Thursday, July 28, 2011

Mini Blogger Gathering @ Ikea.

Bertolak dari Melaka lebih kurang jam 11.30 pagi. Mintak izin kawan-kawan nak gerak dulu sebab dah berjanji nak jumpa kawan-kawan blogger pulak kat KL jam 2.00 petang. Lagipon, kami tak mahir jalan KL. Sebab tu kena keluar awal demi mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini. Terus BBM Hannah dan Mishawads cakap yang kami dah on the way. So setting place and time terus tukar venue ke Ikea sebab boleh menyelam sambil minum air (read : makan meatball sambil berbual).

Dalam perjalanan tu, dapat SMS dari Nurul mengatakan yang dia tak dapat join sebab kena hantar cookies yang telah di-order oleh customer. "Sorry Nurul tak sempat balas sebab henpon pada Wahid, tengah guna GPS. Bila dah sampai KL, terlupa nak balas. Belek-belek henpon dah sampai rumah baru perasan ada SMS dari Nurul. Sorry sangat-sangat ye?"

Update status kat Facebook dan berdesup lah komen dari Reen masuk tanya sampai KL pukul berapa. Makcik ni masih kat Temerloh dan dijangka bertolak dari kampung jam 3.00 petang. Aku pon tak jamin boleh stay lama kat KL sebab memang tak nak sampai JB lewat malam. So Reen try her best untuk balik awal dari Temerloh. Aku pulak try my best untuk stay lama sikit. Lagipon, inilah time nak jumpa. Nak harap aku selalu naik KL, memang takde. :(

Jue pon masuk komen cakap nak join. Pada awalnya, Jue tak dapat join sebab plan nak balik Langat. Entah macam mana, Jue boleh join dan aku pon suka lah sangat-sangat. Tambah lagi kawan nak berbual. Macam aku cakap awal-awal tadi, aku memang jarang dapat jejak kaki ke KL. So bila sesekali turun, memang nak jumpa kawan-kawan.

(Selingan : Kalau korang nak tau, sebenarnya Emak aku tak tau yang aku naik KL lepas selesai reunion kat Melaka tu. Aku tak nak bagitau sebab tak nak dia risau kami berjalan jauh. Tambahan pulak Nashriq tak sihat the day before. Mestilah dia tak kasi bawak cucu dia berjalan jauh. Bila dah on the way balik Maghrib tu, baru aku call kasitau. Sorry Emak. :p)

On the way ke KL tu, sempatlah BBM dengan Hannah tanya macam mana nak pergi Ikea sekian-sekian. Nak harap 100% pada GPS memang payah jugak. So, Hannah offer untuk tunggu kami kat PPR Tun Abdul Razak (correct me if i'm wrong) selepas Tol Sungai Besi tu. Kami pon sukalah sebab tak payah nak harap kat GPS tu.

Masuk aje Tol Sungai Besi, terus call Hannah. Suara dia yang gemersik merdu mengangkat telefon. Dalam hati pon berkata-kata, "Patutlah minah ni kerja Customer service, suara dia lunak merdu. Cuba suara aku jadi Customer Service tengok?". Hahahaha. Sempat bermonolog di dalam hati. Suara aku dah lah grago gila. Takde cover-cover punya. Kalau orang sakit jantung memang boleh pengsan.

Hannah pon guide kami ke jalan yang betul. Masalahnya, kami ikut jalan yang sesat. Entah macam mana, kami sampai boleh masuk dalam Lobi Terminal Bersepadu Selatan tu. Dahlah berpusing-pusing kami naik parking nak keluar balik dari situ. Malu I tau. Kalau boleh sorok kepala, dah sorok bawah seat dah. Wahid dah mula blur. Takpe. Amik nafas panjangggg. Hembusss.

Keluar aje dari Terminal Bersepadu Selatan tu, terus kami cari lagi PPR Tun Abdul Razak. Sambil tu henpon kat tangan tak lepas sebab nak tanya Hannah jalan yang lurus (read : jalan yang benar). Sampailah tepi bangunan PPR Tun Abdul Razak tu, kami nampak sebuah Gen-2 bewarna oren sedang menunggu kami. Cantik, lepas azab sesat-sesat ni.

Teruslah kami berkonvoi dua kereta menuju ke Ikea. Bagi aku yang jakun masuk KL ni, perjalanannya terasa sungguh jauhhhh. Asyik tanya je kat Wahid dah sampai ke belum. Pastu aku mengomel sebab asyik jumpa tol bla bla bla. Sampai satu tahap, Wahid jeling kat cermin pandang belakang baru aku diam. Dia tak berbunyi tu. Kalau dia berbunyi mau I sentap terjun kereta. Hahahaha.

Sampai aje depan Ikea, kereta dah beratur panjang nak masuk parking. Aku mengeluh lagi. Tapi perlahan ajelah sebab tak mahu kena jeling lagi. Cececece tau takut suami jeling. Tiba-tiba gelabah ayam kejap tengok Gen-2 oren takde kat depan mata. Kelam kabut cari BB dan henpon nak check. Barulah perasan yang Hannah suh parking dalam IPC. Wahid pon gamble je u-turn depan Ikea dan pusing masuk parking IPC. Memang nasiblah kalau kena saman masa tu.

Masuk aje dalam parking IPC, terus mengucap panjang. Tak pernah aku merasa jam kat dalam parking area. Kereta beratur dekat nak chop parking. Kononnya nak jadi baik hatilah ikut turn. Sekali teringat tweet Mishawads; "Duduk KL memang kena jadi kurang ajar", so aku pon aplikasikan kata-kata beliau itu. Kekekekeke.

Nampak aje orang sorong troli nak balik kereta, kami follow. Kahkahkah. Dah macam jahat gila rasanya. Serius memang stress ok. Dah 1 jam pusing kat parking area tu. Dengan susu Nashriq tumpah atas seluar lah, Nashriq cranky boring duduk dalam kereta lah. Blerghhh. Rasa macam nak cabut balik. Tapi memandangkan Hannah and family dah tunggu kat atas chop meja, kami pon cuba bersabar dan pusing-pusing banyak kali cari parking. Akhirnya jumpa jugak nun hujung di sana. Ah lantaklah. Janji dapat parking. Haaa, cerita pasal parking ni, ada kisah kelakar seram masa nak balik. Nanti kang aku cerita.

Masuk aje Ikea, turun naik lif 2-3 kali. Blur nak mati mencari Ikea restaurant tu. Sampailah aku bertanya kat pak guard situ dan dia kata kena naik tempat showroom dan belok kanan tak payah lalu showroom. Umat manusia memang ramai gila okeh. Padat nak mati. Mata ni melilau mencari Hannah and family. Sampailah akhirnya nampak Hannah panggil melambai-lambai. Haaaa, Mishawads pon dah sampai. Seronok! :))

Salam-salam laga pipi, agah-agah Raisya dan Myiesha, terus rasa hilang stress dan penat. Memang seronok sangat dapat jumpa diorang. Berbual-bual kejap, terus bangun order meatball. rasanya memang not bad. Tapi dasar tekak Jawa macam aku, tempe jugak dalam ingatan. Tapi aku boleh kasi 7/10 untuk meatball tu dan perfect 10 kat kek coklat Daim yang Hannah belanja. Memang super sedap!!

Lebih kurang setengah jam kemudian, Jue call cakap dah sampai. Tapi sedang mencari mana letaknya Ikea restaurant ni. Aku pon guide macam orang pandai. Kahkahkah. Padahal diri sendiri pon hilang arah masa nak datang tadi. Selang berapa minit, terasa ada orang sergah kat belakang badan, dan beliau ialah Jue!! Serius slim gila okeh. Terasa tercabar jiwa remajaku. Wahwahwah perasan remaja tak sedar diri anak nak masuk tiga.

Hannah & Myiesha.

Mishawads & Raisya.


Jue single & slim.

Wahid, Nashriq & Mett kat belakang tu.

Lepas Jue order semua, kami sambung berbual gelak-gelak macam dunia kami yang punya. Tengok gelagat Myiesha, Raisya dan Nashriq. Jue pon dapat kurangkan rindu dia pada Alif bila dukung Nashriq. Berbual punya berbual, Jue cadangkan kami lepak tempat lain sebab umat manusia memang ramai gila nak tunggu turn makan. So bergerak lah kami ke IPC beramai-ramai. Call Reen dan bagitau yang kami dah bergerak ke IPC. Terujanya bila dia jawab yang dia dah sampai depan Ikea. Heeee. :))

On the way to IPC.
Sempat snap dengan lori Ikea. Muahahaha.


Kat depan Pet Shop.
Anak-anak semua dan ngamuk sakan. :(

Berbual kejap kat depan Pet Shop tu, amik gambar sket, jap lagi Reen pon sampai. Hahahaha. Semput Cik Kak berkejar-kejar ye? Kesian Reen. Sanggup dari Termerloh terus ke IPC nak jumpa kami. Terharu sangat. Terus cari-cari Fahrin yang selalu nampak gambar dia dalam FB. Sampaikan Wahid pon tanya, "Ni Payin eh?". Hahahaha. Suka beno dia dengan nama Payin tu. Comel kata dia.

Terus masuk dalam Pet Shop, jalan-jalan sikit. Tapi aku ni penggeli orangnya. So jenis yang reptilia tu semua memang takleh tengok. Lagipon dengan keadaan aku cenggini, memang Wahid ingatkan aku supaya jangan tengok sangat. So aku banyak jenjalan aje lah sambil camwhoring dan berbual-bual.

Tak lama lepas tu, kami terpaksa undur diri sebab jam dah pukul 6.00 petang. Keluar dari Pet Shop dan amik gambar sedas dua. Gambar ni pon banyak aku rembat dari Jue punya FB. Heeee. Sorry ye Jue. Nanti boleh caj Aishah sekeping doposen. :p

Jue, aku, Reen, Mishawads, Myiesha & Hannah.
Fahrin & Raisya tengah skodeng rides.


Kami pon bergerak semula ke Ikea untuk menuju ke parking area. Mishawads perlu ke baby room sebab nak nursing Raisya. Jue dan Reen pulak parking di The Curve. So tinggallah aku dan Hannah bergerak ke parking area IPC. Aku ni confident cakap dengan Wahid yang tadi kami parking di tingkat P2. So, aku tunggu berempat (Hannah, aku, Myiesha dan Nashriq) sementara Mett dan Wahid pergi ke kereta dan amik kami di pick up area tu.

Mett dah sampai dengan kereta untuk pick up Hannah. Wahid pulak boleh patah balik dengan muka blur. Dia cakap kereta takde??! Aku dah cuak gila. Aku cakap dengan Hannah yang aku nak ikut Wahid kejap pergi tengok kereta. Aku yakin yang kami parking kat P2. Mana mungkin kereta kami boleh hilang. Berdegup degup jantung masa tu.

Sampai aje kat tembok A1, cari-cari kereta kami memang takde!! Ya Allah, dugaan apa ni Ya Allah?? Dah lah dalam kepala tak bagitau Emak yang kami ke KL. Ni mesti Allah nak balas perbuatan kami ni. Aku pandang Wahid, Wahid pandang aku. Halamak, rasa macam nak nangis. :(

Wahid ajak pergi parking lot P1 sebab nak cuba tengok. Aku taknak sebab aku yakinnn gileee yang kami parking kat P2 tu. Tapi taknak keadaan semakin kusut, aku ikut jugaklah dia naik parking lot P1 tu. Terus terjah tembok A1 dan taraaaaaaaa!! Kereta kami ada di situ!! Kekekekeke. Terus cakap Alhamdulillah dan call Hannah bagitau kesilapan teknikal yang telah berlaku. Gelak sakan dia dalam telefon.

Masuk kereta, start enjin terus turun parking lot P2 dan jumpa Hannah semula. Sesiapa yang ikut twitter aku, mesti tau yang aku pernah ada wishlist nak Oven dan Blackberry. So, Blackberry dah dapat, tinggal Oven saja. Entah macam mana, Hannah sangat baik hati nak let go dia punya Oven dan kami pon berbesar hati sangat-sangat untuk menerima. Passing Oven, salam-salam dan kami pon berkonvoi semula sampailah keluar Tol Sungai Besi. :)

Masuk Tol Sungai Besi pada jam 7.30 malam. Call Emak bagitau yang kami pergi KL dan bersilat lah orang tua tu dalam telefon. Tahan ajelah telinga mendengar. Kekekekeke. Nashriq pulak, masuk kereta, kasi susu terus tidur. Memang aman bahagia lah Mama dia pon sama-sama ikut belayar. Kesian kat Wahid kena drive sorang-sorang. Tapi Wahid memang lagi suka sebab tak ada siapa nak pantau kelajuan yang dia bawak. Sedar sekejap dari tidur, dah sampai Pedas-Linggi. Jap lagi sedar balik jam 10.30 malam, dah sampai Skudai. Gila laju!!

Overall, segalanya adalah indah sekali. Berjumpa dengan orang yang kita selalu berhubung di dunia maya, kemudian persahabatan terjalin dan berjumpa kali pertama. Except for Hannah dah jumpa kali kedua. Semuanya best. Semuanya seronok. Kalau ada rezeki, memang nak sangat jumpa lagi. :)

Thanks to Hannah, Mishawads, Jue dan Reen sebab sudi jumpa aku yang tiada apa ni. I really hope that this friendship will never end. Untuk kawan-kawan blogger yang lain, Insya-Allah ada rezeki di lain masa. Memang nak sangat jumpa korang-korang. Nanti kita jumpa okeh? :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

7 comments:

  1. mmg kita akan bertemu di jb je lah aishah.. masa aishah dtg kl aritu. kita ada gathering ngan in laws lah

    seronok dtg KL??

    sesak di merata tempat kan.. tu boring dok KL. Nak balik JB!! nAK BALIK JB!!

    ReplyDelete
  2. nice to know u jugak Aishah.. tengs sebab sudi pinjamkan Nashriq sekejap buat pelepas rindu kat Alif.. jue ske sgt dapat jumpe Aishah n kawan2 yg lain.. nnt bebile kite jumpe lagik k..

    JUe mane de selim sgt pun.. selim dgn perut terjojol nie bukan selim namenya.. ahahaha..

    Jue n Amer pun penah mengalami kes ilang kete kat parking IPC tue.. dah saling menuduh sesama sendiri kate tak bayar dwet kete..(ingat kete dah kene tarik).. padahal letak tempat lain .. cari kat tempat lain.. ahahhaaa... kelakar kan..

    neway.. jue sonok sgt jumpa korang sume aritu.. sgt2 seronok.. :)

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt jumpa reramai..by the way aishah IPC tu ape....hehe..

    ReplyDelete
  4. compared to Hanna yg bersuara lemak merdu, & Mishawas punye tweet tuh, nampak sgt Mishawads ni gengster/kasar. hahaha. tp mmg betol pon. :P

    btw, best jumpe Aishah n family. nanti raya ke-5 dtg Kluang tau, ade buat open house & birthday Raisya. :)

    ReplyDelete
  5. Hahahaha lawak gile! Tapi memang gamble ah kite gerak nak balik KL jam 3.30 nak ke 4 petang. Farid da geleng pale nak putus ada da nak kejar mase. Tapi kite kata lek lek. Mesti dan punye. Sebab bukan cuti sekolah time kite balik tu. Nasib baik lepas dari Tol Karak, Tol gombak semua memang tak sesak. Kalau tak memang kecewa jugak la. Hahahahaha

    Nice to meet you all =D

    ReplyDelete
  6. bestnyer tgk..
    mimie ni kadang teringin jer terjah rumah aishah tp biasalah weekend aishah mana ada kat rumah tiram kan

    ReplyDelete
  7. Dayu :
    Insya-Allah kita jumpa kat JB raya nanti ye Dayu?

    Datang KL tu memang seronok. Tapi nak hadap jam tu, boleh jadi JAM kepala otak. :p

    Jue :
    Hahaha. Pernah jugak ke hilang kereta kat situ? Parkingnya payah kan? Susah nak mencari. Kena ingat betul2 baru pass.

    Maria :
    Hahaha. Nanti nak jumpa Maria pulak kalau Aishah datang Penang ye? Err, IPC tu stand for Ikano Power Centre kalau tak salah. Dia ada branch kat Singapore.

    Misha :
    Yeahh! Buat birthday jugak ye? Insya-Allah, kalau tak ada aral, Aishah sampai ye?

    Tapi serius, suara Mishawads memang lembut okeh. Ala-ala manja. Heeee. :)

    Reen :
    Tulah, kalau ada rezeki tak kemana kan? Insya-Allah nanti kita jumpa lagi ye?

    Mimie :
    Halaa Mimie, terjah aje lah. Tapi memang selalu weekend Aishah takde kat rumah. Selalu lepak rumah Emak kat Cempaka. Takpe, nanti kita set time elok-elok, kita jumpa reramai ye?

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015