Aishah Rahim's Diary

Thursday, February 17, 2011

List Lagu Kegemaran Saya.

*Mode : Clearkan DRAFT*

30 Days Quest pon macam tinggal dalam kenangan, Umi Payin dah paksa aku buat listing lagu kegemaran sepanjang zaman idaman hati. Apolah aok. Penat koi nak memikir ni tau? Hahahaha suka hati aje guna aok dengan koi padahal taktau maksud sebenar. Heeee.

Baik. Baik. Nak sangat tau lagu kegemaran aku kan? Nah amik kau.

JANJI MANISMU - AISHAH
Lagu ini mula menjadi kegemaran ketika aku berusia 6 tahun kot. Masa tu, aku ingat lagi kakak aku si Kak Ngah tu belum kahwin. Masih anak dara. Pattern kakak aku ni, garangnya tak bertempat. Biasalah budak-budak kecik baya 6-7 tahun gitu kan 'baik' sikit perangai. Aku pulak memang suka berangan menyanyi atas meja sambil pegang sikat. Feeling tengah buat konsert pastu siap pakai baju seksi-seksi. Nyanyilah aku sekuat hati terjerit terpekik terlolong "OH DUNIA INI, PENUH KEPALSUANNNN. OH MUNGKINKAH TIADA KEINDAHANNNNN". Tiba-tiba, "ZAPPPPPPP!!!!" dan disambung raungan kuat budak 6 tahun ni tadi. FINE. TALI PINGGANG 2 INCI SUDAH HINGGAP PEHA. :)

TERINGIN - SHIMA
Lagu ni mula menjadi siulan masa umur aku 8 ke 9 tahun gitu. Masa tu Shima top wooooo. Suara dia serak-serak basah. Yang membuatkan aku jadi TERminat kat lagu ni, Abang De aku telah masukkan nama aku dalam satu pertandingan karaoke. Kau bayangkan dapat full support woo dari abang. Baju sponsor. Berlatih siang malam. Siap dia belikan MIC lagi pasang kat rumah suruh aku nyanyi. Dia jugaklah yang hantar amik aku sepanjang pertandingan tu berlangsung. Lastly dapat saguhati. Bolehlah dari tak dapat apa. Wakakakakaka.

JERAT PERCINTAAN - SITI NURHALIZA
Lagu ni pon termasuk dalam kenangan indah jugaklah kot. Masa aku umur 10 tahun, tempat kerja Kak Ngah aku buat Family Day. Dia pon bawaklah aku sebab dia bukan ada adik yang comel lain pon. Aku je yang comel. Sebab tu kena bawak aku. Hahahahahahampehlahkau. Pastu, dia takmau inform awal yang dia telah memasukkan nama aku dalam pertandingan karaoke. Tiba-tiba je nama kena panggil pastu abang PA System tanya nak nyanyi lagu apa. Masa ni, Siti Nurhaliza baru lepas menang Juara Lagu kot. So aku pon main petik aje lah lagu ni. Hasilnya? Aku menang tempat pertama okeh. PERTAMA. Sebab lawan-lawan aku semua budak 4-5 tahun. T______T

AKU CINTA PADAMU - SITI NURHALIZA.
Wah tiba-tiba terbongkar aku Kipas Susah Mati Siti Nurhaliza. Hahahahaha. Fine. Lagu ini masa Darjah 6. Umur 12 tahun lah kan? Ada jamuan akhir tahun kat sekolah. Cikgu nak pilih seorang sahaja pelajar untuk buat persembahan dalam Majlis Penyampaian Hadiah. Wakil dari kelas aku, ialah AKU. Pilih punya pilih lagu, akhirnya aku pilih lagu Aku Cinta Padamu neh. Nyanyi penuh perasaan okeh atas pentas. Satu sekolah nyanyi sama. Silap tak nyala lighter aje atas langit. Feeling artist kau tau? Confident boleh menang ah nak buat persembahan dalam Majlis berkenaan. Sudahnya siapa yang dapat buat persembahan? Budak kelas sebelah nyanyi lagu, BONDAAA SENYUM RIANGGGG. MENERIMAAA BAHTERA MERDEKAAA. PUTERA PUTERI SAYANGGGG. PUTERA PUTERI SAYANGGGG. Fine, mereka nak lagu Patriotik rupanya. T_____T

.
.
.

Banyak lagi sebenarnya list-list lagu kegemaran. Tapi, inilah lagu-lagu yang hard to forget dalam kepala. Lagu yang menyimpan seribu kenangan. Echeh.

"Aishah, lagu tema cinta kau takde?"

Errrr. LAGU NI BOLEH? :p

P/S : I know you reading this sayang. Itu lagu kita kan? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, February 16, 2011

Tahi Sawan Sudah Tiada!

Entry dalam draft berhabuk-habuk tak digilap. Pemalas betul nak sambung dan publish. Banyak wooo aku hutang entry. Hutang dengan Reen lain. Hutang dengan 30 Days Quest lain. Poning kopala den. Blerghhh. T_____T

Takpelah. Selesaikan kisah Tahi Sawan ni dulu.

Kepala Nashriq yang mengalami masalah Tahi Sawan haritu dah baik. Boleh refer entry ini kalau nak tengok keadaan kepala dia masa teruk benar tu. Kesian kan? Macam nak nangis kalau diingat balik. But then, benda dah jadi and thank you so much kepada kawan-kawan yang bagi kata-kata semangat kat entry tersebut. Really appreciate it. :)

Pergi klinik untuk check-up dan amik ubat segala pada hari Selasa. Tup tup hari Jumaat kepala Nashriq dah licin tanpa sebarang bekas luka. Serius, memang tak ada sedikit pon bekas luka. Amazing kan? Dan perkataan yang paling sesuai buat masa ini ialah, LEGA. :)

Seeeee? Dah baik kan?

"Apa rahsianya Aishah? Macam mana rupa ubatnya?"


Inilah ubatnya. :)

Ubat yang berdiri belah kiri adalah shampoo. Shampoo ni memang still pakai sampai sekarang. Taktaulah nanti kalau dah habis boleh sambung pakai shampoo baby biasa atau tak. Takut je kalau sambung pakai shampoo baby biasa tu, Tahi Sawan-nya naik balik.

Berdiri belah kanan pulak adalah Antibiotik. Kena makan empat kali sehari. 5ml pulak tu. Bayangkan macam mana aku dan Wahid kena berperang dengan budak kecik tu nak kasi makan ubat. Dahlah dia punya jerit boleh sampai jiran sebelah jenguk tanya. Malu ai tau macam dera anak pulak. Kekekekekeke.

Dan yang posing baring seksi meksi tu adalah krim yang kena sapu kat Tahi Sawan berkenaan. Serius, krim ini adalah sangat bagus okeh. Sangat efektif menyembuhkan luka tanpa sebarang tanda. Cheh wah macam dapat komisen pulak kau buat iklan.

Baiklah. Kisah Tahi Sawan dah tamat. Sekarang ni nak pegi jalan-jalan blog. I jeles tau tengok splash sana sini.

"ORANG JOHOR, KITA TAK NAK SPLASH PULAK KE?"


Asyik 'bakar' je keje aku. Kahkahkah. :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, February 8, 2011

Tahi Sawan?

Nashriq mula diserang Tahi Sawan lebih kurang sebulan yang lalu. Masa tu aku nampak keadaannya normal berkuping macam anak-anak sedara aku yang dulu-dulu. Bila kerajinan timbul, aku pon bubuh baby oil dan keruk Tahi Sawan tu pakai sikat. Mula-mula tu hilang. Lama-lama dia jadi balik dan makin pelik.

Sampailah satu tahap, keadaan kulit kepala Nashriq jadi berair dan lembik. Kalau picit keluar air. Aku rasa air tu nanah kot. Baunya pun kurang menyenangkan. Emak mana yang nak senang duduk tengok anak jadi cenggitu? Gegel tau lutut ni tiap kali pandang kepala Nashriq. Rasa nak meraung pon ada. :(

Masa check up yang ke 5 bulan, aku tanya nurse berkenaan masalah kepala Nashriq ni. Nurse tunjuk doktor dan mereka preskrip sejenis shampoo, ubat sapu bewarna ungu dan ubat makan yang aku rasa Vitamin C kot sebab warna dia Oren. Aku pon amalkan men-shampoo kepala Nashriq pakai shampoo yang diberi. Bubuh ubat ungu tiap 4 jam. Dan tidak dilupakan kasi makan ubat Vitamin C empat kali sehari.

Dalam masa 2-3 hari, Tahi Sawan tadi berkurangan.

Entah macam mana nak dijadikan sebab, aku balik rumah Emak kat Taman Cempaka selepas berlangsungnya Perjumpaan BGWS haritu. Boleh pulak shampoo Nashriq tertinggal kat sekolah dan tidak ber-shampoo ubatlah budak kecik itu selama lebih kurang 4 hari. Tak semena-mena, Tahi Sawan berkenaan naik semula dan keadaannya menjadi bertambah teruk dengan lendir, nanah, berair dan berbau. Aku nak nangis tau jalan KL dengan keadaan kepala anak cenggitu. Serius, membunuh mood aku 100%.

Pagi tadi, bangun tido terus tengok kepala anak. Ya Allah, rasa nak luluh jantung aku tengok keadaan dia cenggitu. Takde mood langsung nak pergi kerja. Terus cakap dengan Wahid nak bawak Nashriq pergi OPD Mahmoodiah sebab kat sini banyak pakar.

Korang tengoklah kepala Nashriq ni. :(

Gambar ni dengan flash.
Nampak tak berair dia macam mana?




Gambar tanpa flash.
Macam gitulah gaya kupingnya.


Aku menyalahkan diri aku dalam hal ni. Kenapa aku bubuh baby oil masa tu dan kenapa aku keruk kepala Nashriq? Kenapa aku tak pergi ambik shampoo Nashriq yang tertinggal tu awal-awal? Kenapa aku fikir yang kepala Nashriq dah baik? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku tak boleh berhenti salahkan diri aku, setiap kali aku pandang kepala Nashriq. Bodohnya aku menjadi seorang Emak. Tak reti jaga anak ke aku? Terlalu mengambil ringan ke aku selama ini?

P/S : Tadi dah pergi OPD Mahmoodiah dan doktor bagi Shampoo (yang sama), ubat antibiotik beserta ubat krim warna putih. Harap-harap cepat sembuh. Tak tahanlah tengok keadaan anak macam gini. Rasa nak nangis je. :(


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, February 7, 2011

Percutian 3 Hari 2 Malam.

Baik update sekarang. Malas ah nak perap lama-lama.

Percutian keluarga kali ini dirancang tanpa sengaja. Emak nak sangat jalan-jalan KL. Tapi sebenarnya bukan dia nak berjalan sangat. Dia suka tengok anak cucu dia ramai-ramai happy-happy. Dah lama woo tak pergi bercuti. Kali terakhir cuti-cuti keluarga ialah pada tahun 2009. Masa tu pergi Melaka tido kat chalet tepi laut. Mengandungkan Nashrah 4 bulan masa tu. :)

Oleh kerana cuti berangkai panjang bermula hari Khamis, kami pon ambil keputusan untuk stay 3 hari kat sana. Dapatlah tido 2 malam supaya dapat jalan-jalan dengan puas. Memang penat lah kan kalau nak pergi harini pastu esok dah nak balik. Nak jalan mana pulak kalau kena rushing-rushing.

Janji bertolak selepas Subuh. Tapi janji Melayu memang selalunya lewat 1 ke 2 jam. Hahahahaha. Pukul 7 pagi baru kami bertolak masuk highway. Jalan pagi-pagi syok kan? Dapat tengok suasana tepi jalan. Sejuk pon sejuk. Takdelah panas sangat dalam kereta.

Haaaa. Ini gambar selingan.
Perkenalkan Upin dan Ipin dalam keluarga kami.
Yang kiri nama Hafetz. Yang kanan nama Iskandar.

Masa berhenti kat R&R nak check tayar.

Destinasi pertama ialah Putrajaya. Ini first time aku sampai sini. Bukan main over lagi lah konon nak tunjuk Wahid mana Kementerian Pelajaran Malaysia. Padahal diri sendiri pon tak tahu. Kementerian lain nampak. Kementerian tempat diri sendiri berkhidmat hilang entah ke mana. Sudahnya duduk diam-diam sebab malu. Grrrrrr.

Ada berapa orang tak masuk dalam gambar ni.
Emak duduk dalam kereta.
Abang De tukang amik gambar.
Kak Ngah, Abang Din dan Nurul entah kemana.




Nashriq macam Putera Lilin nak kena berpayung.



Emak bersama anak-anak dan cucu-cucu.
Budak-budak ni macam pe'el kau tahu?




Anas Nashriq budak kerut.



Three of us. :)

Setelah selesai lawatan tapak ke Putrajaya, kami pon terus berdesup ke Intekma Resort. Memang berbaloi okeh stay sini. Kitorang sewa sebuah apartment dua bilik. Hall dia besar boleh bentang TOTO kalau nak tido secara berjemaah. Ada dua balkoni lagi. Rate dia RM180/malam ikut Government offer. Memang puas hatilah. Budak-budak siap puas mandi swimming pool lagi.

Errr, bukan budak-budak aje yang puas.
Emak-emak dengan bapak budak pon puas.
P/S : Nashriq 1st time swimming. :)



Belah malamnya pulak, kami jalan-jalan tengok cahaya bergemerlapan Kuala Lumpur. Boleh plak parking tepi KLCC semata-mata nak tengok betapa cantiknya bangunan tu macam diamond. Orang lalu lalang ketawa aje agaknya tengok kami. Takpelah, kami plat 'J' kan? Mestilah jakun terlebih sikit. Hahahahaha.

Ini gambar terakhir dalam kamera.
Bateri weak terlupa bawak charger. :(



Punyalah teruk aku kena bambu dengan abang aku. Macam manalah boleh terlupa nak capai charger kamera pon taktau. Sudahnya, masing-masing amik gambar pakai henpon cap ayam. Aku plak terus hilang mood sebab terasa diri blurr tak bawak charger kamera. Haih.

Keseronokkan malam diteruskan dengan aktiviti menghabiskan duit di Petaling Street. You know what, ini kali kedua aku sampai sini. Pertama kali dulu bersama keluarga mertua. Aku confident ni cerita kat Emak yang Petaling Street berada di Petaling Jaya. Booohooo. Sekali lagi kena bambu dengan Abang De. Terus diam tak cakap lagi.

Petaling Street tutup ke hape ntah malam tu. Kaum Cina nak pergi beraya kot. Kami sampai lebih kurang pukul 10 malam gitu, semua dah berkemas-kemas. Tapi best jugak sebab dapat harga menawan oleh kerana mereka dah nak tutup kedai. Dapatlah 'pow' handbeg imitation Jimmy Choo. Hahahahaha siap cerita kan. Aku manalah ada duit nak beli mahal-mahal woooo. Yang imitation pon dah Alhamdulillah dah. :)

Balik ke Intekma semula untuk beradu. Tapi, sampai-sampai aje pintu masuk Intekma baru perasan yang susu Nashriq dah habis. Memang cuak ni wooo nak cakap dengan Abang De. Berapa kali aku nak kena bambu satu hari pon tak tau dah. Tapi kena cakap jugaklah. Aku bagitau yang kami nak pi beli kat 7 Eleven belakang KFC Seksyen 2 tu aje. Konfiden siot situ ada susu. Padahal haram takde. Terpaksalah kami masuk highway menuju Kuala Lumpur semata-mata nak beli susu Dumex Dulac berharga RM9.90.

Memang harulah wa cakap lu. Cari kedai mamak mana yang masih bukak pukul 12.00 tengah malam ni. Nampak 7 Eleven mesti berhenti. Tapi semua pon takde jual susu Dumex tu. Memang seram. Tempat tak biasa. Dengan keadaan orang-orang yang super hectic. Takut!

Lastly, masuk satu 7 Eleven dan tanya kat mana ada kedai ke supermarket ke yang masih bukak malam-malam hari gini. Budak tu pon suruh pergi Bukit Bintang. Dia kata ada KK Store ke hape ntah. Fine, Bukit Bintang kat mana dik? Kahkahkah. Budak tu tengok aku atas bawah aje. Terpaksa kena explain yang kita ni dari Johor Bahru datang bercuti. Faham adik? :p

Dah kenalpasti arah, kami pon memecut pergi KK Store Bukit Bintang. Haiyooooo. Kat sini pon ramai sangat orang. Semua tengok aku atas bawah. Cepat-cepat capai susu, bayar dan terus masuk kereta. Macam takut pon ada. KL ni bukan dunia aku agaknya.

Selesai masalah susu, timbul pulak masalah nak balik Shah Alam. Bengong nak mampus drive sampai Bandar Tun Razak. Muka dah seram dah kami berdua. Akhirnya patah balik dan ikut je signboard ke Shah Alam. Nampak Shah Alam, masuk. Nampak Shah Alam, masuk. Confident mesti ada. Kalau tak macam mana nak sampai Intekma, ye tak?

Masuk highway, kami dah pelik. Aik, apasal kena bayar RM2.20 ni? Tadi siang keluar masuk highway KL-Shah Alam cuma RM1.10. Bila malam dia naik harga ke? Tengok kiri kanan mencari Kilang Guinness Anchor nak buat panduan. Eh, takde? Jalan depan lagi nak tengok pulak Kilang Carlsberg ada ke tak. Woi mana kilang ni woi? Kita kat mana ni?

(Iklan Selingan : Besar betul Kilang Carlsberg kat Malaysia eh? :p)

Tengok-tengok signboard. Highway Kesas? Apa ni wehh? Mana pergi Highway PLUS? Jalan mana kita ikut ni? Takpe. Takpe. Asal nampak tulisan Shah Alam, follow aje. Kena tawakal kuat-kuat. Dahlah henpon kami berdua mati battery. Memang cantiklah terima telinga nak kena bambu dengan Emak, Abang semua.

Akhirnya, berkat muka tawakal tadi, kami pon sampai ke Intekma Resort pada jam 2.30 pagi sambil disambut oleh Emak dan adik beradik menunggu di balkoni. Kahkahkahkah.

Esoknya, bangun pagi-pagi dan bersarapan. Kat sini sarapan murah woooo. Ada nasi lemak bungkus berharga 60 sen. Sedap pulak tuuu. Sambal dia pedas. Tapi memang power. Makan sebungkus boleh berasap telinga. Tak caya? Pergi kat Pasar Seksyen berapa entah tu.

Destinasi seterusnya ialah Akuaria KLCC. Untuk dewasa yang ada MyKad kena charge RM35. Kanak-kanak bawak MyKid kena charge RM25. Budak-budak yang bawah 3 tahun tak payah bayar. Warga Emas berusia 50 tahun ke atas pon free.

Masuk dalam ni memang best okeh. Mula-mula macam boring tengok apa ni? Apa ni? Apa ni? Pastu dah lama-lama baru syokkk. Paling seronok masuk dalam terowong jalan sendiri tu. Ikan jaws lalu atas kepala uolls. Ikan pari besar masak seminggu tak habis pon ada menari-menari. Tapi tengkuk sakitlah kena dongak nak tengok. Emak aku dah boring aje pasal apa bawak dia masuk sini. Hahahahaha.

Dah lapar? Kami pon bergerak keluar dari Akuaria dan menuju ke Kampung Baru. Tempat makan dia kalau nak parking kena bayar RM5. Hahahahahahampeh betul abang aku ni bawak aku berjalan entah ke mana-mana. Tapi berbaloi jugak sebab makanan dia sedap dan banyak sangat pilihan. Sampai rambang mata taktau nak makan yang mana satu.

Selepas mengisi perut, kami pon berhajat nak pergi Jalan TAR. Konon nak borong tudunglah kan macam kat Johor takde tudung. Sudahnya dapat cuci mata dari dalam kereta aje. Tak dapat nak turun sebab parking takde. Kuciwa dalam hati. Dahlah dalam hati dah aim hanger tudung harga RM10. Ingat nak rembat 2-3 bawak balik JB. Memang harapanlah. Pastu rushing pulak nak pergi Cheras rumah sedara. Menangis dalam hati tau. T___T

Haaa. Yang Cheras ni pon satu hal. Dah siap-siap message Jiha, Nurul dan Amy konon nak ajak jumpa malam. Sebab malam nanti semua berkobar-kobar nak pergi i-City. Nak tengok lampu-lampu konon. Tapi hasilnya memutar bandar Cheras mencari alamat tak jumpa-jumpa. Berapa kali u-turn pon dah malas nak kira. Terpaksa hantar message kat mereka-mereka cakap tak jadi. Siap explain lagi tengah sesat kat Cheras. Huhuhu.

Balik dari Cheras, teruslah memecut nak pergi i-City. Mata dah terkatup-katup ni. Sampai tepi jalan, Wahid kejut tunjuk i-City. Haram aku nak bukak mata. Nampak sikit aje lampu-lampu atas pokok. Pastu aku sambung tido balik. Sedar-sedar bukak mata dah sampai Intekma. Tanya kat Wahid kenapa tak pergi i-City? Wahid kata kereta beratur panjang tak sanggup nak tunggu. Hahahahahaha. i-City dalam mimpi lah kau Aishah.

Sampai Intekma terus pengsan. Sebelum tido Abang De dah ingatkan esok kena bangun pagi-pagi check out pastu nak pergi Berjaya Time Square nak main roller coster. Seronok ni. Seronok ni. Nak naik roller coster 10 kali ah. Nashriq boleh suruh sesiapa pegang. Dan tidurlah aku dengan senyuman Berjaya Time Square.

Esoknya sedar-sedar pukul 10 pagi. Tengok anak-anak sedara semua tak ada. Mana ni? Mana ni? Dah kena tinggal ke diorang main roller coster tak ajak ke hape ni? Rupa-rupanya mereka-mereka tengah berendam dalam kolam tak ajak makcik dia. Menangis atas katil sebab merajuk kena pinggir. Pelan-pelan kemas beg baju semua nak check out. Kahkahkah.

Dah siap semua orang, terus check out dan sarapan di Pasar Seksyen berapa entah tu. Makanan sini boleh tahan lah. Sedap-sedap jugak. Ke tekak aku yang jenis DBKL? Wah sekarang dah main DBKL tau. Hahahahahaha.

Dah selesai sarapan, terus naik kereta dengan semangat Berjaya Time Square sekali lagi. Dah satu jam duduk dalam kereta masih tak sampai-sampai. Tiba-tiba nampak 'Tol Sungai Besi'. Eh, nak pergi Berjaya Time Square kena lalu Tol Sungai Besi ke? Terus telefon Abang De tanya pasal Berjaya Time Square.

"Banyak kau punya roller coster. Kita nak pergi Nilai dah ni!"

Aku selalu kena tipu cenggini. T_____T

Sampai aje Nilai 3, terus pujuk hati dengan membeli hanger tudung 28 lubang tak pandang benda lain dah. Emak pon memujuk dengan umpan kain cotton buat baju dan tudung awning yoww. Terus tak jadi merajuk. Kat Nilai 3 ni pon banyak barang lah eh? Kalau bawak duit RM1000 mesti syok nak shopping-shopping. Cheh wah macam anak datuk pulak kau bercakap.

Pastu planning nak singgah Melaka kononnya terpaksa dibatalkan sebab hujan lebat tak nampak jalan. Baliklah kami semua ke Johor Bahru dengan badan penat tapi hati gembira walau sedih sedikit sebab tak dapat naik roller coster. Macam kau berani je nak naik roller coster cerita bergegar kat sini.

Takpe. Kuala Lumpur, tunggu aku bulan Mac. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, February 1, 2011

Alkisah BGWS.

Hujan mulai turun sejak hari Jumaat (28 Januari 2011). Dalam hati memang dah tak sedap dah. Banyak kali cakap kat Wahid, macam mana kita nak berkelah makan-makan kalau macam gini gayanya? Dalam kepala merangka backup plan yang munasabah. Susah jugak jadi tukang organizer. Pening kepala sampai tak tido malam. Lepas ni memang takde dah. Boleh pass kat orang lain pulak organize. Hehehehehehe.

Sabtu malam Ahad tu, kat Facebook dah sibuk-sibuk bincang pasal hujan. Semua orang pon risau. Takkan nak redah jugak Hutan Bandar Mutiara Rini tu dalam keadaan hujan cenggini? Mahunya berbual sambil jerit-jerit. Pastu dengan keadaan anak-anak yang terdedah dengan hujan. Risau wooooo.

Takpelah, kita tunggu esok macam mana.....

Pagi Ahad masih hujan. Hantar message kat semua kawan-kawan. Dan kebanyakkan dari mereka pon rasa yang Hutan Bandar Mutiara Rini adalah tidak sesuai buat masa ini. Baiklah, Hutan Bandar Mutiara Rini, CANCEL.

TING! Backup Plan pertama muncul.

Fashya, Yanti dan Cira mencadangkan perjumpaan diadakan di Jaya Jusco Bukit Indah. Nak pot luck kat dalam Jaya Jusco? Boleh ke buat Jaya Jusco tu macam sendiri punya? Nak lepak mana? Makan kat mana? Anak-anak nak kasi main kat mana?

No. No. No. Jaya Jusco adalah tak privacy untuk berbual. Kita kena berbual pelan-pelan pasal orang kiri kanan akan pandang badi bila kita gelak sakan. Takkan nak bawak pot luck bukak kat food court? Kang tak pasal-pasal bergaduh dengan orang food court pasal makanan dia tak laku. Cececececece. Macamlah kau hebat sangat kan ayat cenggini. :p

Tiba-tiba datang idea dalam kepala untuk jemput aje datang ke rumah dan bergathering sesuka hati. Tapi, takut kawan-kawan tak setuju pulak sebab rumah aku jauh nun disana. Bincang dengan Wahid pasal cadangan dalam kepala. Wahid kata boleh, tapi kena bincang dengan semua dulu. Takut juga masa mula-mula tu. Takut dikata mementingkan diri atau nak menyenangkan diri sendiri pulak. Tapi niat sebenar ialah nak beri keselesaan dan keselamatan untuk semua.

Aku pon hantarlah message kat semua orang. Dayu orang pertama yang vote say yes. Orang kedua adalah Yanti. Fashya dan Kak Nani harus berbincang terlebih dulu dan akhirnya confirm datang bersama Jaja. Kid pulak, mula-mula tak dapat datang. Tapi second SMS cakap dah on the way. Hahahahaha. Paling sedih, Cira tak dapat join sebab terlari plan dengan suami manakala Mimie pulak tertidur walau rumah dia sekangkang kera je dari rumah aku. :(

Tapi, Alhamdulillah. Tak sangka semua sanggup datang. Jauh gila kalau nak difikirkan datang ke Tiram ni. Lagi pulak yang stay kat Taman Universiti macam Kak Nani. Beza Utara dan Selatan jauhnya. Tapi demi realisasikan niat nak bergathering, semua pon sanggup.

Malas ah nak cite panjang lagi. Moh tengok gambar.

Yanti dan anaknya Zahirah.
Zahirah ni kembar tak jadi Nashriq.
Due date sama tapi Zahirah dah keluar dulu. Heeee.




Nashriq dan Aunty Dayu.
Apalah si Nashriq tengok tu.




Kid yang cantik bersama Eisya yang comel.
Cha missing in action. Blur seh gambar.




Mee Hoon Goreng Cina bersama Lada Jeruk.
Tukang kacau / gaul adalah Encik Wahid.




Cupcakes yang dibawa oleh Dayu.
Katanya, sponsor dari Charmbakers.
Terima kasih Dayu dan
Charmbakers. :)



Air kotak dari Kid.
Air Tin dari Yanti.



Kek Batik dari Fashya.
Donut dari Jaja.
Gambar ni diambil selepas majlis.
Tak sempat snap masa baru-baru sampai. Heeee.



Kid dan Yanti sedang menjamu selera.



Eisya tengah main straw sambil diperhatikan oleh Ibu.



Zahirah bersama Ayahnya.



Si comel Husna yang suka pandang kamera.



Bertukar anak.
Fashya dan Myiesha.




Look at her. Sangat comel kan?
Jadi menantu makcik nak? Hehehehehehe.




Kasih dan Mamanya, Kak Nani.




Haqq yang sungguh mencuit hati.
Satu rumah gamat gelak ketawa sebab Haqq. :)))




KAMI. :))

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar dan baik sekali walau macam-macam perubahan plan di saat akhir. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita buat lagi. Lepas ni, Kid pulak yang organize tau? Kita rotate-rotate? Amacam? Adil kan? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015