Percaya atau tidak, aku tidak pernah melawat tanah kuburan Nashrah sejak pemergian beliau. Selepas aje bersalinkan Nashrah, aku berpantang pulak. Tamat pantang, aku lekat mengandungkan Nashriq. Kemudian berpantang semula. Dan sampailah sekarang ini, bila ada Nashriq, aku memang belum ada kesempatan untuk melawat tanah kuburan kekasih hati pertama aku itu. Kata orang, ada anak kecil di rumah tak sesuai melawat tanah perkuburan.
Untuk pengetahuan korang, tanah kuburan Arwah Abah dan Nashrah adalah bersebelahan. Ianya atas permintaan aku sendiri. Nasib baik juga tanah kuburan Arwah Abah memang di hujung kawasan, jadi ada sedikit tanah lapang yang memang cukup muat untuk kuburan si kecil kesayangan itu. Biar bersebelahan, Atok dan cucunya.
Ini bermakna, sudah selama itu jugalah aku tidak melawat tanah kuburan Arwah Abah. Lebih kurang 1 tahun 9 bulan. Aku betul-betul nak pergi sebelum datangnya bulan puasa ni. Nak pergi bersama adik beradik macam dulu. Baca Yaasin ramai-ramai dengan Emak. Pulak tu sekarang ni ada Nashrah kat sana. Hati aku betul-betul nak pergi.
Kali terakhir aku melawat tanah kuburan Arwah Abah ialah sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun 2009. Selepas sehari itulah (hari raya pertama), Nashrah mula berhenti bergerak. Selain daripada kata-kata orang mengenai kerakusan aku minum air gas pada hari raya berkenaan, ada juga yang kata sebab aku melawat tanah kuburan sehari sebelum itu. Wallahualam.
Jadi, aku sekarang seriously nak tau. Boleh tak wanita hamil melawat tanah perkuburan? Aku tau soalan aku ni macam orang tak ada iman dan pegangan. Tapi seriously as a mom, aku betul-betul risau dan nak tau.
Thanks kawan-kawan.

Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
yantie commented on Wanita Hamil Melawat Tanah Perkuburan. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteNashrah pergi tu dah ketentuan-Nya..tak pernah dengar pulak pantang orang mengandung pergi kubur..
My recent post Keluarga Sandwich..
Email: yantieazan@yahoo.com
Site/Blog URL: http://yantieazan.blogspot.com
IP address: 203.82.94.64
Go to comment
nieyxzha commented on Wanita Hamil Melawat Tanah Perkuburan. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletea'a... takde la plak dengar ade pantang camtu... raye lepas, nieza pegi ke kubur arwah abah mase ngandungkan Rania.. takde ape2 rasenye... arwah mesti suke adik2 die datang melawat die :)
~ pantang ni hanya rekaan manusia semata2... yg terjadi adalah ketentuan dariNya... :)
My recent post Rania demam campak (╥_╥) - part 2
Email: ruhasniza@yahoo.co.uk
Site/Blog URL: http://nieyxzhazlan.blogspot.com/
IP address: 203.82.92.81
Go to comment
Lin Ghazale commented on Wanita Hamil Melawat Tanah Perkuburan. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteJangan percaya itu semua. Ajal maut di tangan tuhan. Akak join sekali uruskan barang2 kematian masa pregnant 4 bulan. Nenek husband meninggal. Sampai kebumi pun ikut ke tanah perkuburan. Alhamdulillah, takde ape2 berlaku dgn Fifi. Mintak dijauhkan. Kita hanya boleh berdoa takde apa2.
My recent post Teeth #2 - Entri untuk record
Email: rozalindaghazale@gmail.com
Site/Blog URL: http://www.adaakukisah.com
IP address: 126.126.200.26
Go to comment
mas commented on Wanita Hamil Melawat Tanah Perkuburan. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteAishah...tu semua kepercayaan masyarakat kita..takde kaitan pon..
even mas pon pernah masa mengandung menziarah orang meninggal n menghantar jenazah ke perkuburan..
dengar boleh,tapi percaya jangan...bahaya dear...nashrah pergi atas ketentuan Allah salah satu sebab Allah bagi tiket kemudahan untuk Aishah di akhirat.
=)
My recent post ai het chuuu!!
Email: maswadi77@gmail.com
Site/Blog URL: http://perjalananitu.blogspot.com
IP address: 115.132.85.190
Go to comment
Tuty Rahiza commented on Wanita Hamil Melawat Tanah Perkuburan. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteSaya rasa tidak menjadi masalah preggy lady pergi ke kubur. Dalam islam pun tidak dinyatakan larangan begitu.
Cuma apabila pulang ke rumah tu, jangan terus terkam Nashriq yea..Baca bismillah 3x b4 masuk rumah dan niat supaya semua yang ikut tinggal di luar. Ni saya dengar daripada dr. Fadzillah..
Jika tidak dapat ke kubur ke, boleh hadiahkan al-fatihah untuk Nashrah
My recent post Kenapa Shaklee? Bukankah semua jenama vitamin sama sahaja?
Email: tutyrahiza@gmail.com
IP address: 118.100.190.239
Go to comment
yun commented on Wanita Hamil Melawat Tanah Perkuburan. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteaishah boleh pegi kubur tu. nk bwk nashriq sama pon buleh.tp make sure lepas blk dr kubur terus cuci tangan kaki dan muka korang. bkn nya apa bimbang ada unsur2 jahat yg mengikut.lebih afdal kalo kita amik wudhuk
Email: antalya2102@yahoo.com
IP address: 202.60.56.249
Go to comment