Waktu rehat hari Jumaat jangan disiakan. Mari update blog!
Aku memang dah niat nak cerita pasal Shaklee ni dengan lebih lanjut. Jangan salah faham, aku bukan distributor Shaklee. Aku tak layak pon nak buat bisnes-bisnes semua ni ha. Just nak kongsi apa yang aku rasa dari pengalaman aku sendiri. As I mentioned dalam earlier entry, aku consume Shaklee since dari dalam pantang. Aku makan Set C (Confinement) selama 40 hari. Berikut adalah apa yang ada dalam Set C.
1. Vita-Lea
Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan. Penggunaan harian, Vita-Lea boleh meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi, memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas. Bagi mereka yang sering mengalami kurang darah, Vita-Lea adalah salah satu vitamin yang akan saya sarankan ambil. Ini kerana ianya multivitamin yang lengkap dengan zat besi.
2. Vitamin C
Berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.
3. B-Complex
Terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin. Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, menukarkan makanan kepada tenaga - menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina. Menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik. Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang terdedah kepada sinaran matahari, terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak, mereka yang mempunyai sakit kencing manis, tekanan darah tinggi, migraine, mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan, mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan, mereka yang nak nampak cantik dan muda, mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya, wanita yang mengambil pil perancang.
Ia berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim). Mengapa orang Melayu suka makan ikan haruan selepas bersalin? Kerana ikan haruan mengandungi zinc, namun pengambilan yang mencukupi dapat diukur dengan tepat melalui pengambilan tablet zinc. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.
Pastu, aku tambah Alfalfa untuk milk booster.
Alfalfa Complex kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin. Alfalfa terkenal sebagai milk booster dan mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai supplement mereka. Ianya juga berfungsi sebagai kacip fatimah.
Untuk harga, korang kenalah berhubung dengan distributor yang aku link back kat atas tu. Korang boleh deal baik punya sebab kakak-kakak ini sangat friendly dan tak lokek ilmu. Whatsapp malam-malam buta tanya soalan pelik-pelik pon dia boleh jawab. Aku lah tu. "Ampun Kak Bee!"
Untuk permulaan dalam pantang tu (Set C), aku just consume trial pack sahaja. Bila habis set berpantang, aku sambung pulak beli Set B (Breastfeeding) - pon aku beli trail pack. Sebenarnya belum cukup seru nak beli full pack terus. Takut nanti makan main-main dan hangat tahi ayam. Sampailah Najah dah nak masuk 4 bulan, baru aku berani order yang full pack. "Thanks Kak Bee susah-susah je sampai hantar ke rumah :) ."
Oh ya. Dalam Set B (Breastfeeding) tu, ada semua seperti yang aku makan dalam Set C. Cuma Zinc ajelah yang tak ada. Kalau nak add on Zinc tu lagi pon boleh. Kot manalah tahu luka bersalin tak baik lagi. Zinc sangat bagus untuk membaikkan luka tau. Aku masa nipple crack tu, telan 2 biji sambil letak minyak gamat terus baik. Wah bercakap macam doktor!
Ah-ha! Aku juga consume Energizing Soy Protin (ESP). Sangat bagus untuk menghasilkan susu yang pekat dan mengenyangkan Najah. Selain itu juga, aku add on lagi Ostematrix (kalsium) sebagai gantian kalsium dalam badan. Haruslah makan kalsium kan sebab kita breastfeeding then all calcium sudah disedut anak pastu Mama dia terbongkok-bongkok sakit badan sakit tulang. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, Ostematrix bertindak baik pada badan aku. Sekarang ni tak ada dah sakit badan yang maha teruk macam dulu. Azab hoi BF anak dengan badan sakit. Macam nak menangis!
Lagi satu. Lagi satu. Aku consume jugak Vitamin E. Tapi yang ini aku beli trial pack sahaja. Konon nak kulit cantik gebus. AHAK AHAK. Alhamdulillah, walau rupa diri tak berubah menjadi Siti Nurhaliza atau Rozita Che Wan, tapi aku dah rasakan beberapa perubahan. Tumit kaki aku yang dulu keras berdengkang dan kasar kini tiada lagi. WOI TUMIT AKU ADA LAGI CUMA YANG KASAR TU JE TAK ADA. Kulit terasa lembut (geli siot nak taip cenggini), dan badan tidak mudah dehydrated.
Untuk lebih testimoni dan kisah menarik, boleh pergi blog Kak Cery dan Kak Beeha. Kat sana ada bermacam-macam ilmu dan pengalaman pengguna yang lain. Sangat syok dan motivated bila baca. Go! Go!
Eh jangan go dulu, baca entry ni sampai habis.
Dari pengalaman aku sendiri lah kan, produk Shaklee ni memang sangat bagus (dengan izin Allah jugak) untuk maintain kesihatan si ibu. Ianya menjadikan badan aku sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Tidur lambat bangun cepat pon tak apa. Anak menyusu 2 jam sekali pon masih boleh rileks. Nashriq buat perangai sepahkan barang satu rumah pon boleh ketawa. Eh tak, itu aku tipu. Kekeke.
Kesimpulannya, aku boleh bekerja pagi sampai petang kat office dengan fokus, kemudian balik rumah sambung pulak buat kerja rumah - menyapu, mengemas, masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju. Kemudian layan seorang anak yang tengah aktif berlari sana sini melompat kerusi pergi meja. Seorang lagi anak nak kan perhatian ajak main bercakap pastu bergayut menyusu sambil senyum-senyum. Bila anak-anak dah tidur kang kena prepare segala barang esok hari pulak. Then suami ajak berbual tengok TV. Kan ke penat itu? Penat tahu? Tapi masih boleh rileks dengan Shaklee! Hebat tak? Hebat tak?
Banyak lagi sebenarnya kebaikkan produk Shaklee ni pada tubuh badan aku. Dari segi hal-hal kewanitaan khususnya. Tapi macam tak sesuai pulak aku cerita secara terbuka dalam blog personal aku sendiri. So, tak payahlah cerita okeh? Korang baca blog Kak Cery dan Kak Beeha tu pon dah boleh tahu kebaikkan macam mana yang aku maksudkan.
Sebenarnya kan, aku nak cerita benda yang lebih penting tau!
Dalam seminggu yang lepas, aku kena selsema dan ianya mengakibatkan susu aku merundum secara tiba-tiba. Serius aku risau nak hape. Jadi, aku pon contact Kak Beeha kat Whatsapp dan tanya apa yang patut aku buat. Kak Beeha kasi jadual makan vitamin yang betul and now I'm sharing with you guys!
Awal pagi : Minum 1 sudu ESP
Selepas sarapan pagi : Vita-Lea + Vitamin B
Selepas 1st pumping session : ESP (bancuh dari rumah) + Alfalfa
Selepas makan tengahari : Vitamin C + Vitamin E
Selepas 2nd pumping session : ESP (bancuh dari rumah) + Alfalfa
Selepas makan malam : Ostematrix + Noriday (kalau ambil) + ESP
Alhamdulillah, berkat makan vitamin secara betul dan konsisten (sekali lagi dengan izin Allah) bersama kerajinan membuat power pumping sekali sehari, susu aku telah kembali dengan jumlah yang lebih sikit dari sebelum mengamalkan jadual kat atas. Syukur sangat-sangat. Tak ada apa yang mampu membuatkan aku happy bila tengok susu dah kembali semula. :)
Cukuplah aku promote Shaklee ni. Macam over pulak.
Nak makan pastu nak pump. Bye!
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
K.lynn pernah la jugak nak try calsium..tapi tak beli2 pun lagi..
ReplyDeleteWah.. dah layak sangat tu nak jadi distributor shaklee.. ;)
ReplyDeletenieza baru beli trial pack untuk pregnant women..baru 3 ari makan..tak leh nak komen lagi..ingat nak amik jugak tuk set bersalin nanti
ReplyDeletesambil dapat ilmu pasal shaklee, sambil tu tergelak2 bace tulisan Aishah ni. Klaka lah!Comel cakap boleh gelak-gelak tgk nashriq sepah2 rumah
ReplyDeleteAhh you dah jawab persoalan yang berlegar-legar dalam kepala otak I. I baru nak panic macam mana bila dah balik rumah sendiri and start kerja karang. Boleh cope ke. Larat ke. Mati tak. HAHAHA.
ReplyDeleteThanks! :D
shaklee mmg best.mkn set utk bf susu akan pekat.ESP bkn utk susu je tp breast akan jd mantap & kulit akan cantik.sapa nk beli blh contact saya..hehee maaf aishah tumpang iklan plk.
ReplyDeletetqqq dearrr...muaahhh..kak bee baca pon gelak2 eheheee sfor trust kak bee and mostly for yakin dengan shaklee..may your breastfeeding journey sentiasa dipermudahkan Allah dan diberkati-NYA! :)
ReplyDeletemohon share dlm blog kak bee ye :)