Thursday, November 3, 2011

Favourite Port Masa Kini.

Assalammualaikum kawan-kawan,

Nama saya Anas Nashriq. Harini saya ambil alih tugas update blog dari Mama saya. Mama tak berapa sihat dua tiga hari ni. Mama kata, perut dia sakit sebab ada budak kecik keras-keras dalam perut. Saya tak tahu siapa budak kecik yang suka kacau Mama sekarang ni. Susah tau saya nak panjat-panjat badan Mama. Bila saya nak panjat aje, Mama kata perut dia sakit. Bila perut Mama sakit aje, saya sibuk nak panjat. Hish, potong stim betul!



Oh ye, saya nak tunjuk gambar terbaru saya. Gambar ni kat rumah baru. Tolong abaikan plastik-plastik bersepah kat atas tembok kabinet tu, tau. Mama dan Ayah baru lepas belanja barang dapur. Tengah sibuk susun barang masuk kabinet. Jadi, plastik semua belum siap lipat lagi. 

Saya pon tengah sibuk jugak. Sibuk main bawah kabinet. Tolak-tolak tong beras nak kasik nampak lebih tersusun. Err, sebenarnya tong beras tu memang dah susun elok kat situ. Tapi saya suka tolak keluar dan bawak jalan satu dapur. Kesian Mama asyik kerja nak betulkan tong tu aje. Tapi takpelah, Mama kena exercise. 10 kali saya tolak keluar. 10 kali Mama tolak tong tu masuk balik. Lama-lama Mama akan jadi sihat, cergas dan kuat. Macam iklan Milo.

Saya memang suka tolong Mama kat dapur. Lagi-lagi bab mengemas barang dalam kabinet. Mama susun tak berapa cantik. Saya susun lebih elok. Kalau Mama tak nampak, saya akan keluarkan semua barang dalam kabinet dan campak atas lantai. Bila saya penat, saya blah aje duduk kat ruang tamu. Bila Mama dah perasan, dia terus menjerit. Tapi Mama tak boleh buat apa pon. Paling kuat, dia akan cakap, "Biasa Nashriq eh?? Mama penat tahu tak?? Nashriq tak sayang Mama ke??"

Hehehehehe. Kesian Mama.

Apa boleh buat. Saya tak ada kawan nak main. Balik-balik muka Ayah dan Mama. Kalau saya duduk kat balkoni, saya nampak pokok. Bila duduk dalam bilik, saya sepahkan mainan. Kerja saya cuma tawaf satu rumah. Saya tak sabar betul nak tunggu budak kecik dalam perut Mama tu keluar. Ayah kata, nanti saya boleh main basikal dengan budak kecik tu. Bagus jugak. Saya duduk, biar budak kecik tu tolak kat belakang. Barulah adil dan saksama. Kan?

Err, oklah kawan-kawan. Saya dah penat menaip panjang-panjang. Nanti kalau rajin lagi, saya post apa-apa entry lagi ye? Itupon kalau Mama kasi lah. Mama tu bukan boleh saya overshadow dia sangat. Dia cemburu tu. Ehek.

Sampai berjumpa lagi. Bye! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 comments:

  1. hihihi nashriq... syiannn mama tau..penat dia..

    nashriq nak adik gegirl ke boboyyyy

    ReplyDelete
  2. dapur kite mesti same patter kan asihah? tp pintu kabinet tu nmpk cantik..umh yana buruk dh..hahaha

    ReplyDelete
  3. habislah kita semua
    anak smua dalam usaha nak overules blog kita..hahahahaha
    bdl2 mmg favorite dia kabinet dapur kan.. pape je..bukan best pun

    ReplyDelete
  4. Hahaha Nashriq tak typo langsung! Kekekeke

    Aunty rendu nak chat ngan mama awak tu. Aunty renduuu. Hahaha

    ReplyDelete
  5. Reen, haruslah Nashriq tak typo. Ikut Mama dia. Hehehe.

    Comel gila entry ni. Nak kena buat 1 entry Myiesha pulak tulislah, tengok apa jadi. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. Pandainyaaaa Nashriq ni. Boleh join Kakal ni suka main kat dapoqq..

    ReplyDelete
  7. hehehe cheeky nye nashrik hehehe

    ReplyDelete
  8. @Elly : Nashriq kalau boleh nak adik boy Auntie Elly. Boleh lawan tembak-tembak. Hehehehe.

    @Athiedan : Thanks Auntie Athiedan. :)

    @Aziyana : Memang buruk pon Yana. Itu ilusi gambar je tu. Kekekeke.

    @Dayu : Semua kabinet daput dia nak selongkar Dayu. Yang laci dia siap tarik dan keluarkan barang dalamnya. Menangis tengok.

    @Reen : Hahaha. Haruslah tak typo okeh. Training 9 bulan tu dalam perut!

    @Fara : Thanks Fara!

    @Hannah : Kena tulis cepat! I nak baca. "From Myiesha, With Love" eh?

    @Fie : Dia nak masuk MasterChef letewww. :D

    @Jiha : Hehehe. Cheeky gedik ni Jiha.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015