Wednesday, September 18, 2013

KENAPA KITA PERLU SUPPLEMENT TAMBAHAN?

 
"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat jugak". Saya akui juga kebenaran kata-kata itu. Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu-dulu, orang asli tak guna bahan-bahan kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia, etc..
Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik-baik sayur adalah sayur mentah / ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari? Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari!!!
Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk-bentuk lain, bujur ke, bersegi ke, apa-apa lah. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin-vitamin seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E.
Tiada masalah jika kita mampu menyediakan semua itu. Itu belum lagi mencukupkan keperluan vitamin lain, seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral-mineral lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.
Jangan komplen kalau badan sentiasa penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya. Tepuk dada, tanya pada diri sendiri "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?" Hanya anda yang tahu jawapannya...
Kredit to : FB Sihat dan Segar

Buatlah pilihan tepat untuk supplement kesihatan untuk anda dan keluarga. Make sure ianya SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan HALAL. Pilihan saya, tentulah SHAKLEE! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015