Aishah Rahim's Diary

Monday, January 17, 2011

Blogger Gathering Wilayah Selatan.

Fine. Baik berterus terang kat sini. Sebenarnya hati ni sedih bebenor tak dapat join Blogger Gathering @ Midvalley itu hari. Tido malam sampaikan tak lena. Mandi hinggakan tak basah. Makan pulak tak kenyang-kenyang. Macam poyo pulak kan gini? Hahahahaha. Tipulah. Takdelah over macam gitu sekali. Aku okay ajeeeeee. :p

Jadi, bagi merealisasikan hasrat kawan-kawan kat Johor yang senasib dengan aku, maka aku pon berniat nak buat perjumpaan dengan mereka-mereka yang berminat. Ini pon atas cadangan Dayu jugak. Kebetulan Dayu akan berada di JB sepanjang cuti berangkai berkenaan. Mesti syok woooo dapat jumpa Eisya dan baby lain.

So, kepada yang berminat, berhasrat dan bertekad untuk sama-sama merealisasikan cadangan ini menjadi realiti, silalah memberi cadangan untuk TEMPAT, TARIKH DAN MASA yang sesuai dengan jadual cuti anda. Ini flexible okeh. Kalau rasa bertepatan, kita ON.

Kalau ramai yang nak join, mungkin kita boleh buat kat pusat riadah dan adakan pot luck. Masing-masing bawak makanan dari rumah masing-masing, pastu makan sama-sama. Mesti seronok kan? Ini cadangan saja tau. Anda berhak kemukakan idea lain.

Untuk berhubung dengan lebih mudah, boleh add Facebook atau Twitter aku.

P/S : Ini baru cadangan tau. Belum confirm lagi.

P/S : Semua pon dijemput join. Luar Johor pon dialu-alukan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, January 10, 2011

26.

Ya Allah, dah 26 tahun bernafas di bumi Allah. Alhamdulillah. Dikurniakan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna dan kebahagiaan hidup yang indah. Tak sangka dah 26 tahun membesar dan hidup. Dari kecil molek menjadi besar molek. Heeee. :))

Harapnya tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Jadi, apa sambutan yang dijalankan?

Macam biasa mesti ada sesi memenuhkan perut dengan juadah masakan Emak. Request macam orang mengidam. Semua benda pon sebut. Tapi kena pilih satu aje yang betul-betul nak makan. Jangan tamak. Tamak tu kawan syaitoonn.

Alhamdulillah. Sudah bertiga.
Ayah, Mama dan Nashriq puting.

Tak dapat berlama kat rumah Emak sebab ada janji nak jumpa Hannah yang buat Myiesha punya birthday celebration kat Pasir Gudang. Ye. Ye. Kami punya birth date adalah sama. 9 Januari. Yang bezanya Myiesha turn one dan aku turn 16. Gagagagagaga. :p

Kali kedua jumpa kawan blogger selepas Dayu dulu. Mula-mula jumpa dengan Hannah ni, masing-masing shy shy cat. Tapi dah lama-lama baru rancak berbual. Hannah adalah sangat cantik okeh. Senyum aje muka dia. So sweet. Myiesha pulak sangat adorable. Mata dia besar pandang orang. Dah ada gigi-gigi comel kalau senyum. Geram tengokkan. Mett pon ramah orangnya. :))

Hannah, me, Myiesha and Nashriq.

Nashriq mulut bising berbual entah hape hape. Terjerit-jerit sampai kena tutup mulut dia. Main air liur jangan cakaplah kalau tadah baldi dah penuh agaknya.

Baiklah. Entry tamat serta merta sebab waktu rehat dah habis. Bye.

P/S : I miss Abah so much. Tanpa Abah, aku takde kat sini.
Al-Fatihah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, January 4, 2011

Update Ringkas.

Pagi ni datang kerja berpoya-poya macam biasa. Facebook. Twitter. Facebook. Twitter. Facebook. Twitter. Sampaikan Facebook dan Twitter pon dah bosan dengan muka aku.

Macam tak ada perubahan langsung 2011 aku.

Jadi, bagi menampakkan perubahan, aku pon nekad mencabut antenna wireless yang sudah bertahun kat pc aku neh. Peh, drastik gila tindakan macam lah tak boleh disable je wireless kannn?

Harus. Memang harus ditanggalkan bagi menjamin kualiti kerja supaya seiring dengan peningkatan usia. Cheh wah.

Makanya selepas ini, segala peng-update-an blog, status terbaru FB atau sesi poya-poya kat twitter hanya akan berlaku selepas waktu pejabat. Kalau ada pon entry blog yang keluar pada waktu pejabat adalah auto publish mahupon melepaskan kegianan melalui henpon.

Haaaaa. Boleh ke aku nehhh???

YAKIN BOLEH, AISHAH!

Bismillahirahmanirahim. MULA SEKARANG!

P/S : Update dari henpon.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, January 3, 2011

Nashriq Dan Makanan Pejal.

2-3 hari yang lepas. Nashriq punya tidur tak lena langsung. Tidur bercakap-cakap. Pastu menangis merengek tak sudah-sudah. Kesian bila tengokkan. Tidur Mama dia apatah lagi terpaksa dikorbankan sebab nak supply susu every 30 minutes. Badan kita penat satu hal. Kita stress pon satu hal jugak sebab fikir anak tidur tak lena.

Minta pendapat Emak. Emak cakap, budak kalau tak lena tidur mungkin sebab dia lapar. Aku ada dengar benda yang sama jugak. Dah banyak kali. Tapi tak sangka benda ni akan terjadi tersangat awal pada Nashriq. Yelah, Nashriq baru 4 bulan. Solid food sesuai untuk 6 bulan ke atas aje atas apa yang aku baca. So, kepala pon bingung tak tahu nak buat apa.

Teringat pernah baca satu entry Chika pasal solid food. Dalam entry tu, Paed baby Medina kata, kita boleh bagi solid food pada baby seawal 4 bulan. So, ada kelegaan kat situ.

Terus sepantas kilat ajak suami cari solid food untuk santapan anak. Nak buat sendiri memang tak sempat sebab tak ada google mana-mana resipi pon. Actually, not so ready. Kami plan memang nak bagi petang itu jugak. Tak nak bertangguh-tangguh lagi. Kesian Nashriq tak lena tidur.

Pusing-pusing department makanan baby. Semua pon tulis '6 Bulan Ke Atas'. Huwarghhh. Kami suami isteri dah termenung depan tin-tin cereal yang entah apa nama banyak sangat. Nak main bagi aje kanggg, takut tak sesuai dengan usus baby. Naya anak aku.

Akhirnya terjumpa Heinz Farley's Rusks. Kat belah atas kotak tu ada tulis ayat lebih kurang cenggini, 'TIDAK DIGALAKKAN UNTUK BAYI 4 BULAN KE BAWAH'. So, kami berdua kira halal lah dengan umur Nashriq yang dah plus beberapa hari tu. Heeeee. Main taram je kau kan jadi mak ayah macam gini. :p

Balik rumah terus semangat pecahkan biskut Farley tu pastu bancuh dengan breast milk. Emak aku dah geleng kepala sebab cucu dia jadi macam anak omputih makan biskut. Kalau ikutkan cadangan Emak, dia suruh beli cereal yang beras tu. Bancuh masuk botol lagi senang Nashriq nak makan. Tapi macam aku cakap tadi, semua pon tulis '6 Bulan Ke Atas', so tak belilah cereal beras tu.

Percubaan pertama adalah menyeronokkan. Mula-mula Nashriq sembur balik apa yang aku suap masuk mulut dia. Cuak jugak mula-mula. Emak dah mula nak keluarkan hujah-hujah "kan dah kata masuk botol lagi senang tapi awak degil bla bla bla". Tapi makin lama makin menganga mulut nak tangkap sudu. Lambat sikit kena jerit. Lambat sikit kena jerit. Seronok agaknya Nashriq dapat rasa makanan yang lain.

Memang langsung tak dapat snap gambar sewaktu sesi makan berjalan. Wahid dah sibuk pegang Nashriq. Aku pulak sibuk menyuap. Tak dan nak amik gambar. Yang sempat snap cuma gambar ini;


Solid food pertama Nashriq di usia 4 bulan 8 hari.
Setengah biskut dah habis.
Tak boleh kasi sekeping, kena slow-slow.
:))

Hasilnya? Nashriq tidur dengan sangat lena malam tadi. Tak ada hek. Tak ada hok. Tapi agak menakutkan jugak sebab Nashriq langsung tak ada bangun nak susu.

Errr, normal ke baby kenyang tak bangun malam minta susu?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Selamat Datang 2011.

Basi dah wehhhh. Orang lain dah 2 hari masuk Tahun Baru, kau baru nak hegeh-hegeh buat entry 'Selamat Datang 2011' bla bla bla. Tapi tetappp jugak nak buat entry neh. Tak nak jadi out-dated. Heeee. :))

Kesimpulan untuk 2010 adalah sangat panjang. Tapi, tak ada hati nak taip satu-satu nak cerita semua benda. Fail-fail tepi meja menggunung tengah tunggu nak settle down. Poning kopala den tak tahu nak buat mana satu.

Apa yang best 2010?
MUHAMMAD ANAS NASHRIQ.

Apa yang tak best 2010?
TERLALU BANYAK TANGISAN.

Apa yang aku harap 2011?
HANYA HATI YANG TAHU.

Alhamdulillah atas semua kebaikan dan keindahan. Syukur juga atas tiap keburukan dan kesedihan. Semoga aku terus diberikan kekuatan untuk hidup bersama insan-insan tersayang.

P/S : 3 Januari - Happy Birthday, Husband.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015