Wednesday, April 7, 2010

Trauma & Fobia.

Hari ini genap kandungan 20 minggu. Kejap aje rasanya. Macam baru semalam menangis macam separuh gila atas katil rumah. Dipujuk ke hospital untuk proses mengeluarkan cinta hati, Nashrah. Saat yang tidak akan dilupakan. Tak akan pernah.

Pagi tadi jugak telah ke Klinik Kesihatan Kempas untuk check up bulanan. Alhamdulillah, setakat ni semuanya okeh. Tak ada masalah. Harap-harap ianya berkekalan. Doa kuat-kuat dalam hati.

Semalam terima khabar sedih dari seorang rakan baik. Beliau keguguran setelah 6 minggu mengendong zuriat tercinta. Aku fikir 10 kali bila nak telefon bertanya keadaan. Aku faham sangat situasi dia. Tak mahu angkat telefon. Tak boleh bercakap. Macam aku dulu jugak.

Sekali telefon, dia tak angkat. Terus aku tak cuba lagi. Aku tak nak mengganggu emosi dia. Sesiapa pon bila berada dalam keadaan sedemikian akan mengalami jiwa kacau. Sedih teramat.

Tup tup, telefon aku berdering. Suara rakan baik ni tadi kedengaran. Tapi totally suara dia lain. Suara sedih dan menangis. Aku terkaku kejap. Cari ayat terbaik nak bagi kat dia. Tapi aku tak jumpa pon. Aku cuma mampu diam. Dengar luahan dia.

Dalam diam aku berfikir. Si dia ni antara orang yang sentiasa di sisi aku bila aku sedih dulu. Dia tak putus-putus mengharapkan aku bersabar. Minta aku tabah. Menitipkan kata semangat melalui SMS bila aku langsung tak mahu menjawab telefon.

Tapi kenapa aku diam aje bila dia tengah sedih?

Aku hilang kata sebenarnya. Sejak peristiwa hilangnya Nashrah, aku jadi benci dengan perkataan 'sabar'. Aku geli mendengar perkataan 'tabah'. Aku lali nak mengucapkan 'redha' dan 'berserah'. Aku dah puas mendengar deretan perkataan itu tadi. Aku tak nak kawan aku ni tadi melalui benda yang sama. Lebih baik aku diam.

Korang tahu, apa yang betul-betul buat aku tenteram ketika mendung datang dulu? Jawapannya ialah KELUARGA. Aku gembira kerana aku tidak dilayan seperti orang yang mati anaknya. Aku dilayan seperti biasa oleh semua ahli keluarga. Tak ada seorang pon antara mereka pernah mengingatkan atau menyebut kisah yang sudah lepas. Sampaikan aku rasa kandungan sekarang adalah yang pertama.

Keluarga ini jugaklah yang datang setiap hari dua kali melawat aku kat hospital. Sharp pukul 1 tengahari, katil aku mesti penuh dengan suami, emak, ibu mertua, ayah mertua, adik beradik dan adik beradik ipar. Pukul 4.30 petang kang, orang yang sama jugak. Setiap hari. Tak pernah miss sepanjang 2 minggu aku keluar masuk hospital.

Sampaikan ada pakcik makcik yang melawat anak-anak diorang kat katil sebelah pon heran. Sakit apa budak ni boleh rileks gelak-gelak macam buang duit aje masuk 1st class. Siap risik-risik kat keluarga aku, aku sakit apa. Hehehehe.

Ada satu hari tu, aku curi-curi baca laporan nurse pasal keadaan aku. Bahasa doktor bab-bab ubat ni memang aku tak faham. Tapi yang buat aku gelak, ada satu sentence ni, nurse tu tulis;

"PESAKIT KELIHATAN SANGAT GEMBIRA"

Korang bayangkan?? Dia kata aku gembira??

Aku tak pernah menangis waktu siang bila orang ramai-ramai. Aku suka orang datang melawat aku. Aku macam lupa semua benda. Aku akan siap-siap tunggu kat lif sorang demi sorang naik. Paling best, mesti ada bekalan macam-macam. Emak datang bawak nasi dengan lauk. Ibu mertua pulak mesti bawak buah pelam. Adik ipar siap belikan Ayam McD. Heaven kau tahu?

Dan aku benci malam, time nak tidur. Masa itulah rasa airmata tak tertahan-tahan. Aku akan tarik selimut tutup muka. Goyang kaki laju-laju. Sebab nak cepat-cepat tidur. Tak nak ingat apa-apa. Tak nak ingat apa-apa. :)

Bila aku ditarik keluar dari Labour Room selepas mengeluarkan Nashrah pun, aku senyum. Tapi aku jadi takut. Aku tengok mata semua orang merah. Baru lepas menangis. Diorang emosi sebab baru balik dari kebumikan budak kecik tu. Kalau aku ada kekuatan, aku pon nak pergi tengok. Tapi apakan daya, aku ditahan dalam Labour Room dekat 5 jam. Dan kalau bukan sebab ditahan pon, takkan lah aku dibenarkan pergi kan?

Lebih kurang 6 minggu lagi akan ke usia kandungan 25 minggu 6 hari. Saat di mana aku kehilangan Nashrah dulu. Perasaan? Allah sahaja yang tahu. Nak melalui 20 minggu pertama ni pon dah cukup gentar dalam diri. Trauma dan fobia, itu apa yang dalam diri aku sekarang. Aku cuba buat-buat tak ingat. Cuba buat tak tahu. Mintak-mintaklah berhasil.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

14 comments:

  1. salam..nak amik semangat aishah sikit untuk buat pedoman hidup...wish u all the best.

    ReplyDelete
  2. InsyALLAH.. saya doakan awak dan baby sihat2.. ingat yang happy2 je.. happy mother = happy baby :)

    ReplyDelete
  3. dulu sy keguguran ms tu 6 minggu
    rase sedih sampai nak baca blog org yg gembire dot berita mengandung pun tak sanggup..:(
    skrg sy mengandung lagi and dh sampai kat 6 minggu
    sy pun rase takut sgt
    ntahlah
    sy pun cube2 buat2 tak igt gak nih
    huhuhu
    sy doakan kite semua okay..

    ReplyDelete
  4. AISHA..Teringat dila selepas wat ujian laproskopi 5 bln yg lps. kuar dr bilik doc trus cari suami n nangis. sehingga skrg rezeki pengganti itu lum tiba lg tp kamu bertuah. pengalamn itu mengajar kite kan..hanya yg pernah melalui shj yg tau perasaan sebegini..take care kawan..

    ReplyDelete
  5. Aisha, dalam banyak perkara yang terjadi, I would have to say that you are strong. Very. Honestly.

    & family awak adalah sangat supportive. Sama dengan family saya. Time ayah saya down with stroke separuh badan last year, kami tidak pernah kata sabar or tabah, instead gelakkan dia because dia jalan macam hantu gigi dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

    Daddy gelak sama. & he recovered in the end, appreciating life better. Alhamdulillah. Laughing more. Smiling more. Dahulu Daddy sangat susah untuk senyum, apatah lagi gelak. Berbual dengan kami pun sangat jarang. Dia sangat serious orangnya.

    Sama juga tang bila menyapa friends yang baru deliver. Sangat menjaga words kerana takut sensitive, tersalah kata. Setelah terkena sendiri waktu deliver dahulu.

    Pengalaman membuatkan kita matang kan.

    P/S: Owh kenapa bila baca entry awak mesti sampai tersentuh hati? Emosi sungguh. Eh I will be going down to JB insyaAllah on 24th April. Kalau ada rezeki kita meet up ye. ;)

    ReplyDelete
  6. suke bace entry2 kakak..
    rase tgh tensen pon jd ceria.. thanks akak.. love u la! jga diri baik2 ye:)

    ReplyDelete
  7. dear aishah..tabahnye awak kalo saya di tempat awk x tahu la mcm mana nk menghadapi semua ini...awk mmg kuat,thanks coz singgah blog saya..jemputla follow ye..:)Insya Allah everything will be ok,doa bnyk2

    ReplyDelete
  8. heemm..sdey...erk..tp, kalo dulo2 laa mase spm buat karangan cm nei..sure dpt A +++++ ...wakakaka... anyway.. awk mmg kuat orgnyeee...

    ReplyDelete
  9. salam.
    doa banyak2 ya aishah. semoga semuanya dipermudahkan, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  10. jaga diri aishah n baby..jgn buat kerja lasak2 yek..maria doakan sumernya baik2..

    ReplyDelete
  11. kamu sgt kuat aisyah. Org keliling terutama keluarga sentiasa disamping aisyah. Syukur. Kuatkan semangat dan berdoa byk2 yer :)

    ReplyDelete
  12. aisha..awk mmg kuat semangat....sy doakan yang terbaik buat kamu..jg diri elok2...jg kandungan kamu yer..jgn lasak2 ye..

    ReplyDelete
  13. i;allah kali ni akan ok :) hihi, pengalaman tu akak. even akak tak boleh nk tenangkan kawan baik akak tu, at least dia ada tempat utk luahkan perasaan sedih dia. dia mesti tahu yang akak terlebih faham ttg apa dia rsa :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015