Monday, April 26, 2010

Semangat Yang Datang.

Aku akui, pregnancy yang pertama dulu, aku tak pernah fikir pon pasal breastfeed. Tak pernah terniat pon nak buat penyusuan secara eksklusif. Bahkan, aku dah siap sedia memasukkan susu formula dalam belanjawan bulanan bila baby dah lahir nanti. Kononnya, nak beri susu Isomil pada anak kami. Mengharapkan anak yang bakal lahir itu nanti akan cerdik, keletah dan bijak macam anak saudara aku. Huwah, berangan nak dahsyat! :)

Entah kenapa, aku beria sangat kali ini. Setiap hari akan buka laman web jualan online semata-mata untuk kenalpasti gadget-gadget yang digunakan untuk breastfeeding. Mencari breast pump yang bagus dan mudah untuk digunakan. Meninjau extra gadget yang mungkin diperlukan. Melawat blog mommy-mommy hot yang menjalankan penyusuan secara eksklusif. Dan tak lupa, belajar cara-cara penyimpanan EBM yang betul. Seronok betul! :D

Aku kurang semangat pada mulanya. Terus terang aku katakan, aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam. Takut nanti, aku dah berhabis beli bermacam breastfeeding gadget, ke dalam almari juga tersadainya. Aku takut aku jadi malas nak mengepam. Aku takut aku lali nak jaga stok EBM. Aku takut bila aku penat balik kerja, aku terus terbongkang atas katil. Huh, terbayang-bayang dalam kepala hotak aku ni ha.

Aku bincang dengan Emak dan suami. Mula-mula Emak macam ternganga jugak bila aku cakap nak fully breastfeed. Aku rasa Emak aku lebih kepada nak gelakkan aku. Tapi aku cuba jugaklah menunjukkan keyakinan yang ada 15% masa tu. Buat-buat macam serius. Padahal dalam hati ni dah cair bila Emak tanya sanggup ke aku bila bla bla bla bla.

At last, Emak keluarkan statement yang sedikit melegakan hati. Sedikit aje;

"Terpulanglah pada awak. Cubalah dulu..."

Berbincang dengan suami pulak, mengambil masa yang agak panjang. Banyak sangat soal jawab yang dibentangkan. Dahlah aku ni gagap-gagap nak menjawab. Nampak nah kurang keyakinan. Tapi oleh kerana memahami sikap isteri yang KALAU NAK, MESTI NAK, maka suami pon mengalah. Tak kuasa nak panjang-panjang debat agaknya. ;p

Sebagai langkah pertama, aku telah menutup mata dengan menekan butang BUY kat Enjoy Breastfeed. Niat di hati nak beli barang-barang yang besar terus. Tapi istighfar banyak-banyak dalam hati, mintak sabar. Hehehehe.

Makanya, barang kecil yang telah berjaya dibeli ialah;


Tumpang lalu.



Yippie!!
PP Bottle Storage 8Pcs + 2Pcs Free = RM35.01.



Eksaited kau tahu? Dah lah ini 1st time beli barang online. Setiap setengah jam pergi check AirPak Express punya track number. Nak tahu status terkini. Padahal dah terang-terang hari Sabtu dan Ahad tak bekerja. Huhuhuhuhu.

Oh yes! Feelingnya sangat-sangat bagus. Barulah nampak cahaya terang di depan mata. Seperti jalan yang terbentang luas. Burung berkicau menyanyikan lagu cinta. Pepohon mengalunkan irama syahdu. Dan.....

DIAM AISHAH!!

Baiklah, next step, aku bercadang nak grab breast pump pulak. Tapi, aku masih samar-samar nak beli breast pump apa. Manual atau electric? Single pump atau double pump? Complicated atau simple-simple? Huh, pening kepala dok fikir. Setiap hari pon memikirkan masalah negara yang satu ni.

Dalam kepala aku sekarang, ada tiga pump yang terbayang-bayang.


Pureen Battery Operated Breast Pump
Harga = RM129
(Siap boleh pasang adapter kalau nak pakai electric)




Medela Harmony Manual Breast Pump
Harga = RM170 @ LilKaiStore



Spectra 3 Electric Breast Pump
Harga = RM326 @ Enjoy Breastfeed


Aku mintak jasa baik kalian, berilah sedikit idea dan pendapat tentang pemilihan breast pump yang bagus. Pendapat yang memberangsangkan amatlah diharapkan. Terima kasih.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

14 comments:

  1. aishah..yana nk tnya..hehehe..tp malu tp nk tnya jugak..aishah pregnant dh ek?hehehe..
    erm ekceli kita senasib..tgh gila pikir pasal bf..baru ni ada pegi talk..so yana nk share info ngn aishah..aishah blh bc kt cni mengenai plemilihan breastpumpharap blh membantu dan kalo ada pape yg aishah tau share la kt blog..http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/05/pemilihan-breastpump_13.html

    n yana pun ada kawan jual breastpump secara pakej..blh jenguk kt cni http://www.freewebstore.org/luvurbaby

    ReplyDelete
  2. akak pakai spectra 3....tapi nak lagi berkesan elok pakai double pumping terus yang...stok ebm tu tak perlu simpan dalam botol2 susu pun takpe...simpan dalam bekas dadih..tapi make sure setiap bekas tu ditulis tarikh n waktu pam..senang amik ikut yang mana kita pam dulu...

    ReplyDelete
  3. kite ade 2 pam. 1.avent isis manual (rumah) 2. spectra 3 (opis).

    kepuasan dpt tgk anak membesar bagai johan dgn susu bdn xleh diucap dgn kata2. bkn mudah ibu yg bekerjaya utk melakukannya. but it can ok. if there's a will, semua pn boley :))

    ReplyDelete
  4. kite gune medela mini electric, tapi bising ya hamat ok! malam2 macam ada bunyi motobot je, sian kat hubby and baby nak tido =p and medela mini sesuai digunakan kadang2 je, kalau selalu guna tak sesuai, boleh cepat rosak.

    so plan nak beli spectra 3 as 2nd pump kat office. based on review by others, S3 ni sangat senyap dan best and boleh guna full time jugak..

    kalau nak BF exclusive, kalau guna manual pump je, maybe sangat penat kot nanti? sehari kena pam 4-5 times tau =p

    ReplyDelete
  5. aishah...nurul dulu masa mengandungkan raina mmg nak sgt bf raina sampai yg termampu tp apa kan daya susu nurul kuar pun bila usia raina dh nak seminggu itu pun terpaksa urut dgn mak bidan.

    bila susu dah kuar raina mcm tak susu direct menyusu dr badan nurul. dia akan muntah kan blk. jln penyelesaian nurul terpaksa pam untuk bg raina susu badan nurul tu.

    dlm pantang mcm2 kita nak buat kan. bertungku,berurut dan segala2 so bila nurul pam tidak konsisten lama2 susu kering dgn sendirinya. nasib baik raina dapat menyusu badan a few month.

    nurul hrp kpd mama,mummny to be yg akan ada baby tu try the best bf baby mereka. sbb susu ibu adalah yg terbaik. jika tak mampu apa kan daya kan?

    pedapat nurul MADELA adalah breastpump yg sgt terbaik. MADELA ada bbrp jenis. ada satu jenis MADELA berharga around rm2k lbh. tp pengeluaran susu yg di hasilkan sgt berpuas ati. aishah try lah.

    sekian

    ReplyDelete
  6. aku ada 2-2, pureen + medela harmony. pakai pureen tak suka, sbb mcm sakit sikit.. kat ofis skarang pakai harmony.. setakat ni alhamdulillah, hasil cukup utk anak.. dah hampir 3 bulan fully bf..

    betul, tengok dia membesar dengan susu dari badan sendiri.. priceless!!

    ReplyDelete
  7. saya guna spectra3, double pump.. alhamdulillah, ok.. :-) senyap pun ye gak.. if mlm2 pump, hubby and anak tido lena je.. tak terganggu pun.. cuma, org kata berat sket nak angkut bawak ofis tu.. but to me, still boleh tahan lagi nak angkut ke hulu ke hilir pump tu..

    ReplyDelete
  8. Tahniah Aishah. Niat awk nak susukan baby secara bf sgt bagus... sama dgn pendapat kwan2 yang lain, saya rasa mmg berbaloi klu amek jer BP secara elektronik. Amat mudah dan menjimatkan masa...

    Teruskan usaha..walaupun penat! Dalam pantang masa yg paling mencabar sekali. Mmg tak cukup masa...Dulu susu cempaka kuar sikit jer...baby tak puas klu isap terus kat breast kite..mmg sedih!!

    Jadik chempaka kena curi2 masa utk mengepam..itu pun tak sempat jugak..baru nak pam, baby dah menangis nak susu...susu plak sket, kena topup ngn FM pulak..

    Sekrg ni mmg jeles tgk mama2 org bagi baby BF..sedih sebab susu dah takde..huhu

    ReplyDelete
  9. maria vote pd double pam kalau nak jimatkan ms n tenaga..kalau manual memerlukan tenaga..kalau single pam pulak ms tu increase skitla..sbb kena pam sebelah pastu pam sebelah lg..apepun pilih yg terbaik k..ada sesetengah tmpt diorg bg test dlu tau pam diorg..;)

    ReplyDelete
  10. aishah..moga impian utk fully bf ur baby akan berjaya..yg penting kita punya semngt kena kuat..:)

    ReplyDelete
  11. pendapat saye...electric pam mmg paling elok kot... so far Spektra atau medela ok....xpenat lagi2 dalam pantang. tp dalam kes saye sebab kt opis 'stor' mengepam xde plug dgn rela guna la manual saja....hohoho...

    ReplyDelete
  12. yana : hehehe. dari haritu kan yana tanya? aishah pon malu-malu nak jawab. so, jawapannya ialah IYE. minggu ni dah masuk 23 minggu. thanks for sharing yana! :)

    diamilikku : terima kasih kakak! aishah memang ingat nak beli bekas dadih baaanyaak-baaanyaak pulak lepas ni. botol tu as pemula semangat aje. hehehehehe.

    sharena : awak buat saya bertambah semangat. time kacih!

    zaza : iyelah. aishah pon ada baca reviews pasal manual pump yang agak meletihkan. sebab tu try survey sebanyak yang mungkin.

    nurul : tak apa nurul. at least nurul boleh BF beberapa bulan kan? nurul dah cuba yang terbaik. oh, madela eh? akan cuba survey lagi lepas ni. thanks nurul.

    minatgiler : wow! kau lagi seorang yang buat aku tak sabar nak BF. erk, kau pakai manual selama 3 bulan ni? gila tabik lah kat kau.

    aneen : yeah aneen! bawak anak 9 bulan dalam kandungan kita sanggup, takkan bawak pump tak larat kan? chayok aneen!

    chempaka : takmolah sedih. chempaka kan dah cuba yang terbaik. aishah pon tak tahu nasib aishah macam mana nanti. kita doa yang terbaik aje okeh?

    maria : hahahaha. nak test macam mana? sekarang tarak susu. ;p

    hazlina : terima kasih awak!

    yaya : opis saya ada elektrik. tapi kerap black out. macam mano tu? hehehehehe.

    ReplyDelete
  13. saya pakai avent isis manual pimp.ok.tapi penat skit la.cadangan tuk aishah,beli yg electrik,beli yg murah dulu try n error pas rasa ok,beli yg mahal pulak.tapi kalo nak beli yg mahal terus pun boleh cuma takut tak sesuai je.kalo beli yg murah dulu tak la menyesal sgt.hehe.

    ReplyDelete
  14. hi aisha.. sy ni pembaca senyap cik aisha ni.. sy dah baca dah semua kisah dr kisah arwah hingga ke 2nd pregnancy ni.thanks too sharing...sy skrg pon peknen 23minggu (anak 1st) byk gak info korek kat sini...pasal breastpump ni sy pon nak beli spectra 3. semoga kita berjaya..chaiyo!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015