Thursday, September 5, 2013

1 TAHUN 5 BULAN BERSAMA BISNES SHAKLEE.

Sekejapan dah 1 tahun 5 bulan. How time flies. Wahhh nak cakap omputih jugakkk. Hahahaha. Tapi iye, memang tak terasa waktu yang berjalan. Keseronokan dengan Shaklee sampai terlupa penat lelah jerih perih masa awal-awal join Shaklee dulu. Saya masih boleh ingat lagi first time dapat customer Shaklee, kemudian saya pergi pos barang ke Pejabat Pos Larkin berbondong-bondong hanya dengan naik teksi! :)

Banyak sangat kenangan sepanjang 1 tahun 5 bulan ni. 



Alhamdulillah, income dengan Shaklee dah mula stabil. Menghampiri 5 angka, insya-Allah. Tak percaya? Tapi itulah hakikatnya. Tapi ni pon boleh dikatakan lambat tau. Ada orang lain yang fast track, dalam masa 4 bulan dah dapat income 10K, dalam masa 8 bulan dah naik Master (rank tertinggi) dalam Shaklee. Subhanallah. Rezeki masing-masing kan? Perjalanan hidup yang Allah dah tentukan. Tapi itu apa yang mereka dapat, setimpal dengan usaha dan pengorbanan mereka. Bukan takat goyang kaki duit masuk ribu riban. 


Gambar masuk poster kat Shaklee sebab naik rank Coordinator bulan Jun 2013.



Dapat sijil, pin, dah cash incentive.



Pencapaian terkini bulan Julai.
Car Bonus Achiever.



Saya bersama Master Shareeza @ Kak Cery.
Antara inspirasi saya. :)


Alhamdulillah. Allah lorongkan saya membuat keputusan yang tepat dengan join bisnes Shaklee, 1 tahun 5 bulan yang lepas. Allah lorongkan juga saya memilih group yang hebat, Jutawan Shaklee. Sungguh, saya tak menyesal dengan keputusan saya ini. Malah setiap hari saya gembira. Saya dikelilingi orang-orang yang positif dan sentiasa beri saya semangat dan dorongan. Tak lokek ilmu. Sentiasa ajar ilmu dunia dan akhirat. Dalam masa berniaga, kami diajar juga amalam-amalan kerohanian yang mendekatkan diri saya kepada-Nya. Mendidik hati kami untuk sentiasa membantu orang. Beri yang terbaik, gembirakan orang sekeliling. Ya Allah, sungguh saya bersyukur.

Saya betul-betul nak bantu orang lain di luar sana yang nak ubah hidup mereka, terutama sekali wanita. Sebab saya tahu, isteri-isteri ni ada niat nak bantu suami dan keluarga, tapi tak tahu caranya. Kalau anda ada keinginan untuk ubah hidup dan berjaya, memiliki hati yang kental dan semangat yang tinggi, boleh hubungi saya. Insya-Allah saya bantu semampu dan sekuat semangat yang Allah izinkan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Income 3-4-5-6 angka bukan lagi mimpi. Kerana group kami dah buktikannya! :)

Cara Mendaftar Ahli --> KLIK SINI



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

2 comments:

  1. Tahniah Aishah. Kite bangga dengan awak. Harap awak akan terus maju kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015