Monday, December 24, 2018

Pengalaman Bersunat Anas Nashriq Dan Tips Penjagaan.

Setelah sekian lama saya tak menulis di blog ini, maka hari ni saya nak share pasal si bujang yang dah besar sangat dah, Muhammad Anas Nashriq. Dulu kemain banyak cerita dia dalam blog ni sampai gigih Mama dia update setiap hari milestones dia :)

Nashriq dah bersunat dah awal cuti sekolah haritu. Exact umur dia 8 tahun 3 bulan. Actually dia sendiri yang request nak bersunat sebab malu ramai kawan-kawan yang dah sunat. Konon taknak malu sangat, dia rela kena sunat. Dia ingat sunat tu apa agaknya? :p

Kalau ikut Mama Ayah, tentulah rasa kecik sangat lagi. Normally budak-budak sunat kan masa umur 11-12 tahun. Ni umur 8 tahun dah mintak sunat, tentulah kitorang kaget hahahaha. Akhirnya, kami setuju je nak sunatkan dia tahun ni dan kami pilih awal cuti sekolah bulan 11 so that banyaklah masa untuk dia rehat dan pulih sepenuhnya.

Kami daftar sunat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Kalau tak salah, bayaran RM100 setiap peserta. Tapi Nashriq dapat sunat percuma sebab Mama Ngah (akak saya) masukkan nama under family dan kakitangan. Alhamdulillah, syukur sebab Mama Ngah banyak tolong.


27 November 2018 (Selasa)

Hari yang ditunggu pon tiba, sesi Nashriq belah petang. 

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 12 lebih macam tu dan daftar sebelum pukul 1 tengahari. Nak dijadikan rezeki, peserta sesi pagi ramai yang dah siap awal. So, mana-mana peserta sesi petang yang dah sampai boleh terus masuk untuk disunatkan. Takdelah kami tunggu lama sangat.

Nashriq & Mama sebelum Nashriq masuk dalam bilik OT.


Untuk pengetahuan uols, program bersunat kat Hospital Sultanah Aminah ni, mak ayah tak boleh masuk temankan anak-anak. So bayangkan, Nashriq masuk seorang diri dalam bilik OT tu sementara saya dan suami tunggu kat luar dengan penuh debaran.

Nasib baik ada Ayah Long (abang saya) yang bekerja sebagai Attendan kat HSA tu, dia lah yang masuk tolong temankan Nashriq dari awal sampailah akhir Nashriq siap bersunat.


Dah selesai :)
Masa ni bius ada lagi. Belum sakit sangat.

Jalan pon laju je masa nak balik. Sampai Pak Guard tegur, 
"Jalan pelan-pelan bius belum habis tu.." 

Big boy dah Anas Nashriq :")

Menu pertama selepas sunat. Roti Cheese Bakar dan Cheezy Nachos feveret dia.


Selesai sunat tu, kami teruslah balik rumah. Bermulalah layanan tahap Diraja sampai makanan bawak naik bilik, makan atas katil, nak itu panggil Mama, nak itu panggil Ayah. Adik-adik pon jadi mangsa hahahaha kena suruh itu suruh ini.. Pastu handphone memang melekat lah kat tangan dia grrr sampai Mama takde chance langsung nak check handphone.

Kat bawah ni, saya share few tips yang saya apply sepanjang jaga Nashriq bersunat. By the way, bukan saya yang jaga, tapi Ayah dia. Sebab Mama injured di malam Nashriq bersunat. Yang ini nanti kita cerita kat entry seterusnya hahahaha..

So here we go Tips Penjagaan Sunat versi Anas Nashriq :)

1. Jangan bagi budak bersunat ni bergerak sangat. The more dia bergerak, the more sakit dia akan rasa. Kalau boleh baring je untuk 2-3 hari pertama. Unless dia nak pergi toilet ke, okaylah. Kalau rumah bertangga-tangga, biar dia rehat kat satu tempat je jangan turun naik.

2. Bagi makan panadol atau painkiller yang dibekalkan seawal yang boleh. Sebab once bius dia dah hilang je, mulalah akan ada drama airmata merembes-rembes. So better, bagi ubat sesiap dulu jangan tunggu dah sakit baru bagi, haru...

3. Setiap kali lepas mandi, buang air kecil atau bercebok, letak je ubat. Macam kami, kami guna Ubat Kuning yang hospital bekalkan tu. Masa mula-mula kami pakai kapas atau kain gauze pastu dap dap ke bahagian jahit. Tapi sebab Nashriq menjerit-jerit sakit huhuhu, kami mula tuang je ubat kuning tu atas kawasan jahitan. Memang membazir sket, tapi itu je cara nak elak sakit dan nak bagi ubat kena kat keseluruhan tempat jahitan.

4. Selain sakit, budak bersunat juga akan rasa gatal ya amat. Sampai ada satu hari ni, Nashriq menggaru (bukan kat tempat jahit), tapi tempat jahit tu boleh darah balik. Paniklah kami suami isteri siap ambil gambar tanya doctor etc. Apa yang doctor suggest, bawak berendam dengan air garam. Garam ni boleh beli kat farmasi. Kami pon bagi Nashriq berendam selang seli dengan Dettol and it really works nak bagi cepat baik, kering dan kurang gatal.

5. Selain itu, orang kata kena pantang makan kan? Nashriq ni masa awal-awal je kami tak bagi telur dan ayam. Masuk hari ketiga, dia dah mula bosan, mulalah mintak ayam dan telur tu. Kami bagi je lepas baca few article kata boleh je makan ayam dan telur. Alhamdulillah, takde apa-apa yang terjadi.

6. Kurangkan minum air. Ini sebab nak elakkan dia dari pergi toilet banyak kali nak buang air. Kata suami, kalau banyak buang air nanti sakit tempat jahit dan sunat tu. Tapi so far, Nashriq kata tak sakit pon masa buang air kecil tu. So dia bantai je minum air banyak hahahaha..

7. Ini tips tambahan kalau nak cepat baik. Boleh consume Zinc Complex dari Shaklee kalau anak uols sejenis mudah makan ubat. Amik sebiji sehari je sebab Zinc Complex ni fungsi dia memang untuk baikpulih luka dengan cepat. So takdelah lama sangat anak tu sakit bersunat.


8. Buatlah pipe tempat gantung kain pelikat tu untuk memudahkan kerja. Benda yang saya paling ralat sekali tak buat ialah, benda ini lah. Kami pakai tudung saji, kadang-kadang ikat (tu pon susah nak cari tempat gantung). Kalau uols buat pipe PVC macam gambar bawah ni, InshaAllah mudah kerja uols dan anak nak pindah-pindah baring pon senang je angkat..

Sumber gambar Facebook.

Sumber gambar Facebook.

Okay, itu je yang teringat sepanjang menjaga Nashriq bersunat. Sebab most of the time memang Ayah dia yang jaga sebab Mama injured muahahahaha. Pasal Mama injured ni, memang akan cerita jugak kat blog ni sebagai kenangan di masa akan datang kahkahkah :p

Till next entry, guys!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, June 4, 2018

Promosi Collagen Powder & YOUTH Skincare Sempena Hari Raya.

Bulan ni Shaklee bagi banyak gila promosi. Tapi untuk entry kali ini, saya nak share dua benda yang wajibul ghunah semua lelaki dan perempuan yang inginkan kulit sihat, cantik, bersih, bebas masalah di pagi Hari Raya nan mulia. Barulah Festive Glow gitchu!

GET YOUR FESTIVE GLOW WITH COLLAGEN & YOUTH



Nak dapatkan kulit yang sihat, cantik, bersih, cerah, bebas masalah (jerawat, jeragat, kedutan, kering atau berminyak, pori-pori besar, whitehead blackhead), kita perlukan produk dari luar dan dalaman supaya dapat hasil yang lebih optimum dan umph!

Tapi, jangan cuba-cuba nak ambil sebarangan produk yang menjanjikan pakai harini esok dah cantik putih gebu licin melepak... Ohh, bahaya okay produk yang beri kesan yang pantas ni. Dah banyak dah berita yang kita tengok kulit muka melepuh teruk sebab salah ambil produk.

The best is, carilah produk luaran dan dalaman yang ada clinical tested, yang memang dijamin selamat, semulajadi dan takdak barang terlarang kat dalam dia. Sebab apa? Sebab kita taknak cantik sekejap je lepas tu muka breakout yang maha teruk.

Untuk anda yang inginkan kulit sihat dan cantik, dalam masa yang sama nak pakai yang semulajadi dan selamat boleh teruskan baca. Untuk yang nak kesan cepat esok dah cantik silakan tekan X hahaha taklah saya gurau je.. Moh ler baca sekali sampai habis..

Mula-mula saya nak cerita pasal Collagen Powder dulu.

Apa yang best tentang Collagen Powder Shaklee ni.

Kebaikan Collagen Powder Shaklee 

1. Anti-Penuaan – mengurangkan kedutan, mengurangkan liang roma
2. Melembap – melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
3. Mencerah – mengurangkan pigmentasi jeragat
4. Mengembalikan keanjalan kulit
5. Meningkatkan pergerakan
6. Menyubur
7. Menegangkan payudara dan punggung 




Apa yang menarik lagi tentang Shaklee Collagen Powder, ada kajian klinikal sekali. Berdasarkan kajian klinikal, 71% orang merasa tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu berterusan (maksudnya dalam 3-4 kotak).

1. Melembabkan kulit sehingga 90%
2. Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
3. Meningkatkan penampilan keseluruhan sehingga 71%
4. Melembutkian dan melicinkan kulit sehingga 69%
5. Mengekalkan mekap anda sehingga 60%
6. Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
7. Menebalkan rambut sehingga 54%
8. Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
9. Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

Kita dah kenal dengan Collagen Powder yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit kita. Tapi Collagen Powder ni minum / makan je which is dari dalaman. Cukup ke? Jawapannya, kalau nak hasil yang lebih mantop, kena guna skincare yang bagus untuk dapat hasil yang meletop :)

YOUTH Skincare dari Shaklee adalah rangkaian penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia sekeliling melihat anda seperti bagaimana anda melihat diri sendiri dengan mempebaharui sel-sel kulit anda supaya bertindak lebih muda. Janji kami ialah rangkaian penjagaan kulit YOUTH bukan sahaja menambah baik kesihatan kulit anda secara dramatik malah dijamin mampu mengubah usia kulit anda untuk kembali muda.
Keputusan Klinikal tanpa kompromi.

Kami telah membuktikan bahawa anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanannya. Produk YOUTH adalah:
  • 100% vegan
  • Hipoalergenik
  • Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
  • Diuji oleh dermatologi
  • Diuji oleh oftalmologi

Apa Beza YOUTH dan Skincare lain di pasaran?

Keberkesanan YOUTH dibuktikan melalui Kajian Klinikal. Ujian klinikal ni direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.

Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ni mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut.

Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti:-

1. Kedutan dan garis-garis halus
2. Saiz pori-pori
3. Tona kulit
4. Kelembutan kulit
5. Tekstur kulit
6. Pigmentasi
7. Seri kulit
8. Kekenduran kulit

Result menunjukkan 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.



Sempena promosi nak Raya ni, semua orang yang inginkan kulit yang sihat, cantik serta bebas masalah wajib cepat-cepat grab Collagen Powder dan YOUTH Skincare ni. Harga istimewa ni cuma dapat bulan ni je tau. Bulan-bulan depan dah takde harga istimewa lagi.

Cantik luar dan dalam terus glowing-glowing di Hari Raya. Love-love! :)

Untuk yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai Collagen Powder, YOUTH Skincare atau lain-lain produk Shaklee boleh terus hubungi kat link whatsapp bawah ni. InshaAllah saya akan bantu dan berikan konsultasi yang terbaik.

Klik link ini untuk terus hubungi saya :)
http://www.wasap.my/60143580109


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saturday, June 2, 2018

Hello 2018.

Well I know, it's already bulan Jun dalam tahun 2018. Pastu aku baru nak wish "Hello 2018" sebab takde langsung entry tahun 2017 dan 2018. Sungguhlah berhabuk bersawang blog ni. Rindu sangat nak menulis kat sini. Tarikh last post 1 November 2016 - Cinta Hati Naurah. Budak tu pon dah 2 tahun dah kelmarin. Punyalah mengabaikan blog ni sampai tak jenguk-jenguk.

What's going on in my life?

Ya, aku masih Aishah Rahim yang sama. Belum bertukar jadi Fazura, Neelofa, MiraFilzah atau Uqasha Senrose you name it. Ya, masih buat bisnes Shaklee, masih beranak tiga belum tambah, masih sibuk menguruskan bisnes, rumah dan anak-anak. 

What else.. Lebih banyak membawang kat Facebook hihihi..

Honestly rindu sangat kat blog ni sebab kat sinilah tempat pertama aku mengasah (kah!) bakat menulis sejak dari tahun 2007. Hoii lama gila dah umur blog ni 11 tahun kot? Dah macam darjah 5 sekolah rendah tahun depan nak pi amik UPSR dah..

Waktu aku tengah menulis ni (well actually menaip) jam 7.30 pagi, 17 Ramadan. Kat luar hujan lebat since Subuh tadi. Tenang je rasa lagi pulak anak-anak semua masih tidur. Aku pulak since bangun 3.30 pagi tadi tak kuasa nak tidur balik sebab banyak kerja nak kena siapkan.

Apa lagi update?

Hmm, Nashriq dah masuk darjah dua. Najah pulak dah darjah satu. Naurah baru masuk 2 tahun kelmarin 31 Mei haritu. Dah makin besar dah anak-anak kalau nak throwback balik zaman diorang kecik-kecik memang bukak blog ni baca all the journey :)

I wish that I have banyak masa dan kerajinan untuk update blog ni setiap hari macam dulu. 

Okay, dah dengar lagu Ultraman dari ruang tamu atas. Maksudnya seseorang dah bangun dan dah buka TV and aku tahu siapa. Tak lain tak bukan Nashriq. Dari dia kecik membawak dah umur 8 tahun hidup aku dihantui patung Ultraman dan lagu Ultraman hahahaha my boy..

Aku stop dulu. Nanti aku update lagi okay? 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015