Wednesday, November 9, 2011

Cream Puff Versi Saya.

Sumber gambar dari Pakcik Google.

Berhenti berharap. Jika korang masuk ke dalam sini dengan harapan ingin melihat hasil tangan aku menghasilkan cream puff idaman hati, sila matikan angan-angan korang sekarang. Kerana apa? Kerana cream puff aku telah hanya berjaya dihasilkan separuh jalan. Separuh lagi jalan telah selamat masuk tong sampah. T___T

Iye. Itulah hakikatnya. Aku dengan semangat pergi mencari barang pada hari Jumaat. Kononnya nak buat cream puff kasih sayang di hari Sabtu. Kononnya jugak nak jamu kawan sekolah dan buat lebih untuk hidangan di Hari Raya Haji. Siap beli mixer padahal resepi tu tak pakai mixer pon. Punyalah tak khatam habis membaca resepi. Blergh. Takpelah, mixer boleh digunakan pada masa akan datang. Mana tahu, semangat pavlova akan menjelma dan mencanak-canak minggu ini. Echeh.

Balik kepada kisah cream puff.

Hari Sabtu itu, aku bangun awal pagi dan menyiapkan house chores seperti biasa. Basuh baju, sidai baju, menyediakan sarapan dan mencantikkan anak. Eh, maksud aku, memandi serta menyiapkan anak. Tengahari sikit, siap boleh masak hidangan hebat untuk dijamu teman sekolah yang datang secara mengejut. Peh, bunyi macam super power sangat. Padahal lauk sambal sotong, sup fishball dan telur dadar sahaja #bikinmalu.

Selesai teman sekolah pulang, aku pon belek resepi yang dicetak khas dari blog Nano. Belek punya belek, terus keluarkan bahan-bahan yang harus diguna pakai untuk membuat cream puff idaman hati itu. Semua barang complete okeh. Sangat kagum dengan diri sendiri. Siap telefon Emak untuk berlagak; "Ayang on the way buat cream puff niiii. Jangan jelesssss". Dan Emak menjawab ringkas; "Iyelah tuuuuu. Jangan lupa bawak sini yeee?". Ehek.

Semua bahan cukup. Semua alat ada. Tapi kesungguhan dan kesabaran adalah ditahap kosong. Aku bermula dengan buat cream custard dia tu ha. Awal-awal lagi aku dah kantoi beruk bila semangat bancuh tepung, tepung jagung dan gula di dalam mangkuk yang BESAR punya. Padahal, adunan tu sikit aje. Teruslah rasa down sebab terasa diri ini sangat bodoh tak pandai nak agak adunan. Semangat dah mula merundum. Suami terus blah ke ruang tamu sebab tengok muka isteri dah lain macam. 

"Tak apa. Teruskan ajelah". Hati kecil berbisik. Echeh.

Aku teruskan dengan part-part yang seterusnya. Tapi semua part pon serba tak kena. Aku ni tak penyabar kot. Tak ada jiwa mem-baking. Semua benda aku nak cepat. Main masuk semua benda sampaikan aku pon tak tahu dah jadi apa. Sampai tahap masak adunan cream custard tu atas api pon, aku rasa nak menangis. Sibuk mengomel kenapa cream custard aku tu likat benar. Kenapa tak macam Nano punya. Why ohhh why?

Selesai cream custard, aku simpan masuk fridge. Aku duduk rileks kejap kat ruang tamu sebab masih memikir perihal cream custard yang tak berapa nak rupa cream custard itu. Lama aku duduk melepak sampai Wahid pon tanya; "Dah jadi cream puff awak?". Ehhhhhhh, ini boleh mendatangkan kemarahan tahu? Aku pon terus angkat bontot dan blah menuju dapur. Tak boleh jadi. Nak tak nak, aku kena buat jugak cream puff versi aku. By hook or by crook. Ewah ewah.

Seterusnya cubaan untuk membuat adunan puff-nya itu. Kat sini pon kantoi Nauzubillah. Konon semangat beli penimbang nak timbang tepung. Tapi bila dalam resepi tulis 60 gram, menjajar-jajar aku mencari macam mana nak timbang. Mana nak cari 60 gram ni? Kenapa tiba-tiba terus 200 gram? Nak kira calit-calit garis halus kat timbang tu ke? Ya Allah, super blur dah aku. Last-last, aku tawakal ajelah agak-agak 60 gram tu. Butter pon aku main agak je 45 gram. Tak kisahlah. Yang penting, cream puff mesti jadi.

Dah siap masak adunan semua dalam periuk, aku pon semangat bukak pek piping beg yang baru beli tu. Senyum ni. Senyum. Sebab dah sampai stage akhir. Heeee. Tak sabar yowww. Lepas ni tinggal bakar puff. Lepas bakar, potong puff dan masukkan cream custard. Pastu dah boleh makan. Yippieee!

Aku pon memasukkan adunan PANAS tadi ke dalam piping beg. 

Picit. Picit. Picit dan picit. 

BRAKKKKK. Piping beg pecah di bahagian tengah.

Dan aku pon menangis sambil mencampak piping beg serta semua adunan ke dalam tong sampah. Terus masuk bilik dan tidur dengan lena sampai ke petang. TAMAT.

T___T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

11 comments:

  1. nape jd camtu..tragis kejadian nih..hehe..lnkali cuba lagi yer.. ;)

    ReplyDelete
  2. youtube aishah. senang boleh tengok caranya

    ReplyDelete
  3. haha..aishah. semua kejadian di atas terjadi pada afni, percaya lah! tapi tak nak kena ejek dgn suami, gua cekal continue jugak buat. end up, dapat la siap beberapa bijik dapat sumbat mulut laki supaya dia senyap tak ejek dah..hehe

    ReplyDelete
  4. Aishah, jgn begitu. Nnt cuba lagi ok. Kita buat kalau 1st time mesti nak ada emak kat sebelah. Sbb kita mmg takut dapur kita terbakar. Haha.

    ReplyDelete
  5. aduh kelakar la aishah ni...hehehe yana faham kalu frust bila tang xjadik ni..xper aishah, cream tu leh makan ngn roti, kapit ngn roti buat bekal g keje..sedap

    ReplyDelete
  6. ahahahah..tak tau nak komen ape..gelak jer boleh..hehehe (gelak yang sangat ikhlas ni)

    ReplyDelete
  7. mcm faham je perasaan aishah ni. tapi takpe, sekurangnya aishah ada semangat nak mencuba. kalau saya, awal2 lagi dah tak brani nak cuba sbb mmg tau takkan jadi punya. haha.

    ReplyDelete
  8. aishah... x pe, Hany pon pernah jd gak cegitu... sabo je lah
    sok2 boleh try lagi.. semoga berjaya

    ReplyDelete
  9. @Noli : Itulah. Memang akan cuba selagi boleh. Tak sabarrrr. :))

    @Aishah : Aku dah youtube. Tetap tak faham. Dasar takde hati baking aku ni.

    @Afni : Hehehe. Nasib jugak Wahid tak berani ejek. Kalau dia ejek, memang merajuk 44 hari. Hahahaha.

    @Fie : Tapi Fie punya cream puff tu cantik! Jeles kita okehh.

    @Farhanna : Cubaan kali kedua pon gagal. :(

    @Aziyana : Hehehe. Kita buang aje Yana. Sebab dah keras masuk esbok.

    Pijon : Hahaha. Jangan ah gelak. Malu kita tau! :))

    @Nad : Kita pon tak berani. Tapi sebab nak makan sangat, kena usaha jugak. End up, tetap tak jadi. Kekeke.

    @Hany : Thanks Hany! :))

    ReplyDelete
  10. hahahah.aku br baca ni.aku la tu ttamu yg mharapkn dhidangkn cream pufff..muhahaha!! dh teror lom ni...aku nk lik jb ni...;p

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015