Monday, November 26, 2012

Mimpi Semalam.

Semalam terima dua berita kematian bayi. Dua-dua pon masih dalam kandungan. Exactly sama dengan kisah Nashrah. Cuma kisah yang dua ni lagi sedih sebab baby dah full term. Tinggal tunggu masa je nak keluar. Sedih gila kot hati aku. Dapat bayangkan macam mana perasaanya keluarga yang menanggung. 

Bila khabarkan pada suami pagi tadi, dia pon cakap hanya orang yang ada kat situasi kejadian je yang tahu perasaannya macam mana. Masa tu hilang kejap aras tuju. Nak menangis pon dah penat dah. End up, duduk lah termenung mengenang nasib. Kenangan sangat semua tu. :)

'Allah turunkan hujan sebab dia nak bagi kita pelangi'.

Aku tak ingat siapa bagi aku ayat kat atas ni. Tapi masa dia bagi ayat tu, aku rasa cam, "Apa kaitan pulak hujan pelangi semua dengan kes aku sekarang?". Rasa tak relevan langsung pon nak kaitkan kes kematian anak dengan pelangi bagai. Hahaha. 

Itu fikiran aku dululah tu.

*Senyum*

Pelangi-pelangi tengah tidur.

Now I know what it really means. Inilah dua pelangi yang mewarnai hidup aku sekarang. Siang malam aku hanya untuk mereka. Dah tak ada benda lain dah dalam kepala selain mahukan terbaik untuk dua buah hati pengarang jantung ni. Rasanya, inilah dua perkara paling terbaik yang ada dalam hidup aku - buat masa ini. Kot-kot esok lusa tambah anak kang, tambah lah lagi satu pelangi. :p

Oh ya! Weekend haritu pi majlis bertunang sepupu Wahid. Pastu ada seorang budak lelaki ni badan gempal besar sikit dari Nashriq. Umur 3 tahun kata emaknya. Hahaha. Terus teringat Nashrah. Punyalah ligat! Tapi comel sangat Subhanallah. Kalaulah Nashrah ada, pastu campur Nashriq, tambah Najah pulak, memang tak dapat bayang macam mana bahagianya hidup aku! Tengah taip ni pon tersenyum-senyum ni ha. :))

Ahhh tak boleh berhenti senyum.....

"Nashrah, akan Mama tumpahkan kasih sayang untuk Nashrah kepada adik-adik. Supaya kita semua tahu dan rasa, Nashrah masih ada bersama kita walau hakikatnya tiada".


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Hadiahkan Orang Tersayang Dengan VIVIX.

Kita selalu dengar Mak Ayah kita mengadu sakit kaki, lenguh badan, mudah demam, cepat penat dan banyak lagi keluhan-keluhan lain. Itu tak ditambah lagi dengan penyakit-penyakit berangkai yang sangat famous di kalangan warga emas - darah tinggi, kencing manis dan jantung. Tak payah cerita jauh, Emak aku sendiri pon ada benda-benda ni semua. 

Paling buat aku hiba, bila mengingatkan Arwah Abah yang menderita penyakit-penyakit ini sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Haih. Rindunya kat Abah. :(

Bila sahaja Emak mengadu tak sedap badan, macam nak demam, kepala pusing atau sebagainya, aku adik beradik mesti tak sedap hati. Kalau boleh, nak berikan ubat paling mahal, tak apalah kami sanggup - demi Emak supaya dia sihat je selalu. 

Umum mengetahui, sel badan manusia makin tua makin tak sihat. Makin tua makin susah nak absorb ubat. Makin tua makin payah / lambat tindak balas atau kesan positif ubat nak bertindak. Sebab apa? Sebab macam aku sebut tadi, sel dah tua. Sel makin tak sihat. Imun sistem pon semakin merundum. Sebab tu orang-orang tua mudah sakit. Mudah demam. Kalau demam lambat baik. Betul?

Tapi kerisauan hati aku terubat lepas baca ini;



Yes. Vivix Shaklee memang paling terbaik, terbagus dan terbest sekali untuk baikpulih sel dalam badan. Vivix akan repair sel-sel yang rosak dan 'muda'kannya kembali. Sebab itu, kalau orang konsisten consume Vivix, bukan sahaja kesihatan jadi pulih dan terjaga, malah kulit akan jadi cantik, tegang dan awet muda. Sebab apa? Sebab sel-sel rosak, tak elok, sel mati semua dah kena repair menjadi sel-sel baru yang sihat.


Vivix Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Tapi jangan risau. Vivix bukan sahaja untuk warga emas. Orang-orang muda yang nak jaga kesihatan diri dan kecantikan pon boleh consume Vivix ni. Kalau nak tahu, Ayu Raudhah pon consume Vivix ni tau. Sebab tu kulit dia cantik, tegang dan kesihatannya terjaga. :)

Jom baca antara rahsia kesihatan dan kecantikan Ayu Raudhah.

“Ambil 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, sapukan pada rambut hingga ke akarnya. Balutkan rambut dengan “shower cap” selama 30 minit. “Akhir sekali, cuci dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah rambut menjadi lebih lembut dan bersinar,” ujarnya.
Menyentuh tentang pemakanan, Ayu kurang mengambil nasi dan sangat mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga, Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit.
“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee,” katanya.
Untuk mengekalkan bentuk badan menarik, Ayu turut melakukan senaman bangkit tubi sebanyak 50 kali sebelum tidur.
http://www.harian-metro-online.com/petua-moden-tradisional-ayu-raudhah 

Sirap Shaklee yang dimaksudkan tu, Vivix Shaklee lah! :)

So kepada anda-anda di luar sana yang ingin menghadiahkan sesuatu buat ibu, bapa, suami atau isteri - nak sihat, nak muda, nak bertenaga, memang Vivix lah jawapannya. Secara gambarajah, korang boleh tengok apa kelebihan yang Vivix tawarkan.



PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, November 20, 2012

Cerah Seluruh Badan Dengan Shaklee Collagen Powder.

Testimonial ni aku sharing dari group exclusive kami di Facebook. Group exclusive ini memang khas untuk pelanggan-pelanggan Shaklee yang membeli dari kami, Jutawan Shaklee. Dalam group ini jugak terdapat banyak sangat sharing-sharing yang meletops. Paling best, perkongsian dari pengguna-pengguna Shaklee yang memang tak lokek nak berkongsi. So, kalau korang membeli barangan Shaklee dari aku atau mana-mana Jutawan Shaklee yang lain, jangan lupa minta invite masuk group exclusive tu tau. Kadang-kadang aku ni pelupa nak invite masuk. Hehehe.

Untuk memendekkan cerita, jom kita tengok gambar perbezaan sebelum consume Shaklee Collagen Powder dan selepas consume. Memang beza sangat ketara wa cakap lu! Segala jeragat kat muka hilang secara ajaib. Kulit jadi cerah kurang berminyak. Ah tak payah cakap banyak. Tengok gambar kat bawah ni dah boleh tahu. :)


So apa kata pengguna Shaklee Collagen Powder ini?

"Kesan utama collagen nih.. Sgt terasa kulit kita lembuttt je. Semakin cerah bukan kat muka je.. Tp semua2. Kesan calar2,sunburn..semua xde dah..sebab dulu sy nih mmg ahli persatuan..aktif berjemur,berkhemah sana sini. (baru suami ckp td haha. Sebab dia xnak tegur sbelum ni takut sy upload pic sndiri. Pdhal pic sndiri kat fb pun jarang nak kuar)"

Halamak! Memang power kan? Berminat? Tak payah cakap banyak. Hubungi aku. :)

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E  

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 14, 2012

Anak-Anak & Gadget.

I always thinking yang bila anak-anak terlalu dilekakan dengan gadget-gadget, makan kuranglah komunikasi antara mereka dan ibu bapa. Perkara ini aku tengok sendiri berlaku pada anak-anak sedara aku. Sampaikan tengah makan pon duk sibuk main tab. Rasanya perkara ni memang tak elok pon kan kalau terlalu diamalkan. Ianya akan 'bunuh' communication skills between parents dan anak-anak. 

Tapi, aku tak nafikan jugak yang ramai anak-anak kawan aku yang jadi bijak pandai melalui gadget-gadget teknologi macam ni. Boleh kenal A-B-C, boleh kita 1-2-3, boleh baca Alif-Ba-Ta dan paling bagus, dah boleh mula membaca seawal umur 2 tahun! Aku fikir, sangat baguslah kan? Pembelajaran seiring teknologi. Makin majunya negara, makin majulah bangsa.

Balik ke pangkal, gadget ni ada negatif dan positifnya. Yang penting kena berpada-pada. :)

Tak kurang jugak anak-anak aku. Tak payah tengok jauh pon, si Nashriq dan Najah tu, bukan main ralit lagi kalau dihadapkan dengan tab atau video-video kat handphone. Sampaikan bila tiba waktu makan, kami kena sembunyikan handphone untuk dia duduk sama-sama makan dengan kami. Waktu tidur pon, kasi tengok 2-3 video je then harus tutup sebab nak make sure dia tak terbiasa sangat mengadap gadget-gadget sebelum tidur. Lagipon, tak bagus untuk mata kanak-kanak kan? 


Ralit dengan sepupunya mengadap tab Ayah De.
Masa ni tengok video Upin Ipin.

Najah dok sibuk dengan video A-B-C.
Nashriq seperti biasa, dengan video Upin Ipin dia tu.


Sekarang ni, aku tengah timbang-timbang untuk membelikan sebuah gadget untuk Nashriq yang juga boleh dikongsikan bersama Najah. I'm thinking of gadget yang murah-murah sebab tak sanggup nak hadap dan tengok Nashriq memperlakukan gadget-gadget itu secara kasar. 

Anyone boleh suggest? Gadget tab yang boleh masuk video educations, games dan very tahan lasak. Kalau boleh nak yang boleh masuk sim kad. Tapi kalau takleh masuk sim kad pon takpe. Baru nak survey survey je pon ni. Hehehe. :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 12, 2012

Testimonial #13 : Masalah Ovarian Cyst & Ingin Hamil?

Hari ini aku ada 2 cerita yang aku betul-betul tak sabar nak share. 

Yang pertama, kisah Nadia yang disahkan ada Ovarian Cyst. Sebenarnya, Nadia pernah mengandung dan telah selamat melahirkan anakanda Najla pada usia kandungan 30 minggu. Tetapi Allah lebih sayangkan anakanda Najla dan beliau telah pergi mengadap Ilahi. Kisah Nadia dan anakanda Najla boleh dibaca kat sini, aku pernah share dulu.

Lebih kurang 2 minggu yang lepas, Nadia SMS dan beritahu yang beliau disahkan ada Ovarian Cyst. Beliau minta pendapat aku berkaitan supplemen yang sesuai untuk masalah beliau itu. Aku pon suggest-kan Total Wellness Program yang terkandung dalamnya Vitalea (multivitamin), Vitamin C, B Complex (folic acid include) dan ESP sebagai bekalan protin. Aku suggest juga untuk Nadia add on GLA sebagai membantu masalah cyst beliau itu. Nanti akhir entry aku share kenapa GLA sangat bagus untuk masalah-masalah sebegini.

Seminggu lebih selepas itu which is semalam, aku terima lagi SMS dari Nadia;



Ya Allah, seakan dapat aku rasakan perasaan Nadia waktu ini. :)

Kisah kedua ialah kisah seorang customer yang sedang berusaha untuk hamil setelah 10 tahun menunggu. Setelah 2 bulan consume secara konsisten Total Wellness Program + GLA, beliau disahkan hamil. Subhanallah maha suci Allah. Sungguh besar nikmat-Mu ke atas hamba-Mu ini. Semoga kami tergolong dalam golongan yang bersyukur.



Aku sangat suka suggestkan GLA untuk mereka yang ada masalah cyst atau dalam usaha ingin hamil. Nak tahu kenapa? Jom baca maanfaat utama Shaklee GLA.

1. Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina. 
2. Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. 
3. Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus,memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda. 
4. Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing. 
5. Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser. 
6. Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan.
 7. Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi. 
8. Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper. 
9. Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekana darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction. 
10. Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur. 
11. Hiperaktif and Autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif. 

Sumber dari Buku Nutrisi Shaklee.

Tapi dalam masa yang sama jugak, aku akan suggest customer untuk mulakan diet supplemen dengan Total Wellness Program kerana aku percaya, kesihatan dalaman kita kena stabilkan dahulu then barulah kita fokus pada permasalahan utama. Sebab itu, gabungan Total Wellness Program dengan mana-mana supplemen lain pon insya-Allah akan menghasilkan kesan yang baik. 

Aku tekankan di sini ye. Segala usaha bermula dengan diri kita sendiri. Jangan putus doa, jangan putus asa. Di akhir simpang, Allah yang akan tentukan hasilnya. Tawakal dan letakkan kebergantungan hanya pada Allah. Kita hanya merancang dan usaha, selebihnya DIA jua lah pemberi rezeki.


1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E  

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 5, 2012

Testimonial #12 : Pakcik Osman & Ostematrix.

Harini nak cerita pasal Pakcik Osman dari Mersing yang ada masalah tulang reput.

Last month, ada seorang lelaki telefon aku. Suara seorang anak yang mahukan ayahnya sihat. Dia terangkan serba sedikit masalah ayahnya dan kemudian bagi aku nombor telefon ayahnya dan minta aku bercakap sendiri dengan ayahnya. Niat aku cuma satu, nak membantu jika mampu. Jadi aku pon telefon ayah si lelaki ini tadi dan tanya serba sedikit masalah beliau.

Pakcik Osman : Pakcik ni ada masalah tulang reput. Baca-baca kat internet, jumpa blog awak. Nak cari yang kat Mersing ni takde pulak. Tu anak Pakcik duduk JB nak balik kampung Khamis ni. Pakcik ingat nak kirim kat dia je beli kat kamu.

Aku : Oh boleh Pakcik. Pakcik cari produk apa, ye?

Pakcik Osman : Pakcik baca kat internet tu, yang OS.... OS.... tu apa? Yang bagus untuk tulang tu. Pakcik baca semua kata bagus. Jadi Pakcik nak cuba. Berapa harga? Nanti anak pakcik amik kat kamu.

Aku : Ohhh. OSTEMATRIX, Pakcik. Itu vitamin kalsium dari Shaklee. Memang bagus untuk tulang. Makan 4 biji sehari sebelum tidur, untuk cover keperluan kalsium harian badan. Bila Pakcik nak? Nanti saya serahkan kat anak Pakcik.

Pakcik Osman : Haaa. Nanti Pakcik telefon anak Pakcik semula suruh dia amik kat kamu. Dia nak balik kampung hari Khamis ni. Nanti Pakcik cakap ke dia.

Dan kemudian, telefon berdering lagi. Kali ini, anak Pakcik Osman tu telefon.

Anak Pakcik Osman : Kak, kalau boleh saya nak cepat ye kak. Khamis ni saya balik kampung. Saya amik kat rumah akak malam ni boleh ke? Akak ada stok? Saya betul-betul nak belikan ayah saya ni kak.

Aku pon bersetuju dan beri alamat untuk beliau datang malam itu amik stok Ostematrix. Kebetulan memang simpan sebotol. Rezeki Pakcik Osman lah tu. :)

***********************************************

Hari Sabtu kelmarin, telefon berdering....

Anak Pakcik Osman : Akak, ada stok Ostematrix tak? Saya nak amik untuk ayah saya lagi.

Aku : Alamak dik! Stok akak habis. Tapi adik boleh pergi Shaklee Taman Molek tak? Amik kat sana. Pakai je ID akak. Harga sama jangan risau. Cakap je adik nak beli Ostematrix tau. 

Aku pon SMS kan ID number, nama dan alamat Shaklee Taman Molek bagi memudahkan anak Pakcik Osman ni tadi mencari Shaklee. Alhamdulillah, tak susah pon nak cari Shaklee tu. Bila aku SMS petangnya tanya, dia kata dah jumpa. Sempat jugak aku tanya macam mana ayah dia guna Ostematrix? Ok tak?



Alhamdulillah. Ada sedikit perubahan kata anaknya. Syukur....

OSTEMATRIX ni memang killer product Shaklee. Sakit kaki, sakit badan, sakit belakang, sakit tulang, memang bagus consume Ostematrix. Ini aku bercakap melalui pengalaman sendiri. Sebab aku sendiri, kalau stok Ostematrix habis dan culas lupa nak beli, confirm rasa badan ni sakit-sakit balik. Terasa kurang kalsiumnya. 

Lagi satu, selain daripada membekalkan kalsium kepada tulang-tulang dalam badan, Ostematrix ni jugak berfungsi melancarkan pembuangan air besar. YES THIS IS TRUE. Aku tak tipu. Siapa ada masalah sembelit ke, susah nak buang air besar ke, boleh amalkan Ostematrix ni, insya-Allah takde masalah tu lagi dah. :)

Jom kita tengok apa yang membezakan Ostematrix dengan kalsium lain di pasaran?

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandung kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Sumber : Buku Nutrisi SHAKLEE.

So sesiapa di luar sana yang ada masalah sakit badan, sakit belakang, sakit kaki, sakit tulang, atau hadapi masalah pembuangan air besar, boleh cuba Ostematrix. Percayalah, anda memang akan sukakannya! :)

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E  

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, November 2, 2012

Krisis Pemulihan / Healing Crisis.


Ini tajuk yang selalu jadi bualan kalau sesiapa sahaja amik supplemen. Kalau yang amik Vitamin E, diorang akan komplen kata jerawat makin banyak keluar. Kalau yang amik ESP, akan kata pening-pening bla bla bla. Ini normal. Tapi tak semualah yang hadapi healing crisis ni. Ada yang bernasib baik, smooth je dia makan supplemen. Tengok-tengok hasilnya terus kebabom! Itu kena ingat, tubuh manusia ni lain-lain. Sejarah pemakanan dan penjagaan kesihatan sebelumnya pon berlainan. Jadi, tak boleh nak samakan diri kita dengan orang lain.

Kat bawah ni, aku taip sebiji-sebiji apa yang aku baca dari buku Nutrisi SHAKLEE. Buku ni memang best. Dia cerita dari A sampai Z semua pasal khasiat vitamin-vitamin Shaklee. Nanti ada time, aku cerita benda-benda yang lain pulak okay? Harini, nah kisah 'Healing Crisis'. 

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.
Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
Sumber dari : Buku Nutrisi SHAKLEE.

So, jangan risau kalau korang baru consume vitamin, pastu timbul perkara-perkara yang pelik macam pening, jerawat makin naik etc. Ini bermaksud, badan kita sedang beri tindak balas yang positif ke atas supplemen yang kita ambil. Bayangkan, sudah 27 tahun kita hidup (contohnya), tak pernah makan supplemen, sekali tiba-tiba masuk Protin, multivitamin, Vitamin E atau lain-lain, confirmlah badan kita terkejut. So, dia akan ambil masa untuk proses dan sesuaikan seluruh sistem nak terima supplemen baru itu. 

Amacam? Ada gaya nutritionist tak? :p


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Promosi November : ALFALFA Yang Pelbagai Khasiat.

Bulan ini SHAKLEE promosi ALFALFA.


Macam biasa, beli 6 percuma 1. Jenis yang botol kecil (330 biji) ada, yang besar (700 biji) pon ada. ALFALFA ni bukan sahaja terkenal sebagai MILK BOOSTER, tapi ianya juga boleh digunakan seisi keluarga kerana fungsi-fungsi lain seperti;

♥ Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

♥ Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

♥ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

♥ Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menterap kolesterol.

♥ Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel kanser dan membuang tumor.

♥ Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

♥ Mencegah / merawat artitis - Melegakan sakit artitis dan kesakitan.

Sumber dari : Buku Panduan Nutrisi SHAKLEE.

Tunggu apa lagi? Jom tong tong ramai-ramai dengan kawan dan keluarga. Beli 1 set terus boleh guna lama sebab expired date-nya tahun 2015. Simpan stok kat rumah dan jadikan makanan tambahan setiap hari. Harga memang berbaloi-baloi tau! :)


P/S : ALFALFA pon terkenal sebagai KACIP FATIMAH tau. Jangan tak tau. Aummmmm!! :p

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E  

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, November 1, 2012

Dari RM200 Ke RM2000.

Mengimbas kenangan 5 bulan lepas;

Aku : Betul ke Kak Bee, buat Shaklee boleh dapat 2K?

Kak Bee : Insya-Allah Sha, kalau Sha fokus dan keep on track, 2K mesti dalam tangan.

Alhamdulillah. Hari ini aku boleh tersenyum bila ingat balik soalan aku pada Kak Bee masa kami berbual kat tangga office dia. Hahaha. Masih terbayang-bayang situasi itu. :)

YA. Pendapatan bulanan aku dengan Shaklee sekarang sudah masuk ke fasa itu. Fasa yang aku tak terfikir pon akan capai. Fasa yang aku ragu-ragu suatu masa dulu. Fasa yang selalu je jadi tanda tanya, "boleh ke aku?". Sekarang aku dah sampai fasa itu. FASA 2K!

Sekarang, fasa untuk aku bantu orang lain pulak untuk dapat apa yang mereka impikan. Aku nak bantu korang yang betul-betul punya impian nak ubah hidup korang. Aku nak sangat kongsi apa yang aku rasa sekarang dengan korang, korang dan korang. Aku nak kita sama-sama berjaya dan ubah hidup kita. Keluar dari zon selesa (cukup selesa ke?) dan tengok luar tempurung. Tengok luar dan pandang jauh.

Aku highlight ini untuk orang yang punya impian untuk ubah diri, hidup dan jalan kerana....

....... jika ada IMPIAN, ianya akan menolak kita untuk MELANTUN!

Dah bersedia nak capai IMPIAN dan UBAH HIDUP?

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E  


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015