Amaran : Aku fikir banyak kali sama ada nak kongsi gambar ini atau tidak. Takut ada pembaca yang lemah semangat tak boleh tengok gambar kubur. Tapi, bila fikir balik, ianya cuma gambar kubur kan? Tak ada apa-apa yang boleh melemahkan semangat. Tapi kalau seriously ada yang tak boleh tengok, tutuplah. Kang tak pasal-pasal aku kena saman. Hehe.
Hari Sabtu yang lepas, aku keluar bertiga dengan Emak dan Abang De. Niat awalnya nak pergi Pasar Larkin untuk membeli beberapa barangan untuk hias rumah Hari Raya. Echeh. Sekali tengok Abang De melencong ikut laluan nak pergi Mahmoodiah. Aku tanya nak gi mana? Abang De jawab nak pi kubur jap sebab nak kemas-kemas. Oklah fine. Aku pon dah lama tak pi sana. Last pergi sebelum aku bersalin Najah kot? Hurm.
Sampai aje kat Tanah Perkuburan Mahmoodiah, kitorang terus pergi kat bahagian Arwah Abah dan Nashrah. Nasib baiklah bersebelahan aje. So tak banyak tempat nak pergi kan? Kemas sekali arung je. Senang. Suasana memang redup habis sebab atas kubur Arwah Abah dan Nashrah tu ada satu pokok besar merimbun betul-betul menutup kuburan mereka berdua. Rasa sejuk Subhanallah.
Kami dua beradik mengemas kubur sementara Emak baca Yaasin. Upah seorang penjaga kubur untuk tambahkan tanah dalam 'kepok' kubur Arwah Abah tu. Pastu kitorang beli batu tambah sikit. Mula-mula planning nak tanam rumput atas tu, tapi takut tak hidup pasal takde cahaya matahari dek kerana pokok yang merimbun atas tu. So letak batu putih sahaja lah.
My love. |
Belah kiri tu rumah Nashrah. Belah kanan rumah Arwah Abah. |
Kubur mereka berdua ni memang hujung sekali tau. So, ada bahagian lapang sikit sebelah kubur Nashrah. Emak selalu cakap, "Esok kalau Emak takde, tanam Emak kat situ". Kami adik beradik buat tak dengar pasal tak tahu nak komen apa. Sebaknya lahai kalau semua orang yang aku cinta nak pergi tinggalkan aku. Jangankan tunggu sampai masa, membayangkannya sekarang pon boleh menitik air mata. :(
Tapi kita cuma manusia biasa kan? Jodoh, ajal dan maut bukan urusan kita. Macam mana kita pergi, kat mana kita ditanam, siapa pon tak tahu. Hidup ini harus berserah sepenuhnya kepada-Nya. Bila kata-Nya Kun-Fayakun, maka jadilah atas kehendak.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
sayu hati tgk kubur arwah nashrah. sy mmg xleh tgk kubur kecik2 comel2 ni.sedih.naluri ibu katanya
ReplyDeletesedihnye lah bile mak aishah cakap camtue.....terus mun rasa sebak di dada..betul tue aishah...jangankan kata melaluinya nak membayangkan nya pon tak boleh kan
ReplyDeletemak dulu selalu ckp kain dia kt mn nk amik kalau dia mati..brg2 dia mcmn nak handle kalau dia pergi..tp bila benda tu jd kenyataan..rs mcm xpijak bumi..rs mcm mimpi..rs mcm mak tido je..nangis je maria ms tu..husband sll ckp igt anak dlm perut tu...tp entahlah..mcm separuh dr semangat dah hilang ms tu.. skrg syukur dah leh handle rs kehilangan tu..cuma rindu kdg2 dtg menyapa..rindu arwah sgt2..
ReplyDeletealfatihah utk mereka2 yg telah meninggalkn kita..
seriously sebak.
ReplyDeleteAlfatihah utk arwah nashrah & abah aishah.
al fatihah...
ReplyDeletemengingati mati itu akan menjadikan kita orang yang sentiasa mengingati Allah SWT.. semoga kita tergolong di dalam jer .. :)