Hola semua!
Di saat jam 3.25 pagi dan aku tak tahu nak buat apa (kan lebih baik kau segera Tahajud!), maka aku merajinkan diri meng-update blog. Rasanya sudah banyak kali aku janji nak aktif balik menulis blog. Tapi malangnya janji hanya tinggal janji. Yang tinggal hanyalah blog yang berhabuk-habuk. Uhuk uhuk uhuk (effect habuk masuk hidung). Jadi mengapakah pagi hening ini begitu rajin? Oh ini kerana kebetulan laptop sudah terbuka dan terpasang di atas meja. Kalau mahu diharap nak keluarkan dari beg, kemudian ON, kemudian tunggu start mungkin aku tidak berdaya. Al-maklumlah, penyakit M(alas) sangat berleluasa.
Amboi, panjangnya mukadimah.
Baiklah, segera ke berita utama.
Untuk pengetahuan korang rakan taulan blog (jika masih ada hihihihi), kami kini dalam proses pembelian rumah. Selepas aje keluar dari kuarters Kerajaan kerana meletakkan jawatan, kami menyewa sementara di Kempas. Bolehlah buat menumpang teduh ewahhh. Tapi dalam sibuk-sibuk nak letak jawatan, keluar kuarters dan berpindah ke rumah sewa tu, entah macam mana boleh jumpa rumah untuk dibeli pulak. Sangatlah tak disangka. Sebab keadaan sibuk sangat waktu tu.
Ceritanya bermula sebelum aku letak jawatan dan planning nak keluar kuarters lagi. Memang lah sibuk cari rumah nak beli sebab kalau boleh nak keluar kuarters dan terus pindah ke rumah sendiri. Cari punya cari, tidaklah berjumpa. Untuk pengetahuan korang, harga rumah kat JB adalah sangat-sangat mengarut hokay! Rumah baru area bandar (memang area pilihan kami suami isteri), semua mencecah 600K ke atas! Tak masuk akal! Kalau rumah 2nd hand (kawasan guarded), boleh cecah 500K jugak. Lahaiiiii telan liur dengar harga rumah kan? Kesian kat kami yang muda-muda ni nak beli rumah. Sambil menaip ini sambil berharap, semoga Menteri Besar Johor baca entry aku ini. Hahaharapannn...
Nak dijadikan cerita, kawan aku yang sangat prihatin telah tag aku satu rumah 2nd hand untuk dijual kat FB (Thanks Echah!). Rumah ni, rumah lama. Kalau ikut S&P dia, rumah ni siap tahun 1985. Rumah ni dekat sangat dengan rumah Emak aku dan paling penting strategik nak pergi mana-mana. Siapa orang JB tahu kot Taman Kemas. Siapa tak tahu buat-buat tahu sudahlah hihihihi.
Belek-belek gambar yang member aku tag tu, aku pon beranikan diri call nombor owner yang tertera. Tanya serba sedikit, aku pon minta alamat sebab nak riki-riki dari luar je pon. Masa ni bulan puasa kalau tak salah aku. Dengan kerajinan yang dikurniakan Allah, aku pon pergilah drive seorang diri nak tengok kawasan rumah. Sekali lalu kawasan situ dan tengok rumah, aku terus jalan je. Sebab aku ni sangat fussy bab parking. Bukan parking dalam rumah tau, tapi parking luar sebab aku selalu dok fikir macam mana kalau sedara mara datang beramai-ramai nak parking mana sekian-sekian. Macamlah selalu buat kerja kahwin seminggu sekali khenn.
Pastu aku diam je tak bagi feedback pape kat owner. Sebab aku dah cakap awal kalau aku berminat, aku akan contact dia balik. So bila aku diam, aku rasa dia fahamlah yang aku tak berminat. Lagipon, masa aku call dia first time tu, dia ada kata yang rumah tu ada 2-3 orang juga yang tanya. Jadi aku fikir takpelah kasi jelah kat orang lain.
Selang 2 minggu macam tu, owner tu SMS aku dan tanya aku nak dokumen tak (S&P dan geran sementara) untuk aku gunakan kalau nak cuba masuk loan. Tapi masa ni pon aku tak balas jugak sebab kesibukan nak Hari Raya. Jadi aku abaikan ajelah sebab aku rasa dia faham kot aku taknak. Hahahaha apa punya perangai aku masa ni. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku "Jangan benci sangat nanti jadi sayang..."
Ceritanya jadi klimaks bila seminggu selepas Raya tu, owner tu call aku dan kebetulan aku kat dalam kereta dengan Wahid. Berbual punya berbual, aku pon letak telefon dan Wahid tanya "Siapa tu?". Aku pon jawablah owner rumah Taman Kemas tanya nak dokumen tak bla bla bla. Pastu Wahid tanya rumah dia macam mana? Aku cakap okaylah bla bla bla tapi parking tak ada kalau sedara mara nak datang bla bla bla. Biasalah pelbagai alasan berbaris-baris.
Kebetulan nak balik rumah Emak aku, so Wahid pon suruh aku tunjukkan rumah tu. Kami lalu se-round dua. Pastu terus Wahid suruh aku call balik owner dan minta izin nak tengok dalam rumah. Ehhh suami aku nii. Selalunya dia pon fussy bab parking jugak macam aku. Tapi kini kenapa tidak lagi?
Hujung minggu itu, kami berdua pergi ke rumah Taman Kemas tu untuk melihat bahagian dalam rumah, Dalaman memang tip top okay! Dah buat fully renovation dari depan ke dapur. Dari atas ke bawah. Rumah ni 1 1/2 tingkat punya rumah. So ada 3 bahagian. Atas ada 3 bilik + 1 bilik air, bahagian tengah ada 2 ruang tamu, kat bahagian bawah ada dapur, bilik dan 1 lagi tandas. Kawasan belakang dapur tu memang tak ada rumah, dan pintu depan pulak tak bertentang rumah orang depan. Just perfect untuk kami yang sangat sukakan privacy!
Jap, aku share gambar dari FB tuan owner rumah.
Ya, itulah rumah yang telah buat kami suami isteri jatuh hati.
Balik je dari review rumah ni, Wahid terus suruh prepare dokumen sebab nak pergi bank apply loan. Sebab macam aku cakap kat perenggan atas tu, owner kata ada 2-3 orang yang dah bertanya. So kami kenalah bersegera hihihihi.
The next week, dokumen ready, kami pon pergi bank dan terus masuk loan. Tak sampai seminggu pihak bank dah call cakap loan lulus. Selang 2 minggu pulak pihak lawyer call untuk sign S&P. Memang agak cepat jugak proses pembelian rumah kami ni. Alhamdulillah, syukur sangat Allah permudahkan urusan. Memang tak sangka dah sampai rezeki nak ada rumah sendiri. Insya-Allah kalau tak ada aral, dalam tahun depan dah boleh pindah. Sebab owner masih duduk rumah ni dan rumah beliau kat kampung sedang dalam proses pembinaan. So takpelah, kami pon tak rush. :)
So apa lagi eh nak cerita..
Oh ya! Kepada yang sedang planning nak beli rumah, tak kisahlah rumah baru atau 2nd hand, aku nasihatkan supaya tanya betul-betul kat pihak bank sama ada lawyer fee cover tak dalam loan. Sebab ada bank boleh cover 90% + 5% loan. Tapi aku rasa rumah baru takde masalah lawyer fee kot sebab normally pemaju ada buat promosi zero lawyer fee kan?
Macam kes kami ni, memula pegawai bank yang kami berurusan tu terangkan kami punya loan dapat 90% + 5% (dapat cover MRTA dan lawyer fee), tapi selepas offer letter siap, tak ada tulis dalam surat. Kami pon silap tak nampak dan terus sign. Bila lawyer dah panggil nak sign S&P, baru pihak lawyer bentang siap-siap invois kena sampai 11K haaa tu diaa. Nak pergi revise balik kat bank pon dah malas sebab nanti nak kena tunggu offer letter baru, lagi nak kena sign balik, pastu nak kena patah balik ke lawyer balik. So nak tak nak, kami setujulah bayar 11K pakai duit simpanan kami..
So tamatlah cerita pasal beli rumah kami. Macam panjang pulak cerita aku kali ni eh. Ni kira balas dendam punya entry lah ni kan hihihi. Nanti kalau dah nak pindah ke atau dah pindah, aku share la lagi kat sini okay. Banyak sebenarnya cerita nak diabadikan kat blog kesayangan ni. Mohon dikurniakan kerajinan tahap tertinggi hahahaha.
Jam pon dah pukul 4 lebih. Jadi mari kita buat apa yang patut dan tidur.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com