Setelah sebulan lebih hidup terperuk tanpa laptop dan internet, akhirnya malam ini saya berjaya melepaskan gian dengan menjadikan Blackberry saya sebagai modem. Laptop yang sudah lama tidak beroperasi pon menjadi pelik kenapa dia harus bekerja malam ini. Ewah, bahasa kau tak nak ke laut pulak kan? Nampak benar hilang arah nak ber-blog. Haih.
Serius, saya memang hilang arah untuk bercerita. Terlalu banyak untuk dikongsi. Cerita kelahiran Najah, cerita perjalanan penyusuan saya, post mortem dari entry 'Tebus' saya dahulu, perkongsian pengalaman menjadi ibu beranak dua dan banyak lagi. Entry untuk hari kelahiran yang ke-27 pon tak ada. Rasa ketinggalan sangat-sangat. :(
Oh, saya sudah meningkat usia menjadi 27 pada 9 Januari yang lepas. Sekejapan masa berlalu. Jika tahun lepas saya menyambut hari kelahiran secara bertiga, tahun ini pula bertambah seorang lagi ahli keluarga. I feel so good kerana dapat menyambutnya bersama orang-orang yang saya sayang. Moga dipanjangkan usia untuk mereka-mereka yang saya cinta ini.
Cerita kelahiran Najah pula akan menyusul tidak lama lagi. Very short and sweet birth story. Dah ramai yang tanya, tapi saya memang kurang masa untuk draft entry berkenaan. Ini dah ada laptop dan modem Blackberry, bolehlah saya usaha draft sikit-sikit. Sabar naaaa. Saya pon tak sabar nak kongsi beberapa tips yang saya rasakan sangat-sangat berguna sepanjang kelahiran ini.
Perjalanan penyusuan susu ibu saya juga dipermudahkan. Alhamdulillah, target permulaan untuk exclusively breastfeeding pada satu minggu pertama berjaya. Tanpa saya sedar, sekarang sudah sebulan. Lepas ni target untuk 6 bulan pulak. Yang lain, saya serahkan pada Allah. Semoga terus ada rezeki buat Najah. Apa yang saya boleh katakan, saya cukup gembira kerana berjaya tebus kesilapan saya dulu. Saya tak mahu pandang belakang. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk kali ini.
Oklah. Dah larut malam sangat. Sat lagi mesti Najah bangun nak susu. Nashriq pon meresah aje tidur tanpa saya kat sebelah.
Sampai jumpa di entry yang lain. :)
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
betul la aisyah..sebulan pantang, thn jer niat nk bertenet2
ReplyDeleteAishah! I miss you!
ReplyDeleteI miss you. I miss your writings. I miss your blog. I miss your entries. I miss those times we chat on YM dari pagi sampai ke petang. I miss your tweets.
I miss everything about you. I miss you, babe! :)
P/S: Kisses to Nashriq and Najah!
Aishah...really needs ur tips utk kelahiran... pls update segera ye...hehe :) slmt berpantang!
ReplyDeleteselamat kembali ke alam blog :)
ReplyDeletesalam perkenalan.. jemput ke blog akak http://hebatkan.blogspot.com
aishahh... xsabar nak tunggu next entry.. :)
ReplyDeleteselamat berpantang..
nnt sambung lps gian k..
ReplyDelete