Wednesday, November 30, 2011

PEMENANG : Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?


Bismillahirahmanirahim.

Pertama sekali, saya ingin jelaskan bahawa, SEMUA ORANG ADALAH PEMENANG. TIADA PENGALAH - bak kata Vincent Chong masa menang Akademi Fantasia 1 dulu. Saya ambil masa berhari-hari membaca kesemua 10 entry untuk buat penilaian berdasarkan kriteria yang saya dambakan. Semua entry sangat best. Saya sampaikan terawang-awang dan kembang kempis hidung bila dipuji lebih-lebih.

Ewah kau. Suka kena puji nampak? Penampar nak? :D

Tanpa membuang masa lagi, saya umumkan pemenang bagi Contest Mudah Saya : Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/? 

Treng teng teng teng teng.

Klik gambar 'Question Mark' untuk baca entry pemenang. 

Kenapa saya pilih Nadia

Jawapan saya; Hanya Tuhan yang tahu. :)

Saya berasa dekat dengan Nadia. Seakan berkongsi perasaan. Seakan saya adalah dia dan dia adalah saya. Dari pertama kali saya terima email beliau dalam entry ini, saya selalu rasa yang jiwa kami sama. Saya tahu bunyinya agak over, sebab saya langsung tak pernah jumpa beliau. Haih. 

To Nadia, 
Congratulations sebab awak berjaya 'mencuri' hati saya. Ewah, macam pakwe makwe pulak nak curi mencuri hati kan? Terima kasih sebab sudi jadi kawan saya dan saya harap, persahabatan kita ini takkan mati walau awak dah jauh nun di Kulai. Semoga ada kesempatan untuk kita berjumpa di masa akan datang. Insya-Allah :)

Kepada rakan-rakan peserta yang lain, janganlah berkecil hati. Entry kalian pon bagus juga. Saya suka semua sekali sampai saya sendiri tak tahu nak pilih yang mana. Saya tahu, kesemua entry anda datang dari hati, sebab saya dapat rasakan aura kasih sayang dalam tiap entry anda. 

Ecececece ayat mengampu yang baik punya. :D

Hadiah untuk pemenang utama dan cenderahati untuk setiap peserta akan saya poskan dalam waktu terdekat. Saya dah mula kumpulkan alamat. Cuma Pijon belum respon di email dan Afni, saya tak sempat minta alamatnya lagi. Doakan saya masih mampu dan kuat untuk laksanakan janji saya ini sebelum bersalin.

Terima kasih sekali lagi. Dari lubuk hati saya yang paling dalam.

Lots of LOVE,
Aishah Rahim



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 comments:

  1. Yeay! Xpe Aishah.. kita masuk bukan sekadar nak menang, tapi memang ikhlas dari hati, fashya mmg suka dengan setiap entri yang Aishah tulis.

    Nampak je Aishah update blog, terus klik nak bace. Betul.

    Apapun. tahniah pada Nadia eh.

    ReplyDelete
  2. Time tengok entry ni tadi rasa berdebar-debar je. Macam masuk contest besar hadiah jutaan ringgit. Hehehe.

    Wee..~ Congrats, Nadia! You deserve it! :D

    Tak kecil hati sebab hati dah terubat. Aishah dah mengampu baik punya. :P

    ReplyDelete
  3. Auwww...suwit sangat Aisyah. Tak menang pun dapat hadiah Anyway, congrats kepada Nadia. Semoga kehidupan kalian (Nadia & Aisyah) akan lebih bahagia selepas ini. Hopefully tiada lagi air mata duka. Aminnnn :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Nadia!! Kite da agak nadia menang sebab memang best entry dia :)

    Okeh tak sabar nak tunggu cenderahati dari JB :D

    ReplyDelete
  5. weewwiitt dapat cenderahati jugak..hehe

    btw, congratz nadia =)

    ReplyDelete
  6. Aishah!!!! Tq so much. X sangkanya. Hihi. Mmg berdebar2 nak tahu pemenang. Tak terfikir boleh menang. Hihi. Gembiranya hati saya. Hanya Allah je yg tahu. Saya rasa satu penghargaan besar buat diri saya dari Aishah. Walaupun ini hanya contest biasa, tp saya tetap gembira. Terima kasih diucapkan kepada penganjur, Puan Aishah Rahim, dan para pengundi yang juga Puan Aishah Rahim. Hehe. Tersenyum lebar sorang2 dah dalam kereta ni. Hepy ;D. Tq so much aishah!!! Love u lots! Rasa mahu melompat je!

    p/s: Terima kasih yg tak terhingga juga buat rakan2 blogger Aishah aka rakan karib Aishah atas sokongan dan prihatin pada saya selepas membaca kiriman email saya tempoh hari. Semoga Allah membalas niat murni kalian. Saya betul2 kuat kini. Alhamdulillah ;")

    ReplyDelete
  7. Aishah!!!! Tq so much. X sangkanya. Hihi. Mmg berdebar2 nak tahu pemenang. Tak terfikir boleh menang. Hihi. Gembiranya hati saya. Hanya Allah je yg tahu. Saya rasa satu penghargaan besar buat diri saya dari Aishah. Walaupun ini hanya contest biasa, tp saya tetap gembira. Terima kasih diucapkan kepada penganjur, Puan Aishah Rahim, dan para pengundi yang juga Puan Aishah Rahim. Hehe. Tersenyum lebar sorang2 dah dalam kereta ni. Hepy ;D. Tq so much aishah!!! Love u lots! Rasa mahu melompat je!

    p/s: Terima kasih yg tak terhingga juga buat rakan2 blogger Aishah aka rakan karib Aishah atas sokongan dan prihatin pada saya selepas membaca kiriman email saya tempoh hari. Semoga Allah membalas niat murni kalian. Saya betul2 kuat kini. Alhamdulillah ;")

    ReplyDelete
  8. tahniah nadia..tumpang gumbira sekali hehehe..ohh saya tak bg alamat lagi yer..nnt saya email alamat..yang tak menang pun dapat adiah yer..wahh hebakkk heheh...

    ReplyDelete
  9. To all : Terima kasih tau sebab sudi join contest ini. Rasa terharu sangat. Hadiah masih belum pos. Insya-Allah dalam waktu terdekat. Kalau saya dah terbersalin pon, saya akan usaha jugak. Thanks again kawan-kawan! :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015