Aishah Rahim's Diary

Wednesday, November 9, 2011

By Nadia : Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?

Saya kini dalam minggu ke-35 kehamilan. Lagi 2 minggu untuk masuk fasa dup dap dup dap. Maksudnya juga, lagi 2 minggu lah tarikh tutup untuk Contest Mudah Saya tamat. Semalam, saya terima penyertaan yang kelima dari Nadia. 

Nadia ini bukanlah orang asing lagi dalam blog saya. Saya pernah kongsikan kisah beliau dalam entry Kongsi Cerita #2 satu masa dulu. Kisah beliau dan anakanda Najla pernah buat saya menangis teresak-esak. Hinggakan saya rasa rapat dan dekat dengan beliau. Err, memang kami dekat pon. Tapi, selalu ada kekangan masa untuk berjumpa. Kan Nadia?  :)

Jom, saya kongsikan email Nadia semalam.

Kenapa saya suka myaishah.blogspot.com
Saya mula kenal dengan blog myaishah.blogspot.com ni lebih kurang seminggu selepas anak saya meninggal dunia. Tak silap saya, waktu tu, orang lain sibuk buat persiapan Aidilfitri, saya pula sibuk meng'google'ing tentang 'Bayi Meninggal Dunia'. Masa tu saya cuba cari kisah dan pengalaman orang lain yang pernah lalui saat kehilangan bayi mereka. Pencarian ini amat penting bagi saya kerana saya sedaya yang boleh cuba mencari sumber kekuatan dari pengalaman hidup orang lain sewaktu saya begitu trauma untuk hadapi pemergian arwah Najla.
Entry pertama saya jumpa dalam blog Aishah ialah Bayi Meninggal Dalam Kandungan.
Entry tu sekadar ceritakan bagaimana kejadian bayi meninggal dunia boleh berlaku sewaktu masih dalam kandungan. Saya mulanya berfikir Aishah sekadar berkongsi tentang keadaan ini di blog Aishah. Bila saya scroll ke bawah dan tengok pada side bar sebelah kanan, saya ternampak Daisypath Bidadari Cinta di Syurga, 9 Oktober 2009 - Nur Anis Nashrah.

Saya tak puas hati. Saya cuba baca dan habiskan kesemua entry yang berlaku sekitar tahun 2009. Dari saat Nashrah berhenti bergerak, Aishah berpantang tanpa Nashrah, pengalaman Aishah untuk hadapi saat-saat untuk keluarkan Nashrah. Saya baca berulang kali. Saya add blog Aishah dalam list bookmark saya. Berhari-hari saya cuba khatamkan blog Aishah. Terlompat sana sini entry yang saya baca. Saya betul-betul nak tahu apa yang berlaku pada Nashrah. Saya ceritakan semua cerita Aishah pada suami saya, Edy, dan beberapa kawan baik saya. Dalam pada tu, tanpa sedar, semangat Aishah seolah ditiup ke dalam diri saya. Walaupun saya tak pernah jumpa dan kenal Aishah, tapi bila baca cerita Aishah, saya rasa Aishah begitu dekat dengan saya. Tapi sebelum tu saya nak minta maaf dengan Aishah kerana sepatutnya saya panggil Aishah sebagai Kak Aishah, kerana Aishah lebih tua setahun dari saya. Tapi dah terbahasakan Aishah dari mula, macam janggal pula nak ubah balik. Minta maaf ye Kak Aishah :)
Alhamdulillah, takdir yang telah menemukan saya dengan blog Aishah telah memperlihatkan saya tentang jalan yang masih terbentang luas di hadapan saya. Dua bulan cuti, saya cuba gunakan sepenuhnya untuk pulihkan emosi saya. Walaupun saya boleh tergelak ketawa saat berjumpa dengan orang lain, tapi jauh di sudut hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya jadikan blog Aishah sebagai rujukan. Dari situ juga, saya dapat kekuatan untuk berkongsi kisah hidup saya dengan Aishah. Percaya atau tak, lepas saya email Aishah tempoh hari, saya semacam beroleh sejuta kekuatan. Apatah lagi bila mendapat sokongan dari rakan-rakan Aishah. Alhamdulillah. Saya cuba merancang kehidupan yang lebih baik. Saya cuba menghiburkan hati seperti mana Aishah pernah berusaha untuk mengubat lara Aishah. Macam Jiwa dan Lara pulak.

Saya juga cuba menghargai nikmat yang masih ada di sekeliling saya. Suami, ahli keluarga, teman rapat, adalah nikmat yang masih ada untuk saya hargai. Terima kasih Aishah. Blog Aishah secara tidak langsung telah memotivasikan saya dengan pelbagai cerita lucu, suka, duka, dan idea-idea yang bernas.

Saya dah pun mula bertugas. Walaupun kita cuma depan mata je, tapi jujur saya akui, saya begitu 'malu-malu kucing' nak jumpa dengan Aishah. Bertentang mata dengan Aishah mungkin boleh menyebabkan saya gugup, tiada sepatah perkataan pun yang mungkin keluar. Erk, tak tahulah ye kenapa perasaan saya semacam ini sekali. Mungkin memang sifat diri saya bila berjumpa pertama kali dengan seseorang, akan menjadikan saya terdiam seribu bahasa dan membatu walhal itu bukanlah diri saya yang sebenar. Heee..
Pernah sekali saya taip mesej untuk dikirim pada Aishah. Kononnya saya nak tanya, kalau-kalau Aishah mengidam ingin makan apa-apa, saya nak tolong cari and hantar ke office Aishah. Tapi, saya cancel dan delete mesej saya itu. Sebab saya terasa macam beria-ia sangat je nak belikan Aishah makanan. Kot-kotlah yang Aishah idam-idamkan tak dapat saya nak tunaikan, lagilah saya malu nanti. Itulah niat murni saya yang kemudian saya batalkan Aishah. Maaf sekali lagi ye Kak Aishah ;))
Berbalik semula pada blog Aishah, saya suka dan setia membaca blog ini kerana himpunan kisah-kisah yang begitu telus dari hati. Dari situ, saya mula membaca blog kawan-kawan Aishah juga. Blog Hannah Johary merangkap kawan baik Aishah, blog mamaelly yang juga pernah kehilangan kembar sulungnya, dan banyak lagi blog rakan-rakan Aishah yang tak mampu saya nak senaraikan di sini. Saya sangat suka cerita-cerita tentang keibubapaan. Kerana saya sangat ingin menjadi seorang ibu kepada anak-anak kami. Doakan saya dapat pengganti seperti Aishah ye. Insya-Allah saya akan cuba untuk menjaga amanah yang diberikan Allah sebaiknya.
Bercerita tentang Nashrah, saya teringat pada surah Alam Nashrah, di mana Allah SWT telah berfirman:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan." [Alam Nashrah : 5-6]
Ya, inilah janji Allah. Dua kali Allah mengulang ayat ini. Bila terbacakan ayat ini, saya teringat pada Nashrah. Dan saya juga yakin Allah akan menggantikan sesuatu yang baik untuk saya sebagai pengganti Najla nanti. Sebagaimana Allah telah memberi ganti kepada Aishah.

Ok Aishah. Itu sahaja sebab musabab kenapa saya suka blog Aishah. Dah lama nak email tapi belum berkesempatan. Alhamdulillah, terlaksana sudah hari ini.
 Jaga diri Aishah ;)

Thank you so much for joining this contest, Nadia. So sweet of you sampai panggil saya 'Kakak'. Hahahaha. Tak kisahlah berapa jarak umur kita pon, yang penting kita dah jadi kawan kan? Anyway, saya doakan yang terbaik untuk awak dan keluarga. :))

Anda nak join Contest Mudah Saya jugak?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Cream Puff Versi Saya.

Sumber gambar dari Pakcik Google.

Berhenti berharap. Jika korang masuk ke dalam sini dengan harapan ingin melihat hasil tangan aku menghasilkan cream puff idaman hati, sila matikan angan-angan korang sekarang. Kerana apa? Kerana cream puff aku telah hanya berjaya dihasilkan separuh jalan. Separuh lagi jalan telah selamat masuk tong sampah. T___T

Iye. Itulah hakikatnya. Aku dengan semangat pergi mencari barang pada hari Jumaat. Kononnya nak buat cream puff kasih sayang di hari Sabtu. Kononnya jugak nak jamu kawan sekolah dan buat lebih untuk hidangan di Hari Raya Haji. Siap beli mixer padahal resepi tu tak pakai mixer pon. Punyalah tak khatam habis membaca resepi. Blergh. Takpelah, mixer boleh digunakan pada masa akan datang. Mana tahu, semangat pavlova akan menjelma dan mencanak-canak minggu ini. Echeh.

Balik kepada kisah cream puff.

Hari Sabtu itu, aku bangun awal pagi dan menyiapkan house chores seperti biasa. Basuh baju, sidai baju, menyediakan sarapan dan mencantikkan anak. Eh, maksud aku, memandi serta menyiapkan anak. Tengahari sikit, siap boleh masak hidangan hebat untuk dijamu teman sekolah yang datang secara mengejut. Peh, bunyi macam super power sangat. Padahal lauk sambal sotong, sup fishball dan telur dadar sahaja #bikinmalu.

Selesai teman sekolah pulang, aku pon belek resepi yang dicetak khas dari blog Nano. Belek punya belek, terus keluarkan bahan-bahan yang harus diguna pakai untuk membuat cream puff idaman hati itu. Semua barang complete okeh. Sangat kagum dengan diri sendiri. Siap telefon Emak untuk berlagak; "Ayang on the way buat cream puff niiii. Jangan jelesssss". Dan Emak menjawab ringkas; "Iyelah tuuuuu. Jangan lupa bawak sini yeee?". Ehek.

Semua bahan cukup. Semua alat ada. Tapi kesungguhan dan kesabaran adalah ditahap kosong. Aku bermula dengan buat cream custard dia tu ha. Awal-awal lagi aku dah kantoi beruk bila semangat bancuh tepung, tepung jagung dan gula di dalam mangkuk yang BESAR punya. Padahal, adunan tu sikit aje. Teruslah rasa down sebab terasa diri ini sangat bodoh tak pandai nak agak adunan. Semangat dah mula merundum. Suami terus blah ke ruang tamu sebab tengok muka isteri dah lain macam. 

"Tak apa. Teruskan ajelah". Hati kecil berbisik. Echeh.

Aku teruskan dengan part-part yang seterusnya. Tapi semua part pon serba tak kena. Aku ni tak penyabar kot. Tak ada jiwa mem-baking. Semua benda aku nak cepat. Main masuk semua benda sampaikan aku pon tak tahu dah jadi apa. Sampai tahap masak adunan cream custard tu atas api pon, aku rasa nak menangis. Sibuk mengomel kenapa cream custard aku tu likat benar. Kenapa tak macam Nano punya. Why ohhh why?

Selesai cream custard, aku simpan masuk fridge. Aku duduk rileks kejap kat ruang tamu sebab masih memikir perihal cream custard yang tak berapa nak rupa cream custard itu. Lama aku duduk melepak sampai Wahid pon tanya; "Dah jadi cream puff awak?". Ehhhhhhh, ini boleh mendatangkan kemarahan tahu? Aku pon terus angkat bontot dan blah menuju dapur. Tak boleh jadi. Nak tak nak, aku kena buat jugak cream puff versi aku. By hook or by crook. Ewah ewah.

Seterusnya cubaan untuk membuat adunan puff-nya itu. Kat sini pon kantoi Nauzubillah. Konon semangat beli penimbang nak timbang tepung. Tapi bila dalam resepi tulis 60 gram, menjajar-jajar aku mencari macam mana nak timbang. Mana nak cari 60 gram ni? Kenapa tiba-tiba terus 200 gram? Nak kira calit-calit garis halus kat timbang tu ke? Ya Allah, super blur dah aku. Last-last, aku tawakal ajelah agak-agak 60 gram tu. Butter pon aku main agak je 45 gram. Tak kisahlah. Yang penting, cream puff mesti jadi.

Dah siap masak adunan semua dalam periuk, aku pon semangat bukak pek piping beg yang baru beli tu. Senyum ni. Senyum. Sebab dah sampai stage akhir. Heeee. Tak sabar yowww. Lepas ni tinggal bakar puff. Lepas bakar, potong puff dan masukkan cream custard. Pastu dah boleh makan. Yippieee!

Aku pon memasukkan adunan PANAS tadi ke dalam piping beg. 

Picit. Picit. Picit dan picit. 

BRAKKKKK. Piping beg pecah di bahagian tengah.

Dan aku pon menangis sambil mencampak piping beg serta semua adunan ke dalam tong sampah. Terus masuk bilik dan tidur dengan lena sampai ke petang. TAMAT.

T___T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, November 3, 2011

Favourite Port Masa Kini.

Assalammualaikum kawan-kawan,

Nama saya Anas Nashriq. Harini saya ambil alih tugas update blog dari Mama saya. Mama tak berapa sihat dua tiga hari ni. Mama kata, perut dia sakit sebab ada budak kecik keras-keras dalam perut. Saya tak tahu siapa budak kecik yang suka kacau Mama sekarang ni. Susah tau saya nak panjat-panjat badan Mama. Bila saya nak panjat aje, Mama kata perut dia sakit. Bila perut Mama sakit aje, saya sibuk nak panjat. Hish, potong stim betul!



Oh ye, saya nak tunjuk gambar terbaru saya. Gambar ni kat rumah baru. Tolong abaikan plastik-plastik bersepah kat atas tembok kabinet tu, tau. Mama dan Ayah baru lepas belanja barang dapur. Tengah sibuk susun barang masuk kabinet. Jadi, plastik semua belum siap lipat lagi. 

Saya pon tengah sibuk jugak. Sibuk main bawah kabinet. Tolak-tolak tong beras nak kasik nampak lebih tersusun. Err, sebenarnya tong beras tu memang dah susun elok kat situ. Tapi saya suka tolak keluar dan bawak jalan satu dapur. Kesian Mama asyik kerja nak betulkan tong tu aje. Tapi takpelah, Mama kena exercise. 10 kali saya tolak keluar. 10 kali Mama tolak tong tu masuk balik. Lama-lama Mama akan jadi sihat, cergas dan kuat. Macam iklan Milo.

Saya memang suka tolong Mama kat dapur. Lagi-lagi bab mengemas barang dalam kabinet. Mama susun tak berapa cantik. Saya susun lebih elok. Kalau Mama tak nampak, saya akan keluarkan semua barang dalam kabinet dan campak atas lantai. Bila saya penat, saya blah aje duduk kat ruang tamu. Bila Mama dah perasan, dia terus menjerit. Tapi Mama tak boleh buat apa pon. Paling kuat, dia akan cakap, "Biasa Nashriq eh?? Mama penat tahu tak?? Nashriq tak sayang Mama ke??"

Hehehehehe. Kesian Mama.

Apa boleh buat. Saya tak ada kawan nak main. Balik-balik muka Ayah dan Mama. Kalau saya duduk kat balkoni, saya nampak pokok. Bila duduk dalam bilik, saya sepahkan mainan. Kerja saya cuma tawaf satu rumah. Saya tak sabar betul nak tunggu budak kecik dalam perut Mama tu keluar. Ayah kata, nanti saya boleh main basikal dengan budak kecik tu. Bagus jugak. Saya duduk, biar budak kecik tu tolak kat belakang. Barulah adil dan saksama. Kan?

Err, oklah kawan-kawan. Saya dah penat menaip panjang-panjang. Nanti kalau rajin lagi, saya post apa-apa entry lagi ye? Itupon kalau Mama kasi lah. Mama tu bukan boleh saya overshadow dia sangat. Dia cemburu tu. Ehek.

Sampai berjumpa lagi. Bye! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, November 1, 2011

Twitter Conversation Widget.

Entry kedua untuk hari ini. :))


Puan Nurul telah request kepada saya untuk buat satu tutorial bagaimana caranya meletakkan Twitter Conversation Widget kat sidebar blog pada 7 Oktober 2011. Maka, saya sebagai seorang yang tak berapa pandai tapi macam bagus jugak nak tolong orang, telah refresh refresh refresh kepala otak untuk ingat balik bagaimana saya membubuh widget berkenaan kat sidebar. Sorry Nurul, sebab lambat sangat buat tutorial ni. Dah nak makan sebulan kan? :(

Contoh Twitter gadget saya.

Caranya mudah sahaja. Pertama sekali, anda-anda haruslah ada akaun Twitter. Kalau tak ada, boleh sign up sana dan create lah satu akaun. Pastu, carilah kawan-kawan dan follow satu sama lain. Barulah anda boleh sembang rawak yang kadang-kadang menjadi repekan entah apa-apa. Err, saya ada kongsikan tutorial  Twitter For Beginner tu kat sini. :)

Bagaimana nak tepek Conversation Widget tu dalam blog?

Mula-mula, anda dikehendaki untuk masuk ke link ini; http://twitter.com/about/resources/widgets. Kemudian, klik pada My Website dan step seterusnya, klik pada Profile Widget. Lihat contoh gambar yang saya tepek kat bawah ni.

My Website -> Profile Widget

Kemudian, kat dalam Profile Widget tu, anda bolehlah customize rupa macam mana Conversation Widget yang dikehendaki. Boleh setting preferences, appearance dan dimension Conversation Widget anda itu. Test setting dulu tengok menawan hati atau tidak. Kalau dah puas hati, boleh terus klik Finish & Grab Code.

Easy? So Easy!

Seperti biasa, bila proses nak tepek gadget kat blog tu, just pergi kat Design -> Layout -> Add a Gadget ->  HTML / JavaScript. Proses biasa macam nak add gadget tu. Senang kan? Senang kan?




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

By Pijon : Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?

Entry pindah rumah ditangguh lagi. Sebenarnya tak tahu nak taip apa bila dah last-last entry tu. Mati ayat. Skill menulis makin merundum di saat-saat akhir trimester nampaknya. Takpelah, ada rezeki, akan keluar jugak entry tu. Tak ada rezeki, tak payah keluar pon tak apa. Tak ada siapa yang kisah. Hehehehe.

Baiklah, ini adalah entry khas sempena Contest Mudah Saya. Sudah ada 3 penyertaan setakat ini. Peserta pertama yang menghantar URL ialah Hannah Johary. Peserta kedua pula ialah Mak Haqq, Kid. Tanpa disangka, saya menerima satu email semalam dari seorang peserta bernama Pijon.

Jom, saya kongsikan email beliau?

Assalammualikum..

salam persahabatan dari saya..
tak tau kenapa hati ni tertarik untuk melayangkan email ini kepada aishah.. saya sebenarnya baru sahaja jumpa blog aisyah ni kira kira 2 minggu lepas.. bermula dengan percarian saya mengenai barangan baby lalu terjumpa blog aishah...

Pada mulanya bagi saya blog aishah seperti blog orang lain juga.. tiada yang istemewanya.. sekadar menceritakan kisah perjalan hidup suke dan duka di coretkan di sini.. tetapi pandangan saya terhenti apabila terlihat daisypath di sebelah kanan blog aishah.. dari saat menyulam cinta antara aishah dan wahid hingga lah saya terbaca tajuk 'bidadari cinta di syurga 9 okt 2009 nur anis nashrah'.. tangan saya terhenti untuk scroll ke bawah lagi.. terhenti sejenak.. Dan pada saat ini perasaan ingin tahu cerita sebelumnya amat memuncak..

Tahu ape saya buat selepas itu.. saya terus pergi ke cerita cerita aisyah sekitar tahun 2009 tu.. saya baca satu persatu kisah kisah aisyah dalam tahun tu.. tetapi masa amat menyemburui saya.. jam di dinding sudah pun menunjuk kan 5.30petang.. waktu balik sudah tiba.. Esoknya saya pergi kerja dengan semangat yang baru.. semangat saya nak pergi kerja bertambah lagi dengan harapan dapat khatam kisah hidup aisyah  dan ingin mengetahui bagaimana aishah boleh kehilangan puteri sulong aishah.. buat pengetahuan aishah saya juga sedang mengandung 22minggu, dan maklumat serta tips tips dari blog aisyah amat saya perlukan kerana ini adalah kandungan sulong saya..jadi hati ini mudah tersentuh apabila membaca cerita mengenai ibu serta bayi dalam kandungannya..
saya bertemankan air mata setiap kali membaca ayat2 aishah susun mengenai pengalaman kehilangan puteri sulong aishah itu.. saya terpaksa menunduk kan muka apabila kawan kawan lalu lalang di hadapan saya demi menyorokan mata saya yang merah dan hidung yang berhingus menangis sambil mengadap pc dan saya ada juga copy paste kisah email yang diberikan pada aishah di letakan pada blog saya supaya setiap kali saya baca email kawan aishah bagikan pada aishah mengenai kisah kehilangan puterinya juga dapat menambahkan ketaqwaan saya kepada pencipta.. bahawa segalanya sudah suratan (saya minta halal apa yang saya copy paste kan itu dari blog aishah yer).. saya dapat kekuatan dari segala cerita yang di sampaikan aishah bahawa dugaan orang lain lagi berat dari dugaan kita.. jadi bersyukurlah setiap apa yang kita ada dan jangan mudah mengalah dan lemah dengan dugaan ini..

Emosi sedih saya terus berlalu apabila membaca kisah pembesaran nashriq pulak.. segala telatah nashriq mencuit hati saya.. kalau dekat nak gomol pipi nashriq yang tembam tu heheh.. syukur alhamdulillah.. setelah ujan membasahi bumi akhirnya pelangi hadir menyinari dan membahagiakan mata yang memandang.. tidak habis lagi bibir ini menguntumkan senyuman dengan cerita cerita nashriq terbaca plak berita yang gembira.. aishah mengandung lagi dan sekarang menunggu saat melahirkan baby ketiga aishah.. tahniah.. saya amat senang membacanya.. tapi anak kita tak sama umur kerana di lahirkan tahun yang berlainan.. saya di jangkakan bersalin tahun depan bulan 3 insyaalllah.. doakan semuanya selamat dan saya doakan aisyah selamat melahirkan baby yang di jangka pada bulan NOV ni kan..

sekarang ni setiap pagi blog aishah adalah blog yang wajib saya baca.. sekadar silent reader.. nak tinggalkan komen tapi saya segan.. kita kan tak kenal tetiba plak saya nak tinggalkan komen.. malah blog aisyah pun saya tak follow.. cuma saya buat favorites link blog aishah ni kat pc opis saya ni jer heheeh..segan nak follow.. 
Semakin lama saya baca blog aisyah rupa-rupa nya kebanyakan blog ibu ibu yang saya favorites kan kat pc saya ni adalah kawan kawan aisyah juga termasuklah blog mak haq, hannah johary dan nurul jamian semuanya adalah kawan maya aisyah jugak kan heheeh.. mereka semua pun memang dah jadi favorites link kat pc saya ni.. keciknya dunia ni kan..

Akhir kata.. allah buka hati saya untuk terus membaca blog aisyah kerana dengan membaca kita boleh menambahkan pengetahuan dan mengambil segala pengalaman manis dan pahit seseorang untuk di jadikan sempadan dalam kehidupan kita.. setiap orang pengalaman nya berbeza.. saya tak dapat nak list kan satu persatu kenapa saya suke baca blog aisyah kerana saya tidak pandai mengarang.. sebab itu blog saya kadang kadang berupdate dan kadang2 di tinggalkan bersawang tanpa tuan..tapi membaca blog blog pilihan adalah wajib bagi saya.. dan antara blog pilihan saya adalah blog aisyah..

wassalam..

~PiJoN~

So sweet of you, Pijon. :)

Saya harap, lepas ni sudi-sudikanlah meninggalkan komen ye? Takmo segan dah dengan saya yang bukan siapa-siapa ni. Kita dah jadi kawan pon. Anyway, thanks sebab sudi membaca kisah hidup saya yang entah apa-apa ini. Semoga persahabatan yang baru terjalin ini, kekal hingga akhir hayat. Amin.

P/S : Kurang 3 minggu lagi untuk tarikh tutup penyertaan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015