Aishah Rahim's Diary

Monday, July 30, 2012

Call Me, ANASH.

Perbualan biasa dua sepupu kalau aku call Emak bertanya khabar di hujung minggu.

Nashriq : "Nek. Uyun? Uyun?" 

Nenek : "Uyun? Kejap ekkk."

Nurul : "Anashhh, *^&%$())&^%$$%*())&%$?"

Nashriq : "Uyun, *&%@#%&()))*&%^$$$#^*())"

Nurul : "Nanti Anash *&^%@@()(&^%#$# umah Nenek ehhh?"

Dua-dua pon speaking Germany. Hebat bukan? :P


Nashriq & Nurul. :)

Emak jaga 8 orang cucu termasuk Nashriq dan Nurul. Ada 4 orang yang dah besar-besar dan boleh diharap. Tinggal lagi 4 orang saje yang kena beri perhatian lebih. Waktu pagi, tinggal Nashriq dan Nurul berdua dengan Emak. Sebab yang lain semua pergi sekolah. Sebab itu mereka berdua sangat rapat. 

Apa-apa pon, sikit-sikit "Uyun punya?". Belikan dia coklat, mesti dia akan tanya, "Uyun?". Kalau berbual berdua, macam real je tengah bincang soal negara. Sorang berjoget, sorang pon terkinja-kinja. Kalau suruh sayang peluk, bukan main lagi mereka berdua. Kalau dah lama tak jumpa, berpeluk macam sayang benar! Hehehehe. 

Kalau kat rumah Emak, nama Nashriq memang susah nak dengar. Semua satu rumah panggil Nashriq as Anas. Kalau Emak lagi lah, dia panggil ANASHRIQ. Hahaha. Jadi gabungan pulak kan? Tak kisahlah panggil apa pon. Asalkan jangan nama yang tak elok. Ye dok?

Kalau tanya kat Nashriq pon, siapa nama? Dia tak pandai nak sebut Nashriq. So dia akan cakap nama dia "ANASH!". Mula-mula dulu selalu pi betulkan sebutan jadi Anas. Tapi lama-lama biar aje lah. Dah jadi macam nick name pulak. Echeh.

"Mama, Anash belak (berak)".

"Mama, Anash nak kan (makan)".

"Mama, Anash (*&%#&(#%)*^$".

Ye, dia sendiri pon bahasakan diri dia Anash.

Tak kisahlah nak. Asalkan awak bahagia. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 27, 2012

My Breastfeeding Journey : Kisah Frozen EBM.

Hola! (Macam Dina Nazir kat Era FM) :P

Harini aku nak cerita pasal stok EBM yang dikumpul kat dalam deep freezer kat rumah aku. Setakat hari ini, stok yang ada berjumlah 63 paket x 4.0oz = 252oz. Stok ni tak bergerak-gerak sejak bulan Jun kelmarin. Tak tambah. Tak kurang. Sebab apa? Sebab Wahid kan kerja shif tak menentu. So, aku kena duduk rumah Emak. Pastu malas nak angkut-angkut frozen EBM pergi rumah Emak. So terpaksalah aku bagi chilled EBM aje untuk Najah. Maka merasalah aku menjadi 'kasi pagi makan pagi, kais petang nak makan malam pon boleh'. Ahaks.

Jom tengok gambar sat.


Pandangan dari atas.


EBM by month. Isi dalam tupperware.

Dalam basket biru, EBM bulan 3. Kena habiskan cepat.

Takdelah melimpah ruah sampai tak muat freezer macam orang lain. But still, Alhamdulillah.

Oh aku nak cerita. Sebenarnya, antara sebab lain EBM frozen ni tak berusik adalah kerana jumlah Najah consume per day yang makin berkurang. Sekarang ni, Najah cuma minum 12oz sehari. Itu pon kadang-kadang botol ketiga tak habis dan bawak balik. Sedangkan aku pam sehari boleh dapat around 18oz - 20oz sehari (Alhamdulillah). Kenapa ek? Memang budak bila dah start makan memang kurang menyusu ke ek?

Pastu, aku sangatlah malas nak sukat-sukat bawak naik pergi freezer mana yang lebih-lebih pam tu. Selalunya, aku pakai je chilled EBM tu seminggu straight. Nanti hujung minggu, baru aku merajinkan diri sukat-sukat dan naikkan masuk freezer.

EBM dalam proses sukat dan nak masuk freezer.

Sekarang ni, bila shif Wahid dah back to normal, barulah aku dapat guna pakai stock EBM yang berkurun duduk dalam deep freezer tu. Ada stock bulan Mac yang kena cepat-cepat habiskan sebelum expired. Sungguhlah mencabar nak kena habiskan sebab jumlah Najah minum pon dah kurang kan. Kena pandai adjust nak hantar chilled berapa, frozen berapa.

I wonder, mampu ke aku bertahan lagi setahun 5 bulan? Hmmm.

P/S : Production susu di bulan Ramadhan masih maintain. Syukran Ya Rabb!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 23, 2012

Hari Ketiga Berpuasa.

Alhamdulillah, sudah masuk hari ketiga di bulan Ramadhan. Keadaan kesihatan tak berapa baik kerana diserang selsema dan batuk yang agak mild. Masih mampu bertahan setakat ini. Insya-Allah, akan cuba dikuatkan semangat dan memulihkan kesihatan agar ibadah puasa dan lain-lainnya lebih mudah dan lancar.

Well, setakat dua hari berpuasa, dengan handle dua orang anak, dengan Najah yang masih menyusu, dengan Nashriq yang lasak Nauzubillah, dengan cuaca yang panas Masya-Allah, Alhamdulillah kami (aku, suami dan Emak) masih boleh maintain tenaga hingga ke petang. Meh aku kongsi apa yang aku (dan kami) makan masa bersahur ye? 

ESP + Performance Drink

Nasi tu dah memang wajib makan sebab aku ni menyusukan anak. Kurma 3 biji harus untuk bekalkan tenaga. Milo segelas. Pastu rehat kejap, makan vitamin-vitamin set breastfeeding, then baru bancuh ESP + Performance Drink. Memang tenaga lasting sampai waktu berbuka. 

Tipulah kalau aku kata tak rasa apa-apa. Tetaplah jugak rasa haus sebab Najah menyusu-menysu-menyusu kan? Tapi takde rasa lapar. Mungkin ESP yang menjadikan aku rasa kenyang berpanjangan kot. Jadi tak terasa waktu berbuka lambat lagi ke apa. :)

So, kepada korang yang inginkan supplement yang sama ni, PM aku! 

P/S : Performance Drink tengah out of stock tau. Shaklee akan restock back ASAP.

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433H.


Ramadhan keempat bergelar isteri.

Ramadhan ketiga bergelar ibu anak seorang.

Ramadhan pertama bergelar ibu beranak dua.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

Selamat berpuasa sahabat semua. :)

P/S : Insya-Allah, mahu jadi yang lebih baik.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, July 18, 2012

Kemana Hilangnya Anis Najah?




P/S : I miss you two. Wait for me, okay? :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015