Aishah Rahim's Diary

Monday, May 30, 2011

Rutin Seorang 'Super Aishah'.

Aku ni bukanlah berapa nak 'super' sangat. Buat kerja rumah pon masih terkontang kanting lagi. Dan aku akui bahawa kerja dalam rumah memang akan dibahagi sama rata dengan suami. Aku buat ini, dia buat itu. Jadi aku ni takdelah berapa nak 'super mommy' sangat. Tapi apa yang aku nak cerita kat sini, pasal kehidupan seorang isteri dan ibu yang bekerjaya. Macam aku dan macam korang.

Sejak aku berpindah duduk sendiri kat Tiram nun jauh di sana tu, rutin harian aku akan start pada jam 5.30 pagi. Bangun dengan lalok-lalok turun ke dapur dan jerang bubur anak. Beras dan menu lauk terpilih aku dah siap-siap basuh dan masuk dalam periuk belah malam sebelumnya tu. Jadi pagi tu, aku cuma bangun dan hidupkan api dapur. Sementara menunggu bubur masak, aku setel lah kerja lain macam basuh botol, sterilize botol, naik bilik kemas katil, mandi dan Solat. Aku ni plak jenis malas nak gosok baju sekali banyak di hujung minggu, jadi pagi itu jugaklah aku akan kelam kabut nak fikir pakai baju apa dan gosok baju bla bla bla.

Sementara aku berbaju dan berbedak semua, suami yang lebih awal mandi dan dah siap hujung kepala ke hujung kaki akan setelkan Nashriq. Suamilah yang akan salin pampers Nashriq, lap-lap muka Nashriq, main-main kejap dengan Nashriq dan kemudian bawak Nashriq turun bawah menonton Malaysia Hari Ini. Hehehehe. Macam pandai je budak tu nak tengok MHI kan? :p

Tik tok tik tok masa berjalan, suami akan setel apa yang patut kat dapur. Kacau-kacau bubur Nashriq, buat Air Kopi untuk dia minum sendiri dan bancuhkan Air Milo untuk isteri dia yang tengah terhoyong hayang kat atas taktau buat apa. Heeeee. Jadi bila aku dah setel kat atas dengan memastikan everything clear macam katil kemas, langsir dah bukak, habuk-habuk lap sikit, aku pon turun bawah terus minum Air Milo yang suami buat. Wah, macam Diva kau ye suami buatkan air. Gegegegegege.

Jam masa ni confirm dah pukul 6.40 pagi gitu. Aku akan blender bubur Nashriq dan siap-siap masuk dalam bekas makanan dia. Buat dua bekas untuk dua kali makan. Masukkan Biskut Marie dalam tupperware dan isi Air Masak dalam trainer dia. Suami pulak akan bancuh susu Nashriq dan semua bekalan pengisian perut Nashriq tu terus letak dalam Diaper Bag dia. Setiap hari pon macam berondoh randah nak pergi sekolah.

Tepat pukul 7.00 pagi, Nashriq akan terus dihantar ke sekolah dan tinggallah beliau selama 11 jam di situ. Aku dan suami akan travel ke tempat kerja berdua menaiki kereta dan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 30 minit ke 40 minit.

Pung pang pung pang kat tempat kerja sampai pukul 5.00 petang, kami pon pulang dan travel semula ke Tiram dengan kos masa yang sama tadi. Lebih kurang pukul 6.00 petang atau lebih sikit, baru kami sampai sekolah dan pulang semula ke sarang tiga beranak.

Sekarang, meh cerita rutin petang membawa ke malam pulak.

Selepas aje amik Nashriq kat sekolah, aku akan pass over urusan anak terus kepada suami. Aku akan bertungkus lumus kat dapur bagi menyediakan santapan malam kami berdua. Sementara suami melayan Nashriq bermain di ruang tamu, beliau akan berlari sekejap ke dapur untuk larikan baju. Tak, maksud aku, 'run' baju dalam mesin. Hehehehe. Ada gak yang kena sekeh ni kang.

Dah siap masak around 7.00 petang cam gitu, kami pon akan terus makan. Laparlah okeh mana boleh tahan. Lagipon kami kena makan berjemaah awal bersama anak sebab kejap lagi anak akan beradu. Nashriq punya waktu tidur adalah punctual, pukul 8.00 malam nanti dia dah merengek-rengek nak tidur.

Selesai aje makan, tugas aku ialah mengemas dan membasuh semua pinggan mangkuk dan periuk belanga di dapur. Kemas meja makan kasi clear pastu pastikan dapur dalam keadaan tip top. Suami akan naik ke atas untuk mandi dan menunaikan kewajipan sementara anak masih lagi boleh dikawal duduk diam di hadapan TV. Selesai 'sedikit' kerja kat dapur, aku pulak akan naik ke atas untuk mandi dan menunaikan kewajipan jugak. Suami masa ni dah turun dan boleh take over anak balik.

Bila aku dah siap dan turun semula ke bawah, selalunya Nashriq akan sedang menyusu bersama Ayahnya ataupun sudah beradu di dalam buaian. Dan bersambunglah kembali peperangan di dapur seperti membasuh botol dan sterilizing segala benda perkakas yang digunakan Nashriq sepanjang siang hari. Kadang-kadang budak tu kat dalam buai tengah berputing pon aku cabut sebab nak sterilize. Muahahahaha kejamnya aku.

Suami pulak akan menguruskan baju bajan di dalam mesin untuk disidai. Nampak cam kejam lah pulak kan suami yang sidai baju? Tapi like my husband said, "Apa guna berumahtangga kalau awak seorang nak konker semua kerja?". Ewah I love you sampai mati sayang. :p

Masa ni jugaklah aku basuh beras dan siapkan lauk untuk bubur Nashriq esok. Potong kentang (kalau lauk kentang), basuh ikan bilis (kalau lauk ikan bilis), basuh ayam (kalau lauk ayam), potong carrot (kalau lauk carrot) - pastu siap-siap dalam periuk esok pagi tinggal hidupkan api.

Dah selesai tugas dapur, aku akan naik atas untuk kemas beg sekolah Nashriq pulak. Baju kotor dikeluarkan, masuk baju baru. Stokin, bip dan sapu tangan pastikan ada. Tuala mandi kalau dah tak elok tukar yang baru. Pampers dan susu memang dah siap sedia standby kat sekolah jadi takyah ulang alik setiap hari.

Pas kemas beg anak, kemas beg emak pulak. Mana resit yang tak pakai boleh buang. Agak-agak nak tukar beg, transfer barang. Mana yang patut bawak, pergi bawak. Mana yang buat menyemak, boleh tinggal. Wah segala benda nak cerita ni. Hehehehehe.

By the time aku turun bawah balik, suami mesti tengah lipat baju yang kering sambil menonton TV. Dan aku pon akan join sekaki melipat baju sambil berbual-bual kosong. Dah lipat nak kena kemas masuk robok pulak. Haaaaa, itu tugas aku sebab suami tak nak buat. Dia kata kalau dia yang letak nanti aku complain tak kemas. Jadi nak tak nak, memang aku lah yang kena kemas baju yang sudah siap dilipat sebab aku memang tak suka tengok baju sepah-sepah tak tentu arah.

Ah, cerita macam perfectionist je kau kan? :p

Sementara aku mengemas baju itulah, suami akan mengangkat tilam bujang dua keping untuk dia dua beranak tidur. Mengapa dia dua beranak aje? Sebab lagi satu beranak (aku lah tu) akan tidur secara single kat atas katil. Wahhhh macam Diva sekali lagi. Tapi betul, demi keselesaan Nashriq yang tidur macam 'dunia ini aku yang punya', lebih baiklah aku mengundur diri. Kalau nak angkat dia tidur atas katil memang tak boleh sebab rekod jatuh katil setakat ini adalah sangat-sangat membanggakan.

Jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 malam. Dan waktu inilah kami manfaatkan prasarana internet yang sudah siap dipasang. Suami dengan laptop, aku dengan henpon. Nashriq dengan apa? Nashriq akan diangkat dari buai di bawah dan dibawa naik ke bilik untuk terus beradu di atas tilam bujangnya. Jadi sementara Mama dan Ayah dia khusyuk dengan dunia maya, Nashriq boleh terus lena dibuai mimpi.

Jadual pembikinan susu pada waktu malam pon diambil alih sepenuhnya oleh suami. Bangun untuk bancuh susu turun ke dapur memang aku sub sepenuhnya kat dia. Nasib baik ada 3 botol, pakai satu takyah basuh untuk second session kang. Cuma aku penat sikit ah pagi kang bangun nak basuh botol banyak-banyak siap sterilize tu kan?

Overall, aku sangat-sangat berterima kasih lah kat suami pasal dia tak berkira pon soal pengurusan rumah. Mana yang dia boleh buat, dia buat. Memang takde merungut langsung. Memula dulu rasa kekok jugak, tapi lama-lama kami dah biasa give and take macam gini. Memang sangat-sangat hargai tiap kali dia membantu.

Begitulah perjalanan hidup aku sehari-hari. Esok bangun pagi akan ulang perkara yang sama balik. Cuma sekarang ni Wahid masuk shif seminggu pagi seminggu petang, so pindah randah sikit duduk rumah Emak. Kalau duduk rumah Emak ni macam ringan sikit pasal balik kerja makan dah sedia tinggal nak makan aje. Balik rumah tinggal main-main dengan anak pastu tidokan dia. Pas dia tido, aku leh terus lelap sampai ke pagi. Memang lemak kalau duduk rumah Emak ni wehhh.

Jadi, bagaimana pula jadual anda? Kongsi jom? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 26, 2011

Anas Nashriq Dan Nasriq Baharom.

Me : "Nashriq, jom tidur. Mata awak dah ngantuk tuuuuu".
Him: "Kejap Mama, Nashriq nak tengok bola jap...."



Me : "Mata awak dah ngantuk sangat sayang. Meh lah tidur jom?"
Him : "Jap Mama. Game Selangor lawan Harimau Muda A ni....."



Me : "Tengok mata tuuuu. Dah kuyu dah sayangggg".
Him : "Tak Mama. I'm fine. Nashriq nak tengok Nasriq Baharom."



Him : "Oh. That one Nasriq Baharom. Can i play like him Mama?"
Me : "Yes, sayang. You can. Now kita sleep okeh?"



Him : "Alright Mama. As you wish!"

"Ohhhh, Before that Mama. Do we look same?"


Nasriq Baharom pemain pasukan Selangor.
Ehsan gambar dari Google.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, May 25, 2011

9 Purnama, Anas Nashriq.


I want to keep you in my heart, lock it and throw away the key so that no one can take you away from me.

I love you baby. I will always love you.





.... with all my heart.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, May 24, 2011

My Breastfeeding Journey (Finale).

Tadi baca blog Nurul. Entry 'Jika Diberi Peluang Kedua', betul-betul membuatkan idea untuk update blog datang mencurah-curah. Entry berkait rapat dengan cita-cita aku yang tidak tercapai. Cita-cita untuk menyudahkan Penyusuan Susu Ibu sehingga Nashriq berusia 2 tahun hancur lebur di tepi jalan. Sedih tapi masih bersyukur.

Kepada sesiapa yang belum pernah baca perjalanan Penyusuan Susu Ibu aku sebelum ini, boleh refer entry; My Breastfeeding Journey, So Far dan My Breastfeeding Journey Part 2.

Sedih bila impian kita tidak tercapai. Impian untuk EXCLUSIVELY breastfeed sehingga 6 bulan. Impian untuk meneruskan breastfeed sehingga anak berusia 2 tahun. Impian untuk tidak mencapurkan susu formula dalam pemakanan anak. Semua impian indah berkaitan breastfeed lenyap dan lesap. Haih, rasa nak menjerit bila dikenang balik.

Kini, Nashriq bergantung SEPENUHNYA kepada Dumex Dupro.

Kalau sebelum ini masih boleh diharapkan breastfeed pada waktu malam. Tidak perlu bangun membancuh susu. Tapi kini, segalanya berubah. Sekurang-kurangnya sekali (selalunya 2-3 kali) mesti bangun dan turun tangga ke dapur untuk mengenyangkan perut Si Kecik itu. Nak harapkan aku berjalan waktu mamai dan buat susu? Memang tidaklah. Sangat bernasib baik bila Wahid sanggup bertolak ansur dalam urusan ini. Maka, dialah yang akan bangun dan buat susu Nashriq setiap malam.

Semuanya bermula pada kala akal si kecik itu semakin panjang. Sudah pandai menggigit. Sampaikan Mama dia tak tahan. Merajuk hati ni tak mahu bagi direct. Kononnya nak mogok 2-3 hari aje. Tapi nampak gayanya, memang langsung dia tak mahu. Digigitnya dengan kuat macam nak test power gigi. Padahal belum ada gigi pon. Blerghhh. Aku yang tak kuat semangat pon mengalah. Mengalah dan mengalah. T____T

Kesimpulan Perjalanan Penyusuan Susu Ibu - Aku dan Nashriq;

1) Nashriq hanya mampu 'Exclusive Breastfeed' selama 2 hari sebab hari kedua Emak dah bagi air masak. Frust sangat tapi apa boleh buat. Aku tengah sibuk berurut masa tu.

2) Minum susu formula pertama kali pada hari ke-5 di Hospital Sultanah Aminah masa admit jaundice. Yang ini, nurse yang bagi padahal aku dah bekal EBM siap-siap. Kata Hospital Rakan Bayi kan? Tapi tak berapa nak 'rakan' sangatlah.

3) Kemudian perjuangan breastfeed diteruskan sampailah aku tak sabar dan memerikan beberapa jenis susu formula tapi semuanya di reject oleh Nashriq. Tapi consider masuk perut dia jugak kan?

4) Bila tengok dia reject susu formula, aku pon rajin mengepam dan bekalkan EBM. Masa ni, Emak yang jaga Nashriq sebelum aku pindah rumah. Jadi, memang 100% on breast milk. I like! :)

5) Pindah rumah dan Nashriq masuk sekolah. Dibekalkan susu formula pada siang hari which is I am very-very sad. Tapi diteruskan dengan breastfeed sepenuhnya pada waktu malam. Agak cranky pasal dia dah biasa kenyang pada waktu siang dengan susu formula.

6) Mula makan pada usia 4 bulan. Ini bagi mengelakkan aku bagi susu formula jugak pada waktu malam. Jadi, bila dia dah makan siang, dia cukup dengan susu badan waktu malam.

7) Akhirnya perjalanan Penyusuan Susu Ibu aku tamat pada usia Nashriq 7 bulan lebih. Atas sebab Nashriq suka menggigit pastu Mama dia tak tahan dugaan. Ada sebab lain, tapi itu lain kali kita cerita. :)

****************************

Haaaa. Aku rasa macam nak print je kesimpulan yang aku dah taip kat atas ni. Nak buat frame letak kat rumah supaya jadi pembakar semangat dan lebih kuat untuk anak-anak yang akan datang.

Yes. I really wish that aku mampu merealisasikan impian aku ni suatu hari nanti. Untuk anak yang kedua dan seterusnya. Aku kena build up semangat aku dari sekarang. Gali ilmu sebanyak yang mungkin. Belajar pekakkan telinga. Tebalkan muka dari sekarang. Supaya sampai saatnya nanti, tak ada seorang pon yang mampu melunturkan semangat aku lagi.

Dan aku harap, impian aku ini akan tercapai atas hendak-Nya.

To Nashriq : I'm sorry sayang sebab Mama tak kuat semangat nak bagi yang terbaik untuk Nashriq. Dahlah tak mampu nak bagi susu badan sepenuhnya, kasi susu formula pon yang murah. What to do, sayang? Kita bukan orang senang walau kita bukan orang susah. Alhamdulillah. Mama sentiasa harap, dengan tiap titisan susu Mama yang mengalir dalam darah Nashriq sekarang mampu menjadikan Nashriq anak yang Soleh, mendengar kata, hormat orang tua, bercakap halus, tidak kasar, menjadi seorang yang penyayang dan disenangi ramai orang. I love you sayang. I love you so much.

P/S : Happy 9 months old - 25hb Mei. You will always be my baby.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 19, 2011

Kisah Cinta Kami.

7 years plus of friendship, love and marriage.
I'm so bless. :)


Mungkin ada ramai yang dah baca. Sebab aku pernah blog pasal ni dulu sebelum nak kahwin kot. Aku malas betul nak kasi link pasal malu nak kasi korang baca penulisan aku version yang lama. Jadi, oleh kerana kemaluan (???) itu, maka aku merajinkan diri untuk draft satu entry khas sempena Minggu Cinta (rekaan semata). Mana taknya, kehulu ke hilir semua orang blog pasal kisah cinta, aku pon nak jugak wehhhh.

Aku dan Wahid mula berkenalan melalui medium 'SMS Cari Rakan'. Aku taktau korang pernah dengar atau tak. Atau kalau korang kurang pasti, pergi bukak surat khabar pastu tengok iklan kat belah bawah-bawah tu. Haaa, nampak tak iklan 'Cari Rakan' ke, 'Cari Cinta' ke? Ada?? Haaa, dari situlah aku kenal pakcik sorang tu. Amacam? Gamble tak aku? (Bukan gamble doh, tapi desperate!).

Well, as you all know, aku memang tak pernah ada steady boyfriend pon sebelum Wahid. Kalau ada pon, pacaran dalam MiRC. Dah bersayang-sayang, ber-I-love-you semua pastu hantar gambar kena reject. Biasalah kan. Manusia memang kerap memandang paras dan rupa. Lagilah pulak masa tu zaman aku sangat tak cun (kau ingat kau cun ke sekarang?). Memang tak pernah ada steady boyfriend lah. Sedih wooo tengok kawan-kawan ada boyfriend tapi kau sorang macam melukut di tepi gantang. Sangat tak cool okeh!

Nak dipendekkan cerita, aku pon menceburkan diri dalam bidang 'SMS Cari Rakan' tadi. Guna nick name nak power - ayang85. Haa amik kau siap reveal. Pasni confirm kena sembunyi muka bawah meja pasal kena gelak. Tapi apadahal? Kata pengakuan kisah benar kan? Hehehehe. Ayat mem-back-up diri. :p

SMS punya SMS, ter-chat lah dengan seorang mamat ni guna nick name eddy_jb. Orang Johor which is syarat pertama adalah LULUS. Aku kalau nak cari pasangan memang kena cari orang dekat pasal Emak aku dah warning. Tapi dulu aku berangan nak kahwin dengan orang Kedah pasal nak tengok sawah padi. Tapi dapat orang Ulu Tiram pon okeh. Dapat tengok Tiram hari-hari. Muahahaha lawak bodoh tolong abaikan.

Sembang punya sembang, kami pon bertukar nombor telefon. Nak SMS dalam medium berkenaan mahal wooooo. Maka kami pon sambung sembang kat SMS henpon. Dulu aku ingat lagi zaman TM Touch. Nombor start dengan 013. Aku pakai henpon Siemens baling anjing. Siemens okeh. Siemens. Itu dah kira hebat benar dah masa tu. Pastu dapat tukar Nokia 3310 macam dapat pakai Blackberry. Pasang lagu polifonik sebab malu henpon bunyi TRET TRET TRET TRET.

Woi apa merepek ni? Nak cerita pasal cinta ke henpon??

Hahahaha. Baiklah. Kita menuju destinasi sekarang! :)

SMS punya SMS sambil bertanya soalan-soalan wajib seperti tarikh lahir, makanan kegemaran dan sebagainya. Tarikan kedua yang membuatkan aku nak terus kawan dengan mamat ni sebab tarikh lahir kami berdekatan. 6 hari je perbezaan hari. Dia punya birthday pada 3 Januari. Manakala aku pulak 9 Januari. Macam over kan semua benda nak kena masuk syarat piawaian. Nak bulan sama lah. Nak makanan kegemaran sama lah. Tumbuk kang baru tahu.

Pastu, boleh pulak dia cakap makanan kegemaran dia Lauk Sardin, memang sekapal lah dengan aku. Aku ni pulak memang peminat tegar Sardin. Sampai ke kahwin ni ha satu hari dalam seminggu mesti masak Lauk Sardin. Muka kami pon dah macam Sardin dah tengoknya.

Oh, lupa nak mention. Tarikh pertama kali SMS tu ialah 29 November 2003. Over tak? Over tak? Semua benda nak ingat. :p

Dan kami pon berkawanlah melalui SMS dan dipanjangkan membawa ke panggilan telefon. Sampailah ke suatu hari, rumah aku buat open house (masa ni musim raya). So, aku pon mengajak-ajak ayam (read : tak ikhlas) mamat ni datang rumah. Aku ingat, dia tak berani datang pasal kami baru kenal. Tapi entah kenapa, tiba-tiba dia call cakap dah ada kat bawah blok. Kau bayangkan macam mana aku punya gelabah? Ketakutan kena reject buat kali ke sepuluh tu sangat kuat. Cecececece.

Aku pon turun ke bawah blok sebelah pasal dia tunggu situ. Aku suruh lah Wahid tunggu kat mesin ATM BSN. Tapi aku jahat. Aku pusing ikut jauh pasal nak tengok muka dia dulu. Agak-agak kalau tak boleh blah, aku blah lah. Kahkahkah. Macam muka aku cantik sangat kan? Tapi Tuhan tu Maha Besar. Aku pusing ikut jauh, jalan pelan-pelan dari belakang. Wahid pusing aje, terus aku terdiam. Dan dia pon bertanya;

"Awak Aishah?"

Cececececece. Kau nak sembunyi mana? Nak tak nak kenalah jugak mengaku kan? Pastu blur taktau nak sembang apa. Main-main jam lah. Korek-korek kuku lah. Sampai Wahid yang tanya;

"Awak tak nak ajak saya naik rumah?"

Halamak boleh lupa pulak kan?? Teruslah kami naik ke rumah aku. Makan dan makan. Emak masak Nasi Ayam masa ni. Favourite kami berdua jugak. Tapi nampak dia makan malu-malu. Yelah, datang seorang diri. Jumpa pulak keluarga budak perempuan yang dia baru kenal. Memanglah sopan santun sikit kan? Cuba sekarang kau tengok? Muka dia yang hadap pinggan dulu. Muahahahahaha.

Dah sudah makan tu, aku pon meneman Wahid turun blok dan menuju ke keretanya. Eh, bukan kereta dia. Tapi kereta ibu bapanya. Dalam perjalanan ke kereta tu, Wahid pon berkata;

"Saya sayang awak".

Aku ni blur. Dalam SMS berani jawab. Depan-depan macam nak pengsan.

Aku diam. Dia tanya;

"Kenapa tak jawab?"

Aku cakap "Nanti". Dan dia ingat aku reject dia.

Sebenarnya aku bukan reject dia. Tapi aku taktau nak react apa. Aku ni kan pemalu. Muahahahaha pemalu habis! Tapi sampai kat kereta tu, aku balas lah jugak. Aku cakap yang aku sayang kat dia. We both ni macam desperate sangat nak couple taktau pasal apa. Rasa cam bengong pon iye jugak. Tapi macam aku cakap, pengalaman itu mematangkan. Isn't it? :)

Tarikh hari kejadian ialah 7 Disember 2003.

To cut the story, keesokkan harinya tu kami dah couple. 8 Disember 2003. Itu pon melalui SMS aje. Cinta kanak-kanak remaja belasan tahun. Baru 18 tahun pon je masa tu. Muda belia lagi. Manalah nak tau how to melamar nak couple camne kan? Yang penting masa tu aku dah ada boyfriend yang REALITI. Bukan lagi dalam MiRC atau sekadar dalam SMS dan telefon. Kejayaan besar tu wehhh. :p

Kami tidak kerap berjumpa okeh. I still remember selepas couple 8 Disember itu, kami hanya keluar bersama untuk tengok wayang cerita The End pada harijadi Wahid iaitu 3 Januari 2004. Emak aku garanglah okeh. Nak keluar dengan lelaki berdua? No way!! Kau ngadap dulu abang-abang dan kakak aku bagi penjelasan. Itu pon diorang bagi pasal Wahid berani naik rumah ngadap keluarga aku nak bawak aku keluar. Amacam? Gentleman tak? Hakhakhaktuih! :p

But yes. Ini tips aku untuk remaja-remaja muda belia sekarang. Kalau korang nak tau lelaki idaman korang tu serius atau tidak dengan korang, pergi ajak dia datang rumah. Ngadap Mak Ayah korang. Suruh dia minta izin nak bawak korang keluar. Kalau benda mudah camtu pon dia tak boleh buat, TOLONG ANGKAT KAKI KORANG SEKARANG. Dia bukan lelaki yang sesuai. Ini tips ni. Sila masuk dalam buku nota masing-masing.

Dan kami pon berkawanlah sehingga ke tahun 2007. Lebih kurang 3 tahun lebih kot? Pastu, kami membuat keputusan untuk bertunang. Kami pilih tarikh 21 Julai 2007. Actually, perbincangan pertunangan ini lebih diuruskan oleh kedua belah keluarga kami. Kami berdua hanya menurut perintah. Mungkin sebab diorang tengok muka kami dah nak berubah jadi belangkas, maka lebih baik dipercepatkan kahwin.

Kami pon bertunang selama 1 tahun 6 bulan. Total tahun perkenalan setakat ini ialah 4-5 tahun gitu kan? And it was really enjoyable friendship. Berkawan dan bertunang dengan lelaki yang kita sayang, siapa tak mahu kan? Kat sinilah segala perkara harus diterapkan. Kepercayaan, kejujuran, saling mempercayai dan inilah masa untuk kita bina hubungan yang baik dengan ahli keluarga pihak masing-masing. Aku bet ramai yang cakap susah. Tapi aku kena akui yang kita berkahwin bukan sahaja dengan lelaki idaman kita berkenaan, tapi kita akan berkahwin dengan keseluruhan keluarga dia. So, kalau dari masa sekarang kau tak praktik, lepas kahwin nanti lagi susah. Ini ingatan untuk diri aku jugak ni. :)

Dan akhirnya percintaan kami ke jinjang pelamin pada tanggal 14 Mac 2009. Happy? Yes, I am! Berkahwin adalah sangat menyeronokkan. Bukan sebab kami dah halal atau ape. Tapi sebab aku akan hidup dalam satu kapal dengan seorang nakhoda aku pilih sendiri. Aku jadi co-pilot. Sekarang hidup aku adalah - KAMI. Bukan lagi hidup kau, hidup kau. Hidup aku, hidup aku. Takkk. Everything now is KAMI. Berdua. Bertiga atau berempat.

Macam mana aku nak rumuskan hidup sepanjang 7 tahun ini?

Aku selalu dengar kawan-kawan bercerita yang suami mereka tak sama masa zaman bercinta dan berkahwin. For me? Yes, I agreed! Wahid adalah tidak sama dan jauh berbeza dari zaman kami bercinta. Kadang-kadang aku rindu jugak zaman-zaman bercinta-cinta dulu. Sungguh romantik dan perhatian. Tapi sekarang pon perhatian jugak. Perhatian kat anak dia. Muahahahahaha.

Tapi bila dah ada anak ni, memang tak ada apa lagi yang penting selain anak. Kalau dulu, suami SMS tanya keadaan kita. Tapi sekarang dia tanya anak dia dulu. Normal kan? Tapi korang kisah tak? Aku masa mula-mula kisah jugak. Tapi sekarang dah immune. Budak yang dia tanya tu anak kita jugak. Anak bersama-sama. Kan? Kan?

Apa pasal aku macam dah lari tajuk ni? Macam kursus rumahtangga pulak.

Overall, aku boleh katakan bahawa Kisah Cinta aku ni bukanlah menarik mana. Tapi ianya akan tetap lekat dalam hati. Dan janganlah gadis-gadis bujang di luar sana jadi takut nak kahwin bila aku cakap lelaki berbeza selepas kahwin. Takkk. Berbeza tu yes, tapi bahagia tetap ada. Lelaki yang kita kenal masa zaman bercinta takkan nak sama bila dah kahwin dan dah ada tanggungjawab kan? Mestilah dia akan jadi lebih serius dan lebih memikirkan perkara-perkara yang penting.

Nampak? Dah masuk isu rumahtangga lagi. Dahlah, sebelum aku merepek lagi entah apa-apa, baik tamatkan entry ni sekarang. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015