam wassalam Ajah". Konon nak bagi salam. Hahaha. Bolehlah dari takde kan? Kekeke. Pastu gi kat Najah dan cium cakap "Ayang Ajah. Ayang Ajah".
Dalam sayang dan baik tu, perkara yang menaikkan darah kami ialah bila Najah tengah tidur dalam buai. Bila makpak ni leka buat kerja masing-masing, tengok dia hilang, sila pergi check kat buai Najah sana. Dia akan enjut buai Najah sambil menjerit (cuba berzikir sebenarnya), "Awwah Akbar. Awwah Akbar". Baik-baik adiknya tadi lena tidur dan makpak tadi boleh buat kerja, jadi si Najah bangun melekek-lekek sebab tengok abang dia dan kami langsung tak boleh buat apa! Masa tu memang ambil nafas panjanglah.
Memang banyak lagi perangai-perangai pelik Nashriq bila semakin nak meningkat ke usia 2 tahun ini. Itu tak kira lagi dengan panjat robok TV, panjat kerusi dan buat stunt dari kerusi ke kerusi, tolong 'kemas' kabinet dapur Mama dan bla bla bla. Rasanya kalau list kat sini, sama pening orang yang membaca nanti. Eheks.
So, sebelum orang lain pening jugak, baik entry ini ditamatkan. Sekian.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
hehehe sooo sweet....memang buadak2 masuk je 2 tahun mcm2 peel dier buat kan....
ReplyDeletesama mcm mya sgt sygkan adik n very protective.part buaikan adik sambil awahuakbar tu pon sama jgk hahahha.pon suka dok mandi dlm bilik air lama2 jgk.aihh betoi2 terrible two la anak2 kita kan
ReplyDeletehuhuhu..ini nashriq ngan najah..kalu dua dua hero camno?part main air dah sama dah berejam..sabun kalu tak sukat habis sebotol sehari..lin kena wat persiapan mental macam ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAishah, bab ayah melayan Nashriq time malam2 tu mmg sama dengan ayah Husna melayan Husna time malam2, sebab Anas kite yang jaga. Sama.
ReplyDeletenashriq dah makin bijak...time buat perangai tu mmg mendidih je rasa tp bila baik rasa macam nak cium je banyak kali...
ReplyDeleteBETULLLLLLLL!!! Sama jugaklah kita..... mama boleh pengsan
ReplyDeleteHahahahaha! Memang stage budak 2 tahun same lah weh. Memang naik darah tahap puaka. Kekeke
ReplyDeleteTapi the best part entry ni adalah waktu Nashriq ajak Najah jalan. Alahai. Sumpah sedih terharu sobsobsob
dugaan.. nak dapat pahala jihad nie bukan mudah.. orang lain siap gi perang lagi... kita jaga anak jer.. :D
ReplyDeletehehe..sayang abg nashriq kat adek yer. best nye anak dua ni sha. happy je tgk gelagat dorg ni kan
ReplyDeleteawk
ReplyDeleteso sweet(^___^)...hmpir sy nak menitis airmata...syg nashriq pd najah...pndai jg adik, dah taw yg dia dah jd "abg"...
tb2 trus sy tpkir aakif,camne gayanya bl aakif ada adik??sygkah aakif pd "adiknya" or aakif kan tojak2 keletup sm cam aakif keletup qisha & anaqi (anak kak ipar 1st & 2nd)...
sm cam aakif,dah 2thn lg byk lorat lg ketegak itu bdk...tp dia laa jantung ati intan permata sy...
kim salam kat nashriq & najah, muahhhh
perangai abglong nashriq ni mcm aqil..adik nangis srh adik diam..kalau dia nangis..haha..bab main air no 1..nak masuk bilik air ssh nak keluar bilik air pn ssh..huhu...
ReplyDelete