Thursday, April 29, 2010

Alahai Emak.

Emak bersama cucunya, Nurul.


Dalam adik beradik, aku memang yang paling rapat dengan Emak. Dari kecik sampai esoknya hari aku dah nak kahwin pon, aku masih tidur dengan Emak. Masa Arwah Abah ada, aku akan tidur tengah-tengah. Sebelah tangan kanan pimpin tangan Emak. Sebelah tangan kiri pimpin tangan Abah. Macam nak pergi jalan pon ada. Hehehehehehe.

Dalam banyak-banyak hal pon, Emak lebih banyak bercerita dengan aku. Cerita dia dulu-dulu masa kecik-kecik kat kampung. Kisah zaman remaja dia. Macam mana susahnya hidup selepas kahwin. Susah senang dia dengan Arwah Abah, banyak masuk telinga aku.

Dengan abang-abang dan kakak aku pon, Emak ada cerita. Cuma lebihnya kat aku. Mana tidaknya, tidur sekatil 24 tahun. Sebelum tidur, mesti ada story telling. ;p

Mungkin antara kalian pernah sedia maklum, aku ada 4 orang adik beradik. Abang Long, Kak Ngah, Abang De dan aku yang bongsu. Tapi kurang orang yang tahu sebenarnya aku ada seorang lagi kakak. Siapakah dia?

Jeng jeng jeng....

Gambar masa tahun 1968.
Arwah Pak Long Hassan dengan Kakak.



Kami gelarkan dia, KAKAK. Dia anak sulung dalam keluarga kami. Maksudnya, sebelum dapat Abang Long aku lah. Gambar kat atas tu, adalah satu-satunya gambar dan kenangan yang Emak aku simpan sampai sekarang. Zaman dulu, mana ada gambar-gambar sakan.

Nama Kakak aku ni, NOR KHADIJAH BINTI ABDUL RAHIM. Dilahirkan pada 3 Disember 1967. Kalau hitungan aku betul, umur dia sekarang sudah menjangkau 43 tahun. Mungkin dah ada 4 orang anak. Dah besar panjang agaknya. :)

Tapi mana Kakak sekarang?

Kawan-kawan, kakak aku ni sebenarnya sudah awal-awal lagi dijemput Ilahi. Beliau telah menghadap Tuhan Penciptanya seawal umur 1 tahun 1 hari. Tarikh 4 Disember 1968, mungkin takkan dilupakan oleh Emak. "Pergi tanpa sakit", kata Emak.

Kalau sebelum ni aku rasa, aku adalah Penyimpan Mohor Besar Emak. Tapi rupanya aku silap. Banyak lagi benda yang Emak tak pernah ceritakan pada aku. Especially kisah-kisah Kakak.

Bagaimana kerinduan Emak pada anak sulungnya itu? Bagaimana Emak menghadapi hari-hari tanpa anak yang dicintai? Bagaimana Emak begitu tabah mengharung Hari Raya yang bakal tiba lagi 4 hari waktu itu? Dengan baju raya Kakak yang sudah siap dijahit?

Aku pernah dikhabarkan oleh seorang saudara rapat. Kata saudara ini, Emak tidak bercakap agak lama selepas pemergian Kakak. Emak suka duduk di tepi tangga sambil memeluk baju raya Kakak yang sudah siap dijahit. Emak akan menangis bila kanak-kanak datang mengaji rumah Atok. Sebab kesukaan Kakak ialah duduk di tengah-tengah mendengar kanak-kanak mengaji.

Pertama kali Emak bercerita semuanya tentang Kakak pada aku, sewaktu aku duduk termenung memeluk album khas yang aku wujudkan untuk menyimpan gambar scan Nashrah. Aku rasa, waktu itu, aku bercakap dengan seorang ibu muda yang juga kehilangan anak. Bagaimana rasanya hati aku, begitu juga rasa hati Emak.

"Awak tak pandang mata anak lagi Yang. Emak ni, sampai sekarang terpandang-pandang mata Kakak. Terbayang-bayang macam mana dia duduk kat tengah-tengah budak mengaji, sambil badannya bergoyang macam orang meratip. Macam mana sukanya dia tengok budak datang mengaji. Dah pandai mengagah. Dah boleh buat main."

"Tiap kali hujan, Emak mesti teringat kat Kakak. Macam mana dia kat 'sana'? Takut tak dia? Sebab Kakak takut guruh. Kakak akan lari dapatkan Emak ngan Abah kalau hujan. Kakak akan peluk Emak kuat-kuat. Sampailah hujan berhenti. Sampailah Kakak tidur sendiri."

"Kakak suka main kotak rokok Abah. Kalau Abah dukung dia, mesti kotak rokok Abah dalam kocek yang dicapainya. Emak terbayang-bayang sampai sekarang...."


"Kalaulah dia ada lagi sekarang, dah besar panjang agaknya cucu Emak."

Sambil mengesat air mata.

Aku? Ternganga.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 comments:

  1. sedih.. rase terimbau2 kenangan mak akak walau x kenal..

    ReplyDelete
  2. aishah..
    nape selalu buat citer sedih ni..
    cara aishah tulis tu..
    issskkk buat org sayu je..
    siyes.. mmg terasa sgt

    ReplyDelete
  3. betul tu dayu..
    aishah salam perkenalan dr silent reader awak..baru berani nak bg komen.jgn sedey2 k..;)

    ReplyDelete
  4. stp org ade kesah tersendiri. kdg2 mmg teringat. tp hidup msti juga terusss..be strong!

    ReplyDelete
  5. slm...

    sayunye..all dis while mak aishah memendam rasa rindu yg amat sgt..huhuhu

    ReplyDelete
  6. aishah...
    nurul baru baca separuh dh rasa sayu sama mcm dayu tu

    alahai hepi2 ye. baby dlm perut tu.
    senyum :)

    ReplyDelete
  7. alahai...
    em aishah jgn la sesedih selalu time pregnant..
    nanti baby sedih jugak..
    bukan kite tak ingat yang lepas..
    cuma buat masa ni jgn sedih sangat ok..

    p/s : meh pinjam perot.. :))

    -mak haqq

    ReplyDelete
  8. ala..sedihnya...
    mengalir air mata ni...

    ReplyDelete
  9. sedihnya kakchik.... sayu hati ni....

    ReplyDelete
  10. Reen : Yap. Akak pon. :)

    Dayu : Ntah lah Dayu. Kalau difikirkan balik, dugaan untuk Aishah ni kecik aje nak dibandingkan dengan orang lain.

    Cik MashiWhite : Laaaa. Kenapa pulak baru berani sekarang? Kenapa tidak dari dulu? Hehehehe...

    Sharena : Betul! Hidup mesti diteruskan. :)

    Asma : Itulah. Dia tak cerita kat sesiapa sebab dia nak teruskan hidup demi anak-anak yang lain.

    Nurul : Okeh! Hapy-hapy dah ni. :)

    Mak Haqq : Okeh. Dah happy ni. Nak pinjam perut?? ;p

    Mumy Darweena : Really? Maaf. Bukan niat saya. :(

    Fidt : Sayu ke fidt? Orang pon..

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015