Thursday, September 8, 2011

Teruja.

Insya-Allah, jika diizinkan Tuhan, Sabtu ini rumah sewa kami akan mengadakan sedikit majlis kecil-kecilan. Bermula dengan planning nak sambut birthday Nashriq anak beranak adik beradik, menjadi sebuah majlis open house (small one) dan house warming memandangkan kami tak pernah ajak kawan-kawan datang rumah kami. Terasa teruja sangat sebab first time planning majlis sendiri. Oh, dulu masa cukur jambul Nashriq pon aku yang planning. Tapi buat kat rumah Emak dan dapat bantuan penuh tenaga oleh Emak dan adik beradik. Kali ni, kami suami isteri lone ranjer. Hihihihi.

Actually, tiada persiapan yang proper dijalankan. Kami memang ada niat nak buat birthday Nashriq tapi semuanya bergantung kepada rezeki Allah. Kami fikir, kalau ada rezeki, buatlah sikit walau kecil. Kalau tak ada, kami sambut anak beranak adik beradik pon dah ok.

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki dengan melorongkan Kerajaan Malaysia untuk bagi bonus kat Kakitangan Kerajaan. Maka, come out lah kami dengan planning Nashriq's 1st birthday sekali arung dengan open house dan house warming ni. Jemput adik beradik, sedara mara sikit dan sahabat handai yang terdekat.

Buku nota yang jadi peneman sejak Sabtu lepas.


Being me yang memang agak pelupa, buku nota sebegini memang amat-amat membantu dalam melancarkan sesuatu perkara. Dari zaman aku kahwin pon, buku nota siap ber-resit tebal dalam fail ke hulu ke hilir aku bawak. Jadi, bila nak arrange majlis kecil Sabtu ini pon, menjadikan aku paranoid siap berbuku nota. Senaraikan apa yang nak buat. Yang dah buat dan dah siap boleh highlight. Mana tak perlu, slash kan aje. Setiap 2 jam, kena hadap buku nota ni supaya kepala tak lupa. Hihihi. Over gila dapat member macam gini. :D

Thanks to Jiha yang sudi berkongsi persiapan beliau dalam menyambut birthday anakanda Aqeef Danial. It helps a lot. Aku refer sana je dan olah serba sikit sebab planning-nya pon aku nak buat kecil-kecil aje. So mana yang tak masuk budget tu, aku ketepikan aje. Hihihi.

Nanti, bila dah selamat majlis, aku kongsikan apa preparation yang aku sediakan ye? Penat ni yop ke hulu ke hilir beli barang packing-packing goodies bag semua.

P/S : Semalam tengahari gi shopping jajan-jajan yang nak masuk dalam goodies bag. Malam tadi terus merewang berdua dengan suami masukkan gambar, jajan pastu staple-staple semua sekali goodies bag. 50 pcs dah hantar nursery pagi ini. Balance lagi 50 pcs untuk majlis Sabtu ni. Oih, super tak sabar!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

8 comments:

  1. rasa seronok kan Aishah?
    ann dulu pun ms nak plan for Kaisya's 1st bday starts dr ogos tau
    lagi lah haru mak pak dia x sabo betul
    hahaha
    ni pun dh terfikir2 ttg 2nd birthday even dulu dh setuju nk celebrate 1st bday je
    :P


    btw Happy Birthday Nashriq
    do enjoy ur ceremony this coming weekend
    muah muah muah!

    ReplyDelete
  2. oi kita datang! hehe

    nnt kite text aishah for landmark eh =)

    ReplyDelete
  3. alaahhh
    tak dpt nak dtg
    takpe..achik tggu nash update blog eh

    ReplyDelete
  4. hehehe mang excited kan nak plan utk anak...

    ReplyDelete
  5. yeay..tumpg teruja..maria xpenh buat lg sebrg majlis utk anak2..

    ReplyDelete
  6. bagusnya ibu nashriq ni..nnt nashriq nk kawen kompem ibu la plaing bz kan?
    heheh moga majlis berjalan lancar

    ReplyDelete
  7. @Ann : Seronok sangat Ann. Mengalahkan persiapan nak kahwin. Echeh.

    @Afni : Baru dapat balas komen ni. Tak dapat datang birthday party, datang raya tau!

    @Akish : Halaaa. Tertinggal nak jemput Kak Akish. Datang raya lah kak?

    @Dayu : Mama dah update kan. Nanti baca tau achik.

    @Jiha : Yezza. Itulah. Tapi penat! :)

    @Maria : Lepas ni kena buat. Baru rasa excited. Hehehe.

    @Aziyana : Hahaha. Lama lagi nak plan majlis kahwin Nashriq. Takmo fikir ah, sedih!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015