Wednesday, November 23, 2011

Pusara Nashrah.

I am now kat rumah Emak. Sedang berehat setelah ke-pitam-an sebaik pulang dari check up 37 minggu pagi tadi. Saje je nak update blog thru email gini. Berlatih untuk persiapan menghadapi tempoh berpantang. Echeh.

Aku lupa nak cerita satu benda penting yang berlaku masa Raya Haji haritu. Aku kan pernah cerita pasal aku buat kepok pusara Nashrah before Raya Aidilfitri dulu tu kan? Aku memang takde pergi-pergi lagi after raya tu. Sebab ramai yang tak galakkan due to aku dah makin sarat hari demi hari.

Then, masa Raya Haji haritu, Kak Ngah pergilah Mahmoodiah nak menziarah pusara Arwah Abah dan Nashrah. Surprisingly, nama kat pusara Nashrah is not 'Nur Anis Nashrah', tapi letak satu nama lain. Aku tak tahulah tukang buat kepok tu tersilap atau sambil lewa ke macam mana. Tapi aku agak kecewa jugaklah bila Kak Ngah called beritahu berita itu.

Aku terus call pakcik yang tukang buat kepok tu. Deal punya deal, dia pon berjanji akan betulkan nama pada pusara Nashrah tu. Iyelah, kalau ikutkan, tak letak nama pon takpe. Sebab dalam surat beranak pon takde nama. Tapi bagi aku, aku nak jugak letak nama sebab this is something memorable buat aku dan suami.

Kejar punya kejar, Khamis lepas barulah pakcik ni siapkan nama Nashrah dan pergi pasang kat pusaranya. Aku memang tak sabar nak pergi tengok memandangkan this is my last chance untuk ziarah kubur Abah dan Nashrah before deliver. Rasa cam touching pulak menaip begini. Last chance? Erm....

Semalam, aku dan suami pon ambil kesempatan sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor. Menujulah kami ke Mahmoodiah untuk ziarah kubur dua orang kesayangan itu. Sunyi aje pagi tu. Hening dan tenang.

Sampai aje ke pusara Arwah Abah dan Nashrah tu, aku terus jenguk bahagian nama untuk si kecil itu. I can't describe the feeling. Tapi bila melihat nama yang selalu kita kenang dan sayang, ingat dan rindu - pada sebatang tiang leper berwarna putih, aku rasa _______

Speechless.

I miss her so much. Dalam tiap doa aku, sentiasa ada nama dia. Nashrah. Nashrah. Nashrah. Nur Anis Nashrah kesayangan Mama.

Aku belum cukup redha. Sebenarnya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. Kak. I can feel you. Tak tau nak kata ape. Kejadian begini memang menduga hamba Allah. Hanya mampu menitipkan kata2 semangat buat akak. Banyak2 bersabar. Kite faham ape yang akak rase.

    Insyaallah akak akan selamat melahirkan bayi dan berjalan lancar segalanya...

    ReplyDelete
  2. nashrah adalah bidadari syurga..

    semoga aisyah selamat melahirkan nanti.. :)

    ReplyDelete
  3. I'm crying...sedih plak bc entry ni.dina imagine camne keadaannya.boleh rasa ape yg aishah rasa..hopefully Aishah redha dgn ketentuan Allah(cam senang je ckp kan?,tp yg menanggung)..

    nasyrah sedia menunggu aishah n husband si syurga.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. @Reen : Thanks Reen. Sebenarnya taktau nak describe feeling tu macam mana. Macam tak percaya pernah ada anak dan sudah tiada. :(

    @Yuyunz : Thanks awak. :)

    @Rdna : Insya-Allah. Sebenarnya semakin redha. Cuma kadang-kadang macam hilang haluan sikit. Tapi, insya-allah akan ok. :)

    @Nadia : Yap. Bukan senang sebenarnya. Sampai sekarang pon masih teringat dan rindu. Tapi, kena kuatkan jugak lah. Insya-Allah.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015