Baik update sekarang. Malas ah nak perap lama-lama.
Percutian keluarga kali ini dirancang tanpa sengaja. Emak nak sangat jalan-jalan KL. Tapi sebenarnya bukan dia nak berjalan sangat. Dia suka tengok anak cucu dia ramai-ramai happy-happy. Dah lama woo tak pergi bercuti. Kali terakhir cuti-cuti keluarga ialah pada tahun 2009. Masa tu pergi Melaka tido kat chalet tepi laut. Mengandungkan Nashrah 4 bulan masa tu. :)
Oleh kerana cuti berangkai panjang bermula hari Khamis, kami pon ambil keputusan untuk stay 3 hari kat sana. Dapatlah tido 2 malam supaya dapat jalan-jalan dengan puas. Memang penat lah kan kalau nak pergi harini pastu esok dah nak balik. Nak jalan mana pulak kalau kena rushing-rushing.
Janji bertolak selepas Subuh. Tapi janji Melayu memang selalunya lewat 1 ke 2 jam. Hahahahaha. Pukul 7 pagi baru kami bertolak masuk highway. Jalan pagi-pagi syok kan? Dapat tengok suasana tepi jalan. Sejuk pon sejuk. Takdelah panas sangat dalam kereta.
Haaaa. Ini gambar selingan.
Perkenalkan Upin dan Ipin dalam keluarga kami.
Yang kiri nama Hafetz. Yang kanan nama Iskandar.
Masa berhenti kat R&R nak check tayar.
Destinasi pertama ialah Putrajaya. Ini first time aku sampai sini. Bukan main over lagi lah konon nak tunjuk Wahid mana Kementerian Pelajaran Malaysia. Padahal diri sendiri pon tak tahu. Kementerian lain nampak. Kementerian tempat diri sendiri berkhidmat hilang entah ke mana. Sudahnya duduk diam-diam sebab malu. Grrrrrr.
Ada berapa orang tak masuk dalam gambar ni.
Emak duduk dalam kereta.
Abang De tukang amik gambar.
Kak Ngah, Abang Din dan Nurul entah kemana.
Nashriq macam Putera Lilin nak kena berpayung.
Emak bersama anak-anak dan cucu-cucu.
Budak-budak ni macam pe'el kau tahu?
Anas Nashriq budak kerut.
Three of us. :)
Setelah selesai lawatan tapak ke Putrajaya, kami pon terus berdesup ke Intekma Resort. Memang berbaloi okeh stay sini. Kitorang sewa sebuah apartment dua bilik. Hall dia besar boleh bentang TOTO kalau nak tido secara berjemaah. Ada dua balkoni lagi. Rate dia RM180/malam ikut Government offer. Memang puas hatilah. Budak-budak siap puas mandi swimming pool lagi.
Errr, bukan budak-budak aje yang puas.
Emak-emak dengan bapak budak pon puas.
P/S : Nashriq 1st time swimming. :)
Belah malamnya pulak, kami jalan-jalan tengok cahaya bergemerlapan Kuala Lumpur. Boleh plak parking tepi KLCC semata-mata nak tengok betapa cantiknya bangunan tu macam diamond. Orang lalu lalang ketawa aje agaknya tengok kami. Takpelah, kami plat 'J' kan? Mestilah jakun terlebih sikit. Hahahahaha.
Ini gambar terakhir dalam kamera.
Bateri weak terlupa bawak charger. :(
Punyalah teruk aku kena bambu dengan abang aku. Macam manalah boleh terlupa nak capai charger kamera pon taktau. Sudahnya, masing-masing amik gambar pakai henpon cap ayam. Aku plak terus hilang mood sebab terasa diri blurr tak bawak charger kamera. Haih.
Keseronokkan malam diteruskan dengan aktiviti menghabiskan duit di Petaling Street. You know what, ini kali kedua aku sampai sini. Pertama kali dulu bersama keluarga mertua. Aku confident ni cerita kat Emak yang Petaling Street berada di Petaling Jaya. Booohooo. Sekali lagi kena bambu dengan Abang De. Terus diam tak cakap lagi.
Petaling Street tutup ke hape ntah malam tu. Kaum Cina nak pergi beraya kot. Kami sampai lebih kurang pukul 10 malam gitu, semua dah berkemas-kemas. Tapi best jugak sebab dapat harga menawan oleh kerana mereka dah nak tutup kedai. Dapatlah 'pow' handbeg imitation Jimmy Choo. Hahahahaha siap cerita kan. Aku manalah ada duit nak beli mahal-mahal woooo. Yang imitation pon dah Alhamdulillah dah. :)
Balik ke Intekma semula untuk beradu. Tapi, sampai-sampai aje pintu masuk Intekma baru perasan yang susu Nashriq dah habis. Memang cuak ni wooo nak cakap dengan Abang De. Berapa kali aku nak kena bambu satu hari pon tak tau dah. Tapi kena cakap jugaklah. Aku bagitau yang kami nak pi beli kat 7 Eleven belakang KFC Seksyen 2 tu aje. Konfiden siot situ ada susu. Padahal haram takde. Terpaksalah kami masuk highway menuju Kuala Lumpur semata-mata nak beli susu Dumex Dulac berharga RM9.90.
Memang harulah wa cakap lu. Cari kedai mamak mana yang masih bukak pukul 12.00 tengah malam ni. Nampak 7 Eleven mesti berhenti. Tapi semua pon takde jual susu Dumex tu. Memang seram. Tempat tak biasa. Dengan keadaan orang-orang yang super hectic. Takut!
Lastly, masuk satu 7 Eleven dan tanya kat mana ada kedai ke supermarket ke yang masih bukak malam-malam hari gini. Budak tu pon suruh pergi Bukit Bintang. Dia kata ada KK Store ke hape ntah. Fine, Bukit Bintang kat mana dik? Kahkahkah. Budak tu tengok aku atas bawah aje. Terpaksa kena explain yang kita ni dari Johor Bahru datang bercuti. Faham adik? :p
Dah kenalpasti arah, kami pon memecut pergi KK Store Bukit Bintang. Haiyooooo. Kat sini pon ramai sangat orang. Semua tengok aku atas bawah. Cepat-cepat capai susu, bayar dan terus masuk kereta. Macam takut pon ada. KL ni bukan dunia aku agaknya.
Selesai masalah susu, timbul pulak masalah nak balik Shah Alam. Bengong nak mampus drive sampai Bandar Tun Razak. Muka dah seram dah kami berdua. Akhirnya patah balik dan ikut je signboard ke Shah Alam. Nampak Shah Alam, masuk. Nampak Shah Alam, masuk. Confident mesti ada. Kalau tak macam mana nak sampai Intekma, ye tak?
Masuk highway, kami dah pelik. Aik, apasal kena bayar RM2.20 ni? Tadi siang keluar masuk highway KL-Shah Alam cuma RM1.10. Bila malam dia naik harga ke? Tengok kiri kanan mencari Kilang Guinness Anchor nak buat panduan. Eh, takde? Jalan depan lagi nak tengok pulak Kilang Carlsberg ada ke tak. Woi mana kilang ni woi? Kita kat mana ni?
(Iklan Selingan : Besar betul Kilang Carlsberg kat Malaysia eh? :p)
Tengok-tengok signboard. Highway Kesas? Apa ni wehh? Mana pergi Highway PLUS? Jalan mana kita ikut ni? Takpe. Takpe. Asal nampak tulisan Shah Alam, follow aje. Kena tawakal kuat-kuat. Dahlah henpon kami berdua mati battery. Memang cantiklah terima telinga nak kena bambu dengan Emak, Abang semua.
Akhirnya, berkat muka tawakal tadi, kami pon sampai ke Intekma Resort pada jam 2.30 pagi sambil disambut oleh Emak dan adik beradik menunggu di balkoni. Kahkahkahkah.
Esoknya, bangun pagi-pagi dan bersarapan. Kat sini sarapan murah woooo. Ada nasi lemak bungkus berharga 60 sen. Sedap pulak tuuu. Sambal dia pedas. Tapi memang power. Makan sebungkus boleh berasap telinga. Tak caya? Pergi kat Pasar Seksyen berapa entah tu.
Destinasi seterusnya ialah Akuaria KLCC. Untuk dewasa yang ada MyKad kena charge RM35. Kanak-kanak bawak MyKid kena charge RM25. Budak-budak yang bawah 3 tahun tak payah bayar. Warga Emas berusia 50 tahun ke atas pon free.
Masuk dalam ni memang best okeh. Mula-mula macam boring tengok apa ni? Apa ni? Apa ni? Pastu dah lama-lama baru syokkk. Paling seronok masuk dalam terowong jalan sendiri tu. Ikan jaws lalu atas kepala uolls. Ikan pari besar masak seminggu tak habis pon ada menari-menari. Tapi tengkuk sakitlah kena dongak nak tengok. Emak aku dah boring aje pasal apa bawak dia masuk sini. Hahahahaha.
Dah lapar? Kami pon bergerak keluar dari Akuaria dan menuju ke Kampung Baru. Tempat makan dia kalau nak parking kena bayar RM5. Hahahahahahampeh betul abang aku ni bawak aku berjalan entah ke mana-mana. Tapi berbaloi jugak sebab makanan dia sedap dan banyak sangat pilihan. Sampai rambang mata taktau nak makan yang mana satu.
Selepas mengisi perut, kami pon berhajat nak pergi Jalan TAR. Konon nak borong tudunglah kan macam kat Johor takde tudung. Sudahnya dapat cuci mata dari dalam kereta aje. Tak dapat nak turun sebab parking takde. Kuciwa dalam hati. Dahlah dalam hati dah aim hanger tudung harga RM10. Ingat nak rembat 2-3 bawak balik JB. Memang harapanlah. Pastu rushing pulak nak pergi Cheras rumah sedara. Menangis dalam hati tau. T___T
Haaa. Yang Cheras ni pon satu hal. Dah siap-siap message Jiha, Nurul dan Amy konon nak ajak jumpa malam. Sebab malam nanti semua berkobar-kobar nak pergi i-City. Nak tengok lampu-lampu konon. Tapi hasilnya memutar bandar Cheras mencari alamat tak jumpa-jumpa. Berapa kali u-turn pon dah malas nak kira. Terpaksa hantar message kat mereka-mereka cakap tak jadi. Siap explain lagi tengah sesat kat Cheras. Huhuhu.
Balik dari Cheras, teruslah memecut nak pergi i-City. Mata dah terkatup-katup ni. Sampai tepi jalan, Wahid kejut tunjuk i-City. Haram aku nak bukak mata. Nampak sikit aje lampu-lampu atas pokok. Pastu aku sambung tido balik. Sedar-sedar bukak mata dah sampai Intekma. Tanya kat Wahid kenapa tak pergi i-City? Wahid kata kereta beratur panjang tak sanggup nak tunggu. Hahahahahaha. i-City dalam mimpi lah kau Aishah.
Sampai Intekma terus pengsan. Sebelum tido Abang De dah ingatkan esok kena bangun pagi-pagi check out pastu nak pergi Berjaya Time Square nak main roller coster. Seronok ni. Seronok ni. Nak naik roller coster 10 kali ah. Nashriq boleh suruh sesiapa pegang. Dan tidurlah aku dengan senyuman Berjaya Time Square.
Esoknya sedar-sedar pukul 10 pagi. Tengok anak-anak sedara semua tak ada. Mana ni? Mana ni? Dah kena tinggal ke diorang main roller coster tak ajak ke hape ni? Rupa-rupanya mereka-mereka tengah berendam dalam kolam tak ajak makcik dia. Menangis atas katil sebab merajuk kena pinggir. Pelan-pelan kemas beg baju semua nak check out. Kahkahkah.
Dah siap semua orang, terus check out dan sarapan di Pasar Seksyen berapa entah tu. Makanan sini boleh tahan lah. Sedap-sedap jugak. Ke tekak aku yang jenis DBKL? Wah sekarang dah main DBKL tau. Hahahahahaha.
Dah selesai sarapan, terus naik kereta dengan semangat Berjaya Time Square sekali lagi. Dah satu jam duduk dalam kereta masih tak sampai-sampai. Tiba-tiba nampak 'Tol Sungai Besi'. Eh, nak pergi Berjaya Time Square kena lalu Tol Sungai Besi ke? Terus telefon Abang De tanya pasal Berjaya Time Square.
"Banyak kau punya roller coster. Kita nak pergi Nilai dah ni!"
Aku selalu kena tipu cenggini. T_____T
Sampai aje Nilai 3, terus pujuk hati dengan membeli hanger tudung 28 lubang tak pandang benda lain dah. Emak pon memujuk dengan umpan kain cotton buat baju dan tudung awning yoww. Terus tak jadi merajuk. Kat Nilai 3 ni pon banyak barang lah eh? Kalau bawak duit RM1000 mesti syok nak shopping-shopping. Cheh wah macam anak datuk pulak kau bercakap.
Pastu planning nak singgah Melaka kononnya terpaksa dibatalkan sebab hujan lebat tak nampak jalan. Baliklah kami semua ke Johor Bahru dengan badan penat tapi hati gembira walau sedih sedikit sebab tak dapat naik roller coster. Macam kau berani je nak naik roller coster cerita bergegar kat sini.
Takpe. Kuala Lumpur, tunggu aku bulan Mac. :))
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
ala tak dpt jumpa aishah..maria nk p kl hujung minggu ni..
ReplyDeletebulan mac dtg kl lagi yuhuuu jom pi umah wan raina ingat nak buat majlis makan2 raina nanti InsyaAllah
ReplyDeletekalau jadi pi i-city hari tu leh jumpa kan? hehe
Wahh punyalah pusing-pusing sesat. Dengan cari kedai KK sekali. Hehehe.
ReplyDeleteWhen are you coming in March? Meh I volunteer jadi tourist guide you. :P
Bestnyaa jalan2 reramai dgn family kan..:)
ReplyDeletewah...panjang gilos entry nie..bersemangat mun baca sp habis tau aishah...best x jalan2 kayell???
ReplyDeleteanas nashriq nampak seperti budak besar.. :)
ReplyDeletehehehe wah seronok nye jalan2...mac turun lg eh... wah best ni hehhe
ReplyDeletemac nanti kalau ada jodoh kita jumpa ye!!! hehehehe...boleh tgk i-City... =))
ReplyDeletewaah sakan nasyriq g jalan yer..
ReplyDeletekite dh alam xturun KL..rindu tp sllu xdpt nk g..
asyik senyum je kid baca entri aisyah yang ni..
ReplyDeletekid sedang bayangkan aisyah sedang bercerita depan kid..
huhuhuhu.. :P
nasib baik nashriq tak cranky :)
alalala..
ReplyDeletelog journey..
xpe aisyah..
tu org kata pengalaman..ecece..
nashriq cm bdk besa dh :)
best bace entry nie sbb ade sensed of keseronokan di situ heheh =p
ReplyDeletemakanan kat shah alam mmg heaven
ReplyDeletesebab tu 5 taun belajar kat shah alam badan mengembang bagaikan johan
nasik lemak seksyen 6 kot aishah pegi
dkt gak ngan intekma
makan kat kg baru lagi mantap
skrg ni kdang2 sanggup gak gi sana tgahari
tapi kat jalan tar pun dah syiok
tp jalan2 best la
kalau nak hidup kat sini
ngan ada anak. tak kondusif lah
ni dh terpikir nak balik kg je ni
serat barat dlm kl kira pengalaman utk diri sendiri jugak tau.next time dtg kl dh kenal semua jalan2 yg lalu tuh.btw KL mmg begini lah.xleh nk percaya bulat2 pd signboard.tersilap jalan leh pusing jauhhh jadik nya.byk sgt hiway yg mengenakan tol mahal2 ahahaha
ReplyDeleteMembaca sambil terkekeh2..tak boleh tahan Petaling Street tu Petalin Jaya..Haha..
ReplyDeleteu made my day Aishah! sampai tertumpah2 susu tengah pam..haha
terkekek-kekek aku baca entri ni.
ReplyDeleteno worries, aisyah.
pengalaman itu mendewasakan.
silap hari bulan, awk lagi terer jln Kl dr ai sbb dah tawaf byk kali kan? :p
tu diaaaa... terbayang2 awak yg bercerita kt depan mata..hikhik..
ReplyDeletenice to meet u aishah..:)