Monday, April 2, 2012

Semalam Di Gerai Burger.


"Aidil, kalau aku bukak kain aku, kau nak tengok tak apa yang ada kat dalam?" Seorang budak perempuan lingkungan 12 tahun bertanya pada seorang budak lelaki yang seusianya mungkin. 

Aku ternganga. Melopong mendengar 'ajakan' budak perempuan yang aku kira masih muda, mentah dan tidak tahu apa.

"Budak tu dari keluarga porak peranda. Emak ayah dia tak pedulikan dia. Itu pasal dia selalu merayau tak tentu hala macam tu. Tergedik-gedik kat budak lelaki", Abang penjual burger bersuara perlahan.

Aku mengangguk.

Lalu aku teringat Nashriq dan Najah. 

"Ya Allah, lindungi anak-anak kami dari sifat jahil. Jadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah. Rahmati kehidupan mereka dan terangkan hati mereka dengan Nur-Mu. Semoga berkatlah hidup kami, ibu bapa meraka di kubur nanti."

Semoga kita semua dijauhi dari perkara yang tidak-tidak. 



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

14 comments:

  1. Serammmmm. T_T

    Dah bersedia untuk pregnant. Dah bersedia untuk beranak. Tapi bolehkah kami besarkan anak dengan sempurna?

    Ya Allah, we really need you.

    ReplyDelete
  2. hoh......biar betul nie aisyah.mun harap anak kite nanti dibesarkan dengan dengan elok dan sempurna

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullah...
    Sedihnya...
    Takutnya...
    Semoga keluarga & anak2 kita semua dilindungi daripada kekhilafan.

    Insaf

    ReplyDelete
  4. Ya Allah,

    Lindungilah anak cucu kami, zuriat kami, bakal zuriat kami... Dari segala jenis kemungkaran dan kejahatan...
    Tetapkan, imarahkan iman kami Ya Allah....
    Bimbinglah kami semua kejalan mu Ya Allah...

    Amin,
    Ya Rabbal 'Alamin.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah. Tergamam. Semoga zuriat2 kita dijauhkan dari semua perkara dan sifat tidak baik. Amin!

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah, speechless. kesian budak tu. T___T. Nasib baik penjual burger tu tak layan dan tau keadaan budak tu..

    ReplyDelete
  7. Moga Allah lindungi budak perempuan itu dari terjebak gejala2 tak sihat ni. Mmg sekarang cabaran nak besarkan anak sangat besar. Dgn kes culiknya,buang baby,maksiat berleluasa Astaghfirullahalazim,takut.

    ReplyDelete
  8. astaga..
    Budak2 sekarang..haih.xtau nak cakap apa.
    Mudah2 anak kita nanti dilindungi dari perkara2 macamtu

    ReplyDelete
  9. aduhhhh.. pengsan!

    mohon allah lindungi anak2 kita dari segala mala-petaka dan perkara2 yg tak baik.

    ReplyDelete
  10. masa sy keje kt skola dulu ada gak bdk darjah 6 gitu gak gayanya... siap buat karangan pnh buat pregnancy test... gila expert da...tergamam cikgu2 baca karangan bdk perempuan tuh...anak terbiar jgk...duduk dgn nenek... mak ayah bercerai berai..abg penagih dadah... xtaula nk tlg mcm mana...

    kena ada org jg n bimbing budak tuh...insya allah msh blom terlambat...bleh mak ayah biar je anak perempuan cam tuh... ksian sgt...

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, moge anak-anak kita sentiasa dilindungi.

    Takut nye la kan.

    ReplyDelete
  12. ini la benda yg menakutkan maria..semoga kita di lindungi..ya ALLAH..jauh kan kami dr perkara begini..

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015