Aishah Rahim's Diary

Friday, January 18, 2013

Kenali Fungsi & Faedah Lecithin.

Hari ini hari Jumaat,
Esok pula hari Sabtu,
Sebelum kita berehat weekend,
Mari baca tentang Lecithin.

Betapa hancurnya pantun kau, Aishah Rahim! :D

Hahahaha. Takpe, asalkan maksud tu sampai kan? Apa lagi, jom kita baca tentang fungsi dan faedah Lecithin. Ianya bukan sekadar pembakar lemak yang terkenal dalam set cadangan kurus vitamin Shaklee, malah lebih dari itu. Jom kita baca! :)


Lecithin adalah HOT PRODUCT dalam program penurunan berat badan.
Ianya adalah dari gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yang lain.

FAEDAH LECITHIN

- Membersihkan saluran darah.
- Sebagai pengemulsi lemak dalam salur darah semula jadi yang power!
- Mengawal penggumpalan platlet darah.
- Menggalakkan metabolisma lemak.
- Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.
- Mengelakkan nyanyuk.
- Mencergas dan mencerdaskan otak.
- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
- Mengawal kehilangan air oleh kulit.
- Menjaga kesihatan membran sel.
- Menjaga kesihatan saraf.
- Penting dalam penghasilan hormon.
- Untuk rambut yang sihat.

SUMBER MAKANAN YANG TINGGI LECITHIN

- Soya
- Telur

Lecithin Shaklee dibuat dari soya.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN?

- Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.
- Pesakit diabetes dan buah pinggang.
- Penderita stroke.
- Mereka yang kolesterol tinggi.
- Mereka yang mengalami inflamasi.
- Mereka yang sukar tidur.

KESAN KEKURANGAN LECITHIN

- Rambut gugur
- Tidak dapat fokus dengan baik
- Sering sakit dan mengalami keradangan.

Dapatkan Lecithin Shaklee hari ini. Pastinya yang HALAL sahaja.


Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
BBM : 2701848E
Email : shara85_jb@yahoo.com


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, January 17, 2013

Kenapa Ibu Mengandung Perlukan Kalsium?

When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)

Fakta di atas adalah dari http://www.babycenter.com.my/

Yezza. Berapa ramaikah ibu-ibu mengandung di luar sana yang mengambil kalsium mencukupi untuk diri mereka sendiri dan juga anak yang dikandung? Berapa ramai yang sangat disiplin minum susu 3 kali sehari bagi menjamin anak di dalam sana cukup khasiat? Dan berapa yakinkah kita (untuk diri saya juga), yang pengambilan kalsium kita sehari-hari itu mencukupi untuk cover keperluan harian?

Tak tahu? Tak yakin? Tak mahu ambil tahu?

Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Jumlah ini bersamaan dengan pengambilan 1 liter susu segar sehari

Haaa. 1 liter jangan main-main tau. 1 liter air masak pon susah nak habis kan kadang-kadang? Hehehe. Ni aku bercakap tentang diri aku sendiri ni. Kalau korang mampu nak minum susu 1 liter sehari, kira memang hebat lah tu. Tapi seriously, untuk diri aku sendiri, waktu pregnant memang payah gila nak telan susu. :)

Tapi takpe. Takpe. Takpe. Jangan risau.

Shaklee ada OSTEMATRIX bagi memastikan keperluan kalsium anda dan bayi mencukupi. Dengan pengambilan 4 biji sehari (sebiji mengandungi 250mg kalsium), anda telah menjaga kesihatan tulang dan gigi anda sendiri, serta pembentukan tulang bayi di dalam kandungan anda pon sihat.


Jangan ambil ringan pengambilan kalsium tau! 

Untuk lain-lain vitamin khas untuk ibu mengandung, boleh baca kat sini;


Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
BBM : 2701848E
Email : shara85_jb@yahoo.com


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, January 10, 2013

Cuba GLA Untuk Kulit Wajah Bersih Berseri Dan Awet Muda.

Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi Vitamin E yang asli.


Taraaaa!! Comey tak? Comey tak?

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni?

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Membantu meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid).
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  • Membantu menangai ekzema.
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid.
  • Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkan imuniti tubuh.
  • Memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
  • Mengawal kolesterol.
  • Untuk fungsi saraf.

Jom kita review sket mereka-mereka yang jatuh cinta dengan GLA Complex ini. :)



Haaaa. Apalagi kawan-kawan? Nak kulit wajah bersih berseri awet muda dengan kos di bawah RM100? Inilah pilihan paling tepat! Memang takkan menyesal punya I tell you! :)

Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
BBM : 2701848E
Email : shara85_jb@yahoo.com


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, January 9, 2013

Kesihatan Tulang Jangan Dipandang Remeh, Ye?

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes Osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah Osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda Osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. 

Artikel tambahan : Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.

Supplemen di atas adalah yg dicadangkan dlm memenuhi diet nutrien tulang anda.
Ostematrix, Omega dan Vivix.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Dua Puluh Lapan.

20 tahun yang lepas.
Sambutan harijadi yang ke-8 tahun.
P/S : Jiran tu sibuk betul nak enterframe buka hadiah aku. Hihihi.

Alhamdulillah. Dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik-baik sepanjang 28 tahun ini. Diduga serba sedikit kehidupan dengan ombak Tsunami agar tidak terlalu leka dan alpa dengan kehidupan sehari-hari. Diberikan cahaya bahagia maha indah untuk aku sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi. Terima kasih, Ya Allah. Engkau pinjamkan aku nyawa di hari ini agar aku terus bernafas untuk meneruskan kehidupan di bumiMu nan indah ini.

My wish for today?

  • Semoga aku mampu menjadi isteri yang 'perfect' dalam konteks fikiran suami.
  • Semoga aku mampu menjadi anak yang sentiasa membahagiakan Emak dan mendoakan kesejahteraan beliau. Semoga doa aku, anak Soleh (insya-Allah) sentiasa diterima oleh Abah, di sana.
  • Semoga aku mampu menjadi menantu yang disenangi oleh ibu bapa mertua. Semoga kasih sayang yang aku beri kepada Emak, begitu jugalah kepada ibu bapa mertua.
  • Semoga aku mampu menjadi Mama paling ter-best kepada Nashriq dan Najah. 
  • Semoga aku dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada Emak, kepada suami, ibu bapa mertua dan memberikan kasih sayang melimpah ruah kepada anak-anak. 
  • Semoga aku dimurahkan rezeki yang halal dan berkat untuk membahagiakan orang-orang yang aku sayang. Semoga aku mampu memberikan yang terbaik buat mereka dengan rezeki halal yang berkat itu tadi.
  • Semoga ditetapkan Iman dan kesabaran untuk menjadi muslimah yang terbaik. Diterangkan hati dan ditunjukkan jalan benar agar tidak tersasar dari track menuju Syurga di sana.
  • Semoga diberikan ketabahan menempuh dugaan dan cabaran hidup yang bakal mendatang. Semoga juga dipermudahkan jalan hidup dan diberikan ketenangan hati menempuh hari-hari mendatang.

Semoga kasih sayang Allah, doa Emak dan restu suami mengiringi perjalanan hidup aku.

Selamat datang 28. Semoga kita bergaul mesra dan memberikan impak yang terbaik. 

P/S : I miss Abah and Nashrah so much. Al-Fatihah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015