"Yang awak ni beria sangat nak buat bisnes Shaklee tu kenapa? Apa tak cukup makan pakai awak dan anak-anak selama ni saya tanggung??!", herdik suami Tipah. Tipah dan Leman telah berkahwin selama 7 tahun, punya 3 orang anak. Leman kerja Juruteknik di sektor swasta manakala Tipah pula adalah kakitangan kerajaan.
"Bang, gaji Abang RM1500. Gaji saya RM1300. Kita combine jadi RM2800. Bayar keta Abang RM400. Belanja pampers, susu dan taska anak dah RM1500. Duit sewa rumah dah RM500. Duit belanja rumah, duit belanja saya naik LRT dan duit minyak kereta Abang je dah habis duit gaji kita tu. Saya ni, dah lama tak bagi Mak Ayah saya kat kampung tu duit belanja tau Bang. Adik-adik saya kecik-kecik semua lagi. Mak Ayah saya dah tua. Setiap bulan duit belanja kita cukup-cukup makan je. Jangankan nak zakat dan sedekah, menyimpan pon takde...", jawab Tipah lembut.
Realiti hidup yang kita semua hadapi tapi kadang-kadang cuba disembunyikan. Sembunyi atau buat-buat tak tahu? Selesa dengan kehidupan atau buat-buat selesa? Cuba bersyukur dengan apa yang ada atau tak tahu nak ubah macam mana? Buntu dengan kehidupan? Stress? Rasa rendah diri dan stuck.
Jangan risau, saya salah seorang seperti anda dua tahun yang lepas.
Bermodalkan RM65, saya join Shaklee dan tawakal sahaja. Anda boleh baca entry saya yang ini. How can I forget the moment saya mula-mula join dan ianya mengubah kehidupan saya sekeluarga dari bulan ke bulan. Allah, saya bersyukur sangat sebab DIA lorongkan hati saya waktu itu. Dari gaji dalam slip gaji cuma tinggal RM375 selepas potong segala hutang piutang dan duduk rumah kuarters, saya kini boleh tersenyum puas. Alhamdulillah.
I can say yang income saya dengan Shaklee telah lebih 20 kali ganda dari gaji hakiki saya sekarang. Telah lebih 70 kali ganda dari bonus pertama saya bersama Shaklee setahun lebih yang lepas. Tetapi kenapa saya masih beria nak bantu lebih ramai orang untuk ubah hidup? Kerana saya mahu anda rasa seperti apa yang saya rasa sekarang...
- Beri pencen 4 angka kepada Emak saya. Kalau dulu nak hulur RM50 pon ketar tangan. Jangankan hulur, siap pinjam pulak duit Emak bila kita kering duit hujung bulan nak beli pampers dan susu anak. Malu sangat waktu tu.
- Kongsi dengan Suami dan anak-anak. Kelapangan duit tu dah mula terasa. Takde dah pening kepala bila road tax nak kena renew. Apa yang anak-anak nak boleh bagi (tapi bukanlah dimanjakan sangat sebab nanti spoil pulak), kurang stress dalam rumahtangga dan bergaduh atas perkara yang remeh temeh. Yes, duit antara punca pergaduhan dalam rumahtangga ye kalau tak banyak sabar.
- Boleh bantu orang lain yang memerlukan melalui sedekah, infaq dan derma. Saya percaya bahagian yang saya dapat tu ada rezeki untuk orang lain jugak. Jadi inilah masanya saya berkongsi apa yang saya dapat. Bantu lebih ramai orang.
Sebenarnya banyak sangat lagi yang ubah diri saya sejak join Shaklee. Group Shaklee yang saya join ubah luaran dan dalaman saya. Saya tahu ramai yang kata MLM ni sama je semua. Tapi tidak group kami. Banyak sangat ilmu dunia akhirat yang dikongsi. Saya jadi sayang dan cinta dengan Shaklee dan bisnes kami. Kami dah macam satu keluarga yang saling bantu membantu antara satu sama lain.
Saya ingin tawarkan 5 tempat istimewa, PERCUMA. Sertai empayar #JUSTDOIT.
Saya nak bantu anda yang merasa seperti saya untuk improve diri anda dan keluarga. Beri peluang untuk diri anda dan keluarga hidup selesa di kala inflasi semakin menyesakkan kehidupan kita semua. Dengan syarat;
- Anda betul-betul nak ubah hidup. Ada impian. Bukan sekadar nak main-main atau suka-suka. Once you dah join bisnes Shaklee, tak ada istilah nak 'cuba-cuba'. Kena beri 110% hati supaya hasilnya lebih terbaik dan manis.
- Tahu menggunakan Facebook atau Blog. Apalah gunanya asyik scroll up and down your Facebook kalau ianya tak mendatangkan hasil apa-apa pon. Jadi ubahlah kelebihan anda yang ada Facebook dan Blog tu kepada sesuatu yang mendatangkan faedah.
- Punya semangat juang yang tinggi. Hati kena kental. Tak boleh hati tisu dan mudah putus asa. Orang yang ingin berjaya dalam hidup mesti berjuang habis-habisan dan capai impian.
Jangan risau kerana segala tips, pengajaran dan coaching akan berjalan secara 'maya'. Kami gunakan medium WHATSAPP, FACEBOOK dan ONLINE MEETING. Tak ada perjumpaan setiap malam di kedai kopi. No no no. Bisnes ini memang sangat fleksibel untuk anda yang sudah berkeluarga dan punya anak.
Jika anda punyai kritirea seperti di atas. Boleh hubungi saya segera untuk mendapatkan KEAHLIAN PERCUMA dari saya. Saya akan interview anda dulu bagi memastikan anda betul-betul menepati kritirea yang saya sebutkan seperti di atas.
Jom serta kami! :)
BACA LAGI MENGENAI PELUANG BISNES SHAKLEE.
Jom serta kami! :)
BACA LAGI MENGENAI PELUANG BISNES SHAKLEE.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Assalamualaikum
ReplyDeletesaya sangat berminat camne nak join yer
emailkan pada email saya di comelhartini@yahoo.com
Delete@ComelComot : Nanti whatsapp / sms saya di 014.358.01.09 ye. Atau awak email ke saya shara85_jb@yahoo.com
ReplyDelete