Tuesday, April 2, 2019

TIPS BERLAPANG DADA BILA TENGAH RASA DOWN.


Assalammualaikum, selamat pagi 😊

Semalam, ada seorang sahabat di Facebook ni tanya tips nak redha atau berlapang dada kalau kita tengah down?

Sebab "kaedah" ini works on me, marilah saya share sedikit kot bermanfaat untuk semua.

Kita ni manusia biasa, terkadang kita ada fasa kecik hati, rasa down, sedih sangat..

Kalau tak dikawal dengan betul, kita boleh jadi manusia yang "sia-sia" sebab asyik nak marah orang, melihat kesalahan orang je..

So bila saya rasa macam ni je, saya akan buat step by step di bawah ini 👇

1. Teknik pernafasan 5-7-5
2. Sambil tu senyum...
3. Cakap kat diri sambil pegang dada, "Aku redha Ya Allah, aku ikhlas Ya Allah, tenangkan hatiku, lapangkan dadaku, ALLAH ADA.."
4. Senyum, senyum, senyum..
5. Pastu Istighfar banyak-banyak.


Buat banyak-banyak kali kalau rasa masih tak boleh move on, sentiasa ingat Allah ada dan kita hanya perlukan Allah.

So far, it works on me! 😉

Be happy, hidup ni singkat sangat kalau nak isi dengan energi negatif setiap hari ❤️





Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, January 1, 2019

Promo Shaklee Januari 2019 - ESP Super Hot Produk!

Alhamdulillah, terkabul doa saya nak promosi ESP. Dari haritu asyik sebut semoga bulan ni (Januari) produk yang saya suka inilah yang promo. Bila Shaklee announce bulan ni promo ESP, terus rasa macam nak melonjak sebab happy sangat hahahaha..

ESP ni best sangat sebab PROTIN adalah nutrisi paling basic yang tubuh badan kita perlukan. Sebab apa? Sebab dengan pengambilan protin yang cukup, akan membantu penghasilan sel baru untuk badan dan menyingkirkan sel lama yang telah rosak dan mati. 


Secara umumnya, bila orang tanya, siapa yang boleh ambil ESP ni? Untuk siapa? Untuk apa? Saya akan jawab, semua orang pon boleh ambil dan kena ambil sebab protin ni penting, semua orang perlukan protin untuk makanan sel-sel dalam badan. Memang betul potin boleh diambil melalui ayam, daging, ikan, kekacang dan sebagainya. Tapi tahukah anda sumber protin dalam masakan boleh hilang sewaktu memasak kerana suhu yang tinggi. Bila sumber protin tu dah rosak, cukup ke protin yang badan kita perlukan?

Sebab tu, untuk pastikan badan kita cukup protin, lebih baik ambil makanan tambahan berasaskan protin seperti ESP ni. Ambil 3 sudu sehari sudah cukup untuk memastikan keperluan protin dalam badan kita mencukupi.

Baca lebih lanjut mengenai ESP DI SINI.

Bulan ni harga SUPER MENARIK. 

Beli 6 tong PERCUMA 1 tong 
Dapat FREE MEMBERSHIP worth RM65
Dapat FREE POSTAGE worth RM10
Dapat CASH BACK BONUS RM30+

Kalau grab promosi BELI 6 PERCUMA 1 ni, uols akan jimat lebih RM200 sebab semua yang kat atas tu dapat FREE siap dapat bonus Shaklee lagi bagi. Memang berbaloi-baloi :)

Tapi, kalau nak beli 1-1 pon takde masalah, boleh direct whatsapp saya untuk order dan ketahui lebih lanjut tentang ESP atau produk Shaklee yang lain.

Klik kat bawah tu ya :)




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tahun Baru Dan Sesi Persekolahan 2019.

Sumber gambar : Google
Selamat tahun baru 2019 buat semua. 

Semoga yang baik-baik sahaja buat kita semua sepanjang tahun ini. Diberikan kebahagiaan, kejayaan, kekayaan, ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

Apa azam uols tahun ni? Saya ni macam-macam azam tulis hahaha.. Dah tampal, dah print letak kat SOHO. Azam utama tentulah nak jadi Hamba Allah yang lebih baik - jangan tinggal Solat, nak usaha Solat awal waktu, nak banyakkan amalan sunat, sedekah dan paling nak fight ialah nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Doakan saya tau :)

Azam lain tentulah berkaitan dengan bisnes dan paling korang tak caya tahun ni ada azam nak "kurus and stay healthy" gitchu kahkahkah.. Tak tahulah kenapa terbuka hati nak ada azam "nak kurus" sedangkan sebelum ni I don't really care about it. Maybe sebab dah berusia ni kot. Nak stay healthy with family, nak lebih cergas dan bersemangat!

Okaylah taknak cerita pasal azam lagi. Sekarang nak share gambar-gambar hari persekolahan pertama tahun 2019. Tahun ni Nashriq darjah 3, manakala Najah pulak darjah 2. Sekejap je depa ni dah besar huhuhu Mama terasa tua pulak tengok anak-anak dah besar :")


Lama gambar depa berdua tak keluar kat blog Mama kan? :p


Maaflah kat budak kecik belum mandi tengah tu *rolling eyes*

Overall pagi ni semua bangun senang je. Tak ada drama. Maybe dah lama tak pergi sekolah, so semangat nak jumpa kawan-kawan. Pastu depa excited kasut hitam tu hahahaha asyik nak cuba je dari hari beli haritu. Kasut hitam memang smart ler, kan?

Belajar la rajin-rajin, anak-anak. Banyak azam dan target Mama tahun ni berkisar pasal mereka bertiga. Ofcoz I am not a perfect mother. Selalu marah anak, garang. Tapi Mama nak usaha tahun ni nak jadi lebih sabar dan fun. Dan, kita kena fokus belajar jugak sebab tahun ni tak ada streaming, tak ada exam, nak tak nak parents kena ambil peranan bantu anak-anak belajar #notetomyself :)

Lain-lain, jangan tinggal Solat, jaga aurat, rajin mengaji, jadi anak soleh solehah yang bahagiakan Mama dan Ayah. Semoga Allah jaga dan pelihara anak-anak Mama dunia dan akhirat. Amin.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015