Aishah Rahim's Diary

Friday, April 27, 2012

Happy Friday.


One of the teacher really make my day, this morning. :)

Cikgu : 
Cha, apa bawok beg banyok-banyok ni? 
(Merujuk handbeg dan cooler bag)

Aku :
Ini cooler bag, Ustaz. Nak isi susu.

Cikgu : 
Haa? Isi susu? Kenapa?

Aku : 
Saya menyusu badan. 
(Sambil tersipu-sipu)

Cikgu : 
Haa? Mu bawok baby ke dalam sini? 
(Tunjuk handbeg)

Aku : 
KAHKAHKAHKAH!! 



Tak tahan. Aku berdekah kat situ jugak!!

Happy Friday, uolss! :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, April 25, 2012

My 20th Months Old Baby Boy.


Tolonglah abaikan muka aku yang tak semenggah ittew!

"Mana sayang Mama?"

"Tayeee!"

"Mana sayang Ayah?"

"Tayeee!"

"Mana Bayong Najah?"

"Tayeee!"

Macam kurang sangat cerita Nashriq sekarang kan?

No, aku bukan pilih kasih okeh? Nashriq tetap pujaan hati aku dunia akhirat. Same goes to Nashrah and Najah. Ketiga-tiga ini harta aku dunia akhirat. Mana mungkin aku kurangkan kasih sayang aku antara mereka. 

They will always be my baby. Always.

Hari ini Nashriq berusia 20 bulan. Bersamaan 1 tahun 8 bulan. Terasa cepat sangat masa berlalu. Berjalan seiring tangkasnya minda si kecil ini berkembang. Sudah terlalu banyak akal nak pusingkan kepala Mama & Ayah dia. Kadang-kadang aku rindukan Nashriq yang fragile dulu. Tapi tak apalah, Nashriq yang 20 bulan ni pon best jugak. Boleh buat teman borak. Ihiks.

"Nashriq dah makan?"

"Lokoku8&^$0(*^$#$&(HFDGJK wakahvhyfkhjgY&*%^%*&" 

Sambil tangan kiri kanan atas bawah serupa paria!

HAHAHAHAHAHA.

Ya Allah, sayangnya aku kat dia. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, April 24, 2012

Nota Breastfeeding Saya (Edit).


This entry is specially dedicate untuk kawan-kawan yang banyak bertanya tentang ilmu-ilmu breastfeeding ni. Aku pon baru je bermula, so aku panggil entry ini sebagai 'nota' lah. Selain untuk berkongsi ilmu, boleh jugak aku refresh mana-mana ilmu yang duduk dalam kepala ni ha. Re-write notes is good untuk mencambahkan lagi kekuatan ingatan. Echeh.

Jom, mari mulakan!

Bismillahirahmanirahim. 


Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Istilah Dalam Brestfeeding.

BF = Breastfeeding
EBF = Exclusive Breastfeeding
EBM = Express Breastmilk
Fresh EBM = Susu yang baru di-pam (belum simpan fridge).
Chilled EBM = Susu yang disimpan di bahagian bawah (fridge).
Frozen EBM = Susu beku (disimpan bahagian freezer).
Thawed EBM = Susu beku yang telah dicairkan.


Cara Menyimpan Susu Perahan

Suhu Bilik = 4 Jam
Peti Sejuk (bahagian fridge) = 3-5 hari (> 5 hari masuk beku)
Peti Sejuk 1 pintu (bahagian freezer) = 2 minggu
Peti Sejuk 2 pintu (bahagian freezer) = 3 bulan
Peti Sejuk Deep / Chest Freezer = 6 bulan
Susu beku yang dicairkan -> simpan dalam fridge = 24 jam
Cooler Bag = 12 Jam

Tips dari AR #1 : Simpan stok chilled banyak-banyak kat bawah pon tak apa. Cukup 5 hari, baru simpan naik tempat beku. Sebab apa? Sebab, ianya bagi menjamin susu yang 'chilled' mencukupi untuk bekalan sepanjang minggu itu. End of the week, baru sukat masuk botol / liner ikut keperluan baby minum dan simpan ke tempat beku. Lagi mudah dari nak simpan hari-hari, kan?


Bila Boleh Mula Mengepam / Kumpul Stok?

Aku mula mengepam dan simpan stok mulai hari keempat berpantang. Kenapa awal sangat? Sedangkan dalam Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya tu tulis start hari ke-14? 

Sebab, aku berpendapat yang aku kena buat persediaan awal-awal bagi memastikan stok untuk Najah mencukupi. Dalam Buku Panduan tu juga cakap, stok dalam fridge / freezer kena ada sekurang-kurangnya 20 botol. Tapi, Alhamdulillah aku boleh kumpul 74 botol / liner x 2.5 oz. Itulah gunanya bila kita start mengepam awal. Stok mencukupi dan kita tak risau.

Jadual mengepam aku waktu berpantang sangat tak menentu. Senang cerita, ikut suka hati aku. Paling kerap aku mengepam waktu tengah malam dan waktu Subuh. Najah sedap tidur tak bangun susu dan aku kebengkakkan. Hehehehe.

But the best time untuk mengepam ialah ikut jadual bila dah naik kerja. Contohnya 3 times a day; 9.30 pagi - 1.00 tengahari - 4.30 petang. Biasakan mengepam waktu-waktu ini. Sebab apa? Sebab, ianya untuk beri signal ke otak bahawa susu perlu dihasilkan pada sekian-sekian waktu. Nanti kan, korang akan perasan, ngam-ngam pukul 9.30 pagi / 1.00 tengahari / 4.30 petang aje, breast confirm akan engorged. Percayalah! - kata Siti Nurhaliza. :))

Tips dari AR #2 : Katalah korang sedang mengepam dan tiba-tiba anak korang terjaga nak minum susu. Don't worry, tinggalkan pam dan pergilah menyusukan anak korang. Jangan risau kerana susu tahan 4 jam dalam suhu bilik. Bila anak korang dah selesai, sambung balik mengepam. Jangan risau lagi sebab susu tetap akan ada. Breastmilk ni macam flush system - susu keluar dan akan segera refill. :)


Barang-barang Yang Perlu Ada?

Breastpump & cooler bag set. 

Itulah dua benda yang aku angkut pergi dan balik kerja setiap hari. Kalau rajin, aku angkutlah pam tu bawak balik rumah setiap hari. Boleh buat power pumping (kalau rajin). Kalau tak rajin, aku just tinggal aje bawah meja office. Aku just bawak balik cooler bag berisi susu dan spare parts nak sterilize kat rumah. Itu aje.

Tapi jangan salah faham. Breastpump ni bukan satu kemestian. Ada juga orang yang survive buat marmet (guna tangan) untuk kumpul stok. Sangat kagum dengan mereka-mereka ini. 

In the end, fikir pulak persekitaran kerja kita macam mana. Kalau jenis yang boleh je cabut lama-lama, then go for manual. Lebih murah. Lebih mobile. Tapi kalau tempat kerja jenis strict dan tak boleh hilang lama-lama, why not beli elektrik dan double pump. So, pilihan di tangan anda. Nak breastpump macam mana? Single? Double? Manual? Elektrik? :)

Tips dari AR #3 : Aku pakai 2 jenis pam. Spectra 3 dan Medela Harmony. Bila aku rajin nak berjalan ke surau / bilik tersembunyi yang ada power point, aku pakailah Spectra 3. Tapi kalau aku tak berapa nak rajin, aku pakai aje Medela Harmony tu mengepam kat meja kerja aku. Pendapat peribadi aku, Medela Harmony lebih bagus dari Spectra 3 sebab ringan, mobile dan fleksibel. Aku pon boleh dapat lebih sikit kalau guna Harmony. Ini pendapat aku aje. Kalau sebut keinginan, tentulah aku nak Medela Freestyle! Kekekeke.

Tips dari AR #4 : Aku ada dua cooler bag. Sebab apa? Sebab satu aku nak bawak ke tempat kerja. Nak transport susu balik nanti. Satu lagi, untuk isi susu yang dihantar ke rumah BS. Kalau jenis korang yang rumah BS dekat aje dengan rumah, tak ada masalah lah. Just masuk tupperware dan terus suruh BS masuk peti ais mereka. Easy kan?


Storage Bottles 

Storage bottles ni sangat penting ye kawan-kawan. Sebab macam mana nak mengepam kalau tak ada storage bottles kan? For start, beli aje dalam 20 botol gitu. 4-5 botol dah tentu akan dihantar ke rumah BS kan? Lagi 5-6 botol nak bawak ke office untuk pumping session satu hari itu. Yang lebih tentu ada dalam fridge simpan chilled EBM. Tapi kalau nak beli lebih pon bagus. Boleh buat rolling-rolling nanti. :)

Ni masa aku pam pakai Medela Harmony.
Malas nak cucuk plug pakai Spectra 3. :)

Tips dari AR #5 : Untuk yang pakai single pump, aku suggest beli botol panjang je terus. Jimat space satu hal, nampak banyak pon iye jugak. Kan boleh psiko minda. Hehehe. Aku beli yang murah-murah je pon. 3 biji = RM12.90 brand Pureen.


Alatan menulis & Buku Log. :)

This is what you need after pumping session. Macam aku, aku pakai masking tape dan marker untuk label susu selepas di-pam. Gunting tu untuk potong masking tape. Buku Log tu, aku gunakan untuk rekod hasil setiap kali pam. Semua benda ni, aku sumbat aje dalam cooler bag aku tu. 


Susu yang sudah dilabel.
Simpan dalam peti ais office sekejap.

Tips dari AR #6 : Buku Log tu sangat penting bagi aku sebab dari situlah aku tahu jumlah production setiap hari. Kalau sikit, aku kaji balik kenapa? Kalau banyak, aku ingat balik apa yang aku makan. So, kita boleh amalkan mana yang patut. :)


Mengepam Di Tempat Kerja.

Aku ni sangatlah tidak berdisiplin tahu? Should be, aku kena mengepam 3 kali sehari. Tapi, aku bantai jadi 2 kali sahaja. Punyalah pemalas nak angkat bontot dari kerusi pastu nak melangkah pergi cari port mana-mana nak mengepam. Kalau rezeki baik, officemate lelaki jadi tukang cover line tiap kali aku mengepam kat meja sendiri. 

But please jangan ikut macam aku ye. Kemerunduman susu boleh terjadi bila kita skip-skip mengepam ni. Kena bear in mind yang SUSU HANYA AKAN TERHASIL BILA BREAST KERAP DIKOSONGKAN. Maksudnya, semakin kerap breast dikosongkan, semakin kerap susu terhasil. 

Oh haaa. Balik pada kisah aku mengepam kat tempat kerja.

1st session pumping aku selalunya around 9.30 pagi - 10.30 pagi. It takes 20 minutes kalau buat double pumping (pakai Spectra 3). Tapi kalau aku sengaja nak bermalasan, aku lepak je kat Surau sampai 40 minutes dan guna single pump (Medela Harmony) - 20 minutes each breast. 

Tips dari AR #7 : Seriously memang kena 20 minit ke? Yes, memang kena 20 minit. Aku dulu kan, bila botol dah penuh je, terus aku stop. Kadang-kadang, 5 minit botol dah penuh aku terus malas nak mengepam lagi. Kesannya, susu jadi merundum dan makin lama makin susah nak penuh walau dah pump 10-15 minit. Bila aku siasat, ianya berbalik semula kepada konsep stimulate dan signal ke otak tu. Maksudnya, bila aku pam 5 minit pastu terus stop, otak pon tangkap, "Oh, susu dah cukup, tak payah buat susu lagi". Jadi badan tak akan produce susu. Tapi kalau korang maintain pump 20 minit, korang surely akan nampak susu melimpah balik at 15 minutes selepas itu. Ajaib? Itulah hakikatnya!

Selepas mengepam, aku akan ke sinki untuk bilas parts yang digunakan tadi. Lepas dah bilas, aku susun aje atas meja untuk dikeringkan. Senang nak guna untuk next pumping session pulak. Err, aku keringkan macam gambar kat bawah ini;

Breast shiled for Spectra 3.

Tips dari AR #8 : Tips ni pon aku dapat dari Kak Suraya Lunatots. Kalau korang malas atau susah nak cari sinki nak basuh parts, takpeee, tak payah susah-susah. Korang just lap pakai tisu then simpan parts tadi dalam peti ais. Lebih elok kalau masuk dalam tupperware lah kan? As you know, susu ibu kan ada agen antibakteria. So, bakteria tak akan merebak lebih-lebih lagi bila disimpan dalam peti ais!


Membekalkan Susu Ke Rumah Baby Sitter / Nursery.

Untuk hari pertama tu, korang kena sertakan sekali satu nota khas cara-cara pengendalian susu ibu ni. Taip cantik-cantik then laminate. Senang BS boleh tampal pada peti ais dia ke. Hehehe. Dalam tu, korang kena cerita apa yang perlu buat dan tak boleh buat. Kalau ada sesiapa nak yang aku buat dulu tu, boleh email ke aku. Nanti aku sendkan copy nya. :)

(Edit : Boleh refer entry ini untuk dapatkan Nota untuk BS)

Aku bekal 6 botol setiap hari untuk Najah. Jumlah setiap botol adalah 3.5 - 4.0 oz. Hasil perbincangan dengan makcik yang menjaga Najah, dia kata Najah minum banyak waktu pagi. So, aku bekal botol nombor 1 = 4.0 oz. Yang lain-lain tu, aku simpan siap-siap 3.5 oz per bottle.

Ini secara ringkasnya penyediaan sehari-hari.

Setiap hari balik kerja, aku akan terus simpan susu yang di-pam di tempat kerja tadi masuk peti ais belah bawah. Sambil itu, tangan aku akan capai 2 liner frozen EBM dari bahagian peti beku bawak turun bawah. Masuk dalam mangkuk berisi air (untuk di-thawed kan) dan simpan dalam fridge bawah dulu. 

Frozen EBM sedia untuk dicairkan.

Lepas dari itu, aku buatlah segala kerja lain siap-siap. Mandi, Solat dan makan. Main dengan anak-anak dan sehinggalah mereka tidur. Bila mereka tidur, kadang-kadang aku pon berlayar sekali. Hehehe. Tapi kalau nasib baik, aku terus je bangun dan prepare beg Nashriq dan Najah serta barang aku untuk esok. Termasuklah prepare susu untuk Najah.

Apa yang aku buat, aku keluarkan chilled EBM dan frozen EBM yang sudah di-thawed tadi untuk aku masuk dalam botol siap-siap. Aku label nombor 1-6. Botol nombor 1-3-5-6 aku isi chilled EBM. Botol nombor 2 dan 4 aku isi frozen EBM yang sudah thawed tadi. Kenapa aku selang seli macam tu? Sebab, botol pertama biarlah yang fresh sikit untuk Najah. Then frozen pulak. Pastu fresh balik. Then frozen semula. So, aneka rasa untuk tekak dia. Hehehe.

Aku label macam kat bawah ni;

 6 botol untuk anakanda tercinta.


Ini gambaran bila dah letak ice pack + puting.

Tips dari AR #9 : Kalau masa Nashriq dulu, aku guna kaedah; panaskan storage bottle -> transfer pergi botol MAM. Then barulah Nashriq minum. Tetapi untuk kali ini, aku guna kaedah yang lebih memudahkan BS. Apa yang aku buat, aku just bekalkan puting yang sesuai masuk dengan storage bottle. Hanya perlu panaskan EBM -> pull out ring cap pada storage bottle -> masukkan puting dan tadaaaa, Najah dah boleh minum! :)


Puting Ortodontik Anakku = RM6.90 / 2 pcs

Kalau ada budget lebih, bolehlah beli warmer untuk memudahkan BS panaskan EBM anak kita nanti. Tetapi jangan risau, tak ada warmer pon boleh. Macam BS Najah, makcik tu lebih mudah panaskan EBM pakai kaedah air panas. Aku bekal warmer hari pertama, petang tu dah pulang balik. Kekeke. Takpelah kan? Ikut keselesaan BS masing-masing.

Tips dari AR #10 : Kalau nak mudahkan BS lagi, ajar BS standby satu botol kat luar supaya suhu susu tak terlalu sejuk dan ambil masa yang lama untuk suam dan sesuai diminum. Susu kan tahan 4 jam dalam suhu bilik. Jadi, bila baby dah nak minum, terus capai EBM yang dah keluar tu tadi, letak dalam warmer / mangkuk air panas, 5 minit, terus boleh minum. Instead of, susu baru keluar dari fridge then baru nak dipanaskan, ambil masa lebih lama.

Haaa. Itu je kot perkara-perkara basic yang perlu diketahui dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu ni. Nampak macam payah? Tapi sebenarnya seronok! Masa mula-mula dulu memang liat sangat dan rasa leceh. Tapi bila dah biasa macam sekarang ni, rasa macam happy pulak. :))

Aku harap, entry ini dapat membantu kawan-kawan yang sedang dalam dilema. Echeh. You know who you are lah kan? Siapa makan Nasi Ayam, dia rasa Nasi Ayam lah! :D

Dengan ucapan, "YOU CAN DO IT!"

Bye! :)


Info Tambahan.

1. Susu yang sudah dipanaskan kena minum dalam masa 1 jam tau! Baby minum atau tidak, balance mesti kena buang. Itu pasal, kena sukat betul-betul ikut keperluan anak. Kalau letak lebih, baby tak minum dan buang, kan sayang? 

2. Frozen EBM yang sudah di-thawed MESTI digunakan dalam masa 24 jam. Sebab itu, aku letak EBM frozen nombor 2 dan 4. So aku yakinlah tak sampai 24 jam lagi EBM tu Najah dah minum. Lagi satu, kalau dah thawed-kan EBM tu, takleh bekukan balik tau. Must use it, atau buang. T__T

3. Label susu dengan tarikh dan masa mengepam. Ini bagi memudahkan korang kenalpasti mana yang nak gunakan dulu. Gunakan sistem FIFO - First In, First Out.

4. Buku Log tu bukan sahaja untuk rekod hasil mengepam, aku guna jugak untuk list down susu yang masuk peti beku. Sebab itu, aku boleh tahu berapa stok yang ada sekarang dalam peti beku.

FINISH! :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 16, 2012

Contest Anak Beranak.


Ini adalah sticky post. Scroll ke bawah untuk entry terbaru. :)


Saya dan anak-anak telah masuk 2 buah contest yang dianjurkan oleh Sweet Bonda. Saya jadi teruja sebab hadiahnya sangat best. Saya minta izin suami untuk masuk contest-contest ini dan pertama kali suami jawab, "Masuklah! Mana tahu ada rezeki?"

Selalunya, suami tegur kalau saya expose diri. Hehe.

Saya dan Anis Najah masuk contest 'I Love Exclusive Breastfeeding', manakala Anas Nashriq keseorangan masuk contest 'Happy Little Me!'. Ayahnya tak masuk contest mana-mana sebab pemaleww. Echeh.

Jadi, saya nak minta jasa baik kawan-kawan pembaca untuk LIKE gambar saya dan anak-anak. Caranya mudah sahaja. 

1. LIKE page ini dahulu.


2. LIKE gambar saya dan Anis Najah.



3. LIKE gambar Anas Nashriq.




... and you're DONE!

Saya harap, anda semua dapat support saya. 

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi support dan LIKE.

So much thanks in advance. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, April 13, 2012

Aku Dan Shaklee.

Waktu rehat hari Jumaat jangan disiakan. Mari update blog!

Aku memang dah niat nak cerita pasal Shaklee ni dengan lebih lanjut. Jangan salah faham, aku bukan distributor Shaklee. Aku tak layak pon nak buat bisnes-bisnes semua ni ha. Just nak kongsi apa yang aku rasa dari pengalaman aku sendiri. As I mentioned dalam earlier entry, aku consume Shaklee since dari dalam pantang. Aku makan Set C (Confinement) selama 40 hari. Berikut adalah apa yang ada dalam Set C.

1. Vita-Lea
Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan. Penggunaan harian, Vita-Lea boleh meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi, memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas. Bagi mereka yang sering mengalami kurang darah, Vita-Lea adalah salah satu vitamin yang akan saya sarankan ambil. Ini kerana ianya multivitamin yang lengkap dengan zat besi.

2. Vitamin C
Berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.

3. B-Complex
Terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin. Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, menukarkan makanan kepada tenaga - menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina. Menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik. Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang terdedah kepada sinaran matahari, terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak, mereka yang mempunyai sakit kencing manis, tekanan darah tinggi, migraine, mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan, mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan, mereka yang nak nampak cantik dan muda, mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya, wanita yang mengambil pil perancang.

4. Zinc Complex
Ia berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim). Mengapa orang Melayu suka makan ikan haruan selepas bersalin? Kerana ikan haruan mengandungi zinc, namun pengambilan yang mencukupi dapat diukur dengan tepat melalui pengambilan tablet zinc. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

Pastu, aku tambah Alfalfa untuk milk booster.
Alfalfa Complex kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin. Alfalfa terkenal sebagai milk booster dan mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai supplement mereka. Ianya juga berfungsi sebagai kacip fatimah.

Info kredit to Kak Cery dan Kak Beeha

Untuk harga, korang kenalah berhubung dengan distributor yang aku link back kat atas tu. Korang boleh deal baik punya sebab kakak-kakak ini sangat friendly dan tak lokek ilmu. Whatsapp malam-malam buta tanya soalan pelik-pelik pon dia boleh jawab. Aku lah tu. "Ampun Kak Bee!"

Untuk permulaan dalam pantang tu (Set C), aku just consume trial pack sahaja. Bila habis set berpantang, aku sambung pulak beli Set B (Breastfeeding) - pon aku beli trail pack. Sebenarnya belum cukup seru nak beli full pack terus. Takut nanti makan main-main dan hangat tahi ayam. Sampailah Najah dah nak masuk 4 bulan, baru aku berani order yang full pack. "Thanks Kak Bee susah-susah je sampai hantar ke rumah :) ."

Oh ya. Dalam Set B (Breastfeeding) tu, ada semua seperti yang aku makan dalam Set C. Cuma Zinc ajelah yang tak ada. Kalau nak add on Zinc tu lagi pon boleh. Kot manalah tahu luka bersalin tak baik lagi. Zinc sangat bagus untuk membaikkan luka tau. Aku masa nipple crack tu, telan 2 biji sambil letak minyak gamat terus baik. Wah bercakap macam doktor!

Ah-ha! Aku juga consume Energizing Soy Protin (ESP). Sangat bagus untuk menghasilkan susu yang pekat dan mengenyangkan Najah. Selain itu juga, aku add on lagi Ostematrix (kalsium) sebagai gantian kalsium dalam badan. Haruslah makan kalsium kan sebab kita breastfeeding then all calcium sudah disedut anak pastu Mama dia terbongkok-bongkok sakit badan sakit tulang. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, Ostematrix bertindak baik pada badan aku. Sekarang ni tak ada dah sakit badan yang maha teruk macam dulu. Azab hoi BF anak dengan badan sakit. Macam nak menangis!

Lagi satu. Lagi satu. Aku consume jugak Vitamin E. Tapi yang ini aku beli trial pack sahaja. Konon nak kulit cantik gebus. AHAK AHAK. Alhamdulillah, walau rupa diri tak berubah menjadi Siti Nurhaliza atau Rozita Che Wan, tapi aku dah rasakan beberapa perubahan. Tumit kaki aku yang dulu keras berdengkang dan kasar kini tiada lagi. WOI TUMIT AKU ADA LAGI CUMA YANG KASAR TU JE TAK ADA. Kulit terasa lembut (geli siot nak taip cenggini), dan badan tidak mudah dehydrated. 

Untuk lebih testimoni dan kisah menarik, boleh pergi blog Kak Cery dan Kak Beeha. Kat sana ada bermacam-macam ilmu dan pengalaman pengguna yang lain. Sangat syok dan motivated bila baca. Go! Go! 

Eh jangan go dulu, baca entry ni sampai habis.

Dari pengalaman aku sendiri lah kan, produk Shaklee ni memang sangat bagus (dengan izin Allah jugak) untuk maintain kesihatan si ibu. Ianya menjadikan badan aku sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Tidur lambat bangun cepat pon tak apa. Anak menyusu 2 jam sekali pon masih boleh rileks. Nashriq buat perangai sepahkan barang satu rumah pon boleh ketawa. Eh tak, itu aku tipu. Kekeke.

Kesimpulannya, aku boleh bekerja pagi sampai petang kat office dengan fokus, kemudian balik rumah sambung pulak buat kerja rumah - menyapu, mengemas, masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju. Kemudian layan seorang anak yang tengah aktif berlari sana sini melompat kerusi pergi meja. Seorang lagi anak nak kan perhatian ajak main bercakap pastu bergayut menyusu sambil senyum-senyum. Bila anak-anak dah tidur kang kena prepare segala barang esok hari pulak. Then suami ajak berbual tengok TV. Kan ke penat itu? Penat tahu? Tapi masih boleh rileks dengan Shaklee! Hebat tak? Hebat tak?

Banyak lagi sebenarnya kebaikkan produk Shaklee ni pada tubuh badan aku. Dari segi hal-hal kewanitaan khususnya. Tapi macam tak sesuai pulak aku cerita secara terbuka dalam blog personal aku sendiri. So, tak payahlah cerita okeh? Korang baca blog Kak Cery dan Kak Beeha tu pon dah boleh tahu kebaikkan macam mana yang aku maksudkan.

Sebenarnya kan, aku nak cerita benda yang lebih penting tau!

Dalam seminggu yang lepas, aku kena selsema dan ianya mengakibatkan susu aku merundum secara tiba-tiba. Serius aku risau nak hape. Jadi, aku pon contact Kak Beeha kat Whatsapp dan tanya apa yang patut aku buat. Kak Beeha kasi jadual makan vitamin yang betul and now I'm sharing with you guys!

Awal pagi : Minum 1 sudu ESP
Selepas sarapan pagi : Vita-Lea + Vitamin B
Selepas 1st pumping session : ESP (bancuh dari rumah) + Alfalfa
Selepas makan tengahari : Vitamin C + Vitamin E
Selepas 2nd pumping session : ESP (bancuh dari rumah) + Alfalfa
Selepas makan malam : Ostematrix + Noriday (kalau ambil) + ESP

Alhamdulillah, berkat makan vitamin secara betul dan konsisten (sekali lagi dengan izin Allah) bersama kerajinan membuat power pumping sekali sehari, susu aku telah kembali dengan jumlah yang lebih sikit dari sebelum mengamalkan jadual kat atas. Syukur sangat-sangat. Tak ada apa yang mampu membuatkan aku happy bila tengok susu dah kembali semula. :)

Cukuplah aku promote Shaklee ni. Macam over pulak.

Nak makan pastu nak pump. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015