Sunday, July 31, 2011

Ramadan 1432 Hijriyah.


Selamat datang Ramadan Al-Mubarak.

Semoga dipermudahkan segala jalan. Semoga dilancarkan segala amalan.

Amin Ya Rabbal Al-Amin.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, July 28, 2011

Mini Blogger Gathering @ Ikea.

Bertolak dari Melaka lebih kurang jam 11.30 pagi. Mintak izin kawan-kawan nak gerak dulu sebab dah berjanji nak jumpa kawan-kawan blogger pulak kat KL jam 2.00 petang. Lagipon, kami tak mahir jalan KL. Sebab tu kena keluar awal demi mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini. Terus BBM Hannah dan Mishawads cakap yang kami dah on the way. So setting place and time terus tukar venue ke Ikea sebab boleh menyelam sambil minum air (read : makan meatball sambil berbual).

Dalam perjalanan tu, dapat SMS dari Nurul mengatakan yang dia tak dapat join sebab kena hantar cookies yang telah di-order oleh customer. "Sorry Nurul tak sempat balas sebab henpon pada Wahid, tengah guna GPS. Bila dah sampai KL, terlupa nak balas. Belek-belek henpon dah sampai rumah baru perasan ada SMS dari Nurul. Sorry sangat-sangat ye?"

Update status kat Facebook dan berdesup lah komen dari Reen masuk tanya sampai KL pukul berapa. Makcik ni masih kat Temerloh dan dijangka bertolak dari kampung jam 3.00 petang. Aku pon tak jamin boleh stay lama kat KL sebab memang tak nak sampai JB lewat malam. So Reen try her best untuk balik awal dari Temerloh. Aku pulak try my best untuk stay lama sikit. Lagipon, inilah time nak jumpa. Nak harap aku selalu naik KL, memang takde. :(

Jue pon masuk komen cakap nak join. Pada awalnya, Jue tak dapat join sebab plan nak balik Langat. Entah macam mana, Jue boleh join dan aku pon suka lah sangat-sangat. Tambah lagi kawan nak berbual. Macam aku cakap awal-awal tadi, aku memang jarang dapat jejak kaki ke KL. So bila sesekali turun, memang nak jumpa kawan-kawan.

(Selingan : Kalau korang nak tau, sebenarnya Emak aku tak tau yang aku naik KL lepas selesai reunion kat Melaka tu. Aku tak nak bagitau sebab tak nak dia risau kami berjalan jauh. Tambahan pulak Nashriq tak sihat the day before. Mestilah dia tak kasi bawak cucu dia berjalan jauh. Bila dah on the way balik Maghrib tu, baru aku call kasitau. Sorry Emak. :p)

On the way ke KL tu, sempatlah BBM dengan Hannah tanya macam mana nak pergi Ikea sekian-sekian. Nak harap 100% pada GPS memang payah jugak. So, Hannah offer untuk tunggu kami kat PPR Tun Abdul Razak (correct me if i'm wrong) selepas Tol Sungai Besi tu. Kami pon sukalah sebab tak payah nak harap kat GPS tu.

Masuk aje Tol Sungai Besi, terus call Hannah. Suara dia yang gemersik merdu mengangkat telefon. Dalam hati pon berkata-kata, "Patutlah minah ni kerja Customer service, suara dia lunak merdu. Cuba suara aku jadi Customer Service tengok?". Hahahaha. Sempat bermonolog di dalam hati. Suara aku dah lah grago gila. Takde cover-cover punya. Kalau orang sakit jantung memang boleh pengsan.

Hannah pon guide kami ke jalan yang betul. Masalahnya, kami ikut jalan yang sesat. Entah macam mana, kami sampai boleh masuk dalam Lobi Terminal Bersepadu Selatan tu. Dahlah berpusing-pusing kami naik parking nak keluar balik dari situ. Malu I tau. Kalau boleh sorok kepala, dah sorok bawah seat dah. Wahid dah mula blur. Takpe. Amik nafas panjangggg. Hembusss.

Keluar aje dari Terminal Bersepadu Selatan tu, terus kami cari lagi PPR Tun Abdul Razak. Sambil tu henpon kat tangan tak lepas sebab nak tanya Hannah jalan yang lurus (read : jalan yang benar). Sampailah tepi bangunan PPR Tun Abdul Razak tu, kami nampak sebuah Gen-2 bewarna oren sedang menunggu kami. Cantik, lepas azab sesat-sesat ni.

Teruslah kami berkonvoi dua kereta menuju ke Ikea. Bagi aku yang jakun masuk KL ni, perjalanannya terasa sungguh jauhhhh. Asyik tanya je kat Wahid dah sampai ke belum. Pastu aku mengomel sebab asyik jumpa tol bla bla bla. Sampai satu tahap, Wahid jeling kat cermin pandang belakang baru aku diam. Dia tak berbunyi tu. Kalau dia berbunyi mau I sentap terjun kereta. Hahahaha.

Sampai aje depan Ikea, kereta dah beratur panjang nak masuk parking. Aku mengeluh lagi. Tapi perlahan ajelah sebab tak mahu kena jeling lagi. Cececece tau takut suami jeling. Tiba-tiba gelabah ayam kejap tengok Gen-2 oren takde kat depan mata. Kelam kabut cari BB dan henpon nak check. Barulah perasan yang Hannah suh parking dalam IPC. Wahid pon gamble je u-turn depan Ikea dan pusing masuk parking IPC. Memang nasiblah kalau kena saman masa tu.

Masuk aje dalam parking IPC, terus mengucap panjang. Tak pernah aku merasa jam kat dalam parking area. Kereta beratur dekat nak chop parking. Kononnya nak jadi baik hatilah ikut turn. Sekali teringat tweet Mishawads; "Duduk KL memang kena jadi kurang ajar", so aku pon aplikasikan kata-kata beliau itu. Kekekekeke.

Nampak aje orang sorong troli nak balik kereta, kami follow. Kahkahkah. Dah macam jahat gila rasanya. Serius memang stress ok. Dah 1 jam pusing kat parking area tu. Dengan susu Nashriq tumpah atas seluar lah, Nashriq cranky boring duduk dalam kereta lah. Blerghhh. Rasa macam nak cabut balik. Tapi memandangkan Hannah and family dah tunggu kat atas chop meja, kami pon cuba bersabar dan pusing-pusing banyak kali cari parking. Akhirnya jumpa jugak nun hujung di sana. Ah lantaklah. Janji dapat parking. Haaa, cerita pasal parking ni, ada kisah kelakar seram masa nak balik. Nanti kang aku cerita.

Masuk aje Ikea, turun naik lif 2-3 kali. Blur nak mati mencari Ikea restaurant tu. Sampailah aku bertanya kat pak guard situ dan dia kata kena naik tempat showroom dan belok kanan tak payah lalu showroom. Umat manusia memang ramai gila okeh. Padat nak mati. Mata ni melilau mencari Hannah and family. Sampailah akhirnya nampak Hannah panggil melambai-lambai. Haaaa, Mishawads pon dah sampai. Seronok! :))

Salam-salam laga pipi, agah-agah Raisya dan Myiesha, terus rasa hilang stress dan penat. Memang seronok sangat dapat jumpa diorang. Berbual-bual kejap, terus bangun order meatball. rasanya memang not bad. Tapi dasar tekak Jawa macam aku, tempe jugak dalam ingatan. Tapi aku boleh kasi 7/10 untuk meatball tu dan perfect 10 kat kek coklat Daim yang Hannah belanja. Memang super sedap!!

Lebih kurang setengah jam kemudian, Jue call cakap dah sampai. Tapi sedang mencari mana letaknya Ikea restaurant ni. Aku pon guide macam orang pandai. Kahkahkah. Padahal diri sendiri pon hilang arah masa nak datang tadi. Selang berapa minit, terasa ada orang sergah kat belakang badan, dan beliau ialah Jue!! Serius slim gila okeh. Terasa tercabar jiwa remajaku. Wahwahwah perasan remaja tak sedar diri anak nak masuk tiga.

Hannah & Myiesha.

Mishawads & Raisya.


Jue single & slim.

Wahid, Nashriq & Mett kat belakang tu.

Lepas Jue order semua, kami sambung berbual gelak-gelak macam dunia kami yang punya. Tengok gelagat Myiesha, Raisya dan Nashriq. Jue pon dapat kurangkan rindu dia pada Alif bila dukung Nashriq. Berbual punya berbual, Jue cadangkan kami lepak tempat lain sebab umat manusia memang ramai gila nak tunggu turn makan. So bergerak lah kami ke IPC beramai-ramai. Call Reen dan bagitau yang kami dah bergerak ke IPC. Terujanya bila dia jawab yang dia dah sampai depan Ikea. Heeee. :))

On the way to IPC.
Sempat snap dengan lori Ikea. Muahahaha.


Kat depan Pet Shop.
Anak-anak semua dan ngamuk sakan. :(

Berbual kejap kat depan Pet Shop tu, amik gambar sket, jap lagi Reen pon sampai. Hahahaha. Semput Cik Kak berkejar-kejar ye? Kesian Reen. Sanggup dari Termerloh terus ke IPC nak jumpa kami. Terharu sangat. Terus cari-cari Fahrin yang selalu nampak gambar dia dalam FB. Sampaikan Wahid pon tanya, "Ni Payin eh?". Hahahaha. Suka beno dia dengan nama Payin tu. Comel kata dia.

Terus masuk dalam Pet Shop, jalan-jalan sikit. Tapi aku ni penggeli orangnya. So jenis yang reptilia tu semua memang takleh tengok. Lagipon dengan keadaan aku cenggini, memang Wahid ingatkan aku supaya jangan tengok sangat. So aku banyak jenjalan aje lah sambil camwhoring dan berbual-bual.

Tak lama lepas tu, kami terpaksa undur diri sebab jam dah pukul 6.00 petang. Keluar dari Pet Shop dan amik gambar sedas dua. Gambar ni pon banyak aku rembat dari Jue punya FB. Heeee. Sorry ye Jue. Nanti boleh caj Aishah sekeping doposen. :p

Jue, aku, Reen, Mishawads, Myiesha & Hannah.
Fahrin & Raisya tengah skodeng rides.


Kami pon bergerak semula ke Ikea untuk menuju ke parking area. Mishawads perlu ke baby room sebab nak nursing Raisya. Jue dan Reen pulak parking di The Curve. So tinggallah aku dan Hannah bergerak ke parking area IPC. Aku ni confident cakap dengan Wahid yang tadi kami parking di tingkat P2. So, aku tunggu berempat (Hannah, aku, Myiesha dan Nashriq) sementara Mett dan Wahid pergi ke kereta dan amik kami di pick up area tu.

Mett dah sampai dengan kereta untuk pick up Hannah. Wahid pulak boleh patah balik dengan muka blur. Dia cakap kereta takde??! Aku dah cuak gila. Aku cakap dengan Hannah yang aku nak ikut Wahid kejap pergi tengok kereta. Aku yakin yang kami parking kat P2. Mana mungkin kereta kami boleh hilang. Berdegup degup jantung masa tu.

Sampai aje kat tembok A1, cari-cari kereta kami memang takde!! Ya Allah, dugaan apa ni Ya Allah?? Dah lah dalam kepala tak bagitau Emak yang kami ke KL. Ni mesti Allah nak balas perbuatan kami ni. Aku pandang Wahid, Wahid pandang aku. Halamak, rasa macam nak nangis. :(

Wahid ajak pergi parking lot P1 sebab nak cuba tengok. Aku taknak sebab aku yakinnn gileee yang kami parking kat P2 tu. Tapi taknak keadaan semakin kusut, aku ikut jugaklah dia naik parking lot P1 tu. Terus terjah tembok A1 dan taraaaaaaaa!! Kereta kami ada di situ!! Kekekekeke. Terus cakap Alhamdulillah dan call Hannah bagitau kesilapan teknikal yang telah berlaku. Gelak sakan dia dalam telefon.

Masuk kereta, start enjin terus turun parking lot P2 dan jumpa Hannah semula. Sesiapa yang ikut twitter aku, mesti tau yang aku pernah ada wishlist nak Oven dan Blackberry. So, Blackberry dah dapat, tinggal Oven saja. Entah macam mana, Hannah sangat baik hati nak let go dia punya Oven dan kami pon berbesar hati sangat-sangat untuk menerima. Passing Oven, salam-salam dan kami pon berkonvoi semula sampailah keluar Tol Sungai Besi. :)

Masuk Tol Sungai Besi pada jam 7.30 malam. Call Emak bagitau yang kami pergi KL dan bersilat lah orang tua tu dalam telefon. Tahan ajelah telinga mendengar. Kekekekeke. Nashriq pulak, masuk kereta, kasi susu terus tidur. Memang aman bahagia lah Mama dia pon sama-sama ikut belayar. Kesian kat Wahid kena drive sorang-sorang. Tapi Wahid memang lagi suka sebab tak ada siapa nak pantau kelajuan yang dia bawak. Sedar sekejap dari tidur, dah sampai Pedas-Linggi. Jap lagi sedar balik jam 10.30 malam, dah sampai Skudai. Gila laju!!

Overall, segalanya adalah indah sekali. Berjumpa dengan orang yang kita selalu berhubung di dunia maya, kemudian persahabatan terjalin dan berjumpa kali pertama. Except for Hannah dah jumpa kali kedua. Semuanya best. Semuanya seronok. Kalau ada rezeki, memang nak sangat jumpa lagi. :)

Thanks to Hannah, Mishawads, Jue dan Reen sebab sudi jumpa aku yang tiada apa ni. I really hope that this friendship will never end. Untuk kawan-kawan blogger yang lain, Insya-Allah ada rezeki di lain masa. Memang nak sangat jumpa korang-korang. Nanti kita jumpa okeh? :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, July 27, 2011

Anas Nashriq 11 Purnama.


You Are The Sunshine Of My Life
That's Why I'll Always Stay Around
You Are The Apple Of My Eye
Forever You'll Stay In My Heart

P/S : Lagi sebulan nak setahun. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday : Teringin.



Insya-Allah. Kalau ada jodoh, kita bertemu jua. :)

P/S : Sumber gambar dari Google.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, July 19, 2011

Perubahan.

Header di atas telah bertukar rupa buat kali ketiga dalam bulan Julai. Demi mendapatkan mood 'keluarga bahagia', maka kita tepeklah gambar bear & family. Nak bubuh gambar family sendiri pastu nak edit-edit memang tak pandai. Ini pon mintak bantuan Fad untuk center-kan header berkenaan. Terima kasih Fad. Jasamu dikenang. :)

CommentLuv jugak telah dibuang jauh dari sisi blog. Kenapa? Sebab aku rasa, simptom malas membalas komen bukanlah berteraskan aplikasi apa yang engkau pakai. Tapi ianya lebih kepada kerajinan diri sendiri. Kalau aku pakai aplikasi paling bagus pon tapi sifat malas nak balas komen tetap ada, maka ianya sungguh tidak berguna. Maka kembalilah aku kepada blogger comment yang asal. Welcome back, Aishah Rahim!

Perubahan lain? Aku rasa tahap kerajinan untuk meng-update blog adalah merundum sama sekali. Aku boring dengan blog sendiri. Aku suka dengan blog orang lain. Aku rasa 'warna putih' bukan aku. Err, adakah aku akan menukar warna dinding blog sekali lagi? Masih belum dapat dipastikan kerana darjah kemalasan telah meninggi secara tiba-tiba.

Oklah, bye!

P/S : Semua komen dalam CommentLuv dah hilang. T__T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 18, 2011

Berita Baik Di Pagi Hari.

Saya tak ada mood langsung untuk ber-blog sekarang. Idea mati dan tertinggal di tepi jalan. Saya menaip dan kemudian tekan backspace banyak kali. Setiap kali pregnant pon macam gini. Adakah ini menandakan bahawa anak-anak saya tidak berminat dengan dunia blogging? Wallahualam, hanya Tuhan yang tahu.

Mood boring dan sayu tamat dengan serta merta. Saya baca status Reen dalam Ukhwah Blogger dan ianya membuatkan saya cepat-cepat menaip http://hannahjohary.blogspot.com/ di browser. Suspen sungguh kena scroll ke bawah lama-lama. Tension tahu? :p

As expected, my favorite blogger, Hannah Johary telah masuk dalam kapal saya. Kini kami sekapal walaupun berlainan destinasi. Destinasi saya ialah Disember 2011. Saya tak pasti destinasi Hannah bila. Itu kena tunggu pengesahan dari beliau nanti.

Terlalu banyak yang kami kongsi bersama. Dan saya tahu, perkara inilah yang beliau harapkan bila injaknya usia 27. Saya harap, ini adalah hadiah paling bermakna sempena hari lahir beliau. There's no words can describe how I'm happy for her. Sangat-sangat happy. :))

Saya doakan beliau akan sihat-sihat dan menunaikan janji beliau untuk meng-update perjalanan pregnancy kali kedua ini. Ingat Hannah, you dah janji so you kena tunaikan. :p

Secara tiba-tiba, mood menulis merundum kembali. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 15, 2011

Selepas 9 Tahun.


Venue : Putra Sayang Resort, Melaka.
Date : 23-24 Julai 2011

Selepas 9 tahun, akhirnya kita manage juga untuk berkumpul semula. Rakan suka duka. Rakan gelak tawa. Rakan tangis bersama. How I wish to turn back time dan balik semula ke zaman persekolahan kita. Seronok kan?

P/S : Sekarang ni malas betul nak taip entry panjang-panjang.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

67 Tahun.

Untuk seseorang yang aku terlalu cintai,

Selamat Hari Lahir, Emak. Semoga Emak terus diberikan kesihatan yang baik dan sejahtera. Semoga Allah panjangkan umur Emak dan membahagiakan Emak hingga akhir hayat. Semoga Emak akan terus dilimpahi rahmat serta hidayah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ayang sayang Emak sangat. You are my everything.

Terima kasih Ya Allah atas tiap limpah kurniaMu.
Ikhlas dari,
Ayang




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, July 14, 2011

Karena Kita Adalah Satu.

Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata
Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka apa terucap adalah sabda pendita ratu
Ahh.. Diluar itu pasir diluar itu debu
Hanya angin meniup saja
Lalu terbang hilang tak ada
Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yg tau
Jiwa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa semua

Karena kita adalah SATU

Kudos to 'you-know-who-you-are'. Thanks for the friendship. :)

P/S : Puisi dari Ada Apa Dengan Cinta.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday : 18 Weeks.


Alhamdulillah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, July 12, 2011

Welcome Back, Cute Bears! :)

Dasar gatal macam aku, sentiasa ada aje benda nak gapil. Tak kacau setting sini, aku kacau tang sana. Macam pandai sangat nak edit-edit HTML. Tapi oleh kerana kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia (motip?), aku merajinkan diri jugak menukar mood blog kepada lebih suci dan murni. Hahahaha.

Jadi, kepada yang merindui dua ekor bear kat atas tu, nah aku kasi korang tatap sebagai pengubat rindu. Sebenarnya yang lebih rindu adalah tuan punya blog. Orang lain takde kisah pon pasal blog cincai macam gini. Gegegegege.

Errr, dan seperti biasa, blog list pon telah hancur di jalanan. Maka sekarang nak pergi kumpul balik copy paste satu-satu. Memang bagus ada blogger terlebih rajin macam gini. Kalau bos aku baca mesti dia bangga.

Oklah, chow cin cau!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 11, 2011

Wanita Hamil Melawat Tanah Perkuburan.

Percaya atau tidak, aku tidak pernah melawat tanah kuburan Nashrah sejak pemergian beliau. Selepas aje bersalinkan Nashrah, aku berpantang pulak. Tamat pantang, aku lekat mengandungkan Nashriq. Kemudian berpantang semula. Dan sampailah sekarang ini, bila ada Nashriq, aku memang belum ada kesempatan untuk melawat tanah kuburan kekasih hati pertama aku itu. Kata orang, ada anak kecil di rumah tak sesuai melawat tanah perkuburan.

Untuk pengetahuan korang, tanah kuburan Arwah Abah dan Nashrah adalah bersebelahan. Ianya atas permintaan aku sendiri. Nasib baik juga tanah kuburan Arwah Abah memang di hujung kawasan, jadi ada sedikit tanah lapang yang memang cukup muat untuk kuburan si kecil kesayangan itu. Biar bersebelahan, Atok dan cucunya.

Ini bermakna, sudah selama itu jugalah aku tidak melawat tanah kuburan Arwah Abah. Lebih kurang 1 tahun 9 bulan. Aku betul-betul nak pergi sebelum datangnya bulan puasa ni. Nak pergi bersama adik beradik macam dulu. Baca Yaasin ramai-ramai dengan Emak. Pulak tu sekarang ni ada Nashrah kat sana. Hati aku betul-betul nak pergi.

Kali terakhir aku melawat tanah kuburan Arwah Abah ialah sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun 2009. Selepas sehari itulah (hari raya pertama), Nashrah mula berhenti bergerak. Selain daripada kata-kata orang mengenai kerakusan aku minum air gas pada hari raya berkenaan, ada juga yang kata sebab aku melawat tanah kuburan sehari sebelum itu. Wallahualam.

Jadi, aku sekarang seriously nak tau. Boleh tak wanita hamil melawat tanah perkuburan? Aku tau soalan aku ni macam orang tak ada iman dan pegangan. Tapi seriously as a mom, aku betul-betul risau dan nak tau.

Thanks kawan-kawan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 8, 2011

Soalan Cepu Emas.

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, suami main cuit-cuit sebab tengok isteri dia diam memanjang malas bercakap. Aku memang macam gini selalunya. Pagi-pagi memang lambat sikit nak download tenaga dalam diri. Jadi aku akan mengambil masa yang lama untuk charge baterry otak dan minda.

Nak sedapkan hati suami, aku pon senyum dan cakap;

"Orang sayang awak sangat..."

Tiba-tiba, suami menyoal;

"Antara orang dengan Nashriq, mana awak sayang lebih?"

TETTTT! (Tekan butang nak jawab soalan)

"Nashriq kotttttt", sambil menyengih. :)

Hahahaha. Kondifen gila jawab cenggitu depan suami sendiri. Tengok muka Wahid cam takde reaksi aje. Dia senyum lagi ada. Tapi dalam hati, siapalah tahu kan?

"Tapi awak dengan Nashriq tak jauh beza lah tangga dia. Nashriq atas sikit. Awak bawah sikit ajeeeeee", sambil buat isyarat tangan macam tangga atas bawah. Jawapan cover line.

But to be true, kedua-duanya ada liga tersendiri dalam hati aku. Bukan ikut tangga ketinggian kasih sayang mana yang lebih atau apa. Wahid dalam liga kasih sayang seorang isteri kepada suaminya. Yang mana hanya dialah dalam hati di liga asing itu. Tak ada pesaing. Dia pemenang dan akan sentiasa jadi pemenang di situ.

Manakala Nashriq pula, berada dalam liganya tersendiri. Kasih sayang seorang ibu yang tiada batas waktu dan tiada batas akal. Hingga sanggup berganti nyawa. Segala kasih dan cinta dicurahkan sepenuh hati.

Bagaimana kalau ada anak ketiga? Keempat? Dan kelima nanti?

Aku akan cuba wujudkan liga seterusnya. Tak mahu membezakan kasih sayang anak. Aku akan cuba sehabis baik untuk memberikan kasih sayang yang melimpah ruah kepada kesemua anak dengan kadar yang sama rata.

Insya-Allah.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, July 6, 2011

Budak-Budak Sekarang.

I am not in a good mood today. Pagi-pagi lagi budak-budak hingusan bawah umur dan calarkan mood segar hari Rabu. Memang *^&)$@^&*%$ betul. Haaa, kan aku dah mencarut. Ni memang nampak sangat aku dah marah.


Okeh. Aku dah malas nak blur gambar ke, nak blur nama ke. Biar satu dunia tahu siapa yang aku marahkan, dan kenapa aku marah. Aku rasa yang aku dah macam budak-budak pulak bila melayan perangai budak belasan tahun macam gini. Tapi what to do? Aku memang tengah takde keje pon. Jadi hadaplah jelah benda apa yang aku nak bebelkan ni.

For your information Harith Loop tu, can say adik aku lah. Sebab Emak aku jaga dia dari kecik sampai besar. So I know what exactly going on. Dia pon bukan baik sangat. Zaman sekolah kuat memonteng. Main motor sana sini. Mulut aku ni dah penat bercakap dah. Tapi dia buat dek aje. Tapi se'dek-dek' dia pon. Dia ada sense of menghormati orang tua which is kalau kita bebel-bebel pon, dia senyum pastu angguk dan janji akan cuba berubah. Takdelah mengentan nak keluarkan bahasa kasar macam seseparuh budak.

Aku ni memang suka stalk FB profile adik-adik aku. Tak kiralah si Harith Loop tu ke, adik ipar aku ke, sebab aku sayangkan mereka. Aku tak nak mereka lakukan apa-apa kesalahan yang membodohkan diri mereka sendiri. Bezanya aku tegur dengan tak tegur aje lah. Kalau aku rasa masalah tu macam sikit, aku malas nak gebang-gebang. Kalau masalah besar, aku ON je mulut laser aku. Dan siaplah siapa-siapa yang terkena pon.

Cuba korang perhatikan dua gambar kat atas tu. Nampak macam kecik aje bila budak pompuan bernama Desy Dollieson tu tulis komen kat wall Harith. Mungkin ada sesuatu yang berlaku antara mereka dan aku malas pon nak siasat. Tapi persoalannya sekarang, bahasa yang digunakan tu. Menyirap betul kepala aku.
eh ohh good good .tenkiyouu la .ada aku kesah kew kw na gdohh or whatever .none of my bussines ocay ? eyuckkk sorry spew nth na contact dgn kw .one thing ek ,kw jgn engat skaty bpk kw bole maen kn pmpn .lg2 mmb aku .huh .excuse me ,back off la looser !!

Kepada adik Desy, pergilah masuk sekolah dulu dan belajar macam mana nak mengeja dengan betul. Lagi satu, jangan suka main bapak-bapak orang sebab awak pon tak suka kan kalau orang main bapak-bapak awak? Got it?

Aku pon bubuh sebiji komen cenggini;
Siapa si Desy ni main bapak-bapak orang? Mak bapak awak tak ajar awak berbudi bahasa ke? Meh sini jumpa KAKAK meh. KAKAK ajarkan berbudi bahasa sikit. Mengeja pon salah bahasa. Meh aku add kau meh. Aku nak kenal jugak dengan budak tak ada budi bahasa macam kau. Berbual nak berdekah dalam wall orang. Eh kau approve aku cepat!

Nampak tak ke'angin'an aku? Aku cerita dengan Emak aku pastu Emak aku kata aku macam budak-budak. Hahahaha. Aku memang suka layan budak-budak budget dewasa macam gini. Biar aku ajar sikit erti hidup sebenar kat diorang.

Pastu, boleh pulak 'Hamba Allah' yang masih hingusan ni masuk;
Faiz Burn add sy skly . meyhh add meyhh :)
Dia ingat aku main-main ke hape? Aku terus add dia dan dia belum approve till now. Kalau dia approve je, memang kena tazkirah free lah bertubi-tubi. Hidup baru setahun jagung nak bercakap macam bagus. Eeeee, merosakkan mood aku betul!

Dan dalam satu status Harith yang lain;


Simptom-simptom manusia pembuli. Aku rasa diorang ni rakan-rakan sekolah Harith lah kot sebab ada perbualan zaman sekolah di situ. As I know, masa Harith masuk sekolah aku ni dulu (menyambung kursus Vokasional), dia memang selalu memonteng. Dan bila aku risik-risik dengan guru kelas dia, rupanya Harith ni selalu kena buli dan kena ejek-ejek dalam kelas. Sebab itulah dia jadi malas nak ke sekolah.

Dan bila aku tegur perbualan mereka;
Eh baiknya budi bahasa sorang-sorang. Mak Ayah tak ajar budi bahasa ke adik-adik?
Boleh pulak dia jawab cenggini;
Faiz Burn diamm kamoo ! :)

Hamboii, kau ingat aku adik-adik kau ke? Memang kurang betul budak ni. Aku tunggu je kau approve aku wahai adik. Meh jadi adik angkat aku meh? Aku angkat kau tinggi-tinggi sampai langit. Mangkuk tingkat betul.

Dah banyak sangat dah aku tengok budak-budak macam gini. Aku pon tak faham macam mana boleh jadi macam gini. Salah kat mana? Silap kat mana? Ibu bapa kat rumah atau guru-guru di sekolah? Budi bahasa seakan-akan diketepikan. Sikap dan sifat seorang pengganas seolah-olah bermaharajalela.

Bagaimana kita mahu mendidik anak kita agar menjadi manusia yang berguna? Kita mahu anak kita menjadi pembuli atau dibuli? Kita mahu anak kita memijak atau dipijak? Kita mahu anak kita berbudi bahasa atau kekurangan budi?

Pilihan di tangan kita.

P/S : Jauhkanlah sifat-sifat yang kurang elok dari anak-anak kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala apa yang terbaik.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 4, 2011

Risiko Seorang Penulis Blog.

Sabtu yang lepas, aku melawat Abang Long yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Aminah atas sebab batuk-batuk yang tidak berkesudahan. Sekarang ni memang musim kan? Sana sini orang batuk. Aku pon batuk jugak. Sampai sakit perut asyik kong kong kong.

Wahid menanti di luar wad bersama Nashriq. Aku, Emak dan kakak ipar berbual-bual di dalam bersama pesakit yang tak berapa nak sakit. Kadang-kadang melawat orang di hospital bukan kita berbual sangat dengan pesakit yang kita lawat. Tapi lebih kepada melihat fenomena kiri kanan yang kadangkala boleh mendatangkan keinsafan. Agree?

Beberapa minit kemudian, kakak ipar keluar untuk take over Nashriq. Wahid pon masuk untuk jenguk Abang Long. Sambil itu, dia mencuit bahu; "Jumpa kawan sekolah orang kat luar tadi. Dia tegur, 'Oooooo Wahid, kahwin tak jemput ehhh? Ni anak kau kan? Nashriq kan nama dia?'."

Wahid menyambung; "Orang geleng kepala konon nak jawab adik aku, tapi dia laju je jawab, 'kau jangan tipulah, aku selalu baca blog bini kau'." GULP!

"Abis, awak cakap ape?", aku bertanya.

"Tak cakap apa lah. Orang senyum aje."

Aku melihat perkara itu dalam sudut positif pada waktu itu. Rasa macam best je bila pergi sana sini orang kenal. Bajet artis lah konon padahal hidup aku zero aje. Dan sehinggalah aku tersedar secara tiba-tiba.

KATALAH, suatu hari nanti, aku nak mohon rumah ke, mohon loan kat bank, atau aku akan berurusan dengan seseorang yang membaca blog aku tapi dia tak suka penulisan aku. Dia benci apa yang aku tulis dalam blog. Bukan ke naya?

"Ini dia Aishah Rahim ehhh? Meh aku reject kau punya application".

"Anas Nashriq? Budak ni yang Emak dia tulis blog *** tu".

Dan berbagai lagi perkara negatif terlintas dalam kepala otak sempit aku. Takut kan? Lagi-lagi bila memikirkan Nashriq yang selalu sangat ceritanya keluar dalam blog ni ha. Kalau orang tak suka pastu dia print gambar buat benda tak senonoh. Camne?

Arghhh bencinya Blues di hari Isnin.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 1, 2011

Kekuatan Hati.

Anda pernah baca Kisah Alesha Abriza dan Doa Buat Alanna?

Saya mengikuti blog mereka telah begitu lama. Tapi tahukah anda yang saya tidak pernah mampu menghabiskan mana-mana entry berkaitan anak-anak kecil ini dengan jayanya. Selalu sahaja airmata jatuh laju diiringi sesaknya nafas di dada.

Kalau saya yang tidak pernah menatap mata Nashrah telah rasa begini rindu, bagaimana agaknya perasaan ibu-ibu kepada bidadari-bidadari Syurga tadi?

Ya Allah, berikan kami kekuatan.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015