Aishah Rahim's Diary

Wednesday, March 7, 2012

Entry Tergantung.


Ambil masa rehat untuk update blog. :)

Fuhhhh!! Serius punya tiada masa untuk dunia blog sejak naik kerja 3 minggu yang lepas. Jangankan kata blog, FB dan Twitter pon tersadai di lautan sepi tanpa sempat dipandang. Naik-naik kerja aje, sudah diberikan tugas memunggah segala barang dalam stor dan harus dikemas balik elok-elok demi menepati piawaian 5S. Ya, aku sekarang dah macam kerja kontrak turun naik almari panjat memanjat. Haih. 

Apa yang boleh aku katakan kini, masa aku cukup padat dengan jadual kerja, keluarga dan masa rehat diri sendiri yang pendek. Sumpah, ianya sangat penat dan menuntut tenaga yang super banyak. Sudah penat di tempat kerja, balik rumah melayan anak-anak pula. Sampai anak-anak tidur, barulah ada masa untuk diri sendiri. Makan, mandi, solat dan berbaringan di atas katil. Kalau dulu masih mampu nak godek godek BB sebelum berlayar ke dunia mimpi. Tapi sekarang tidak lagi. Letak kepala atas bantal dan babai.

(Semangat nak update blog terus termati bila dua tiga orang masuk bilik bertanya itu, bertanya ini. Minta barang itu, minta barang ini. Aku nak menaip pon dah tak tahu apa.)

Baiklah aku tamatkan aje entry ini sekarang. 

Eh chop! Sebelum tutup entry, meh layan gambar sat. :)


Najah :
Eh, Bayong. Awak tahu tak awak dah hempap badan kita? 



Nashriq : 
Ala awak ni Aja. Kita bukan berat sangat ponnn.



Najah : 
Tak berat awak kata?? Muka awak je dah besar pinggan tahu??



Nashriq : 
Muka awak pon apa kurangnya. Lagi sikit je nak sama saiz dengan kita! :D :D :D


I love you both my babies....

...... and Nashrah too. :))




Sambung buat 5S sekarang!! T_____T





Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, January 26, 2012

3 Beranak.


Mula-mula Nashriq duduk tepi.
Bila Mama dah start bukak camera...



....... dia terus ke depan pulak?



Najah boring. Blergh!


Najah : 
Eh? Apsal asyik awak je yang main Bayong? 

Nashriq : 
Eh? Kita punya sukalah!!



Najah : 
Huwarghhhh!! Kenapa asyik Bayong je yang conquer??? 

Nashriq : 
Kerana kita adalah ABANG!! :D :D :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, January 19, 2012

Melepas Gian.


Setelah sebulan lebih hidup terperuk tanpa laptop dan internet, akhirnya malam ini saya berjaya melepaskan gian dengan menjadikan Blackberry saya sebagai modem. Laptop yang sudah lama tidak beroperasi pon menjadi pelik kenapa dia harus bekerja malam ini. Ewah, bahasa kau tak nak ke laut pulak kan? Nampak benar hilang arah nak ber-blog. Haih.

Serius, saya memang hilang arah untuk bercerita. Terlalu banyak untuk dikongsi. Cerita kelahiran Najah, cerita perjalanan penyusuan saya, post mortem dari entry 'Tebus' saya dahulu, perkongsian pengalaman menjadi ibu beranak dua dan banyak lagi. Entry untuk hari kelahiran yang ke-27 pon tak ada. Rasa ketinggalan sangat-sangat. :(

Oh, saya sudah meningkat usia menjadi 27 pada 9 Januari yang lepas. Sekejapan masa berlalu. Jika tahun lepas saya menyambut hari kelahiran secara bertiga, tahun ini pula bertambah seorang lagi ahli keluarga. I feel so good kerana dapat menyambutnya bersama orang-orang yang saya sayang. Moga dipanjangkan usia untuk mereka-mereka yang saya cinta ini.

Cerita kelahiran Najah pula akan menyusul tidak lama lagi. Very short and sweet birth story. Dah ramai yang tanya, tapi saya memang kurang masa untuk draft entry berkenaan. Ini dah ada laptop dan modem Blackberry, bolehlah saya usaha draft sikit-sikit. Sabar naaaa. Saya pon tak sabar nak kongsi beberapa tips yang saya rasakan sangat-sangat berguna sepanjang kelahiran ini.

Perjalanan penyusuan susu ibu saya juga dipermudahkan. Alhamdulillah, target permulaan untuk exclusively breastfeeding pada satu minggu pertama berjaya. Tanpa saya sedar, sekarang sudah sebulan. Lepas ni target untuk 6 bulan pulak. Yang lain, saya serahkan pada Allah. Semoga terus ada rezeki buat Najah. Apa yang saya boleh katakan, saya cukup gembira kerana berjaya tebus kesilapan saya dulu. Saya tak mahu pandang belakang. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk kali ini.

Oklah. Dah larut malam sangat. Sat lagi mesti Najah bangun nak susu. Nashriq pon meresah aje tidur tanpa saya kat sebelah. 

Sampai jumpa di entry yang lain. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday : Buat Main.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, January 3, 2012

27 Untuk Cinta Hati Saya.

Saya telah hilang arah terlalu jauh dalam dunia blog. Sepanjang berpantang ini, memang tak ada masa langsung untuk melawat blog sendiri mahupun blog kawan-kawan. Terasa sungguh ketinggalan zaman. Echeh.

Berpantang setakat ini adalah sangat baik. Saya sudah beransur sihat. Luka jahitan pon sudah baik. Saya sudah boleh bermain dengan Nashriq seperti dulu. Nashriq sangat behave. Manakala Najah pon mudah dijaga. Nampaknya perjalanan saya sebagai ibu beranak dua dipermudahkan. Alhamdulillah. :)

Oh ya, hari ini 3 Januari 2012. Selalunya, seperti tahun-tahun yang lepas, saya akan dedicate sebuah entry untuk suami sempena hari kelahirannya. Tapi tahun ni macam tak ada.

Sorrylah sayang. Awak tahu macam mana sibuknya isteri awak melayan anak-anak. Sampai nak jawab SMS awak pon tak sempat. Walau apa pon, isterimu ini mendoakan yang terbaik buatmu, dunia akhirat. Thanks for being such a really-really-really good husband. And of coz, a super duper bestest father to our kids. I love you so much. :)

We love you so much;
Mama, Nashrah, Nashriq and Najah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015