Thursday, June 30, 2011

Testing 1, 2, 3.

Kemas Nashriq, kemas. Tumbang TV tu pon tak apa. :D

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, June 28, 2011

Seriau.

Seingat aku, untuk kandungan kali ini, baru 2 kali aku menjalankan ujian imbasan. Pertama kali masa nak confirm pregnant dulu kat Klinik Perdana. Then kali kedua masa kat KK check up 3 bulan. After that, dah takde lagi dah. Klinik Perdana bubuh tarikh appointment pon, aku buat-buat tak ingat.

Kadang kala, aku rasa tak adil pulak untuk kandungan kali ni. Masa Nashrah dan Nashriq dulu, bukan main beria lagi aku ke klinik konon nak tengok baby dalam perut. Tapi kali ni cam takde perasaan pulak. Makan ubat pon skip-skip. Emak dah bising cakap jangan beza-beza. No, I'm not. Cuma kekangan masa dan jadual yang padat membuatkan aku selalu lupa status sebenar aku kini.

Jadi, bagi berlaku adil atau dalam erti kata lain aku memang suka scan-scan, kami pon singgahlah sekejap ke Klinik Perdana pada malam Sabtu kelmarin. Aku suka Klinik Perdana ni sebab dia memang betul-betul pakar dalam perbidanan. So, macam syok jelah dengar doktor akan explain macam-macam masa sesi scanning tu. Aku kan over dose risau dalam banyak benda. Itu nak tanya. Ini nak tanya.

Entah kenapa malam tu, sepanjang menunggu giliran nak masuk jumpa doktor tu, perut aku sakit gila. Bulu roma naik mencanak-canak. Bulu tengkuk ni jangan cakap lah. Macam tak sedap hati. Macam nak menduduki peperiksaan lagaknya. Aku cakap dengan Wahid, dia tanya aku nak membuang ke? Aku cakaplah, tak. Tapi serius macam takut nak masuk bilik doktor. Macam takut nak scan. Macam takut nak hadap realiti.

Segalanya macam flash back semula pada kisah Nashrah dulu. Saat aku ke Klinik Murni untuk pengesahan status beliau yang tidak bergerak-gerak. Macam terngiang-ngiang kat telinga aku;

"Saya rasa, anak awak dah meninggal"

Ahhhh. Rasa cam nak cabut lari dari Klinik malam tu jugak. Malas nak hadap doktor. Malas nak hadap mesin scan. Malas nak dengar apa-apa. Rasa cam tak sedia. Rasa rindu kat Nashrah.

Ye, rindu kat Nashrah..... T___T

Tapi aku kuatkan jugak semangat. Bila nama aku dipanggil, aku melangkah masuk diiringi suami yang over excited nak hadap mesin scan. Macam dia pulak yang akan baring atas katil pastu doktor letak gel nak scan baby. Over tau dia.

Lepas interview 2-3 soalan, doktor suruh aku baring atas katil sebelah mesin scan tu. Aku pon menurut perintah dengan satu badan seram sejuk. Entah apa masalahnya aku dengan mesin scan kali ni. Masa Nashriq dulu boleh rileks pulak. Pelik.

Sewaktu doktor menjalankan langkah-langkah biasa sebelum scan, aku selawat laju-laju. Sakit perut ni jangan cakaplah. Serius macam nak amik paper Kimia dulu masa SPM. Takutnya hanya Allah yang tahu. Bila doktor dah letak aje gel pastu dah mula nak scan, aku tak pandang pon monitor mesin scan tu. Wahid kat hujung kepala ni yang hadap apa doktor dok tekan-tekan kat keyboard dia.

2-3 saat lepas tu baru aku ada kekuatan nak pandang monitor sebelah kanan aku tu. Bila doktor dah cakap, "Ha, ni jantung dia. Nampak kan dia bergerak?". Leganya Ya Allah. Pastu baru ada nafsu nak tengok lama-lama. Kekekekeke.

Overall, dah cukup sifat dah. Everything membesar follow by date. Doktor ukur diameter kepala dan saiz kaki macam biasa. Semuanya Alhamdulillah, okay. Wahid menjadi orang yang paling bahagia malam itu. Senyum meleret sampai dalam kereta. Entah apa yang dia fikir aku malas nak tanya. Baik aku layan perasaan aku sendiri.

Anehnya, rasa sakit perut dan seram sejuk tadi terus hilang serta merta. Mungkin aku terlalu fikirkan Nashrah kot. Takut tragedi kelmarin berulang lagi. Haih.

How I miss Nashrah so much. Mungkin ini gantinya.....



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, June 27, 2011

10 Months Old, Anas Nashriq.


Ketika hidup memberikan seratus alasan untuk menangis, kamu hadir dengan membawa sejuta alasan untuk tersenyum. :))

I love you Anas Nashriq kesayangan Mama.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Blackberry DG Smart Plan.

Sudah berjanji dengan Dayu nak cerita pasal Blackberry DG Smart Plan ni dalam blog. Rasanya sebelum aku bertolak ke Melaka lagi kot. Oh yeah. Kepada yang tak tahu, aku baru pulang dari Melaka Bandaraya Bersejarah selepas berkampung 5 hari 4 malam di sana. Semuanya untuk kehadiran wajib bagi Kursus Kewangan anjuran Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Makanya, semangat bekerja adalah berkobar-kobar sekarang. Tapi, tunaikan janji seminit dua dulu.

Well, korang pon tahu yang aku angaukan Blackberry dah lama. Kepada yang mengikuti entry-entry aku, for sure lah tahu aku kerap sebut Blackberry-Blackberry-Blackberry. Agaknya sampai ada yang menyampah dengan aku. Kan? Kan? Kan? :D

Nak dijadikan cerita, selepas kehilangan Nokia E71 beberapa minggu yang lepas, aku dah pasang niat nak cekau Blackberry sebiji. By hook or by crook (wah macam bagus!), aku kena jugak dapatkan sebiji. Tapi macam biasalah kan, benda mahal bukan boleh keluar duit petik jari. Kenalah berbincang suami isteri bagi mengelakkan masalah-masalah kewangan masa akan datang. Dan bila suami kata 'ON', isteri pon tergedik-gedik mengira wang simpanan.

Sebelum aku buat keputusan yang muktamad, bermacam-macam soalan aku lemparkan kat Twitter. Which Blackberry yang best lah. Plan apa yang bagus lah. Sampai dah tak ada siapa nak jawab tweet aku. Malu I tau berbual sorang-sorang kat Twitter. Macam melukut di tepi gantang gitu. Muahahahahaha. :D

Oleh kerana ketidaksabaran yang melampaui batas, aku pon mengajak suami ke Jaya Jusco Tebrau untuk pembelian secara kilat. Tolong faham jenis manusia macam aku. Apa yang aku nak, aku mesti nak time tu jugak. Memang kurang motivasi sabar aku ni. Suami pon dah faham perangai isteri dia yang satu ni. Kalau tak ikut kang, memang sedepa lah muncung sampai boleh sangkut hanger 14 baju.

Sesampai sahaja di Jaya Jusco Tebrau, kami pon bersidai di booth DiGi. Beberapa soalan wajib telah diajukan kepada promoter yang bertugas. Kenen punya kenen, aku tersangkut dengan yang ini. Tapi plan yang booth DiGi tu tengah offer lain sikit. Tapi dasar manusia tak reti sabar, aku grab aje lah.

Plan yang aku grab ialah; RM849 (harga Blackberry) + RM688 (advance payment) = RM1537. Pastu monthly payment ialah RM88 + RM10 (BIS). Mahal sikit ah monthly payment dia sebab kuota internet dia 5GB. Kalau yang RM68 tu, kuota internet dia 3GB. Actually tak ada beza sangat pon 3GB dengan 5GB. Melainkan kau memang penonton tegar Youtube dan pen-download berjaya game etc, memang sedaplah angkat 5GB.

Kesimpulannya selepas dua minggu lebih menggunakan Blackberry ni, I can say yang ianya sangat-sangat menyeronokkan. Bukan seronok macam mana. Tapi ianya lebih kepada keseronokkan ber-twitter lah. Kalau korang kemaruk Twitter macam aku, bolehlah bersama-sama memeriahkan timeline. Echeh.

Ehhh, tapi bukan Twitter aje okey? Blackberry ini juga menjadikan hariku tidak lagi lesu. Sepanjang berada dalam dewan kuliah kat Melaka haritu, Blackberry inilah yang menjadi peneman setia di kala semua orang tersengguk-sengguk menahan mata dan telinga mendengar ceramah. Aku maintain aje main Facebook dan baca blog sambil sesekali menumpukan perhatian kepada penceramah di hadapan. Err, buang duit Kerajaan je hantar aku pi kursus macam gini. :D

Baiklah, sekarang boleh pergi tumpukan perhatian kepada kerja yang ditinggalkan selama seminggu yang lepas. Chow cin cau! :))

Edit : Aku lupa nak mention pasal BBM. Selain dari kebebasan melayari internet, keseronokkan mengguna pakai Blackberry ialah dengan aplikasi BBM. Lebih kurang macam YM dan MSN lah. Tapi lebih portable dan mobile. Sekarang dah tak ada alasan untuk tidak berhubung kan? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 22, 2011

Rabu Yang Rindu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, June 17, 2011

Hakikatnya.

Terima kasih atas semua ucapan tahniah. Aku hargai.

To be honest, kandungan kali ini adalah unexpected. Atau mungkin aku boleh klasifikasi-kan sebagai 'eksiden'. Tiada perancangan untuk memberikan title 'Abang' kepada Nashriq dalam waktu secepat ini. Semuanya berlaku secara mengejut. Tiba-tiba. Tanpa dirancang.

Bezanya dengan kandungan pertama dulu, bila pasangan pengantin baru mendirikan rumah tangga kemudian dihadiahkan berita gembira bakal menimang cahaya mata, ianya perasaan maha indah dalam jiwa. Kami menyambut berita itu dengan senyum lebar dan hilai tawa. Bahagia sekali waktu itu.

..... back to April 2009
Masih terbayang bagaimana aku yang malu-malu nak beli pregnancy test kat farmasi sebab dah terlewat period. Masih teringat bagaimana aku dengan tak sabar melakukan pregnancy test di waktu pejabat kemudian blurr bila tengok dua line yang timbul. Masih terngiang-ngiang perbualan kami suami isteri dalam perjalanan balik kerja dan si suami dengan excited mengajak ke klinik untuk buat pengesahan. Segalanya indah. Indah belaka.


Kandungan kedua pula, kami sambut dengan titisan airmata gembira. Aku menangis semahunya atas kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. Tragedi kehilangan Nashrah membuatkan kami tidak mahu bertangguh. Alhamdulillah, Allah Maha Besar dan segala perancangan-Nya menjadi nyata.

..... back to Disember 2010
Pulang dari Majlis Perkahwinan sepupu Wahid, kami singgah di sebuah farmasi. Setibanya di rumah, aku segera melakukan ujian di bilik air. Selesai ujian dan akhirnya dua line yang timbul. Aku panggil Wahid yang sedang galak berbual di ruang tamu. Aku tinggalkan pregnancy test bersama kotaknya di atas meja. Aku keluar bilik dan ke dapur. Beberapa saat kemudian, Wahid sudah ada di belakang sambil merah matanya. Indah kan percaturan hidup yang ditentukan Tuhan?


Dan bila aku terlewat datang haid pada April 2011 yang lepas, tiada lain dalam kepala. Aku tidak kuat untuk melakukan apa-apa pregnancy test pon. Apa yang aku lakukan ialah memakan nenas dan minum air coke sebanyak yang mungkin. Kedengaran kejam kan? Tapi itulah hakikat sebenar cerita di sebalik kandungan ketiga ini.

Aku berkongsi cerita dengan beberapa orang teman rapat. Dan semuanya meminta agar aku bersabar. Tangisan adalah peneman setia sejak itu. Aku menangis setiap malam walau hakikatnya aku belum melakukan apa-apa ujian pon. Aku kuatkan semangat dan kebalkan hati. Aku harus tahu status sebenar aku kini.

..... back to April 2011 - Part 1

..... back to April 2011 - Part 2

Aku bukakan blog yang pada mulanya aku private agar dapat aku kongsikan perasaan sebenar yang ada dalam hati aku kini. Betapa aku masih sedang mencuba untuk menyesuaikan diri dengan status terkini aku.

Kawan-kawan, hakikatnya aku masih belum kuat. Aku masih belum mampu menerima hakikat. Ye, aku berdosa bila tidak redha dengan kurniaan Tuhan. Kerana itu aku ceritakan dan luahkan segala isi hati aku hari ini. Agar aku boleh kembali gembira dan menjaga bayi dalam kandungan ini sebaik yang mungkin. Aku mahu berlaku adil kepada semua anak-anak aku. Aku mahu memberikan kasih sayang yang sama. Baik Nashrah, Nashriq atau adik yang ada di dalam sini.

Kuatkan aku Ya Allah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Yes, I am.

Bismilahirahmanirahim.

Aku mohon berkat Jumaat yang mulia ini agar dipermudahkan segala urusan dan jalan. Dipermudahkan segala awal dan akhirnya. Diselamatkan semuanya sejahtera. Agar apa sahaja yang bakal aku umumkan ini, menjadi perangsang untuk aku terus kuat menempuh hidup yang maha tekanan ini.

Izinkan aku, Ya Allah.

Image by Google
Mine punya dah hilang bersana E71. T___T



Yes people. Saya sekarang telah kembali menjadi seorang ibu mengandung. Untuk kali ketiga. Tapi keadaan perasaan adalah sedikit berbeza dari yang pertama dan yang kedua. Mungkin tekanannya berbeza and expectation juga lain.

Saya ada katakan kepada beberapa orang kawan yang saya ingin rahsiakan perkara ini sampailah ke waktu yang sesuai. Tapi semakin saya merahsiakannya, semakin saya tertekan dan ianya memberikan kesan yang buruk kepada saya, kandungan dan keluarga.

Jadi, saya buat keputusan untuk umumkan kepada semua agar saya boleh bergembira dan enjoy sahaja pregnancy kali ini. Tanpa perlu rasa malu, takut dan sedih. Insya-Allah.

Saya mohon saudara mara dan kawan-kawan doakan saya agar lebih kuat menempuh hari penuh dugaan dan tekanan ini. Doakan saya bergembira dan enjoy saat-saat indah ini.

La-tahzan-innallaha-ma'ana.

P/S : Esok, usianya 15 minggu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 15, 2011

Biodata Saya.


Nama : Muhammad Anas Nashriq bin Abdul Wahid

Nama Panggilan : Nashriq, Anas, Eric, Nash.

Tarikh Lahir : 25 Ogos 2010, Rabu.

Tempat Lahir : Atas katil, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Alamat Rumah : Tak boleh bagitau, nanti Ayah marah.

No. Telefon : 07-234-tekan-tekan tak dapat.

Hobi : Merangkak, menggegar meja makan & memanjat perabot.

Cita-cita : IT Engineer (Mama suruh).

Makanan Kegemaran : Bubur lenyek, Nestum & KERTAS.

Minuman Kegemaran : Dumex Dupro & Air Masak.

Kawan Baik : Ayah.

Kawan Gaduh : Mama.

Ucapan : Budi Bahasa Budaya Kita.

Pesanan : Pecah kaya pecah gelas, sudah baca harap balas.

******************************

Pernah buat biodata begini di zaman sekolah?

NO?? Tak pernah??

TIPUUUUUUUUUUUU. :p

P/S : How I wish to turn back to zaman sekolah. :))


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, June 14, 2011

Isteri Dan Dosa.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.”

Kedengaran mudah? Hakikatnya PAYAH. T____T

Sejujurnya, aku masih sedang berusaha menjadi Hamba Allah yang sempurna. Solat aku masih rongak sini sana. Selalu kantoi lagi-lagi tang Subuh. Puasa tu, okay lah jugak. Cuma masih top up puasa yang rongak dulu-dulu masa muda remaja. Aku masih sedang perbaiki dan 'simen' mana yang berlubang. Harap-harap usaha aku dalam dua benda yang utama ini menaikkan serba sedikit 'saham' aku kat 'sana' nanti.

"....... dan mematuhi suaminya"

Ini part yang PAYAH sebenarnya.

Kalau sebelum kahwin, aku rasa segalanya nampak mudah sebab kita akan hidup bersama lelaki yang kita cintai sepenuh hati. Tak akan ada kisah 'tidak patuh pada suami' atau 'engkar arahan suami'. Iyelah. Kita berkahwin dengan lelaki idaman yang kita pilih sendiri. Kenapa pulak nak bergaduh atau bermasam muka kan?

But, I am totally wrong!

1) Anak meragam tengah malam, suami lena diulit mimpi, mulut kita 'berdecit'. - DOSA.

2) Anak merengek nak susu, suami seronok main PSP, kita masam muka. - DOSA.

3) Suami bergurau tak sengaja, kita menjeling. - DOSA.

4) Suami tak dengar percakapan kita, kita tertinggi suara. - DOSA.


Nampak tak betapa mudahnya jugak kaum Hawa ini mendapat dosa?

Haih. T____T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tiada Rezeki.

Buat kesekian kalinya, handphone aku hilang lagi.

Dalam kenangan. T_____T


Hari Khamis haritu, aku ke Plaza Angsana untuk hantar dokumen kat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan. Selesai urusan dokumentasi, aku turun level bawah sebab perut sangat lapar. Singgah McD kejap konon nak makan nugget.

Selesai membuat pembayaran, aku pon lepak seorang diri kat satu meja nak bersantap. Sekali Abang De aku telefon bla bla bla. Lepas tamat perbualan telefon, aku pon selamba letak telefon atas meja. Dah makan, dah kenyang, aku pon bangun dan melangkah keluar dengan senang hati.

Sampai tempat kerja semula, aku tak perasan pon handphone dah takde. Bila aku nak balik dan nak kunci office, baru aku raba handbeg dan tengok handphone 'yilek'. Gelabah gila masa tu. Terus call number sendiri dan hebatnya telefon sudah dimatikan. Memang cekap dan 'amanah' betul siapa punya kerja tu.

Aku terus called Wahid dan kasitau henpon hilang. Dia ingat aku main-main sebab suara aku gelak-gelak. Aku gelak bukan apa, kepala tengah aim Blackberry. Echeh, macam bagus je nak benda mahal sekelip mata. Gegegegege.

Anyway, aku tak sedih sangat pon henpon tu hilang. Tapi aku kesalkan dalam henpon tu banyakkkkk sangat gambar Nashriq. Video dia semua ada. Tapi amazingly, sehari sebelum hari kejadian tu, aku dah transfer semua gambar dan video dalam PC office. Kononnya nak buat video kenangan dari zaman dia lahir lah gitu. Sebelum ni aku memang malas nak transfer-transfer memory ni. Entah camne, haritu boleh rajin pulak. Dah nak tertulis takdirnya camtu kan?

So sekarang ni aku pakai Nokia C5 biasa takde WiFi. Mati kutu sekejap lah takleh nak berjimba. Tapi takpelah, aku percaya pada rezeki. Kalau rezeki aku ada, Blackberry tetap dalam genggaman. Muahahahahaha. Ayat macam bagus.

Akhir sekali, aku nak minta korang yang ada nombor aku untuk send back nombor telefon korang kat nombor aku tu. Aku pakai nombor yang sama. No worries.

Eh lagi satu nak tanya. Antara CURVE dan BOLD, mana bagus?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 8, 2011

Cakap Orang, Cakap Aku.





Cakap orang #1 :
Ahh engkau ni, umur anak kau berapa hari pon nak cerita kat Facebook. Macam tak boleh simpan sorang-sorang.

Cakap orang #2 :
Apa anak kau buat, semua pon nak post kat Facebook. Kat Home tu penuh cerita kau aje. Sakit mata aku tengok.

Cakap orang #3 :
Esok kalau kau ada anak nombor dua, takkan laratnya kau nak buat cam gini jugak.

Cakap orang #4 :
Kau ingat anak kau comel sangat ke kau nak tayang setiap hari? Sorry to say lah, anak kau tak comel pon.

Cakap orang #5 :
Kau ingat bagus ke pakaikan anak lelaki tudung? Kau nak dia jadi po*dan ke? Emak apalah kau ni.

****************************

Macam ginilah. Aku tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang menyampah. Tapi what to do? Aku hanya seorang Emak. Apa yang boleh aku katakan, tunggu masanya bila 'engkau' dah jadi Emak nanti. You will know.

Aku cuba jawab sebaik mungkin ni. Tarik nafas, hembussssss.

Cakap AKU #1 :
Kenapa aku nak mention umur anak aku berapa hari sekian-sekian, itu untuk aku. Takde kaitan dengan orang lain sama ada yang hidup mahupun sudah meninggal dunia. Aku memang suka kira berapa bulan berapa hari umur anak aku. As I said before, I am a MOM. Tak lebih dari itu.

Cakap AKU #2 :
Berkaitan isu 'apa anak aku buat semua benda aku nak post' tu, itu pon masalah aku jugak. Tak ada masalah dengan 'engkau'. Mungkin ada masalah dengan orang-orang lain, aku mohon maaf. Kalau rasa Home kau penuh sebab banyak sangat posting dari aku dan kau pon menyampah nak tengok, apa kata kau Hide aku? Caranya macam gini, NEWS FEED - ANAK PANAH KEBAWAH SEBELAH MOST RECENT - EDIT OPTIONS - DAN TAIP 'AISHAH RAHIM' DALAM BOX 'HIDE POSTS FROM'.

Cakap AKU #3 :
PEMBETULAN. Nashriq inilah anak kedua aku. Dan kalau kau maksudkan anak yang seterusnya, means, anak ketiga - keempat - kelima - keenam - ketujuh dan kelapan.

Insya-Allah jika Allah masih berikan kekuatan dan keterujaan yang sama seperti sekarang, aku nak berlaku adil kepada semua-semua anak-anak aku. Setiap orang pon aku harap aku mampu buat album khas untuk kenang-kenangan aku dan mereka.

Cakap AKU #4 :
Ya Allah, aku rasa, aku tak pernah buat caption atau apa-apa kenyataan menyatakan anak aku comel. Belum pernah rasanya. Kalau ada pon, bila orang komen cakap Nashriq comel, aku akan balas secara gurauan 'macam Mama dia kan?'. Itu pon kalau kau ada sense of humor lah kan? Kalau kenyataan balas aku yang itu pon kau rasa aku perasan comel, itu masalah kau. Aku memang tak boleh deal dengan orang yang tak ada sense of humor ni. Aku perbetulkan sekali lagi bahawa AKU TAK PERNAH PERASAN ANAK AKU COMEL. NEVER. Sebab Emak aku dah pesan jangan puji-puji anak sendiri. Nanti orang meluat.

Cakap AKU #5 :
Aku balik pada kenyataan asal aku tadi. Aku ni hanya seorang Emak yang sedang excited melihat perkembangan anak. Menyaksikan banyak benda yang sedang anak aku explore. Tak lepas jugak perasaan 'suka-suka' untuk lihat kelainan wajah anak aku. Come on lah, Emak mana yang nak tengok anak dia tersasar dari jalan asal? Minta dijauhkan, Ya Allah. Doa aku hanya satu, CUKUPKAN SIFAT ANAK AKU DAN JADIKAN DIA ANAK YANG SOLEH. Kalau kau rasa tak selesa dengan gambar-gambar tudung atau such, kau boleh refer point Cakap AKU #2.

****************************

Aku tak tahu siapa 'engkau'. Kawan atau lawan. Kalau kau add aku kat Facebook sekadar nak stalk hidup aku, tolong remove aku segera. Aku pon tak kuasa nak melipat gandakan dosa kau tiap kali kau komplen pasal gambar-gambar anak aku. Not good lah kan? Kau ada hidup kau. Aku ada hidup aku. Yang penting, kita KURANGKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI. Tak payah tingkatkan dosa. Faham? :))

P/S : Jangan risau, aku menaip secara waras dan rileks.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, June 2, 2011

Rezeki Kali Kedua.

Syukur ke hadrat Ilahi atas tiap kemurahan rezeki dan limpah kurniaNya. Aku bersyukur, rezeki untuk aku dan keluarga tak pernah putus. Dari segi apa pon jua. Alhamdulillah.

And, here we go. Rezeki itu.

.


.


.


.


.


Rajin betul korang scroll eh? Kepoh lah tu. :p


.


.


.


.


.


Kenapa macam excited sangat? Rileks lah bro! :))


.


.


.


.



.


.


Takpe. Takpe. Scroll ke bawah lagi.


.


.


.


.


.


.


Nak tau kan?? Scroll lah lagi. Jangan malas! :p


.


.


.


.


.


Jeng jeng jeng.



Alhamdulillah! RM190.70!
Thank you Nuffnang! :))


Err, ada ke orang expect benda lain as my second rezeki? :p

P/S : Rezeki kali pertama dari Nuffnang.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015