Friday, February 18, 2011

Demam Photoscape.

Dah lama memendam hati tengok orang lain pandai combine gambar. Aku ni punyalah kena upload satu-satu. Sampai pening kepala nak upoload. Dahlah pattern blogspot limit 5 gambar aje sekali upload. Kalau ada 20 gambar? Tak jenuh kau nak menunggu dengan internet bak siput sedut?

Aku ingat, mereka-mereka yang combine gambar pastu edit-edit tu, pakai Photoshop. Jenuh jugak aku ngendeng kawan-kawan yang ada CD Photoshop nak mintak install. Bila dah install, tak reti guna pulak. Memang bagus sangatlah perangai malas nak explore cenggini.

TETAPI, bila aku tengok Reen selamba yaya je edit beratus gambar pastu masuk Facebook, aku beranikan diri bertanya. Malu bertanya sesat jalan woooo. Tak tanya sekarang, confirm aku bodoh sampai bila-bila. Iye tak?

Reen kata, dia guna Photoscape. Boleh donwload kat internet aje.

Peh, bukan main laju lagi tangan aku Google Photoscape. Dapat aje, aku terus donwload dan main godeh-godeh. Bagus okeh benda alah ni. Mudah digunakan dan tak susah nak faham. Bak kata Dayu, kena pandai explore. Heeeee.

Inilah hasilnya. :)

Muhammad Anas Nashriq, Cinta Hati. :)


"Halamak kau ni Aishah, simple cenggitu pon nak kecoh!"

Hahahahaha. Simple aje kan? Manalah aku reti nak buat hebat-hebat.

Baiklah, kepada sesiapa yang berminat nak download Photoscape jugak, boleh pergi sini. Pergilah. Sementara stok masih ada. :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

15 comments:

  1. btul2 photoscpe pon bes tp salu guna piknic jugk..malu tanya sesat jln la aisyah kn!!

    ReplyDelete
  2. hahaha i lagi lah ...buta segala2.... nak jugak lah ehehehe

    ReplyDelete
  3. cantik2...nak try lah pasni.. jue slalu gune picasa jer utk wat camni.. ataupun kat picnik.com..pomboley jadik camni.. ske..ske..ske.. :)

    ReplyDelete
  4. Ahaha kalau tak pasal you tulis entry ni, I pun ikut cara oldskool upload 5-5 ikut giliran. Lepas tu, sambil tulis entry sambil susun balik photos itu ikut susunan.

    Gigih ok. I am so proud of myself. Hahaha!

    Since you dah tunjuk menda alah ni, let me try. Mana tahu nanti terjatuh chenta. :D Actually I takut tak reti juga ni, tapi kalau you pandai pakai, sure I pun tahu.

    *tak nak mengaku paling bengap antara semua bloggers! Hahaha!*

    ReplyDelete
  5. photoscapeR juge..picnik pun best!

    ReplyDelete
  6. aritu cube,...tapi sebab mmg dh lembab IT,mmg xreti smp ke sudah...malass...miahahahah

    ReplyDelete
  7. nasib baik aishah kecoh..kalo x yana pun xtau..hahaha
    bagus ni.nk jugak ar

    ReplyDelete
  8. maria pn guna photoscape senang skit nak resize gamba..;)

    ReplyDelete
  9. bagus berkongsi2 info ni.. jd mudah kn..;)

    ReplyDelete
  10. hihi, rasa macam kedekut ilmu pulak tak kongsi ilmu ni. Ingatkan sume tau....waaaaaaa...


    aishah, datang blog kene tag..hihi

    ReplyDelete
  11. Aishah, nashriq pakai tudung tu sebijik muka awak laa.. Comelll!!

    ReplyDelete
  12. hohoh..ok gak pakai benda alah tue kan? tp cam x puas ahh gambo byk2 gitu jd satu. cam x menghayati..hehe..

    tp kalo byk sgt mmg bley consider la buat kan?

    insyallah nti nak try jugak. tq aishah 4 sharing with us =D

    ReplyDelete
  13. tak pernah try yang ni..
    selalu guna pikcnik dengan software sony tu.. :P

    kalau nak pakai adobe ke semua tu..
    memang la tak pandai..
    hehehehe :)

    ReplyDelete
  14. salam saja blogwalking,nice entries here. tetiba tingat eh! dah lama xbuat kreativiti ceni..asek edit gambo bagi muka gebu dan putih melepuk jek......kekeke.
    sudilah singgah di http://sharemyloves.blogspot.com tau..
    cik cha follow!

    ReplyDelete
  15. skng seme di hujung jari dah...google je semua kua..kene pndai xplore gtuuu...

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015