Thursday, February 24, 2011

Vacancy - Review Writer for hannahjohary.blogspot.com

This is fun. Masa baca sticky post Hannah pasal contest ni, terus terasa nak join. Tak. Tak. Tak. Bukan pasal nak rebut RM100 dan berangan jadi pemenang. Tapi ianya lebih kepada penghargaan untuk beliau kerana menjadi blogger idola aku selama ni. Cececececece ayat bodek nampak?

Aku mula kenal Hannah pada penghujung tahun 2009. Masa tu, kepala hotak tengah serabut dengan kehilangan Nashrah. Setiap hari entry pasal Nashrah. Aku luahkan segala perasaan dalam blog. Sampailah aku publish entry Terima Kasih 2009. Dalam entry berkenaan, buat pertama kalinya Hannah telah mengomen. (Mengomen?)

Minah ni kalau komen dalam Bahasa Melayu memang best tau.
Ayat dia tersusun rapi macam dalam novel.


Oh, sebelum itu, aku memang ada simpan URL blog Hannah dari zaman dia nak kahwin lagi. Tapi aku tak pernah komen sebab minah ni punya entry kebanyakkannya dalam Bahasa Inggeris. Dahlah Bahasa Inggeris aku 'A++', setiap kali nak komen balik entry dia mesti kena bukak Kamus Laman Mini. Hahahahaha.

Pernah sekali aku baca blog Hannah. Wahid ada kat sebelah tengah memerhati apa yang aku bukak. Sampai tab Hannah, Wahid pandang aku sepuluh kali;

"Awak baca blog Minah Salleh?"

Hahahahahaha. Sampaikan ke sudah bila nak cerita pasal Hannah kat Wahid, mesti kena mention 'Minah Salleh'. Kalau tak, confirm dia tak dapat ingat siapa. Sebab bini dia ada ramai sangat kawan blog dari seluruh pelusuk negara. Echeh. :p

Kenapa aku suka sangat http://hannahjohary.blogspot.com/?

Sebab Hannah selalu beri aku pandangan revolusi yang baru. Dia sangat pandai bercerita. Kalau baca setiap entry-nya, mesti rasa macam dia tengah duduk kat depan mata sambil bercerita penuh semangat. Pernah sekali baca entry, My Delivery - The Detailed Version, aku menangis tau? Tapi sambil tu mouse tak lepas copy paste kat Kamus Laman Mini. Hahahahaha ada hati nak baca omputih tau aku ni.

Lagi satu, bila baca blog Hannah, banyak perkataan English yang aku belajar. Dia ni macam Cikgu Bahasa Inggeris tak rasmi aku. Kalau dia tulis perkataan baru yang aku tak pernah nampak, aku mesti cari makna balik kat kamus. Berapa banyak pahala dia dapat kau tengok? Aku ni dari seorang yang zero Bahasa Inggeris naik satu tingkat.

Semangat untuk berkawan semakin menebal sewaktu Hannah sedang mengandungkan "Little Maimunah'. Tiap entry dia, aku komen. Tiap entry aku, dia akan komen jugak. Dan anehnya, tiap komen dia mesti masuk kepala terus turun sampai hati. Dia akan bagi penjelasan yang panjang lebar beserta komen-komen bernas dicampur dengan humor-humor ringan.

Uniknya lagi hubungan kami, 'Little Maimunah' lahir pada 9 Januari 2010 dan ini bermaksud kami berkongsi tarikh lahir. Dan sewaktu 'Minah Salleh' ni announce kelahiran bayi-nya yang diberi nama Farimyiesha, I am so excited sebab nick name aku dari dulu sampai sekarang is MyAishah (boleh rujuk URL blog). Macam dekat-dekat pulak kan?

Paling mengujakan, Hannah adalah antara orang-orang yang pertama tahu aku dah pregnant buat kali kedua. Silapnya cuma sekejap. Aku post ticker kat blog dalam 5 minit gitu, pastu tak jadi letak aku remove. Tup tup, dia dah komen kat chatbox cakap 'Congrats' dan bla bla bla. Gila cekap minah ni. Entah dia refresh blog aku 5 minit sekali ke hape ntah. :p


Farimyiesha super duper comel. :)



One happy family together. Forever. Amin.


Dear Hannah,

Thank you for being one of my best 'alam maya' friends. Terima kasih atas tiap kata-kata semangat waktu saya berawan penuh dulu. Terima kasih atas setiap nasihat dan pandangan yang selalu buat saya sedar. Terima kasih kerana selalu ceriakan hari saya dengan entry penuh gila. Dan, terima kasih kerana terus menulis. :)

I hope, our friendship will never end. Amin.

P/S : TIDAK. SAYA TAK JOIN CONTEST INI. INI HANYALAH SEBUAH ENTRY PENGHARGAAN. :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

13 comments:

  1. tiba2 sy sebak..apsal?entah emo mak buyung kot..huhu..

    ReplyDelete
  2. kalo masok contest ade chance menang nie aishah! ngeee =p

    sbnrnya dah siap da entry nk masok contest hannah nie. cuma simpan dulu dlm draf. mane tau ade nk perbaik sikit2 if ade kelapangan. hehehe

    tp bace entry aishah nie mcm rase semangat lak nk publish..hik hik =p

    ReplyDelete
  3. aishah kat sini boleh komen kan..heheh..aku dh lame sebenarnye tengok blog ko nie...suke dengan setiap ayat yg ko tulis...ape2 pon aku baru je lagi blog nie...sile2 la ajar aku yek...tq

    ReplyDelete
  4. Baru habis baca. So touching.

    Just love it.

    Boleh tak I nangis? :P

    ReplyDelete
  5. Baru try paste entry My Delivery - The Detailed Version to Microsoft Word.

    17 muka surat setengah rupa-rupanya. Gila panjang. Hahaha!

    ReplyDelete
  6. aishah...ok tak mcm nie..sori yek kawan2..testing komen jap...

    ReplyDelete
  7. tersentuh daku membaca entrimu aishah. tiba2 terus teringat kisah perkenalan pertama nurul dengan hannah.

    hannah dah 2,3 kali komen nurul semasa di zaman nurul pregnant ke selepas nurul selamat melahirkan raina (lupa :D ) tapi nurul tak perasan kehadirannya.

    sampai satu masa tiba2 nurul teringat satu nama hannah johary pernah komen entri nurul. masa tu raina dah bbrp bulan umurnya. terus kelang-kabut mencari link beliau.

    sejak itu daku menyimpan link beliau sebab daku dapat rasakan daku makin jatuh cinta membaca penulisan beliau yg seperti tgh melayan sebuah novel cinta.

    ReplyDelete
  8. sebak jugak! *hugs*
    walaupun kita kawan2 alam maya, tapi mesra semcm.

    ReplyDelete
  9. touching oke.

    baca entry awk pun mcm baca novel cinta jugak.

    ReplyDelete
  10. sahabat itu selalu mengerti kan..;)

    ReplyDelete
  11. meremang bulu roma bace entry macik ecah.. :)

    p/s - hannah, bile nk komen belog ira.. :P

    ReplyDelete
  12. ya betul..yana pun suka sngt bc entry dia..mmg ayat tersusun cantik.walaupun sempoi tp penuh makna

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015