Percaya atau tidak, aku tidak pernah melawat tanah kuburan Nashrah sejak pemergian beliau. Selepas aje bersalinkan Nashrah, aku berpantang pulak. Tamat pantang, aku lekat mengandungkan Nashriq. Kemudian berpantang semula. Dan sampailah sekarang ini, bila ada Nashriq, aku memang belum ada kesempatan untuk melawat tanah kuburan kekasih hati pertama aku itu. Kata orang, ada anak kecil di rumah tak sesuai melawat tanah perkuburan.
Untuk pengetahuan korang, tanah kuburan Arwah Abah dan Nashrah adalah bersebelahan. Ianya atas permintaan aku sendiri. Nasib baik juga tanah kuburan Arwah Abah memang di hujung kawasan, jadi ada sedikit tanah lapang yang memang cukup muat untuk kuburan si kecil kesayangan itu. Biar bersebelahan, Atok dan cucunya.
Ini bermakna, sudah selama itu jugalah aku tidak melawat tanah kuburan Arwah Abah. Lebih kurang 1 tahun 9 bulan. Aku betul-betul nak pergi sebelum datangnya bulan puasa ni. Nak pergi bersama adik beradik macam dulu. Baca Yaasin ramai-ramai dengan Emak. Pulak tu sekarang ni ada Nashrah kat sana. Hati aku betul-betul nak pergi.
Kali terakhir aku melawat tanah kuburan Arwah Abah ialah sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun 2009. Selepas sehari itulah (hari raya pertama), Nashrah mula berhenti bergerak. Selain daripada kata-kata orang mengenai kerakusan aku minum air gas pada hari raya berkenaan, ada juga yang kata sebab aku melawat tanah kuburan sehari sebelum itu. Wallahualam.
Jadi, aku sekarang seriously nak tau. Boleh tak wanita hamil melawat tanah perkuburan? Aku tau soalan aku ni macam orang tak ada iman dan pegangan. Tapi seriously as a mom, aku betul-betul risau dan nak tau.
Thanks kawan-kawan.

Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com