Friday, November 25, 2011

1 Tahun 3 Bulan.



Tadi geledah album 'Muhammad Anas Nashriq' kat Facebook. Aku suka tengok gambar-gambar lama Nashriq dari awal kelahiran hinggalah kini. Gambar kat atas tu, adalah seawal 6 jam kelahiran beliau. Muka masih bengkak. Bau newborn semerbak harum. Rindu sangat saat itu. :)

Tengok semua gambar yang ada. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Hinggalah masuk usia setahun. Semuanya meninggalkan kesan yang paling dalam, dalam jiwa aku. Dia mungkin tak comel. Dia mungkin comot. Dia mungkin tak putih dan segak macam anak orang lain. But, he is my sunshine. Matahari yang sentiasa menyinari hidup aku. Siang dan malam. Tanpa gagal.

Mentelaah ABC katanya. :))

Hari ini adalah 25 November 2011. Genap 1 tahun 3 bulan matahari aku ini menyinar. Melihatkan senyuman di wajah kecil ini, aku rasa bahagia sekali. Nothing can't describe the feeling. Rasa sakit bersalin yang aku rasa 1 tahun 3 bulan yang lepas, sudah lama terlupa. Nashriq ubat sakit aku. Painkiller paling hebat, bagi aku.

Di usia 1 tahun 3 bulan ini juga, Nashriq bakal menjadi Abang. Bunyinya terlalu muda. Terlalu kecil untuk sama berkongsi kasih. Masih belum memahami erti 'Adik' pon. Apakah perasaannya nanti saat melihat aku mendukung adik kecil dan menyusukan? Mampukah aku untuk memberi seadil kasih dan sebanyak sayang tanpa kurang dari yang sekarang? 

Mahukah Nashriq mengerti saat itu?

Aku harap, aku mampu memberikan kasih sayang melimpah ruah buat Nashriq dan adiknya nanti tanpa kurang dan cetek. Aku tak mahu Nashriq rasa terganggu dan ketepi hanya kerana nanti dia sudah jadi Abang. Aku mahu adil. Aku mahu sabar. Aku mahu, anak-anak yang penuh cinta.

Lagi berapa hari je sayang, Nashriq akan jadi Abang. 

Selamat ulangbulan ke-15, sunshine Mama. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 comments:

  1. Berdebar kan Aishah. Macamana la reaksi diorang ni nanti bila ada adik. Apa yang Aishah fikir dan risaukan sama dengan apa yang ada dalam kepala otak kita ni.. bezanya aishah tengah menunggu hari kita menunggu bulan (?) hehe..

    ReplyDelete
  2. eh, sape kata tak comel?? Anas Nashriq sangattt comelll. Tak sabar nak tgk adik Nashriq. huhu

    ReplyDelete
  3. eh yer ke aisyah...beza 2 bulan ajer la dgn Yusuf..ingat kan beza banyak...dalam pic tgk gelagat nashriq nampak bijak n udah besar...aduhai tiap kali tgk gambar baby newborn mesti rasa hati tersentuh...tinggginnnn sgt nak bernewborn lagik hehehe...

    p/s : by the way nashriq...autie nak bisik ni kat awak ni...awak ni cute & handsome boy tau...aper la mama ni kan kata awak tak comel...

    ReplyDelete
  4. ayookk kak aisyah!!!!1 nashriq cute okay! handsome tau :))

    selamat melahirkan :) nnt update yer :)

    semoga org akan merasai nikmat memiliki sunshine mcm kak aisyah :))

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. salam and dearest aisyah :)

    saya pembaca blog kamu sejak kamu belum menikah lagi :)

    doa dan harapan semoga family kamu aman dan sejahtera sentiasa, amin.

    semoga selamat melahirkan dan berpantang :)

    ReplyDelete
  7. Aisyah....berdasarkan pengalaman saya.

    1-Bila kuarnya adik nashriq nanti, automatik, kita nampak nashriq dah besar...

    2-Sedih masa nak bersalin, sebab terpaksa tinggalkan anak sulung kita...rindu sgt kat dia! percayalah...

    3- Bila kuarnya baby baru nanti....dan saat si abg datang melawat bersama papanya....huhuhu! Sebak....

    4- Kena menahan diri drp marah..sbb mesti abg nak kacau adik punya....kesian dia!

    Tapi saya rasa Aisyah boleh!!!!!!

    ReplyDelete
  8. @Yantie : Hahaha. Sangat berdebar Yantie. Dengan Nashriq yang ye-ye manja tu. Alahai. Luluh rasa hati ni bila fikirkan. :(

    @Mieyza : Terima kasih Mieyza. Si adik ni entah bila nak keluar ni. Kekekeke.

    @Hidayah : Apalagas? Jom ah kasi Yusuf adik. Kekekeke.

    P/S : Terima kasih, auntie. :))

    @missKiroKuza : Terima kasih. Insya-Allah. Turn awak pon akan tiba. :))

    @Alis : Terima kasih Alis. Amin. :)

    @Chem : Fuh, pengalaman yang mendebarkan tu Chem. Saya ni taktau macam mana nak hadapi nanti. Kena amik tips banyak ni dari awak.

    ReplyDelete
  9. nnt abang ajar adik abc pulak..mak xpyaha susah2 dh nk ajar sbb abg dh terer :)

    ReplyDelete
  10. @Aziyana : Hehehehe. Itu kalau dia nak ajar. Kalau dia buli adik dia? Menangis Mama dia kang. :D

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015