Aishah Rahim's Diary

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadan.

Selamat Datang, Ramadan. :)

Ini tahun kedua aku menyambut Ramadan sebagai seorang isteri. Tahun kedua juga sebagai seorang ibu mengandung. Dan jika diizinkan Allah, Ramadan kali ini akan jadi Ramadan pertama untuk aku bergelar Mama. Insya-Allah.

Sempena Ramadan yang bakal menjelang esok, aku nak ambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf andai kata tiap penulisan aku di sini mengguris hati dan perasaan mana-mana antara kalian. Sama ada secara sedar atau tidak.

Tutur kata yang tidak enak didengar. Perangai yang tidak elok dilihat. Penulisan kasar yang hodoh dibaca. Semuanya. Apa sahaja yang berkaitan diri aku ini. Aku hanya manusia biasa yang tidak lepas melakukan kesilapan dan kekhilafan.

Maafkan aku.

Doakan untuk aku dan anak yang ada dalam kandungan ini. Doakan semuanya dipermudahkan. Doakan juga, semoga semuanya selamat.

Terima kasih atas tiap kemaafan dan doa kalian.

Salam Ramadan. (",)

P/S : Al-Fatihah buat Nur Anis Nashrah. Rindu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, August 9, 2010

Memasuki Minggu Ke-38.


Kalau ikut ticker kat atas, ada lebih kurang 16 hari lagi nak pergi ke due date. Lebih kurang 38 minggu jugak baby duduk kat dalam sini. Rasanya macam kejap je masa berlalu.

Hari ni tak dapat pergi kerja. Sepatutnya hari ni ada check up kat Klinik Kesihatan pon, tak dapat nak pergi. Memang betul-betul collapse pagi ni. Bangun-bangun tidur, mood sudah hilang dibawa angin. Tekak memuntahkan air pahit yang entah dari mana. Perut pulak memulas-mulas mintak melawat tandas. Pinggang terasa lenguh. Tengah belakang badan terasa bisa. Perut pulak mengeras-ngeras dengan kadar yang kerap.

False alarm lagi nampaknya.

2-3 malam ni jugak, tak dapat nak tidur dengan lena. Mengiring salah. Terlentang salah. Akhir sekali, tidur dengan cara duduk. Alas bantal kat bahagian belakang, kaki melunjur sambil goyang-goyang. Bila dah lena, baru Wahid tarik badan isteri suruh tidur betul-betul. Kesian tengok Wahid yang turut tak lena tidur. Kejap-kejap terbangun nak pastikan isteri dalam keadaan selesa dan okay.

Bila dah dapat lena, tidur didatangi mimpi-mimpi pelik pulak. Macam-macam jenis mimpi. Dalam satu malam, boleh datang 2-3 jenis mimpi. Semuanya berkaitan bersalin. Tapi versi yang lain-lain. Itu jugak menyumbang kepada keletihan badan yang teramat. Bila terjaga dari mimpi, mesti ambil masa yang lama untuk lena balik. Bila lena semula, datang mimpi lagi.

Haih....

Pagi tadi jugak, telah menangis teresak-esak kat tepi katil. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab badan terlalu letih melayan mimpi. Mungkin juga sebab kekurangan tidur. Wahid dah kelam kabut tak tahu nak buat apa. Akhirnya suruh isteri sambung tidur walau dah siap-siap pakai tudung nak pergi check up. Serius, rasa penatnya masih terasa sampai sekarang.

Kejap lagi, kalau ada kekuatan, nak pergi jugak check up kat KK tu. Emak nak temankan. Nak mengadu jugak kat Doktor pasal muntah dan buang-buang air pagi tadi.

Mudah-mudahan tak ada apa-apa.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, August 5, 2010

Braxton Hicks Contractions.

Malam semalam memang mencemaskan. Bermula jam 8.30 malam, bahagian pinggang membawa ke punggung terasa lenguh-lenguh. Perut rasa memulas tapi tiada hasil buangan. Duduk lama dalam toilet tercanguk-canguk.

Cakap dengan Emak, Emak kata pergi minum air suam banyak-banyak. Buat air milo satu cawan supaya ada tenaga nak teran. Cakap dengan suami minta standby. Boleh bersalin anytime je ni. Siap remind macam-macam benda. Baju baby kat mana. GL kat mana. Nanti nak kena telefon siapa. Buat macam mana. Dan bla bla bla.

Tup tup, lenguh dan kesakitan tadi hilang. Grrrrrr.

Takpelah. Kita tunggu dia datang balik.

Dan seperti yang dijangkakan, 2 jam selepas tu lenguh dan sakit pada abdomen bahagian bawah datang kembali. Siap buat catatan pukul berapa sakit datang. Berapa lama punya sakit. Sakit yang macam mana. Bahagian apa yang menyucuk-nyucuk.

Dengan niat, bila doktor tanya kang senang nak jawab.

Over aku ni. Over. :p

Bila kepala tengah concentrate analisis rasa sakit, Wahid tanya benda simple pon kena marah. Heeeee. Kesian suami aku. Padahal dia nak tolong redakan rasa cemas. Kena marah-marah pon, capai jugak minyak angin nak sapu kat kaki isteri. Berlinanglah airmata isteri sebab rasa berdosa. Terus minta ampun minta maaf sebab takut rasa lagi sakit nak bersalin kejap lagi. Suami pon terasa sayu.

Touching-touching waktu sakit memang tak best. :(

Berbual-bual kejap dengan Wahid. Cerita-cerita pasal baby. Tapi dah pasang niat dalam hati, kalau sakit makin kerap, terus ketuk bilik Emak. Berdesup pergi hospital. Memang dah tak sabar sangat dah. Tak sabar nak jumpa baby satu hal. Tak sabar nak tamatkan rasa sakit tu pon satu hal.

Cepatlah sakit. Cepatlah sakit.

Macam tadi jugak, entah macam mana, kesakitan hilang serta merta. Frust sangat-sangat. Takpelah. Sabar lagi. Kita tunggulah dia datang makin kerap. Baru boleh cabut pergi hospital. Kalau pergi buta-buta macam gini, kena seluk kena hape pastu kena tahan wad. Tak nak lah aku. Lebih baik pergi time kow-kow punya sakit. Terus bersalin.

Cheh. Macam kuat je mental kau kan?

Tidur punya tidur, 12.30 tengah malam sakit datang lagi. Siap bangun duduk bersila minta Wahid urut pinggang. Lenguhnya satu macam. Tulang temulang macam lembik. Macam takde tulang pon ye jugak. Rasa macam nak nangis. Tapi tak jadi nangis. Cover macho tak payah sentimental-sentimental. Kata nak dapat baby. Heeeee. :)

Sakit hilang macam biskut. Datang balik macam angin pukul 2.30 pagi. Kali ni siap pakej perut memulas macam awal-awal tadi. Pergi toilet, tak ada benda yang dibuang. Duduklah aku termenung memikir nasib.

"Confirmlah aku bersalin malam ni. Confirmlah. Confirmlah."

Baring kejap atas katil. Amik feel nak pergi hospital.

Sekali lagi, rasa sakit pergi dibawa angin.

Aku cakap dalam hati;

"Biarlah keluar tanda. Pecah air ketuban ke. Keluar darah ke. Senang sikit nak pergi hospital. Kalau sakit hilang-hilang macam gini, aku tak pandai nak agak. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda......"

Sampai aku tertidur.

Sudahnya, aku lena sampai pagi. Takde sakit-sakit lagi dah. Lenguh pinggang tu masih ada. Tapi masih boleh bertahan dan bergagah pergi kerja. Seram jugak kalau tiba-tiba doa aku termakbul keluar tanda pecah air ketuban kat office ni kang. Mahunya satu sekolah kecoh ambulans datang neno-neno-neno angkat mak buyung pergi hospital.

Peh. Imaginasi tak boleh blah! :p

P/S : Ya Allah, hari ni sudah 9 bulan 8 hari. Permudahkanlah semuanya. Amin!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, August 4, 2010

Minggu Ke-37.

Alhamdulillah, hari ini genap sudah 37 minggu.

Melalui saat-saat trauma dan fobia hingga ke tahap ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Berperang dengan rasa hati dan naluri benar-benar mengajar aku seribu erti kehidupan. Tiap kali mengenangkan kenangan lalu, ianya seakan membunuh. Membunuh dalam diam. Merubah diri menjadi insan lain dalam senyap.

2-3 hari kebelakangan ini, pergerakan bayi dalam kandungan ini semakin kurang aktif. Bukan aku sahaja yang terlalu memikir, Wahid terlebih-lebih lagi. 2-3 malam ini juga Wahid akan bangun secara mengejut demi merasa pergerakan bayi dalam kandungan ini. Bayangkan perasaan kami. Tidur kami tidak mampu lena bagi memastikan segalanya baik untuk si kecil dalam sini.

Haih. Susah nak ditafsirkan perasaan yang ada dalam jiwa kami sekarang. Wahid terlalu risau. Apatah lagi aku yang mengendong. Setiap SMS yang dikirim tiada lain soalnya. Semuanya menyebut si kecil dalam sini. Aku pula bagaikan hendak mengalir air mata. Tinggi harapan Si Ayah, tinggi menggunung lagi perasaan Si Mama.

Tak tahulah hendak dicoretkan apa lagi. Otak beku nan tepu. Hati sayu nan kaku. Jiwa kosong dan lopong. Moga diberikan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan untuk si kecil dalam sini.

Tuhan, berikan hamba-Mu ini kekuatan!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 3, 2010

Tidak Seronoknya Bila;

Tidak seronoknya bila kepuasan berfacebook dan berblogging terpaksa dihadkan kerana kita harus menjaga hati-hati manusia lain. Status di facebook di salah erti. Entri di blog pulak, menjadi buah mulut orang.

Okeh, memang sangat tidak best.

Itulah masalahnya bila dunia ini tanpa sempadan. Apa sahaja pendapat, teguran dan luahan seringkali menjadi tatapan mata-mata asing. Ada pulak nantinya membalas dengan kata-kata 'indah' yang membikinkan hati panas.

Pendapat aku mudah. Kalau engkau tak setuju dengan status aku dekat facebook, engkau buat bodoh aje lah. Tak payah bakar-bakar line dan membuatkan seluruh hari aku jadi tidak best. Perkara mudah. Engkau faham kan?

Aku bagi contoh.

Ada beberapa kawan-kawan kat facebook yang suka sangat post status bla bla bla. Malas lah nak describe macam mana status dia. Hal rumahtangga ada. Hal dalam kain pon ada. Apa aku buat? BUAT BODOH SUDAHLAH. Paling-paling tidak pon, aku hide kan sahaja. Senang.

Takdelah sampai aku nak komen kat status dia dan bagi syarahan free. Itu kerja bodoh namanya. Selain memikirkan silaturahim yang bakal renggang, confirm lah hati kita jadi tak syok lepas bagi ceramah tidak berbayar berkenaan.

Lagi satu contoh.

Si Polan upload gambar. Aku pon terajin lah nak pergi tengok. Ada beberapa keping yang ala-ala MySpace. Siapa pernah ada MySpace, mesti tahu punya. Tapi, aku takdelah direct nak pergi sound cakap gambar ni tak elok bla bla bla. Tak senonoh bla bla bla. Macam hape je bla bla bla. Aku ni takdelah bodoh sangat nak pergi sound macam gitu. Aniaya kawan sendiri tu wehh.

Jadi, apa aku buat?

2-3 kali aku post perkara-perkara sebegini dalam status facebook aku. Tujuan aku, untuk menegur dan dalam masa yang sama untuk mengingatkan diri aku sendiri. Tidaklah sampai aku mention nama Si Polan itu, Si Polan ini. Macam aku cakap, AKU MENGINGATKAN DIRI AKU SENDIRI. Tidak ada sedetik pon niat dalam hati untuk mengata. Apatah lagi untuk mengumpat.

Kita ni manusia Tuhan yang lemah lah okeh. Apa sahaja tindakan dan tindak tanduk kita, ada sahaja yang melihat. Tapi cuba ENGKAU ambil cermin dan letak depan muka ENGKAU 24 jam. Apa yang ENGKAU nampak?

Nampak tak aku tengah bakar line sekarang??

APA YANG PALING MEMBUATKAN MUKA AKU BERASAP, BILA ENGKAU BERKATA SESUATU TENTANG ANAK YANG ADA DALAM KANDUNGAN AKU.

Itu yang buat aku hilang sabar.

Aku rasa inilah entri paling tak beretika yang pernah aku buat. Korang pon tak pernah tengok aku panas macam gini sekali kan? Biasalah. Hati tengah hot.

P/S : Lepas ni confirm dapat komen panas lagi. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015