Wednesday, September 28, 2011

Hilang Rasa Dalam Jiwa.

Semuanya sudah siap. Beg hospital untuk saya, dah siap. Beg hospital untuk baby, pon dah siap. Baju newborn zaman Nashriq dah siap basuh, iron dan lipat letak elok dalam bakul pakaian. Mana yang perlu beli, telah dibeli. Semua dah complete. Semua dah sedia. Secara zahirnya....

Tapi batiniah-nya?

Saya bagai hilang rasa. Saya hilang tuju. Saya takut. Saya cemas. Saya sedih. Saya gentar. Saya tak tahu kenapa. Segalanya bagai hilang fokus. Saya bagai hilang tapak berkaki. Hati saya sayu benar.

Saya sayang Emak. Saya sayang suami.

Saya cintakan Nashriq sepenuh-penuh hati saya.

Saya rindu Abah. Saya rindu Nashrah.

"Ya Allah, bukakan kekusutan jiwaku ini."

P/S : Simptom trimester ketiga, mungkin. T__T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, September 26, 2011

Minggu Ke-29.

Dua perkara yang bermain-main dalam fikiran sekarang ialah pasal nak pindah rumah dan persiapan kelahiran baby. Dua perkara ini dijalankan secara serentak dan maksima. Memang serius punya drain tenaga zahir dan batin. Lagi pulak dengan keadaan kesihatan yang tak berapa baik. Gila punya collapse.

Tapi, dalam collapse-collapse pon, Alhamdulillah banyak perkara dah hampir selesai. Rumah kuarters yang pada mulanya memang teruk benar untuk didiami telah berada dalam keadaan yang sangat-sangat elok dan selesa. Kami suami isteri dah cuci rumah berkenaan sehingga bersih dan sekarang tinggal proses pengecatan dan angkut barang-barang kecik dari rumah sewa kami sekarang. Barang-barang besar akan diangkut bersama lori pada hari yang masih belum ditetapkan.

"Ya Allah, permudahkan jalan kami."

Semalam, balik dari mencuci rumah, terus pulang ke rumah sewa dan projek membasuh baju newborn zaman Nashriq pulak. Penuh satu ampaian dengan baju-baju putih kecik comel berbau Sabun A-B-D. Hahahaha. Gila taksub siap beli softener dia sekali. Tapi terasa semangatnya bila menengok baju-baju kecik molek itu bersidaian. Ada lagi dua trip untuk basuh. Trip seterusnya baju-baju berunsurkan bayi lelaki (turun temurun Nashriq) dan baju-baju berunsurkan bayi perempuan (turun temurun sepupu sepapat). Semua sekali aku basuh sebab serius memang tak tahu jantina apakah si adik kali ini. Maka, kita pilih jalan selamat dan sediakan kedua-dua warna. :)

"Ya Allah, mudahkan juga jalan yang ini."

Selesai menyidai baju, belek-belek pulak Mom and Baby check list. Terus teringat yang beg hospital untuk ibu belum disediakan. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku bila menginjak minggu ke-29 ini kan? Maka, perlahan-lahan terjengket-jengket bukak pintu bilik sebelah untuk punggah segala barang dan sediakan beg hospital si ibu. Encik suami dah lama berlayar bersama si anak. Penat sangat agaknya membasuh rumah siang tadi.

Alhamdulillah, beg hospital si ibu dah siap sedia menunggu masa untuk diangkut. Tinggal nak siapkan beg hospital untuk baby aje. Barang-barang dah sedia, cuma masih mencari beg diaper yang sesuai. Tengah survey survey lagi ni. Tak tahu nak beli yang mana. Ingatkan nak pakai yang Nashriq punya dulu. Tapi tak berapa nak feel pulak. Echeh.

Oklah, secara tiba-tiba mood tak baik telah menyerang. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, September 23, 2011

Kongsi Cerita #3

Sudah beberapa hari saya tak buka Facebook dan blog. Saya baca notification dari Blackberry yang hidup segan mati tak mahu itu. Entah kenapa, saya rasa, saya sudah bosan dengan banyak perkara. Mungkin, saya semakin berusia dan saya fikir banyak lagi perkara penting yang harus disudahkan. Doakan saya baik-baik sahaja. Amin. :)

Dalam kesibukan Audit Negara menjengah pagi tadi, saya terima satu lagi email dari seorang sahabat baru. Syukur, Allah limpahkan saya dengan rezeki teman-teman yang tabah dan penuh cerita hidup. Saya kongsikan kisah hidup Sue dan saya harap kita semua dapat doakan yang terbaik untuk beliau.

Salam Aisyah,

Sy Sue dr KL. Kawan sya adalah pembaca setia blog Aisyah sejak pemergian puteri Aisyah dan dia yg mengsyorkan sya spya membaca blog Aisyah. Al-Fatihah buat arwah anak Aisyah & Arwah Najlah juga. Ya Tuhan, betapa tabah hati kamu berdua menghadapi segala dugaan yg tersangat getir ini.

Ketika pertama kali sya membaca kisah Nadia, airmata ini mengalir tanpa mampu ditahan2, sya xmampu mhabiskan cerita Nadia dlm satu masa, Sya ambik masa byk kali mbaca kisah Nadia shingga ke noktah yg terakhir. Sampaikan suami sya pon ttanya2 knpa sya mnages baca blog Aisyah lalu sya bg laptop kpdnya & sya terus ke blik mandi mcuci muka. Dan bila masuk bilik suami mluru memeluk sya seerat mungkin. Suami bkata plahan ke telinga sya "BB, abg nak bb skuat Nadia & Aisyah, kita lalui ujian ni bsama2. Kita doakan Ainul tenang disana" Airmata sya kembali menitis & akhirnya kami sama2 mnages mbaca blog AIsyah.

Sya baru shaja kehilangan puteri kesayangan sya yg diberi nama Ainul Mardhiah yg mbawa maksud Bidadari syurga. Ye skrg Ainul mungkin sudah tenang di syurga. Ainul dilahirkan pd 12 Sept 2011 iaitu 15 ari sebelum harilahir suami sya & ini hadiah yg paling syahdu buat suami sya.

Kisah syahdu sya bmula bila sya nak mbeli kelengkapan bayi, disebabkan kakak sya bru shja mlahirkan baby maka dia bmurah hati utk sedekah segala brang anaknya kpd bayi sya kelak. Kakak sya slamat melahirkn bayi lelaki yg sgt comel. & kakak sya msyorkan sya pergi scan utk tahu jantina baby kalo lelaki sya xplu beli apa2 & kalo perempuan sya perlu beli sdkit.

Lalu pd ptengahan ramadhan sya pun gigih ke klinik utk mbuat pmeriksaan jantina, dgn perasaan bkobar2 sya mlangkah masuk ke klinik. Stelah mlakukan scan muka doc tibe2 berubah. Kemudian dia minta izin sya utk mlakukan pemeriksaan sekali lagi & akhirnya setelah 4x scan dilakukan doc mberitahu saya yg dia xdapat lihat bahagian kepala bayi sya. Stelah pbincangan dibuat doc mrujuk sya ke pakar di HUKM. Tp sjujurnya jauh dlm hati sya bkata Bayi sya xapa2 & sya yakin!! Lalu surat dr doc itu sya renyuk lalu cmpak dlm kereta!! Sya xmahu terima kenyataan itu! Sya takut!!

Petang slepas bbuka puasa, suami ajak sya kuar makan di Kg Baru. Dlm kereta suami sya tjumpa surat yg sya konyokkan td. Lalu blakulah bebelan panjang bkenaan surat tsebut, yg akhirnya mbuat sya mnages bagaikan anak kecil. Suami mmujuk sya untuk pergi jumpa pakar di HUKM utk pastikan baby kami selamat. Spanjang malam sya xmampu nak lelapkan mata, sya asik memikirkan baby sya. Buat pgatahuan Aisyah, ketika itu bayi sya sgt aktif bgerak mana mungkin sya nak percaya bayi sya bmasalah?

Tp disebabkan desakan suami sya akur & pergi ke HUKM. Tp masa tu nurse di HUKM bg satu satu tarikh lain krn masa tu dh hampir hari raya maka nurse suh sya dtg lps raya.Spanjang hari raya hati sya xtenteram, sya takut khilangan bayi sya & sya myesal pergi scan!!! sgt myesal!!

Hari temujanji yg dtetapkan sya pergi ke HUKM sorng diri krn suami sya sibuk dgn peperiksaan UPSR. Doc mlakukan imbasan pd kandungan sya kmudian dia pangil 2,3 org doc lain & mereka juga mcari imej bayi sya. Mlalui monitar sya dpt lihat kaki & tgn bayi sya mgapai2.. Indahnya segala rasa takut sya hilang bila mlihat bayi sya aktif bgerak.

Tiba2 doc salmi suruh sya bpindah ke bilik sbelah yg ada scan 3D alasan doc salmi bhagian kepala bayi sya xnampak jelas. Sya masih tsenyum krn sya yakin bayi sya sihat!! Tp akhirnya senyuman sya mati bila doc salmi gemgam jari sya minta sya bsabar. "Puan, stelah pmerhatian kami ermm bayi puan xmempunyai tempurung kepala dan kami tpaksa mhentikan kandungan puan & mgeluarkan bayi puan. Bsabar byk2 puan"

Ya Allah, dugaan apa yg kau berikan pd aku? knapa aku? knpa aku? ini tidak adil!! hanya itu yg keluar dr mulut sya & doc salmi yg sedang sarat mgandung dtg merangkul sya, memeluk sya dgn erat smbil tidak putus2 minta sya bsabar kmudian sya dh tak sedar apa yg blaku. Segalanya kelam, sedangkan bayi sya masih bgerak aktif!!

Suami sya dtg & memeluk sya dgn erat. sya menages skuat hati sya, sya meraung sepenuh hati.Sya xmampu nak hadapi situasi ketika itu. Bayi sya masih aktif bgerak tp doc mahu sya gugurkan bayi sya?? Tidak!! tak mngkin sya izinkan semua itu blaku! sya xmahu!! Suami bkali2 mmujuk sya, smuanya tpaksa dilakukan demi keselamatan sya. Pelukan suami sya xmampu buat sya kuat utk terima smua kenytaan ini, & sya terus menages & mnages..

7hb sept 2011
sya dmasukkan ke wad, sya diasingkan dr pesakit2 lain. Sya diletakkan di bilik khas, bilik pengasingan hanya doc salmi & Prof Zainul dbenarkan merawat sya. Nurse juga begitu. Hanya bberapa nurse shaja yg dbenarkan masuk kdalam bilik sya. Doc Salmi dtg melawat sya & mgemgam erat tgn sya minta sya tabahkan hati & Doc Salmi bjanji akan mlakukan sebaik mungkin. Jam 3pm doc memasukkan 2bji ubat cytotec yg mana bfungsi sbgai ubat utk memaksa bsalin scara normal. Saat doc masukkan ubat tu sya mnages xhenti2, Doc bkali2 mohon maaf pd sya jika dia mdatangkan ksakitan pd sya. Tp sbrnya sakit yg sya rasa tu xsesakit perasaan sya utk mlepaskan puteri sya. Bkali2 sya mluahkan rasa kesal pergi scan yg akhirnya mbawa bencana pd diri sya & bayi sya. 2jam berikutnya sya terasa sakit di bahagian pinggang & ari2. Segalanya kejang & suami mnekan loceng mberitahu nurse kdaan sya. Doc masuk & memeriksa jalan. Tp bukaan baru 1cm. Sedangkan sya sakit teramat sgt, Suami mrayu Doc Salmi bg sya ubat tahan sakit, dia xsanggup mlihat kesakitan sya. Doc Salmi setuju lalu mberi satu suntikan yg akhirnya mbuat sya tlelap.

8hb Sept 2011
Sya sekali lg dmasukkan 2bji cytotec 400mg, tp kali ni sya xrasa sakit langsung. Walaupon setelah 4jam sya masih cergas & bguling2 kbosanan di ats katil. Prof Zainul dtg btanya khabar sya. Airmata masih mjadi teman setia sya. Prof Zainul byk mberi sya skongan. Jam 8mlm Doc Salmi dtg memeriksa jalan. Ketika itu bukaan hnya 2cm.

9hb Sept 2011
Stlah pbincangan dbuat, Pakar2 mmutuskan utk mnukar ubat. Sya dmasukkan D8 2btg! Sya rasa kesakitan Nadia!! Sgt sakit..Tp oleh krn hati sya kosong maka segala rasa blalu kosong. Suami sentiasa disisi sya walaupon tpaksa bkejar dgn anak2 murid yg akan ambik UPSR. 14jam kmudian D8 keluar, Doc memeriksa jalan sekali lg bukaan jalan hanya 1.5cm shaja.

10hb Sept 2011
Doc mmasukkan 3btg D8 sekali lg, tetapi ketika ini sya sudah bputus asa, sya marah, sya sedih, sya kecewa, sya nyatakan pd Doc Salmi sya xmah teruskan smua ni lagi, sya nak balik. Soal anak sya biarlah hnya Allah yg tentukan. Sya sntiasa bdoa agar ada k'ajaiban akan blaku. Semoga Allah berikan anak sya tempurung kepala! sya sgt2 berharap..Suami sya minta kbenaran utk mbawa sya pulang krn keadaan sya sgt2 tertekan. Walaupon sya diasingkan di bilik khas tp telinga sya masih mnangkap tangisan bayi diluar bilk sya. Keadaan itu sgt mbuatkan sya tertekan!! Akhirnya dgn kebenaran bsyarat sya dbenarkan pulang. Alhamdulillah

11hb Sept 2011
Sya kembali ke 'hotel bosan' sya & tpaksa mlalui hari2 bosan. Anak sya kekal aktif ketika ini. Setiap kali solat sya bdoa agar kuasa Doc xmampu mgeluarkan bayi ini dr perut sya. Sya bdoa xputus2 agar scan Doc ttg kandungan sya silap! Sya masih yakin anak sya sempurna & sihat.

12hb Sept 2011
Doc masukkan 2biji cytotec, namun kali ini rasanya agak blainan. Sya merasa kebas2 kaki & pinggang, suami mgurut perlahan smbil mhembuskan ayat2Al-quran spaya memudahkan sya bsalin.Jam 6.30pm ketika sya brehat2 sya rasakan ada air yg sgt banyak keluar dr faraj sya, Dlm hati bdebar2 adakah krn ubat yg banyak sya gagal mgesan rasa kencing. Suami skali lg memicit loceng utk memangil nurse. Sya panik, sya menages lagi! Doc Salmi mnenagkan sya katanya itu air ketuban, & dia memeriksa jalan bukaan masih 1cm! Kemudian Doc Salmi minta sya brehat stelah nurse tukar cadar yg basah lencun dek air ketuban sya td.

10minit kemudian, sya rasa sakit yg amat sgt. Suami bg sya minum air yg tlh dhembus dgn ayat2 Al-quran utk mmudahkan sya bsalin. Sakit makin kerap & Suami sekai lg merayu supaya sya dberikan ubat tahan sakit tp kali ini Doc Salmi xmberi kata setuju sebaliknya meminta sya bsabar & btahan. Pd jam 7.30pm, suami mintak diri utk pulang krn dia ada tuisyen utk murid2 yg akan ambik UPSR esoknya. Dgn berat hati sya mlepaskan suami pulang.

5minit kemudian, sya rasakan sesuatu keluar dr faraj sya. Sya dapat rasakan faraj sya sdikit kembang & sesuatu sedang keluar. Sya takut, tgamam, keliru tp jari sya cepat mnekan loceng. spantas kilat seorang doc pelatih dtg & mberitahu sya bukaan td baru 1cm jd sya plu tahan sakit & tnggu shingga 4cm baru sya akan dbawa ke labor room. Sya merayu pd doc tu spya tgk apa yg keluar sbp sya yakin sesuatu keluar dr faraj sya & kali ini sya yakin bukan air ketuban! Tp Doc pelatih tu blalu mninggalkan sya yg ketakutan!

Tbe2 sya terasa ada jari jemari kecil mguis peha sya.. kali ini sya mberanikan diri utk lihat apa yg ada di situ. Ya Allah sya lihat bayi kecik sya sedang brusaha keluar! sya tekan loceng sekali lg kali ini doc pelatih yg sama dtg dgn wajah mcuka & dgn keras dia mintak sya bsabar katanya "puan, sakit nak bsalin mmg mcm tu la. Boleh sabar x?" serentak dgn tu sya mbaling bantal ke arah doc pelatih tu. Sya mjerit dgn sekuat hati "anak aku dh keluar la bodohhhhhhh" Dgn muka masam mcuka dia myelak kain sya & dia terus blari keluar & beberapa org doc & nurse kelam kabut mbantu sya.

Sya ditolak kdalam lif utk ke labor room, sya sempat mnelefon suami sya bgtau yg bayi kami sdg kluar, suami bjanji akan dtg dgn segera. Belum smpai ke labor room sya dapat rasakan tapak kaki kecil itu mlonjak peha sya utk keluar, sya dapat rasakan jari jemari & kakinya mguis2 peha sya. Smapi di labor room Doc yg myambut bayi sya memaklumkan pd sya yg bayi sya dh keluar habis kata Doc tu "baiknya anak ibu, dia bawak keluar uri dia sekali" sya kehilangan kata2.. Sya mintak pd doc utk mlihat anak sya, walau pd mulanya doc keberatan tp stlah sya maklumkan sya tahu hayat anak sya tdk lama jd sya mohon doc bg sya peluang utk mnatap wajah anak sya.

Mengigil tgn sya menyentuh bayi sya pd kali ptama, sya usap bibirnya yg mirip suami sya, matanya, hidungnya smua mirip suami sya, sya cium pp keciknya, sya dengar dengusan nafasnya yg amat plahan, dgn airmata yg bcucuran sya dakap si kecil sya dgn erat, sya gembira melihat puteri sya. Tgn si kecik sya mgapai2 lalu sya pegang jarinya yg runcing & dia mbalas gemgaman sya! dia mgemgam jari kelingking sya, sya sebak, sya merayu dlm hati merayu kepada Allah jgn diambik puteri sya itu. Sya mnelefon suami mberitahu puteri sya menanti khadiran suami. Si kecil sya msih bnyawa wulpon smakin lama smakin perlahan, sya tetap mbelek2 badan si kecil sya. Doc & nurse seolah memahami situasi sya & mereka mberi sya ruang utk bsama si kecil sya yg semakin lemah nafasnya. sedang sya asik meneliti wajah si kecil tbe2 jarinya tlerai dr gemgaman sya. Sya lihat dadanya bhenti bdegup, sya lihat perutnya kaku. Doc memeriksa bayi sya & Doc memandang sayu ke arah sya "Puan, dia sudah pergi". Sya menages & meraung. Sya xmampu mnerima kenyataan itu, sya minta doc mlakukan bantuan penafasan pd bayi sya. Doc panggil suami sya di luar & suami sya mdakap sya erat "sayang, mgucap syg, mgucap banyak2. Jgn mcm ni syg, kita kena redha. Ni smua ujian utk kita syg, Abg xsanggup tgk syg mcm ni. Tlg abg syg, jgn mcm ni"

Sya masih merayu suami agar buat ssuatu utk selamtkan bayi kami. Tp akhirnya saya tpaksa akur bayi sya mmg telah pergi... kami bpelukkan airmata suami sya tumpah jua akhirnya.

13hb Sept 2011
sya & suami pergi ke bilik mayat utk menuntut jenazah puteri kami, Sya mohon pd Ustaz yg mguruskan jenazah puteri sya utk mnatap wajahnya buat kali t'akhir. Sya & suami dbawa masuk ke bilik mayat. Slama ni sya adlah org paling penakut tp entah kekuatan dr mana sya masuk ke bilik mayat dgn ditolak suami mgunakan kerusi roda, Ustaz mbawakan jenazah anak sya, sya usap wajahnya yg kaku, sya usap jari jemarinya yg sejuk & airmata sya tumpah lagi utk kesekian kalinya. Suami mgemgam erat tgn sya mcari kekuatan utk bhadap saat getir itu.

Jam 2pm, Ustaz memaklumkan urusan pengebumian akan blangsung. Sya minta pd suami utk mhantar jenazah shingga ke liang lahat. Ustaz bkali2 btanya minta kepastian dr sya mampu @ tidak sya mhadapi. cekal @ tidak sya melihatnya nanti. Sya tekadkan hati sya tetap mahu mhantar Puteri sya shingga ke akhirnya. Kmudian ustaz & suami sya akur.

Lalu jenazah anak sya yg telah siap dikafan diserahkan pd sya, bau kapur basuh mnusuk hidung sya, hanya alunan zikir mampu sya alunkan buat puteri sya. sya memangku jenazah shingga ke perkuburan, kemudian suami sya mgambil alih memangku jenazah swaktu di pkuburan. Sebak hati sya mlihat jenazah anak sya dmasukkan ke liang lahat. Dada sya seakan mahu pecah, airmata sya xhenti2 mgalir, kaki sya mgigil, seluruh badan sya sejuk, sya tlalu sedih dgn kehilangan bayi sya.. Selesai urusan pkembumian sya pulang ke wad & bkemas pulang. Doc Salmi dtg memeluk sya dgn erat & mbisikan kata2 semangat buat sya. Sya kaku, kelu xbkata apa, sluruh alam sya rsakan ksong, dunia seakan bhenti bputar...

Hari ni genap 1minggu & 4hari setelah pemergian puteri kesayangan sya, Sya melalui hari2 pantang dgn hati yg sgt hiba & masih myesali tindakan sya pergi scan. Sya mlayan lara dihati sya, mbiarkan suami sya sendri, sya tgelam dlm dunia kesedihan sya, shinggala suami sya mnages & melutut di depan sya mohon sya bangun & bangkit dr kesedihan ini, Sya xmampu Aisyah, impak Ainul tlalu kuat pd sya. Suami kmudian mbwa sya mhadiri kaunseling di HUKM & pulang dr HUKM teman sya yg merupakan pembaca setia blog Aisyah minta sya mbaca blog Aisyah & sya mbaca kisah Nadia..

Bersama airmata yg bcucuran sya akur pd takdir Allah, sya mnages semahu2nya, suami memeluk saya & minta sya jd setabah Nadiah & Aisyah. Suami sya bterima kasih pd Nadiah & Aisyah yg bkongsi kisah kehilangan ini pd sya. Skurang2nya sya sedar sya tidak mhadapi smua ini seorang diri. Org lain juga pernah mhadapinya. Suami sya bkali2 myakinkan sya yg sya juga akan mlalui pjalanan hidup aisyah skrg yg bahagia dgn kehadiran insan baru.. Sya mohon segala ini blalu dgn cepat. Sya juga xputus2 mohon sinar hidup yg melingkari Aisyah akan blaku jua pd sya agar mampu sya ubat duka di hati sya ini..

Al-Fatihah buat arwah Ainul Mardhiah.. semoga Ainul tenang di sana. Ibu redha sayang, pergilah sayang bsemadila dgn aman sayang. Aisyah & Nadia suami sya bdoa agar kekuatan yg ada pd kalian bdua akan dipinjamkan buat sya juga. Insya Allah.

Saya harap, tak ada siapa yang menganggap saya mengambil kesempatan atas kesedihan orang lain. Niat saya cuma satu, berkongsi rasa dan mengambil ikhtibar atas tiap ketabahan insan-insan terpililih ini. Mungkin ada gunanya untuk saya. Mungkin juga untuk anda yang lain.

Al-Fatihah ya Ainul Mardhiah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, September 19, 2011

Kongsi Cerita #2

Kehidupan saya tak berapa nak menentu sekarang. Banyak sangat perkara yang harus diselesaikan. Keadaan kesihatan pon tak berapa baik. Jadi, mood untuk ber-blog pun telah mati buat sementara waktu. Sampai suami pon bertanya malam tadi, "Eh, awak dah lama tak update blog?".

Saya jawab ringkas, "Malas". :)

Tapi, ada sesuatu yang ingin saya kongsikan. Kiriman email dari seorang sahabat yang benar-benar menyentuh hati saya. Saya rasa, saya patut kongsikan dengan anda semua. Mana tau, kita akan dapat ikhtibar dan dalam masa yang sama berkongsi rasa dengan sahabat kita ini.

Email diterima hari Sabtu, 8.57 malam.
Assalammualaikum aishah..saya Nadia..saya ni bolelah dikatakan sbg silent reader aishah yg setia..tp baru shj lagi iaitu sejak putri pertama saya kembali ke rahmatullah pd 24 Ogos yg lalu iaitu pada hari ke-24 Ramadhan..Sejak itu bermulalah kisah duka yg teramat pilu dlm hidup saya..

Kisah saya dan pglman aishah kehilangan nashrah dahulu mungkin sedikit berbeza..Saya telah selamat melahirkan anak sulung yg dinanti selama setahun pada 3/8/2011,pd pukul 1.02pagi secara normal.Najla Batrisya nama diberi..Namun Najla dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pd 30 minggu kehamilan kerana preterm premature rupture of membranes atau pecah air ketuban pramatang dgn berat cuma 1.5kg..

Selama 5 hari Najla diletakkan dalam incubator dan disuntik antibiotik..Selama itu juga saya bekalkan Najla dgn EBM..Saya berulang-alik setiap hari ke hospital utk melihat Najla..Alhamdulillah pd hari ke-6,Najla sudah bole tinggal di luar incubator dan tidak disuntik antibiotik lagi..Namun,Najla masih perlu tinggal di wad A3 (di HSA) kerana berat yg tidak mncukupi..

Pada hari ke-7,saya dihubungi pihak hospital memaklumkan anak saya telah diturunkan ke wad A2 dan saya dipinta utk tggal bersama Najla utk belajar direct bf..Selalunya bayi2 yg tidak cukup bulan tidak kuat dan tidak mahir utk suck sewaktu bf..Jadi kehadiran saya di situ amat perlu untuk najla berlatih sebelum keluar hospital..Sejak itu,saya tinggal bersama Najla dan saya sgt gembira dpt bersama Najla setiap hari..Saya gembira dapat peluk dan cium dia tiap saat..Saya gembira melihat Najla yg begitu aktif..Saya gembira melihat kenaikan berat Najla setiap hari..Saya sangat gembira dan bahagia bersama Najla walaupun saya menguruskannya seorang diri dalam keadaan diri sendiri yg tidak berapa terjaga..Saya bahagia ketika itu aishah..Suami saya juga terlalu teruja dgn kehadiran najla yg dinanti2 selama ini..Tidak putus2 ucapan terima kasih yg keluar dari bibirnya kerana telah melahirkan zuriatnya..Segala persiapan dari kamar tidur,peralatan mandi,alat permainan,pakaian2 yg comel disediakan oleh suami sewaktu saya dan najla di hospital..Membayangkan segala persiapan itu,saya tidak berputus asa untuk membangunkan najla setiap 3 jam untuk memastikan berat najla sentiasa bertambah agar najla lekas keluar..Ahli keluarga dan rakan2 juga tidak sabar untuk berjumpa si kecil najla..Saya begitu teruja utk menyambut aidilfitri bersama najla dan suami..Najla begitu menghiburkan hati kami..Walaupun saya tidak cukup tidur menjaga najla di hospital,tapi perasaan saya cukup bahagia..Sangat bahagia sehingga masa yg berlalu tidak saya sedari..

Namun semua tu tiba2 berubah jd satu peristiwa yg sy tak boleh lupakan spi bila2.. Pada hari ke-18,muka Najla beberapa kali bertukar biru utk seketika..Susu yg diminum muntah beberapa kali..Saya rujuk pd MO yg ada dan doktor kata kmungkinan Najla tersedak susu..Namun semua tu jd lebih dr apa yg disangka.(Aishah,saya x mampu nk tulis balik apa yg berlaku pada hari tersebut..saya belum cukup kuat utk ingat balik..saya masih bersedih lagi dengan setiap kenangan yg saya lalui bersama Najla..saya masih lagi trauma).

Najla dimasukkan ke wad NICU A4 selama 6 hari kerana jangkitan kuman yg menyerang paru2 dan mengganggu sistem pernafasan Najla..pada hari ke-6,kesihatan Najla bertambah baik..mamun semua itu tidak lama..lebih kurang pukul 6.30petang,23/8/2011,najla lihat saya dan menangis sekuat hati..saya rasa tak sedap hati..saya nampak di kerongkong najla penuh susu..najla muntah lagi!Saya jerit panggil staff nurse,kemudian mereka lakukan rutin biasa utk menyedut keluar susu yang tersekat..Hati saya berdebar..Kuat dalam hati saya mengatakan ada sesuatu yang tak kena..Selepas susu disedut keluar,saya tak tinggalkan najla..Saya tak sedap hati..Betul telahan saya..5minit selepas itu bacaan oksigen najla drop dari 96% ke 17%!Saya panik dan saya jerit sekali lagi panggil staff nurse..Keadaan jadi kelam kabut..Najla segera dibantu dengan ventilator..Mesin yang begitu canggih itu tidak dapat membantu pernafasan najla ketika itu..Saya faham melalui pemerhatian saya dari ruang cermin apabila beberapa staff nurse di situ memeriksa pernafasan najla menggunakan steteskop..Paru2 najla tidak expand!

2 orang HO datang,tapi mereka tiada kepakaran dgn keadaan najla..Seorang staff nurse bergegas menghubungi MO dan memaklumkan keadaan najla..Saya berdoa agar MO segera dtg..Saya tak nak kehilangan najla ketika itu..Lebih kurang pukul 7.45malam,MO datang diikuti doktor pakar..Saya dapat lihat doktor melakukan CPR dan bantuan utk jantung najla berdegup sebab saya dapat dgr dan lihat bacaan jantung najla di mesin, drop hingga bawah 20 dengan bunyi amaran yg begitu kuat..Ya Allah!Suami terus solat hajat..Saya hampir jatuh terkulai tapi saya tetap terus berdoa..Saya hubungi semua ahli keluarga dan rakan2..Saya juga turut segera publish di fb minta rakan2 fb doakan..Alhamdulillah mereka terus berdoa,ada yg berjemaah buat solat hajat,bacakan yassin,rakan2 di fb juga ada yg publish di wall masing2 minta mendoakan anak saya..Begitu ramai yg mendoakan kesejahteraan anak saya ketika Najla sedang kritikal.

Bantuan yg diberikan oleh doktor berlarutan sehingga 3 jam lamanya..hancur luluh hati saya bila melihat najla dicucuk-cucuk hingga lebam setiap penjuru tubuh kecil itu..Tilam najla penuh dgn darah kesan tusukan jarum untuk memasukkan pelbagai ubat dgn dos maksimum. Hinggakan suatu ketika yg amat kritikal,salur darah najla sukar untuk ditemui,doktor terpaksa mencari salur darah di kepala najla..Najla terus bertarung nyawa..Saya dan suami bertarung air mata dan tidak putus2 berdoa kepada-Nya..pukul 10.30 mlm,keadaan Najla kembali stabil dan najla begitu aktif..Aktif seperti hari2 sebelum dimasukkan ke ICU..Mata najla terbuka luas dan najla tersenyum bila saya berdiri di sisi..Najla terus melihat2 sekeliling dan memandang ke arah family saya yg hadir..Pertama kali najla memandang dgn wajah yg begitu menggembirakan dan melegakan hati semua org..Begitu comel dan wajah terakhir itu tidak mungkin akan dilupakan sampai bila2..

Saya terus merujuk kepada doktor pakar ttg keadaan najla. Menurut doktor,keadaan najla sangat2 tidak stabil kerana daripada sample darah yg diambil didapati terdapat kandungan garam yg sgt tinggi apabila antibiotic dimasukkan untuk melawan serangan kuman menyebabkan jantung najla terhenti dan najla berhenti bernafas..Keadaan najla sgt2 tidak diduga sebegitu rupa kerana najla dijangka akan sembuh dan keadaannya jauh lebih baik sebelum ini berbanding bayi2 lain yang sedang kritikal..Namun melihat keadaannya yg aktif kembali,doktor tetap suruh saya berdoa kerana bila2 masa shj apabila ubat2 yg dimasukkan telah habis digunakan,najla akan kembali tidak stabil..Sempat saya bisikkan pada najla sambil merenung matanya dalam2,"Najla,terima kasih sebab masih bersama ibu..Najla kena kuat ye sayang..Ibu akan kuat supaya Najla kuat..Nanti Najla dah sihat,Najla dah boleh minum susu ibu..".Najla tak berkelip dan tak henti memandang wajah saya..Sewaktu itu,ingin sahaja saya mengangkat dan memeluk najla..Namun dengan wayar dan tiub yang berselirat tidak memungkinkan saya utk melakukan semua itu..Air mata saya tahan sedalam2nya walaupun jauh di sudut hati,hati saya remuk melihat keadaan najla sebegitu rupa...

Saya mengambil keputusan utk tetap di situ bersama suami..Suami tidak berhenti berdoa dan solat hajat di luar wad bersebelahan dgn tingkap yg menempatkan najla..Kami suami isteri saling berpelukan,cuba menguatkan hati masing2..Saya tidak henti2 memohon maaf daripada suami atas dosa2 saya selama ini..Waktu itu,saya dapat rasakan cinta kami suami isteri begitu utuh..

Lebih kurang pukul 3 pagi..saya yg sedang berbaring atas riba suami di luar tingkap wad terdengar bunyi mesin oksigen najla..bunyi itu begitu kuat dan saya faham dgn maksud bunyi itu!Najla berhenti bernafas!Saya berlari masuk ke dalam wad,suami terus sujud memohon kepada Allah..Sekali lagi Najla cuba dibantu oleh beberapa staff nurse dan doktor..Pelbagai bantuan dibuat tapi akhirnya..Najla tidak memberi sebarang respons..Bacaan jantung dan oksigen najla tidak dapat dikesan..Doktor suruh saya memanggil suami,dan menyatakan keadaan najla sudah tiada harapan..Saya genggam tangan suami erat2..Air mata ditahan..Kami diizinkan utk memegang najla..Kornea mata najla menebal,najla kaku,dan matanya terbuka dan tidak boleh ditutup..

Saya dan suami masing2 memegang tangan najla kanan dan kiri..Kami bisikkan kalimah2 Allah dan shahadah..Tiba2 najla memegang erat tgn kami..Begitu erat seperti genggaman tgn org dewasa..Dan tiba2 juga bacaan oksigen najla meningkat kepada 100% dan bacaan jantung najla meningkat kepada 166..Saya tergamam..Doktor juga bingung..Saya dan suami diminta ketepi dan pemeriksaan dilakukan.."Dia masih ada lagi..",kata doktor..Namun saya tahu,najla masih ada kerana ingin menguatkan hati kami supaya redha dengan pemergiannya nnt..Saya tahu najla tidak mahu kami ralat dan ingin bersama kami utk suatu ketika yg lebih lama..Gerak hati saya begitu kuat sbg seorang ibu..Saya bisikkan pada suami,"kita jgn siksa dia lagi ye..".Suami yg begitu inginkan najla tertunduk,bibir diketap kuat,air mata yg ditahan2 tertumpah dan akhirnya akur bila saya berkata sedemikian..Saya tahu suami takut utk terima hakikat itu..Entah dari mana kekuatan dtg utk saya redha dgn apa shj ketentuan-Nya tika itu kerana saya yakin Dia lebih tahu apa yg terbaik untuk kami bertiga..Sedari awal kami tidak berputus asa berdoa walaupun kdgkala saya sendiri hampir mengalah..Dan najla begitu jua..Tidak berputus asa bertarung nyawa utk memenuhi permintaan kami suami isteri utk hidup bersamanya..Najla begitu kuat.."Sekuat ibunya..",kata kakak saya.Saya tidak tahu dimana org lain melihat kekuatan saya selama ini apatah lg pada waktu segenting itu...

Pukul 5pagi saya mengambil keputusan utk memaklumkan pada semua ahli keluarga bahawa najla sdg nazak tapi dihalang oleh suami saya..Renungan yg sepenuhnya berharap agar keajaiban berlaku dari mata suami..Saya bisikkan padanya,"Kita berdoa dan berharap keajaiban-Nya ye..".Suami saya angguk..Kami terus berdoa namun hati saya tidak sedap dan terbayang betapa ralatnya ahli keluarga saya jika tidak dapat menghadap najla di saat2 itu..Pukul 5.30 pagi saya pujuk suami..Saya bgthunya,perlu utk maklumkan pd semua..Suami akur..Saya terus menghubungi ahli keluarga dan rakan2..Tidak sampai sejam,wad A4 tiba2 dikerumuni oleh rakan2 karib dan ahli keluarga yg ramai..Saya minta izin doktor utk ahli keluarga saya masuk secara bergilir ke ICU itu..Doktor mengangguk dan memenuhi impian saya walaupun peraturan seharusnya tidak membenarkan..Syukur mereka seolah memahami..Semua ahli keluarga yg hadir akhirnya buat pertama kali dan terakhir dapat memegang najla sejak 22hari yang lalu..Saya dapat lihat wajah2 yg begitu berduka dgn keadaan najla pd saat itu..Air mata saya seperti tidak mahu keluar lagi..Saya redha dan berserah pada-Nya..

Bacaan yassin dan kalimah2 Allah terus berkumandang di wad A4 pada subuh yg hening itu..Suasana jadi begitu sayu..Bayi-bayi lain seolah2 turut mengerti bahawa Najla akan pergi selamanya..Suasana jadi sunyi sepi..Yg kedengaran hanya esakan air mata kami,dan bunyi2 mesin diselang-seli dgn bacaan kalimah2 suci Allah..

Pukul 8pagi,doktor pakar hadir,pemeriksaan dilakukan dan memaklumkan kpd kami,najla sudah tiada harapan lagi..Doktor pakar menunaikan impian terakhir kami untuk memeluk dan memangku najla..Segala wayar dan tiub yg berselirat pada tubuh kecil najla dicabut..Akhirnya saya dan suami dpt memangku najla utk terakhir kalinya..Jari-jemari Najla masih kuat memegang jari saya..Doktor dan sister memeluk saya dari belakang..Berharap agar saya tabah menghadapi saat2 kehilangan itu..Saya peluk dan cium najla berkali2..adik beradik bergilir masuk mencium najla yg masih lagi bernyawa..saya jelas dpt melihat ahli keluarga yg lain sdg melihat saat2 hiba itu dari luar tingkap sambil meraup muka mengesat air mata dan berserah kepada-Nya..semua spt x sggup melihat saat2 terakhir si kecil itu bertarung nyawa..

Tepat pukul 8.20pagi,mata najla yg sejak tadi terbuka tertutup sendiri..Genggaman yg begitu kuat dilepaskan..Najla tersenyum..Saya terus memanggil doktor..Selepas diperiksa,doktor memandang saya dan menggelengkan kepala..Innalilahiwainnailaihirojiun..
Ya,Najla sudah tiada lagi..Saya serahkan Najla kepada mereka utk prosedur pembersihan.Saya dan suami berpelukan..Anak yg kami sayangi telah dijemput Illahi...

Prosedur memandikan dan mengkhafankan saya pinta pihak hospital uruskan..Saya sentiasa ada utk setiap prosedur itu..Tubuh kecil itu seperti bayi-bayi cukup bulan yg lain..Cukup besar..Wajahnya yg mulus dan tersenyum selepas nafas terakhir cukup menggamit hati semua yg melihat..Rakan2 turut hadir dan memeluk saya seeratnya..Puluhan mesej diterima sejurus beberapa minit najla meninggal..Begitu pantas berita pemergian najla diketahui semua..Saya tidak tahu untuk berkata apa..Tergamam..Namun masih boleh tersenyum pada semua yg hadir..Jenazah najla dikebumikan di Muar,kampung halaman suami saya..Perjalanan kami dipercepatkan dari Johor Bahru ke Muar utk urusan pengkebumian..Saya dan suami bergilir memegang jenazah najla..Suasana dlm kereta begitu sepi dan memilukan..

Setibanya di Muar,saya masih memeluk erat tubuh kaku najla..Semua seakan mengerti dan membiarkan saya beberapa ketika..Akhirnya saya dipujuk jua utk melepaskan najla agar tidak menyiksanya sedemikian rupa..

Aishah...Saya mengambil masa yg agak lama untuk menulis kisah ini..Berhari2 saya cuba untuk menghabiskan cerita najla ini..Selalunya terhenti bila saya tidak kuat utk mengingatnya kembali..Dan saya akn segera sambung bila teringatkan aishah..Saya bercerita ttg blog aishah pd suami,keluarga,dan rakan2 saya.Betapa saya ingin jd setabah aishah..Saya terasa ingin memeluk aishah dan menangis di bahu aishah kerana saya yakin aishah sgt mengerti apa yg saya rasa kini..

7tahun yg lalu saya kehilangan kedua ibu bapa saya..Beza tempoh kematian mereka hanyalah 49 hari bermula dgn pemergian abah tercinta dan diikuti mak tersayang..Saya baru menginjak 18 tahun tika itu..Personaliti saya berubah sejak itu.Saya jadi seorang yg sukar diduga..Hinggalah saya bertemu cinta hati saya iaitu suami saya dan kekuatan cinta kami menghadirkan najla,permata yg akan dikenang dan dirindui sampai bila2..Saya begitu trauma aishah..Hanya suami tempat saya mengadu air mata setiap hari..Kadangkala saya jadi hilang kewarasan bila terlalu rindukan najla..Dan suami akan memeluk saya sambil menangis dan berkata,"ayah xnak kehilangan ibu pulak..tolong ibu...". Saya sedar saya masih lagi ada suami yg begitu menyayangi saya sejak mula..Dan saya yakin,suami aishah pasti menutur perkara yg hampir sama sewaktu aishah sedih kehilangan nashrah dulu.."Ibu,ayah nak hidup bersama ibu..Ibu kena hidup utk ayah ye..",kata2 itu keluar dari mulut suami bila saya tiba2 perlu dihantar ke labour room setelah bukaan serviks 4cm dan saya sendiri terkejut dimaklumkan akan bersalin bila2 masa..Dan kata2 itu sedikit sebanyak menguatkan saya bila saya terlalu sedih utk hadapi kehilangan najla..

Maaf kerana saya menulis begitu panjang..Saya tiada masalah jika aishah ingin berkongsi cerita saya pd blogger yg lain..Saya pun mmg berhasrat utk hasil tulisan saya ini menjadi bacaan dan rujukan pada ibu2 di luar sana..Dahulunya saya juga ada blog seperti aishah..Tetapi penulisan saya telah terhenti dan saya telah padamkan blog saya..Begitu juga dgn fb..Saya ambil masa utk kembali semula kerana saya amat sedih melihat rakan2 seangkatan saya telah selamat atau menunggu hari utk melahirkan ank masing2..

Suka saya sekiranya rakan2 aishah yg membaca kisah saya nanti memberi sokongan kepada saya..Serta mendokan ketabahan hati saya dan suami..Sejak najla meninggal,sehingga ke hari ini saya masih lagi tidak berhenti menangis aishah..Rasanya tiada satu hari pun yg tiada air mata..Walaupun saya tetap ingat najla pasti menunggu saya dan suami di pintu syurga,hati saya tetap rindukannya..Jauh di lubuk hati tentang betapa saya amat2 terasa kehilangannya..Namun saya pasrah..Redha dgn ketentuan-Nya..Doakan saya aishah.. :"(

Maaf sekiranya penulisan saya yg begitu panjang mengambil masa aishah utk membacanya..Salam kasih dari saya, Nurun Nadia binti Masrom..

Al-Fatihah untuk Najla Batrisya binti Mawardi..

Masih menangis bila dibaca buat kali kedua. Saya tak ada kata yang indah untuk Nadia. Saya balas email Nadia dengan kehilangan kata-kata. Saya pandang skrin Blackberry dan cuba cari ayat yang terbaik. Tapi tak jumpa. Saya tahu, beban perasaan yang dihadapi oleh Nadia jauh lebih hebat dari apa yang saya hadapi sewaktu kehilangan Nashrah dulu. Nadia lebih kuat. Nadia lebih tabah.

Ini email balasan saya.

Salam Nadia,

Saya hilang kata-kata.

Pertama sekali, salam takziah untuk awak sekeluarga. Bukan mudah untuk kita menerima kehilangan orang-orang tersayang di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi cahayamata yang kita tunggu-tunggu. Tapi ketahuilah Nadia, awak memang kuat orangnya. Kalau saya di tempat awak, belum tentu saya sekuat itu.

Saya menangis tak henti membaca tiap baris email awak. Saya dapat membayangkan tiap saat awak dan suami bersama Najla (namanya indah, salah satu nama pilihan saya). Terasa saya di tempat awak dan memerhatikan tiap kejadian yang berlaku. Awak pandai menulis. Dan saya suka tulisan awak.

Awak duduk kat Johor Bahru ke Nadia? Kalau ada kesempatan, saya betul-betul nak jumpa awak dan peluk awak. Mungkin tragedi hidup kita tak sama. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah kita berkongsi rasa yang hampir sama ini.

Ini nombor telefon saya (012741****). Kalau awak tak keberatan, boleh kita jumpa tak?

Saya tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Kata-kata saya mati. Speechless.

Saya harap awak dan suami akan terus kuat. Demi Najla di sana.

Al-Fatihah buat Najla Batrisya.

Pagi semalam, saya terima sms dari Nadia. Rupanya, kami tak jauh. Nadia mengajar di sekolah depan tempat saya bertugas kini. Rasa tak sabar betul nak jumpa dia. Tapi saya takut kehilangan kata-kata. Saya takut tak dapat menahan rasa. Saya takut bila kami berjumpa, akan membebankan lagi rindu Nadia pada Najla.

"I know you reading this, Nadia. Saya dah terima sms awak semalam tapi saya belum ada kesempatan nak membalas. Kekangan masa, kesihatan dan kredit menghalang saya. Insya-Allah, ada rezeki nanti, saya betul-betul nak jumpa awak. Kebetulan, ditakdirkan kita tak jauh. Depan mata aje rupanya. :)"

"Awak kena kuat tau. Kuat demi suami awak dan Najla. Awak kena teruskan hidup. Saya tahu ianya bukan mudah. Ditambah dengan memori-memori kalian bersama. Cuma apa yang mampu saya katakan, BERTABAHLAH."

Sekali lagi buat Najla Batrisya, Al-Fatihah.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, September 13, 2011

Minggu Ke-28, Kali Kedua.


Lagi beberapa hari sahaja lagi, kandungan kali ini akan menjengah usia 28 minggu. Gila cepat masa berlalu bagi aku. Rasanya macam baru semalam aje aku announce berita ini dan sekarang sudah 27 minggu lebih. Less than 10 weeks untuk masuk 37 minggu. Lepas aje minggu ke-37, mari bercountdown macam dulu. :D

Persiapan apa yang dah siap?

Trust me, tak ada satu pon yang aku dah sediakan. Masa zaman Nashriq dulu, ngam 28 minggu beg hospital dan beg baby dah ada dalam bonet kereta. Tapi untuk yang ini, hujung minggu lepas baru terhegeh-hegeh bukak beg plastik baju Nashriq dulu nak belek-belek. Sungguh teruk perangaiku ini. Kikikiki.

Eh, tapi ada satu barang dah beli awal. :)

Sampai dalam tangan pada bulan Julai yang lalu.


Yang di idam-idamkan. :)
Image by Google


Itu jelah satu benda yang dah beli dan sedia. Barang-barang lain memang belum tengok list lagi. Nak kena print siap-siap balik dan buat check list macam dulu. Mana yang patut beli, haruslah beli. Mana yang sudah ada dan masih elok, tak payah gatal-gatal nak beli lagi.

Image dari Dunia Susu Ibu.

P/S : Tak sabar nak tunggu Mom & Baby Ekspo 2011 kat Danga City Mall, Johor Bahru pada 23-25 September. First time in JB yow!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, September 12, 2011

Anas Nashriq 1st Birthday #TheDay.

Oleh kerana malam sebelum tu kami tidur lewat pukul 2.30 pagi sebab sibuk menyiapkan bahan-bahan masakan keesokkan harinya, maka pagi itu kami kesiangan sampai pukul 7.30 pagi. Dah lah langsir gelap kan. Sedar-sedar tarik langsir hari dah terang benderang. Terus kelam kabut bangun kemas katil kemas bilik semua. Dah setel bahagian atas, terus turun ke bawah bawak Nashriq sekali. Takleh nak tinggal dia sorang-sorang kat atas sekarang. Bahaya.

Suami alihkan kereta dari car porch. Terus zass sekali pergi beli sarapan untuk Emak dan Kak Ngah yang akan tiba anytime aje. Aku pulak bertungkus lumus meng-clear-kan kawasan car porch tu dan fikir-fikir nak letak meja semua kat mana. By the time suami balik, kawasan car porch tu dah clear tinggal nak letak karpet aje. Geleng kepala je dia tengok aku alih-alih dan tolak barang kat car porch tu. Nak marah kang takut isteri dia sentap.

Selang berapa lama, Emak dan Kak Ngah pon tiba dan bawak sekali karpet nak letak kat bahagian depan tu. Sampai-sampai, terus start projek memasak. Aku ajak sarapan dulu pon tak nak. Itu memang resam Emak aku lah tu. Kalau ada majlis kat rumah, dia memang tak akan makan selagi majlis tak habis. Tak senang perut katanya.

Sementara Emak dan Kak Ngah bertungkus lumus kat dapur, aku dan Wahid menyambung kemas kat bahagian car porch tu. Pasang karpet siap-siap then angkat meja untuk kek + candy buffet dan buffet corner. Kerusi makan semua susun tepi dinding. Yang bahagian dalam pon tinggal sapu-sapu sikit aje. Setel hal mengemas, nak kena fikir hal deco candy buffet dan banner simple tu tadi.

Sementara aku sibuk bukak Rocky, Choki-choki dan susun semua kekdah coklat dalam bekas masing-masing, Wahid keluar sekejap pergi beli beberapa barang yang kurang beserta ais nak buat air nanti. Sementara tunggu dia balik tu, candy buffet aku dah siap dan Nashriq pon dah siap mandi dan makan semua. Wahid pon terus offer diri nak gantung kain dan banner sementara tugas aku dan adik ipar ialah meniup belon yang beberapa biji saja itu. Itu pon naik semput aku meniup tau?

Memang kelam kabut sikit jadinya bila aku kena jugak jenguk-jenguk kat dapur dalam masa yang sama kat depan ni belum setel lagi. Ulang alik ulang alik ajelah kerja aku haritu. Kejap kang Emak aku panggil cari barang itu. Kejap kang Wahid panggil tanya senget ke tidak huruf banner. Kejap lagi kang Emak aku panggil lagi tanya cili sos pulak. Huimak, serius punya tebal tapak kaki aku haritu. Dahlah badan berlengas-lengas dengan pakej berpeluh tak payah pergi jogging.

By 1.00 petang, semuanya setel. Deco bahagian depan siap banner dan candy buffet semua dah siap. Sup nasi ayam dah masak. Nasi ayam-nya hampir nak masak. Puding cocktail dah siap potong-potong masuk mangkuk tinggal nak tuang mix fruit dan susu cair aje. Kuih Kaswi pon dah masuk tray dengan kelapa-nya. Emak dah nak start goreng mee pulak. Tinggal aku je ke hulu ke hilir memantau tak siap-siap.

Emak pon bising suruh aku naik pergi mandi dan siap. Aku pon menurut perintah sementara Wahid pon pergi bawak anak dia naik bagi mendapatkan tidur sekejap. Kalau tak kasi dia tidur sekarang, confirm dia akan mengamuk kepenatan sepenjang majlis kang. Percaturan kami tepat bila sepanjang majlis itu, memang Nashriq tak ada menangis langsung. Enjoy benar dia dengan kawan-kawan yang datang. Sana sini orang tegur, semua dia hye balik dengan senyuman dan gelak tawa. :))

Tengah aku siap-siap kat atas, Kak Ai pon datang hantar dua buah kek yang aku order tu. Jemput masuk rumah dia tak mahu. Jadinya, selesai pembayaran sekian-sekian, terus aje Kak Ai balik. Sempatlah jugak kami semua jenguk kotak kek tengok hasil air tangan Kak Ai. Memang teruja sangat tengok kek dia as our request. Puas hati order. Semua cakap cantik dan menarik. So aku pon lega lah. Hihihihi.

Entah macam mana, cuaca dah mula gelap. Aku yang tengah sambung bersiap kat atas ni dah tak sedap hati dah. Angin kuat menderu-deru. Banner yang tadinya Wahid pasang pon berkibar-kibar. Seram je hati ni tengok. Tapi tawakal aje lah. Kalau dah nak hujan nak buat macam mana kan? Yang penting, majlis tetap akan berjalan seperti biasa. Persiapan dah sedia. Takkan nak cancel pulak. Ye dok?

Nasib tak menyebelahi kami. Hujan turun secara tiba-tiba dan terus lebat. Kelam kabut anak-anak sedara aku mengalih tempat kasut pergi bawah awning. Memang rasa ralat sikit kat dalam hati. Tapi siapalah aku kan? Hanya manusia biasa yang perlu redha.

Tengah hujan lebat tu, tetamu pertama pon sampai. Kid dari Pontian dah sampai awal sebab nak kejar balik Pontian semula. Kesian Kid, masa first datang rumah aku dulu pon, hari hujan. Yang kali ni pon, hujan. Hehehehe. Nak buat macam mana ye tak?

Kid ada berita gembira nak kasitau tau.
Err, you guys should ask her.
Larikkkkk!! :D


Sembang-sembang then temankan Kid makan. Haqq masih ligat sama macam dulu. Semua orang berkenan dengan rambut dia yang sungguh cantik itu. Aku minta izin naik atas untuk sambung bersiap. Dasar lembab memang macam gini. Kikikiki.

Nashriq yang tidur tadi pon dah bangun. Wahid terus salinkan baju mix and match sesuka hati Mama dia ni ha. Aku capai baby tee Blogger Mom dan overall yang Maksu Nashriq hadiahkan. Siap-siap sikit, pakai bedak kasi comey *comey kewww?*, terus turun bawah jumpa Auntie Kid dan Abang Haqq. Hoi lah bukan main suka lagi dia jumpa kawan.

Tengah sembang-sembang lagi dengan Kid, kakak jiran sebelah rumah aku ni jadi tetamu kedua bersama dua orang anaknya. Layan berbual kejap, terus aku ajak makan. Gelabah jugak aku baru dua tetamu aku dah tak tahu nak layan mana. Tapi maintain ah sekejap pergi sini, sekejap pergi sana. Macam SuperMak gitu.

Selepas aje tetamu kedua, aku dah tak boleh recall siapa ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Tapi seriously aku nak ucap BANYAK-BANYAK TERIMA KASIH kepada yang sudi menghadirkan diri. Maaflah keadaan tak berapa selesa dengan hujan, rumah kecil, anak-anak sedara aku 'baik-baik' belaka dan kalau ada kekurangan layanan.

Jom, layan gambar. :)

Suami Jaja, Myiesha, Husna dan Fashya.


Bahagian depan kat car porch.
Tempat orang amik makan nak terletaknya candy buffet.


Birthday boy isi minyak dengan Mama Ngah.


Selepas sesi potong kek.
Gambar agak blur.



Gambar ni tak blur, tapi aku pandang lain. Bagus.


Berebut belon dengan Myiesha.


Dia amik pulak botol air Misha. Haih.


Dia nak ketuk kepala Myiesha. T___T


Cira, Misha, Fashya dan kepala Nashriq.


Hoih lah dia buat macam harta sendiri.


Selesai gambar dari kamera dan henpon sendiri. Sangat sedih dengan kualiti gambar yang tidak sempurna. Rasanya memang perlu grab DSLR sebiji. Wah bercakap macam DSLR boleh dibeli kat kedai dua ringgit aje aku ni kan. Err, sekarang meh tengok gambar dari kamera Jaja dan Cira. Mohon cilok ye kawan-kawan?


Kami berempat. Nashriq dan Misha entah hilang ke mana.


Kakak Misha kasi briefing kat adik-adik.


"Husna : Nashriq, buat muka senonoh sikit boleh?"


Masing-masing dah bertempiaran.


Nashriq masih setia dengan botol Kakak Misha.
Kena usaha belikan satu ah cenggini.



"Nashriq : Hye awak. Boleh kenal?"


Seriously memang sedih sangat sebab banyak gambar tak semenggah. Masa Yanti Mama Zahirah dan Mimie Mama Shifa datang pon, tak dapat nak amik gambar pasal kamera dah full memory + battery low. Memang tunggu masa kena campak aje nampaknya kamera tu. Selalu buat hati aku panas. Kekekeke.

Terima kasih banyak sangat atas kehadiran semua. Rakan sepejabat, rakan sepermainan waktu kecil, saudara mara dan jiran tetangga. Walaupun ianya sebuah majlis yang kecil, tapi tetap memberikan kegembiraan yang besar dalam hati aku, Wahid dan Nashriq. Thanks jugak untuk semua hadiah-hadiah dan duit raya. Nashriq happy sangat masa buka hadiah session. Once again, tak dapat nak snap sebab kekangan kamera. Sigh.

Terima kasih jugak buat ahli keluarga yang banyak membantu. Emak, Kak Ngah, Abang Long, Kak Sabb, Ayah, Ibu, adik-adik ipar dan anak-anak saudara yang turut membantu 'memeriahkan' suasana. Hahaha. Serius punya meriah rumah dengan ramai ahli keluarga dan adik beradik. Memang terasa cinta seakan keudara. Echeh.

Terima kasih tak terhingga juga buat suami dan Ayah kepada Anas Nashriq yang sudi melayan niat dan anganan si Isteri ini. Aku tahu yang Wahid memang tak biasa buat majlis-majlis macam gini. Dia kelihatan sangat kekok pada mulanya. Tapi lama-lama, he can catch up everything very well. Boleh melayan tetamu dengan baik. Berbual. Ramah mesra dan gembira tengok keletah Nashriq dengan kawan-kawan. He looks happy more than me. Seronok orang datang rumah ramai-ramai. Hehehehe.

Last but not least, someone that I VERY IN LOVE;

Anas Nashriq kesayangan Mama,

Walaupun ini hanyalah sebuah majlis yang sederhana, Mama nak Nashriq tahu bahawa kami berusaha untuk gembirakan hati Nashriq sebaik yang mungkin. Nashriq jangan demand lebih ye, sebab Mama dan Ayah bukan orang senang. Ngehhhh. :D

Dengan sepenuh hati Mama dan Ayah, kami nak Nashriq ketahui bahawa kami sangat-sangat sayangkan Nashriq. You are everything to us. Jadilah anak yang Soleh, hormat orang tua, baik budi bahasa dan lembut tutur kata. Okeh sayang?

We loves you so much. Muahs. :)

Okeh. Dah penat menaip. Bye!




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Anas Nashriq 1st Birthday #Persiapan

Aku memang berniat lama nak buat sambutan hari jadi Nashriq. Tapi lebih menyerahkan kepada 'rezeki jika ada'. Mula tergerak nak buat, masa minggu pertama raya. Hari Jumaat raya kelima gitu, aku terfikir nak buat sambutan kecil-kecilan pada keesokkan harinya (Hari Raya keenam - Sabtu). Konon nak jemput keluarga dan adik beradik saje. Tapi terasa suntuk pulak nak memasak gitu gini. So, kami postpone pergi minggu depannya, hari Sabtu - 10/09/2011.

Terlanjur buat birthday celebration, aku fikir lebih baik ajak kawan-kawan datang beraya sekali. Lagipun, rumah sewa kami tu memang tak pernah buat house warming sejak kami berpindah. Dah nama pon musim raya, jadi open house lah sekali arung. Jadi bila create event, aku namakan sebagai - Open House + House Warming + Nashriq 1st Birthday. Tapi agenda utama tetaplah menyambut birthday Nashriq. Cuma Mama dengan Ayah tumpang sekaki nak ajak kawan-kawan datang rumah. :)

Meh tengok sat meh, preparation yang aku buat.

1) Menu

- Nasi Ayam
- Kuih Kaswi
- Mee Hoon Goreng Cina
- Air Oren Sunquick
- Puding Cocktail

Nasi Ayam dan Mee Hoon Goreng Cina tu, memang dalam perancangan awal. Pada awalnya, aku plan yang Emak hanya tolong masak Nasi Ayam aje dan aku akan goreng mee. Tapi oleh kerana kekangan masa (echeh!), maka Emak telah take over sebab kesian tengok anak dia masih tunggang langgang turun naik tangga tak siap-siap.

Barang-barang masak, aku belanja sendiri ikut senarai yang Emak bagi. Hari Jumaat balik kerja tu, aku dengan Wahid berhempas pulas round pasaraya Maslee dengan memegang kertas mencari barang. Memang thrill lah kononnya nak berdikari buat sendiri. Rasakan lah dengan muka aku. Haaaa.

Kuih Kaswi pulak, memang feveret kami satu family. Emak memang suka Kuih Kaswi yang ditempah dengan satu Makcik dekat rumah Emak aku tu. So, we go for tempah sahaja. Kalau nak buat kang, remeh pulak kerjanya. Kan?

Air Oren Sunquick dipilih sebagai pembasah tekak. Selain sebab ianya sedap, ianya juga mudah dan jimat. Tukang buat air of the day ialah Encik Wahid. Memang dari malam sebelum kejadian, dialah yang masak air masuk tong dan siap-siap buat air gula. Bila tiba hari kejadian pon, dia sibuk pantau air aje sebab itu memang kerja dia. Hehehe.

Oih, menu terkejut pada hari berkenaan ialah Puding Cocktail. Menu ni memang tak ada dalam senarai buku nota aku. Tup tup pagi tu Emak sampai, dengan membawa puding jagung dalam loyang siap mix fruit dan susu cair segala. Kiranya penambah menu lah ni. "Terima kasih lah Emak sebab susah payah buatkan cocktail dan masak segala. Jasamu dikenang." :D

* Selepas tamat belanja barang-barang masak hari Jumaat tu, kami terus balik rumah sendiri sebab nak kemas-kemas apa yang patut. Aku siapkan barang macam potong lada jeruk, basuh lada merah, basuh salad, potong fishcake, siang udang, kopek bawang dan halia dan bermacam lagi kerja lain. Malam tu, kami suami isteri tidur pukul 2.30 pagi. Punyalah semangat nak sambut tetamu. Ceh.

** Tak sempat snap langsung buffet corner for Nasi Ayam tu semua. T__T

2) Birthday Cake(s).

Pada hari kejadian, ada dua kek yang akan dipotong. Kek pertama tentulah kek Anas Nashriq. Kek kedua pula bagi menyambut hari jadi dua orang anak saudara yang kebetulan jatuh pada 22 Ogos dan 1 September yang lepas. Terlanjur sambut birthday Nashriq, kami celebrate lah sekali birthday budak berdua ni.

Kedua-dua kek berkenaan, aku order online dengan Kak Ai. Korang boleh refer blog beliau kalau nak cuci-cuci mata dan nak order. Rasa kek dia memang sedap dan aku boleh katakan yang harganya pon sangat berpatutan. Siap ada delivery ke rumah lagi tau. Aku kenal Kak Ai pon dari Cira sebab aku berkenan dengan Kek Misha masa birthday celebration dia haritu.

Kek angka '1' dengan deco jalan raya berkereta.


Kek Upin dan Ipin untuk Ikmal dan Iskandar.

3) Candy Buffet.

- Rocky.
- Choki-choki.
- Lollipops.
- Gula-gula Fruit Plus
- Puding Jelly
- Coklat Yoss.
- Coklat Susu.

Barang-barang untuk candy buffet ni, aku beli secara pukal bersama barang-barang yang nak masuk dalam goodies bag. Hari Rabu (07/09/2011), aku bergerak secara solo ke Giant dan bershopping sakan macam dunia ini aku yang punya. Bayangkanlah aku beli bermacam-macam barang yang ada dalam 4-5 beg kot aku angkut naik turun teksi. Masa ni takde fikir berat ke hape dah. Fikir nak siapkan goodies beg malam itu jugak dan hantar ke taska keesokkan harinya. Memang semangat waja betul aku time ni. :D

All time favorite.


Pemanis mulut. Perosak gigi. Heeee. :D

4) Goodies Bag.

- Birthday card yang ada gambar Nashriq.
- Keropok Mamee Monster.
- Keropok Baby (Maruku Ikan).
- Coklat Yoss.
- Coklat Susu.
- Puding Jelly
- Gula-gula Fruit Plus

Perancangan awalnya, aku dan Wahid nak letak air mineral cawan yang kecik tu sekali dalam goodies bag ni semua. Tapi kami pusing satu Tiram tak ada jual yang camtu. Dahlah beg goodies beg tu besar, jadi memang nampak kosong sikit. Tapi tak apalah, hajat tak sampai. Mungkin majlis akan datang (kalau ada rezeki), boleh prepair awal-awal sikit.

Gambar yang ada dalam goodies bag tu, aku dah siap-siap print kat tempat kerja. Gila semangat cari background image birthday then masukkan gambar Nashriq pastu edit-edit sikit. Macam hebat aje edit-edit padahal pakai Powerpoint aje. Ngehhh. :D

Kami start bungkus membungkus goodies bag tu pada malam Rabu tu jugak. Bermula jam 9.30 malam dan sampai lah 11.30 malam. Nasib baiklah kami buat tak banyak. 50 pcs untuk hantar taska / tadika, dan lagi 50 pcs untuk majlis hari Sabtu. Memang patah pinggang jugak dok menghadap benda alah ni. Tapi dek kerana semangat hebat, kami teruskanlah jugak. Echeh.

Beratur menunggu masa untuk di-stapler.


Dah siap production.


Siap masuk plastik nak hantar taska / tadika.

5) Tema Dan Hiasan.

- Banner 'Happy Birthday Anas Nashriq'.
- Belon

Bab ini pon ada hajat yang tak kesampaian. Kalau ikutkan hajat, aku nak beli topi birthday dan topeng untuk bagi kat semua tetamu cilik. Pastu, nak beli yang khas sikit untuk birthday boy. Tapi dah kisahnya last minute ditambah dengan kekangan budget, maka aku tutup mata aje tang itu. T___T

Kisah banner tu pulak, aku dah siap-siap print kat tempat kerja saing dengan gambar kad goodies bag tu. Balik rumah, aku tinggal potong huruf dan tampal atas kertas tebal. Bila tiba hari kejadian, Wahid ambil alih tugas untuk pasang kain, banner dan gantung belon. Just a simple one. Mula-mula ingat Wahid tak nak gantungkan pasal dia ada kata yang nak buat ala kadar tak payah deco-deco. Tapi agaknya bila dah tengok si Isteri punya semangat memotong menampal huruf, maka dia pon tak nak potong stim. Dilayankan jugaklah hajat si Isteri. Hihihihi.

Simple. :)


Okeh, that's for #persiapan punya part. Jap lagi kalau aku rajin, aku update pulak kisah di hari kejadian. Chow cin cau! :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, September 8, 2011

Teruja.

Insya-Allah, jika diizinkan Tuhan, Sabtu ini rumah sewa kami akan mengadakan sedikit majlis kecil-kecilan. Bermula dengan planning nak sambut birthday Nashriq anak beranak adik beradik, menjadi sebuah majlis open house (small one) dan house warming memandangkan kami tak pernah ajak kawan-kawan datang rumah kami. Terasa teruja sangat sebab first time planning majlis sendiri. Oh, dulu masa cukur jambul Nashriq pon aku yang planning. Tapi buat kat rumah Emak dan dapat bantuan penuh tenaga oleh Emak dan adik beradik. Kali ni, kami suami isteri lone ranjer. Hihihihi.

Actually, tiada persiapan yang proper dijalankan. Kami memang ada niat nak buat birthday Nashriq tapi semuanya bergantung kepada rezeki Allah. Kami fikir, kalau ada rezeki, buatlah sikit walau kecil. Kalau tak ada, kami sambut anak beranak adik beradik pon dah ok.

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki dengan melorongkan Kerajaan Malaysia untuk bagi bonus kat Kakitangan Kerajaan. Maka, come out lah kami dengan planning Nashriq's 1st birthday sekali arung dengan open house dan house warming ni. Jemput adik beradik, sedara mara sikit dan sahabat handai yang terdekat.

Buku nota yang jadi peneman sejak Sabtu lepas.


Being me yang memang agak pelupa, buku nota sebegini memang amat-amat membantu dalam melancarkan sesuatu perkara. Dari zaman aku kahwin pon, buku nota siap ber-resit tebal dalam fail ke hulu ke hilir aku bawak. Jadi, bila nak arrange majlis kecil Sabtu ini pon, menjadikan aku paranoid siap berbuku nota. Senaraikan apa yang nak buat. Yang dah buat dan dah siap boleh highlight. Mana tak perlu, slash kan aje. Setiap 2 jam, kena hadap buku nota ni supaya kepala tak lupa. Hihihi. Over gila dapat member macam gini. :D

Thanks to Jiha yang sudi berkongsi persiapan beliau dalam menyambut birthday anakanda Aqeef Danial. It helps a lot. Aku refer sana je dan olah serba sikit sebab planning-nya pon aku nak buat kecil-kecil aje. So mana yang tak masuk budget tu, aku ketepikan aje. Hihihi.

Nanti, bila dah selamat majlis, aku kongsikan apa preparation yang aku sediakan ye? Penat ni yop ke hulu ke hilir beli barang packing-packing goodies bag semua.

P/S : Semalam tengahari gi shopping jajan-jajan yang nak masuk dalam goodies bag. Malam tadi terus merewang berdua dengan suami masukkan gambar, jajan pastu staple-staple semua sekali goodies bag. 50 pcs dah hantar nursery pagi ini. Balance lagi 50 pcs untuk majlis Sabtu ni. Oih, super tak sabar!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, September 7, 2011

The Cave of The Golden Roses.

Aku ingat lagi dulu zaman aku sekolah (tak ingat umur berapa), setiap hari Jumaat aku akan stay depan TV dengan Abang De, start pukul 10 malam sampai 11 malam, semata-mata untuk tengok Fantaghiro dan Tarabbas. We are so in love dengan hero dan heroin ini. Ohhh, boleh senyum-senyum sampai ke sekolah esok hari. :)

Now, they are back!

The Cave of The Golden Roses akan kembali bersiaran di TV9 mulai 11 September 2011 jam 10 malam. Sungguh tak sabar yow! Serius punya tak sabar! :))

So kepada semua peminat Fantaghiro dan Tarabbas, please stay tune. Sila terpacak depan TV siap-siap ye? Hehehehe.

P/S : Dapat anak cantik macam Fantaghiro pon best gak ek? :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, September 6, 2011

26 Weeks Pregnant.


..... and now, it's only less than 14 weeks to go. :)


Alhamdulillah, I am so blessed!




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011.

Peringatan : Entry ini memang super panjang. Aku compile semua cerita raya aku mengikut simpanan gambar yang ada dalam henpon. Kalau sabar dan tabah, boleh teruskan baca. Kalau rasa tak sabar, boleh pause kejap pergi buat air sana. Pastu sambung baca balik ye? :D
Aku sangat-sangat memerlukan sebuah kamera berkuasa tinggi (echeh!). Sebab aku rasa sedih bila menatap gambar-gambar hari raya kami yang tidak seberapa. Bila aku cakap dengan Wahid, dia tanya aku balik, "DSLR tu, keperluan atau kehendak?". Maka si isteri pon menyengih nampak gigi bagai pipi mintak diusap. Muahahaha. Baiklah, ianya lebih kepada kehendak sebenarnya. Jadi, tak payah nak demand sangat. :)

Maka, redha ajelah menatap gambar-gambar hari raya kami yang tidak seberapa ini. Ini pon ehsan adik-adik ipar dan makcik saudara yang aku cilok dari Facebook. Kalau nak harapkan kamera henpon sendiri, memang tak dan punya. Mana nak kejar anak. Mana nak capai kamera. Mana nak makan. Mana nak minum. Mana nak berbual. Mana nak feeling cantik. Eh, perlu kewww? T__T

Hari Raya kami bermula seperti biasa. Malam raya dan pagi raya di rumah Emak kat Taman Cempaka, Tampoi. Malam raya tu, kami (aku dan suami) tidur lewat pukul 3.00 pagi. Aku buat kerja kemas mengemas rumah, lipat melipat baju dan packing memacking barang. Manakala suami pula buat kerja bermain Angry Birds, menonton filem Sekali Lagi dan minum air gas bergelen-gelen. Err, kenapa kelihatannya kerja-kerja suami seperti tidak berfaedah? Tak apa, kita kasi chance dia goyang kaki dulu. Nanti esok anak dia melasak di hari raya, kita passing kat dia. Amacam, baik tak planning aku? :D


Hari Raya Pertama.

Pagi raya itu, bangun kelam kabut dengan mata sembab lewat tidur. Suami terus mandi sebab nak pergi sembahyang raya. Si isteri terkocoh-kocoh cari cadar baru nak pasang kat katil. Over tau Emak aku. Setiap kali raya, mesti nak kena cadar baru. Dahlah tak boleh pasang awal. Kena pasang pagi raya jugak. Nak feeling baru lah kononnya. Maka anak dia ni pon menurut perintah kelam kelibut pasang cadar dan sarung bantal semua.

Dah siap pasang cadar bilik sendiri dan bilik Emak, kena zass pulak mandikan anak dan siapkan beliau berbaju Melayu. Masya-Allah, budak ini nak pakai baju dahlah kena berkejar. Sampai Ayah dia balik dari sembahyang raya pon aku tak sudah-sudah lagi pakaikan dia baju. Sampai Ayah dia pulak kena take over dan menyuruh si isteri pergi mandi sekarang. Malu okeh suami balik sembahyang isteri tak siap lagi. Tak feeling raya sungguh!

Lepas mandi bla bla bla, terus siap pakai baju raya dan bermake-up. Echeh, sudah berkurun lama tidak berhias diri, terasa pelik pula si suami memandang. Kahkahkah. Tapi takdelah over mana. Just simple-simple one bagi menampakkan perbezaan dengan hari-hari biasa. Kata hari raya kan? Mestilah nak cantik-cantik kan? Tak gituww Cik Senah? :D

Lepas siap-siap semua, maka tibalah saat bermaaf-maafan. Orang pertama yang kena mintak ampun mestilah dengan suami kan? Dahlah aku ni jenis 'baik budi bahasa' dan 'lembut budi pekerti'. Kekekeke. Tarik suami dengan Nashriq masuk bilik sebab dah confirm akan ada adegan lelehan airmata. Banyak beno rasa dosa dengan suami ni ha. Mana yang terjeling, mana yang tertinggi suara. Tak kira lagi yang tergaduh dan tak bertegur. Haih. Nasib baiklah ada hari raya. Boleh mintak maaf secara pukal. :D

Pastu salam-salam pulak dengan Nashriq. Mintak maaf kat dia kot-kot dia ada terkecik hati ke dengan Mama dan Ayah dia ni. Kot ada yang terbabab (memang ada!) dan terlepuk ke. Nashriq pon mengangguk sambil menarik tudung Mama dia yang dah cun ni tadi. Ciskek betul. Tapi tak apa lah anak. Kata hari raya kan? Kenalah terima aje apa yang dia buat.

Dah selesai adegan anak beranak di dalam bilik tu tadi, kami pon keluar untuk bersalaman dengan Emak dan adik beradik yang lain. Saat mintak ampun dan maaf dengan Emak merupakan saat yang paling hiba sekali. Semua dosa dari kecik sampai ke besar flash back balik dalam otak. Dosa melawan Emak, dosa kecikkan hati Emak, dosa tipu Emak dan semua dosa-dosa yang seangkatan dengannya. Emak pon jenis hati tisu macam aku jugak. Maka memang basahlah tudung kami dengan airmata. Sedih wooo mintak ampun dengan Emak. Rasanya belum terbalas lagi segala budi dan jasa baik Emak selama membesarkan aku. T___T

Dah sudah mintak maaf dengan Emak, mintak maaf dengan adik beradik pulak. Jenis adik beradik aku sempoi aje. Salam-salam, peluk cium, setel. Semua pon dah besar panjang. No heart feeling punya. Kepala pon grago macam aku. So, memang takdelah nak feel nangis-nangis mintak maaf adik beradik.

Lepas bersalaman dan kasi duit raya kat anak-anak buah, kami pon makan bagi mengisi perut yang kosong. Punyalah heaven dapat makan ketupat, rendang daging, ayam masak merah, lemak lodeh dan serunding daging di hari raya. Memang rasa tak puas sebab tengah syok makan, dah ada segerombolan keluarga anak saudara Emak datang. Terus kelam kabut buat air semua. Nasib baiklah kuih raya dah siap-siap masuk balang. So, takdelah kelam kabut berdouble-double sangat.

Selang tak berapa lama lepas tu, datang pulak lagi satu keluarga. Anak saudara Emak jugak. Rumah Emak aku ni memang antara rumah-rumah pertama yang anak-anak saudara (sepupu sepapat aku) akan serang. Iyelah, dah nama pon menziarahi orang tua. Tentulah diorang nak datang jenguk Emak sedara diorang kan? Yang aku ni dah risau tak gerak lagi sebab keluarga mertua dah tunggu kat Ulu Tiram nak gerak sama-sama masuk Singapura.

Dah balik satu keluarga yang pertama tadi, aku mintak izin nak gerak ke rumah mertua dulu. Kang kalau lambat pergi sana, lambat jugaklah masuk Singapura. Kami dah dapat bayangkan macam mana dia punya jam. Sebab tu nak kena gerak cepat. Tak sanggup wooo nak hadap jam kat Tambak Johor. Boleh pengsan dibuatnya.

* Ralat sangat tak sempat amik gambar dengan Emak dan adik beradik. T__T

Dalam kol 11.00 pagi gitu, kami zass terus ke Ulu Tiram, rumah mertua. Sampai-sampai aje, terus buat sesi makan-makan ketupat dan maaf bermaafan. To be honest, sejak jadi Mama ni, aku makin tahu perasaan Emak dan Ibu. Jadi entah kenapa, airmata akan turun dengan semulajadi bila bersalaman dan minta ampun maaf dengan Ibu Mertua. Dahlah aku ni menantu yang 'baik' kan? Haruslah banyak perkara yang kena minta maaf. Kekekeke. :D

Dah selesai maaf bermaafan, kami amik gambar kejap.

Suami, Nashriq dan aku.
Warna tema kami tahun ini ialah Cream.



Nashriq dan sepupu, Qaseh Qaisarah.
Over tau anak aku pakai kasut atas katil.



Salah satu gambar yang aku suka.
Ciri-ciri seorang Abang Long sudah terpamer. Echeh.


Kami bergerak ke Singapura pada jam 1.00 petang. Dia punya panjang jam dari Studium Tertutup tu haaa. Bayangkan lah betapa panjangnya jam nak hadap sampai masuk CIQ. Nak lari mana pon tak boleh. Akhirnya, kami tiba di Singapura pada jam 4.30 petang. Bayangkan. Bayangkanlah. Pergh.

Rumah pertama yang kami terjah ialah rumah nenek belah Ayah Mertua di Woodlands. Sembang-sembang dan jumpa sanak saudara. Rasa-rasa kuih raya yang sedap-sedap. Pastu makan ketupat lagi. Heee, perut dah pack gila dah. Tapi sumbat aje mulut kasi makan. Kata hari raya kan? Kenalah makan banyak-banyak. Ewah, mana kau belajar ni? :D

Lepas bersalaman dan mintak maaf pada sanak saudara yang sempat jumpa kat rumah Nenek tu, kami bergerak pulak ke rumah nenek belah Ibu Mertua kat Bukit Panjang. Lepak-lepak lagi, makan-makan lagi (ketupat jugak kalau tak salah) dan sembang-sembang lagi. Masa ni dah lebih kurang Maghrib kot. So kitorang lepak kejap lepas Maghrib terus zass pulak ke rumah Cik Nadia, adiknya Ibu Mertua aku.

Sampai aje kat rumah Cik Nadia, aku terus mandikan Nashriq. Kasi dia fresh sikit sebab dia pon dah cranky dengan t-shirt dan seluar jeans (tukar kat rumah Nenek Woodlands) tadi. Baju Melayu memang tak sampai separuh hari pon kat badan. Songkok dengan kasut memang dah lama beterbangan. Nasib baiklah beli sepasang aje Baju Melayu. Kalau ikut nafsu aku, memang aku rembat lagi sepasang. Echeh, bercakap macam anak taukey balak uols.

Kat rumah Cik Nadia, kami tak makan sebab perut masing-masing dah full house. Kami cuma bersembang dan mengambil gambar sebab permandangan kat rumah dia cantik banget. Setiap kali datang rumah dia, mesti jadi port kami bergambar. Suka sangatlah amik gambar kat sini. Sekejap posing sana. Sekejap posing sini. Eh, yang posing bukan aku eh. Itu adik-adik ipar. Cececece tak nak mengaku tu jiwa masih muda. :D


Nashriq dah siap mandi.
Masih aktif dan hampir memengsankan Mama dan Ayah.



Dia geget patung kucing tu. T__T


Dah selesai sesi bergambar, kami bermaaf-maafan sebelum pulang ke tanah Johor semula. Kami balik malam itu jugak dan nasib baik lah Tambak Johor tak jam seperti petang tadi. Everything clear smooth dan kami tiba di rumah Emak jam 10.00 malam.

Terus lepak badan dan kaki. Sampai aku tidur malam tu kena simpul biawak yang serius punya sakit. Menangis melolong aku kejutkan Wahid. Dia yang bangun terpisat-pisat pon kelam kabut tak dapat cari minyak panas. Hanya dapat mencapai Minyak Yuyi aje untuk diurut di kaki isteri. Haih. T___T


Hari Raya Kedua.

Esoknya raya kedua, kami tak kemana-mana. Resam keluarga aku, memang lambat sikit nak keluar beraya rumah orang. Awal-awal raya ni, memang stay kat rumah tunggu anak-anak saudara Emak dan Arwah Abah datang melawat aje. Jenis saudara mara aku pulak datang sekali 3-4 kereta. Memang penuh rumah nak melayan. Rumah flat macam gini, kecik aje kan? Tapi seronok! :)

Nashriq dengan Mak Ngah yang datang beraya rumah Nenek.


Hari Raya Ketiga.

Emak dah bosan duduk rumah. Dia kata nak beraya rumah anak saudara dia. So, aku dengan Wahid pon bawaklah dia beraya. Tiba kat rumah sepupu aku tu, kami dijamu dengan Mee Hailam yang menjadi idaman ibu mengandung. Heee. Memang aku request sepupu aku tu masak Mee Hailam. Haih sedapnya sampai sekarang aku menaip ni pon terasa-rasa kat lidah. rasa macam nak request lagi aje. Kekekeke.

Pastu, kami bergerak pulak ke rumah sepupu Emak di Kempas. Sementara Emak sembang-sembang kat dalam dengan sepupu dia tu, kami anak beranak feeling artis kat taman buatan rumah pakcik aku tu. Wah, over tau.


Nashriq dan Mama.
Muka awak tu cer senyum sikit Nashriq?



Hamboi, dengan Ayah bukan main lagi senyum ek?


Sama BULAT.


Kami berempat. :))


Balik dari Kempas, kami singgah pulak ke rumah sepupu Emak di Kampung Pasir. Kat sini tak lepak lama sebab kawan-kawan sekolah aku yang kebetulan nak datang dah sampai bawah rumah. So, aku pon minta izin dari Emak untuk berdesup balik Taman Cempaka. Anak saudara Emak akan hantar Emak balik sebab ada sebuah lagi rumah diorang nak pergi. Mula tu macam keberatan jugak nak tinggalkan Emak sorang-sorang kan. Tapi bila fikir dia jumpa sepupu sepapat dia sekali sekala. So aku pon ok aje.

Balik rumah tu, kawan-kawan sekolah dah tunggu bawah blok. Takde lah ramai mana, dalam 4 orang gitu. Tapi memang muka-muka inilah yang wajib datang rumah aku setiap tahun. Gambar tak ada pulak. Boleh terlupa nak snap. Aisehmann. Takde kenangan ah camni kan? :D


Hari Raya Keempat.

Tak ada ke mana-mana. Something bad happen in my family. Tapi tak boleh cerita dan aku pon tak akan cerita kat sesiapa. Hanya aku dan keluarga sahaja yang tahu. Full stop. :)


Hari Raya Kelima.

Keluar menghadiri open house kat rumah member satu blok - Syikin. Tapi dia dah pindah jauh nun di Taman Pulai Emas. Menu santapan ialan Mee Soto dan Mee Goreng. Bukan main lagi aku makan bertambah-tambah. Selera macam anak jin dah aku sekarang. Semua benda makan pon nak makan. Buruk betul selera aku sekarang. Tapi takpelah kan, kata makan untuk dua orang. Cececece ayat cover baik punya.

Lepas dah kekenyangan makan kat rumah Syikin, kami singgah beraya pulak kat rumah Echah yang kebetulan terletak dalam satu taman yang sama. Sembang-sembang kejap, makan kuih raya dan minum, kami pon mintak diri beredar. Lagipon ada plan nak beraya dengan keluarga mertua pulak dan terus kena zass balik rumah kami kat Ulu Tiram. Dah lama tak balik. Rasa macam tak guna pulak hias-hias rumah tapi tuan rumah tak ada. Hehehehe.

Balik rumah Emak dulu, lepak-lepak kejap sementara Nashriq tidur. Aku pon packing barang apa yang patut nak bawak balik. Dapat je call dari adik ipar mengatakan diorang dah on the way, kami terus bersiap-siap. Nak beraya pon tak jauh. Area rumah Emak aku tu jugak. Dah siap semua, salam-salam Emak terus zass gerak ke rumah Pak Long Wahid kat Taman Anggerik.


Nashriq yang semakin melasak dan banyak akal.
Ada je benda nak buat Mama dia sakit kepala. :)


Pastu singgah beraya kejap kat rumah sepupu Ibu Mertua kat Kempas. Aku pon tak banyak idea nak menulis ni. Just upload dan cerita serba sedikit ajelah perjalanan raya aku tahun ni.


Si manja saya. :))

Kami pon terus bergerak balik ke Ulu Tiram dan sempat singgah sekejap ke rumah Cik Yah, makcik yang menjaga Nashriq kat taska tu. Kebetulan, rumah Cik Yah ni area rumah aku aje. So takdelah lewat sangat balik rumah. Macam biasa, sesi penuhkan perut dengan kuih raya dan air minuman. Memang bergelora perut aku musim-musim raya ni.


Hari Raya Keenam.

Lepak kat rumah sendiri. Sempat jugaklah basuh-basuh gelas buat standby kot-kot ada orang datang. Siap masuk kuih lagi dalam balang. Nashriq nak buat sepah pon aku bising. Takut orang datang kang kelam kabut nak mengemas pulak. Siap sempat basuh baju, sidai baju dan memasak. Tapi langsung tak ada orang datang. Frust aku tau. Budak-budak yang datang beraya ramai-ramai tu pon tak ada singgah.

Tunggu punya tunggu, akhirnya kakak jiran sebelah belah kanan kami datang beraya dengan dua orang anaknya. Duduklah berbual sambil-sambil makan kuih raya tunjuk aku dan air oren yang aku buat. Echeh, feeling raya tau ada orang datang rumah. :D

Lepas aje kakak tu balik, kami suami isteri pon makan tengahari. Siap-siap suapkan Nashriq sup kentang kesukaan dia, kami pon naik bilik dan berehat. Nashriq pon nampak macam kuyu mata aje, teruslah Ayah dia tidurkan. Maka kami pon apa lagi? Join sekatil lah sebab rasa penat sangat badan raya-raya ni tak cukup rehat.

Ngam-ngam pukul 5.30 petang, adik ipar pon telefon ajak beraya ke rumah anak saudara Ayah Mertua yang terletak di Kota Masai, Pasir Gudang. Kami pon ON ajelah sebab badan dah recharge dengan tidur tadi. Nashriq pon mood baik aje. Siap-siap mandi dan pakai baju semua, kami berdesup ke rumah Ayah Mertua dan berkonvoi lah kami dua kereta ke Kota Masai.

Kat rumah Kak Lin tu, kami dihidang dengan Mee Goreng Cina sedap dan keropok ikan cecah sos cili. Ya Allah, terasa macam kat rumah Emak dah. Tiba-tiba terus rindu kat Emak. Hahaha. Drama lebih aku ni. Tapi serius. Memang automatik terus rindu kat Emak. Mungkin sense memasak Kak Lin sama dengan Emak aku kot. Menepati selera tekak. Echeh.


Banyak kali cubaan snap, tapi tak ada yang senonoh.
Tengoklah betapa susah nak tackle dia sekarang. T__T


Hanya boleh duduk diam dengan makanan. :D

Selepas tamat beraya dan salam bermaafan, kami pon minta diri untuk pulang ke rumah masing-masing. Nasib baik Wahid dah siap-siap gosok baju kerja dia 5 pasang sekaligus petang tadi sebelum tidur, so takdelah fikir nak gosok baju pulak. Selamat tenaga aku.


Hari Raya Ketujuh.

Hari ini. Telah naik kerja dan masih dalam mood raya. Masih merindui ketupat, rendang daging, serunding daging, lemak lodeh dan ayam masak merah hasil air tangan Emak. I wish that dalam masa terdekat ni dapat makan menu-menu yang tersebut di atas. Tak puas wooo makan masa raya pertama haritu. Memang kena repeat balik tapi taktau nak request dengan Emak bila. Ahh, seronoknya kalau dapat makan puas-puas dan repeat banyak kali. Harap-harap sebelum bersalin ni dah terlangsai hutang tekak yang ini.

**********************************************************

Okeh, serius punya panjang entry kali ini. Malas nak buat part by part. Compile semua sekali dan hambiklah untuk simpanan kenangan di masa akan datang. Nampak sangat balas dengan Raya 2009 dan Raya 2010 tahun lepas kan? Hehehehe. :)

P/S : Aku mula taip entry ni pada jam 8.30 pagi dan hanya dapat publish pada jam 5.20 petang? Ni datang kerja macam serupa tak payah datang ni. Pergi balik rumah sana beraya? :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015