Monday, September 14, 2009

Hospital Check List...

oleh kerana mood kerja takde buat masa ni.... maka aku merajinkan diri untuk publish entry yang aku dah siap-siap taip dan berabuk dalam draft..... =p

kalo hari tu, aku kongsi tentang check list all the items yang kena beli atau harus dipertimbangkan beli..... maka hari ni, aku kongsi la sket hospital check list atau barang-barang yang kena standby untuk dibawa ke hospital nanti.....

aku amik check list ni pon, cedok-cedok dari blog orang lain jugak.... mana kurang, aku tambah.... siap tanya kat mak aku lagi...... punyalah semangat nak prepare semua benda.... padahal, satu habuk pon tak beli lagi..... kih kih kih.....

oklah, let's move on..... :))

Hospital Checklist Untuk Ibu

1. Buku Merah Atau Buku Rawatan Mengandung
2. Kad Pengenalan
3. Telefon Bimbit
4. Baju / T-Shirt
5. Stokin
6. Kain Batik
7. Baju Dalam
8. Seluar Dalam
9. Peralatan Mandi
10. Tuala Mandi
11. Maternity Pad
12. Pad Biasa Extra Long
13. Tuala Muka
14. Selipar
15. Air Selusuh
16. Minyak Angin
17. Air Zam Zam
18. Makanan / Minuman (Milo, Kurma DLL)
19. Termos Air Panas
20. Beg Plastik
21. Baju Sejuk
22. Sikat
23. Breast Pad

Hospital Checklist Untuk Bayi
1. Pampers
2. Baju / Seluar
3. Minyak Yuyi
4. Vicks
5. Baby Wipes
6. Tuala Mandi Bayi
7. Sarung Tangan Bayi
8. Sarung Kaki Bayi

9. Peralatan Mandi
10. Selimut
11. Bedung
12. Barut
13. Topi


aku rasa, ramai yang baca akan gelak guling-guling sebab nampak macam orang kampung nak masuk hospital.... siap ber'termos segala..... hehehehe...

aku tak rasa lawak ah.... dari korang rasa susah atau tak selesa kat spital nanti.... baik korang standby awal kan?? masuk dalam bakul siap-siap..... pastu letak dalam kereta..... rasa sakit, terus vroom ke hospital..... kan senang..... :))

cheh, cakap senang je kan?? =p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

6 comments:

  1. ni maunya kalah beg org balik kg ni nanti :p

    klu sesiapa nk bersalin kt swasta, x perlu sebanyak ini :D

    ReplyDelete
  2. @yue : bersalin kat swasta, barang dah sedia eh?

    ReplyDelete
  3. Eh , aishah nasib baik awak buat panduan macam tu , so lain kali boleh saya ikut mcm checklist awak ni .bagus la ...

    Tak ada makna nya kampung ke hapa kelebih baik kita standby awal -awal kan ....

    ReplyDelete
  4. awak..air selusuh tu mn nak dpt ek?ada org kata air selusuh..ade org kata minyak selusuh..mn satu ek?

    ReplyDelete
  5. tensharing is caring,
    tenxs aishah !

    ReplyDelete
  6. nanny : saya pon pikir nak standby awal-awal... senang kan??

    maria : ada orang kata, air selusuh tu boleh amik kat orang-orang tua yang pandai-pandai... diorang baca-baca ayat sket... ada jugak orang kata, air selusuh tu boleh mintak kat suami kita aje... mintak suami kita baca-baca sket, mintak diampunkan dosa semua... ada pendapat jugak mengatakan, pakai air zam-zam pon dah bagus... wallahualam.. :)

    nano : welcome na!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015