Peluang Kedua.
Perjalanan penyusuan berdua bersama Najah bermula seawal di dalam labour room. Selesai segala urusan jahit menjahit dan bla bla bla, Najah pon dibawa kepada aku yang super semangat nak mulakan perjalanan yang pernah terkandas dulu. Ianya satu perasaan yang sukar diungkapkan bila aku berjaya 'dapatkan' balik apa yang aku 'hilang' dulu. Rasa nak menangis sangat-sangat.
Ianya agak mudah bila bersama Najah. I can say, Najah lebih pandai latching compared to Nashriq. Serba serbi, Najah lebih mudah. Mungkin sebab aku sudah ada pengalaman bersama Nashriq dulu. Segala apa pelajaran yang aku dapat sewaktu bersama Nashriq, aku applied sebaik mungkin bersama Najah. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.
Malam pertama bersama Najah di wad, tidak sesukar sewaktu bersama Nashriq. Kalau waktu Nashriq dulu, aku bantai menangis dan hampir pengsan dek kerana raungannya yang bergema-gema. Tapi Najah tidak. Najah agak behave dan merengek-rengek sikit tanda nak susu. Bila aku terasa malas nak bangun pon, aku just BF dengan cara baring mengiring dan mengempenglah dia sampai tertidur.
Bengkak Susu.
Bengkak susu dah mula rasa pada hari kedua. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Masa mandi, tersentuh sikit pon boleh buat nangis. Bengkaknya tak surut-surut sampai aku rasa nak demam. Najah seperti newborn yang lain, lebih sedap tidur dari bantu Mama dia yang tengah bengkak susu. So, I choose to pump untuk stimulate nipple dan keluarkan susu yang membengkak.
At first, tak ada langsung susu yang keluar. Air pumping memanjang. Padahal breast dah bengkak macam batu ni. Aku teruskan aje mengepam sebab aku set dalam kepala yang breast belum dapat adapt dengan pump. Lebih kurang 20 minit air pumping, barulah keluar susu putih dengan jumlah 1oz. Sikit kan? Tapi masa tu, dah cukup lega dah. Rasa ringan sangat breast tak seberat sebelum keluar susu tadi.
Nipple Crack & Berdarah
Oh yeahhh! Ini satu benda lagi yang maha azab selepas bengkak susu. Dahlah bengkak susu tu satu hal, ditambah pulak nipple crack, memang meraunglah aku tiap kali Najah nak direct feed. Bersimpul-simpul kaki aku menahan sakit tiap kali Najah suck kat bahagian yang luka itu.
Apa yang aku buat, aku bubuh minyak gamat pada breast pad dan nipple sedikit. Pakailah breast pad tu dan biar minyak gamat tu meresap pada tempat luka. Bila Najah nak minum, aku akan lap dan hilangkan minyak-minyak yang ada. Picit susu keluar sikit, dan sapu pada bahagian yang luka. Alhamdulillah, nipple crack yang aku alami tu memang cepat sangat sembuhnya.
Aku ingat lagi nipple crack masa Nashriq dulu, berminggu-minggu aku menderita tiap kali Nashriq nak direct feed. Sampailah aku ambil alternatif pump dan bagi Nashriq susu pakai botol. Akibatnya, Nashriq jadi keliru puting dan tak mahu direct feed lagi. Ahh, menyesal betul kalau diingat balik. :(
Susu yang bercampur darah.
2.0 oz, buang ke sinki. :(
Supplement / Makanan Tambahan.
Aku makan Shaklee Confinement Set (40 tabs each for Vita-Lea, Vita-C, B-Complex & Zinc Complex) sepanjang dalam berpantang. It really helps me to recover dengan cepat. Rasa bertenaga dan tak letih langsung compared to berpantang masa Nashriq dulu. Ianya juga menggantikan jamu yang langsung aku tak makan. Eh, bukan tak makan. Tapi tak boleh makan. Najah jadi berak-berak tiap kali aku makan jamu. So, aku stop makan jamu dan continue dengan Shaklee sahaja.
Bila dah habis Confinement Set itu, aku pon menyambung makan Breastfeeding Set (Vita-Lea, Vita-C, B-Complex dan Alfalfa) untuk penghasilan susu yang berkualiti. Echeh. Iyelah, aku tak makan sayur. Jadi aku kenalah ambil altenatif lain bagi menjamin susu aku cukup khasiat untuk Najah.
Now, I'm consume it everyday.
I just in love with this product! :)
Oh ye, selain dari Breastfeeding Set yang aku cerita kat atas tu, aku consume jugak ESP (minuman soya), Ostematrix (kalsium) dan Vitamin E (kecantikan dalaman echeh). Kalau dulu badan aku lesu je nak bangun pagi, sakit-sakit badan dan letih, sekarang tidak lagi. Weh aku tak tipu tau. Aku bukan penjual Shaklee nak promote lebih-lebih. Just nak share pengalaman sendiri je.
Mengumpul Stok Untuk Mula Bekerja.
Aku mula mengepam dan kumpul stok pada hari keempat berpantang. Itu pon sebab bengkak susu dan baju dah basah lencun. Terima kasih sangatlah kepada Medela Harmony yang menjadi peneman setia sepanjang berpantang tempoh hari. Kalau nak harapkan aku keluar bilik cari plug nak on Spectra 3, memang tak berapa rajin. Ihiks!
Hasil mengepam dalam pantang.
Stok beku dalam pantang.
Stok beku sehari sebelum naik kerja.
Ada 74 bottles + packets.
Alhamdulillah!
Ini rupa freezer bila dah out-kan semua bottles.
Just pakai liner sahaja.
Takde tempat isi lauk dah. :D
Melatih Najah Minum EBM.
Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk melatih Najah minum EBM. Dia bantai melalak tak mahu minum. Bila selak baju kasi direct, bukan main ketawa lagi dia. Hish!
Tapi kami suami isteri usaha jugak sebab tak nak susahkan BS bila dah start kerja nanti. Bermula dengan panaskan susu kemudian transfer pergi botol MAM, terkumit-kumit dia nak sucking puting botol tu. Macam-macam cara kawan-kawan Twitter suggest. Sehinggalah Zahrah cadangkan aku beli aje puting Orthodontic Anakku yang berharga RM6.90 dan pasang aje kat storage bottle.
Memang lega sangat tengok dia dah boleh minum thru bottle. Tapi masih jugak demand tak mahu frozen EBM. Nak yang fresh / chilled sahaja. Pening jugak kepala fikir apa nak buat dengan stok frozen banyak-banyak tu kalau dia tak mahu? Nak tak nak, kena latih dia minum jugak kan?
Berkat kesabaran dan hati kering melatih Najah minum frozen EBM, akhirnya dia nak jugak minum EBM tanpa masalah. Sampailah sekarang.
Ini masa percubaan yang entah ke-berapa.
Try pakai puting Doctor Baby pon tak jalan.
Mengepam Di Tempat Kerja.
Aku ni bukanlah rajin sangat nak mengepam. Jadual yang sepatutnya 3 kali sehari pon, aku cut jadi 2 kali sahaja. Punyalah pemalas. Tapi bila fikirkan Najah, aku kena jugak kuatkan semangat dan merajinkan diri.
Selalunya, 1st pumping session akan berjalan antara jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi. Kalau lebih dari itu, confirm akan bengkak susu punya. 2nd pumping session pulak, aku buat dalam jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Satu hari punya hasil, dapatlah around 17-20 oz.
Demi memudahkan dan mendisiplinkan diri aku untuk mengepam, aku telah setting alarm kat handphone untuk kedua-dua pumping session tadi. Jadi, bila alarm bunyi, aku tahulah waktu mengepam dah sampai. Tapi kadang-kadang aku terbabas jugak. Tekan 'snooze' memanjang.
Pagi.
Petang.
Pengorbanan.
Berjuang untuk mempertahankan exclusive / fully breastfeeding bukanlah sesuatu yang mudah. Aku dah terkandas suatu waktu dulu. Aku tak nak terkandas lagi. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk Najah. Dalam masa yang sama, Nashriq pon dapat merasa semula susu aku walau dia dah tak mahu direct. Takpelah, asalkan dia minum. Kan? :)
Melihat balik perjalanan aku yang baru 4 bulan jagung (setahun jagung?) ini, nampak tidak mudah kan? Mana nak maintain masa untuk mengepam, mana nak maintain supplement setiap bulan, spend masa untuk prepare susu setiap malam. Ya Allah, aku rasa tak percaya yang aku boleh buat. Kalau diingatkan aku seorang anak yang manja pemalas Nauzubillah, memang tak terjangkau yang aku boleh rajin dan tahan penat lelah semua ni. Emak aku pon tak percaya yow!
Tapi, aku fikir satu benda. Inilah satu caranya untuk aku berhubung dengan Najah sepanjang waktu aku bekerja 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Aku bekalkan susu untuknya sebagai tanda "Anak Mama duduk rumah orang baik-baik okeh? Mama bekalkan susu untuk Najah minum dan dalam susu tu, penuh dengan harapan Mama ke atas Najah. Jadi anak yang solehah, hormat orang tua bla bla bla". Setiap hari! Setiap hari aku akan cakap benda yang sama.
Aku penat mengepam. Tapi aku tak nak putuskan harapan aku tu.
Semoga dengan hadirnya 'dia' yang kat bawah ini, akan terus membakar semangat untuk aku meneruskan exclusive breastfeeding (lagi 2 bulan) dan seterusnya fully breastfeeding. Insya-Allah. Amin! :))
Selamat datang ke rumah kami!
Dah. Dah. Pergi mengepam kau sana, Aishah!
Disclaimer : Ini bukan entry riak okeh? Aku buat entry ini sebagai pembakar semangat aku sendiri. Aku syukur atas tiap nikmat yang Allah bagi. Susu sikit, aku syukur. Susu banyak, Alhamdulillah. Tolong jangan salah faham dan kata aku menunjuk. Please. Please. Please. kamu jangan nakal. Eh?
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Seronok bace. Aishah berjaya kali ni. Dont give up okeh,pengalaman lalu boleh jadi panduan untuk berjaya kali ni.
ReplyDeleteDah ada deep freezer tu, makin seronokla nak penuhkan susu dalam tu. Ganbatte Aishah.
Semoga Fashya pun berjaya macam Aishah jugak untuk kali ke dua ni. Amin
thumb up aishah:-D
ReplyDeletewah dah ada DF..yeay..
ReplyDeletechayok2... Aisyah boleh..!
ReplyDeleteWah...nti sy nk blaja dari aishah jgk ye... harap2 perjuangan kita kali ke-2 ni membuahkan hasil yg lbh baek... xnak target jauh sgt cukupla by phase... xnak kecewa cam anak 1st lg... usaha, doa n tawakkal... all the best aishah! :)
ReplyDeletewahhh..membakar semangat betul!! sumber inspirasi ni..!tp seram pulak bila baca time bengkak susu n nipple crack tu. takutnya. haha. semoga sy mampu jd mcm Aishah..amin.
ReplyDeletewahh bestnya.. dah ada DF ye.. bukan pembakar semangat untuk aishah saje.. untuk ieja jugak.. :)
ReplyDeletehappy bf :)
I pun tak percaya, yow! HAHAHA! But I know you are one determined young lady, and you can do it.
ReplyDeleteAishah, kalau tak keberatan, boleh tolong buat satu entry tentang bila you pump, macam mana you store, apa tips-tips penting, just something brief for beginners to start. Something we can refer to, kalau malas nak baca articles yang panjang lebar skema itu. After all, blog you lah yang paling I suka baca! Hehe.
P/S: Asyik terkagum dengan orang je, kau bila nak start ni, HJ? Sah lagi malas daripada Aishah ni. Aishah dah terror dah! T_T
Ya Allah orang rase nak print letak kat pintu dapur.
ReplyDeleteLengkap ape yang reen nak tanye kat akak semalam.
Cuma, nanti akak bagitau reen harga trial set Shaklee tu ngan Set yang kedua tu eyh?
Bila aisyah story mory nie..k.lynn terigat sangat masa menyusukan Najah Safiyya dulu..(sama name)..memang perit..penat..Tapi bila dah lama-lama..terbiasa..rasa puas sangat..Aisyah jgn give up ok...nie semua ada balasan nanti..kuatkan semangat..ramai kat luar yg akan sokong..good luck..
ReplyDelete(k.lynn dulu pun sama..puting sakit..luka dan berdarah..dah macam2 cara buat..tapi k.lynn gi cari kat farmasi jumpa sejenis gel yang bila nak susukan tak perlu basuh..tapi sungguh..lupa sangat nama gel tu..from cocoa butter kalau tak silap..
kite time imaan dulu alhamdulillah agak senang journeynya. harap time adik baby juga sama. im planning nak pki set berpantang shaklee tu jugak, and if ada rezki get myself the deep freezer too. =)
ReplyDeleteWow.. Kite pun nk citer pasal bf zara tp risau org salah faham.. Nti nk buat juga sebab penuh berliku yg kali ni..hehe..
ReplyDeleteTahniah aishah..:)
rindu...
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeleteTeruskan, aishah! Kalau boleh biar sampai najah 2 tahun ye :)
Alhamdulillah aisyah...dah hampir 6bulan exclusive BF ni. Teruskan usaha tau! :)
ReplyDeleteTapi tup..tup tiba-tiba terpacul nama kita kat situ. Hehe. Najah pun macam Harits juga, nak puting murah je. Tayah susah2 beli yg mahal-mahal pun :)
Good girl Najah, semoga membesar dengan sihat & kuat hasil susu ibu itu.
Anyway, deep freezer tu adalah idaman kita juga selepas Madela Freestyle>
Alhamdulillah..seronok bc entry Aishah..Keep it up ya!!..beshnye dh ad Df..:)..yup btul tu sbg pembakar semangat..tgk DF kosong je pelagi kasi full la..
ReplyDeleteSuka entri teruja
ReplyDeletealhamdulillah....
ReplyDeleterezeki najah..:-).. bila nak exclusive bf ni penyakit M mmg kuasa paling besar harus ditepis..hehe.. nurul pun pump 2 kali sehari kat tempat kerja.. M punya pasal jugak lah.. hehe.. hope ada rezeki adyan jugak mcm kakaknya.. insyaAllah... sama2 kita berusaha bagi yg terbaik k aishah buat anak2... amin...
go, go, go beb!
ReplyDeletekita 2-2 anak tak lama. anak first 2 bulan dan anak second hanya mampu bertahan 4 bulan. harap2 anak seterusnya dapat fully bf secara eksklusif.
:)
Hai Salam Perkenalan. saya sekarang dah 35 weeks. Tunggu masa bersalin je ni. Tengah survey2 pasal shaklee terjumpa blog awak. seronoknye baca cerita awal pasal pam susu ni.
ReplyDeletenak tanye pasal set penyusuan bayi ni. ade trial set ke? brp harga? tolong emel ke z.munirah@gmail.com ye. thanks!
btw, saya dah follow awak. :)
Uni recently posted...
Dah Ada Nama Untuk Baby Baru, Yeay!!!
Salam... bersemangat saya baca blog ni heheeh..terima kasih di atas penulisan yg sangat detail dan touching..
ReplyDeletenak tanya, mana beli freezer yg baru tu?
berapa harganya? saya plan nak beli satu utk simpan stok EBM yg bertambah tapi takut terlalu mahal kalau beli di kedai elektrik.
terima kasih ^_^