Saya kini dalam minggu ke-35 kehamilan. Lagi 2 minggu untuk masuk fasa dup dap dup dap. Maksudnya juga, lagi 2 minggu lah tarikh tutup untuk Contest Mudah Saya tamat. Semalam, saya terima penyertaan yang kelima dari Nadia.
Nadia ini bukanlah orang asing lagi dalam blog saya. Saya pernah kongsikan kisah beliau dalam entry Kongsi Cerita #2 satu masa dulu. Kisah beliau dan anakanda Najla pernah buat saya menangis teresak-esak. Hinggakan saya rasa rapat dan dekat dengan beliau. Err, memang kami dekat pon. Tapi, selalu ada kekangan masa untuk berjumpa. Kan Nadia? :)
Jom, saya kongsikan email Nadia semalam.
Kenapa saya suka myaishah.blogspot.com
Saya mula kenal dengan blog myaishah.blogspot.com ni lebih kurang seminggu selepas anak saya meninggal dunia. Tak silap saya, waktu tu, orang lain sibuk buat persiapan Aidilfitri, saya pula sibuk meng'google'ing tentang 'Bayi Meninggal Dunia'. Masa tu saya cuba cari kisah dan pengalaman orang lain yang pernah lalui saat kehilangan bayi mereka. Pencarian ini amat penting bagi saya kerana saya sedaya yang boleh cuba mencari sumber kekuatan dari pengalaman hidup orang lain sewaktu saya begitu trauma untuk hadapi pemergian arwah Najla.
Entry pertama saya jumpa dalam blog Aishah ialah Bayi Meninggal Dalam Kandungan.
Entry tu sekadar ceritakan bagaimana kejadian bayi meninggal dunia boleh berlaku sewaktu masih dalam kandungan. Saya mulanya berfikir Aishah sekadar berkongsi tentang keadaan ini di blog Aishah. Bila saya scroll ke bawah dan tengok pada side bar sebelah kanan, saya ternampak Daisypath Bidadari Cinta di Syurga, 9 Oktober 2009 - Nur Anis Nashrah.Saya tak puas hati. Saya cuba baca dan habiskan kesemua entry yang berlaku sekitar tahun 2009. Dari saat Nashrah berhenti bergerak, Aishah berpantang tanpa Nashrah, pengalaman Aishah untuk hadapi saat-saat untuk keluarkan Nashrah. Saya baca berulang kali. Saya add blog Aishah dalam list bookmark saya. Berhari-hari saya cuba khatamkan blog Aishah. Terlompat sana sini entry yang saya baca. Saya betul-betul nak tahu apa yang berlaku pada Nashrah. Saya ceritakan semua cerita Aishah pada suami saya, Edy, dan beberapa kawan baik saya. Dalam pada tu, tanpa sedar, semangat Aishah seolah ditiup ke dalam diri saya. Walaupun saya tak pernah jumpa dan kenal Aishah, tapi bila baca cerita Aishah, saya rasa Aishah begitu dekat dengan saya. Tapi sebelum tu saya nak minta maaf dengan Aishah kerana sepatutnya saya panggil Aishah sebagai Kak Aishah, kerana Aishah lebih tua setahun dari saya. Tapi dah terbahasakan Aishah dari mula, macam janggal pula nak ubah balik. Minta maaf ye Kak Aishah :)
Alhamdulillah, takdir yang telah menemukan saya dengan blog Aishah telah memperlihatkan saya tentang jalan yang masih terbentang luas di hadapan saya. Dua bulan cuti, saya cuba gunakan sepenuhnya untuk pulihkan emosi saya. Walaupun saya boleh tergelak ketawa saat berjumpa dengan orang lain, tapi jauh di sudut hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya jadikan blog Aishah sebagai rujukan. Dari situ juga, saya dapat kekuatan untuk berkongsi kisah hidup saya dengan Aishah. Percaya atau tak, lepas saya email Aishah tempoh hari, saya semacam beroleh sejuta kekuatan. Apatah lagi bila mendapat sokongan dari rakan-rakan Aishah. Alhamdulillah. Saya cuba merancang kehidupan yang lebih baik. Saya cuba menghiburkan hati seperti mana Aishah pernah berusaha untuk mengubat lara Aishah. Macam Jiwa dan Lara pulak.Saya juga cuba menghargai nikmat yang masih ada di sekeliling saya. Suami, ahli keluarga, teman rapat, adalah nikmat yang masih ada untuk saya hargai. Terima kasih Aishah. Blog Aishah secara tidak langsung telah memotivasikan saya dengan pelbagai cerita lucu, suka, duka, dan idea-idea yang bernas.Saya dah pun mula bertugas. Walaupun kita cuma depan mata je, tapi jujur saya akui, saya begitu 'malu-malu kucing' nak jumpa dengan Aishah. Bertentang mata dengan Aishah mungkin boleh menyebabkan saya gugup, tiada sepatah perkataan pun yang mungkin keluar. Erk, tak tahulah ye kenapa perasaan saya semacam ini sekali. Mungkin memang sifat diri saya bila berjumpa pertama kali dengan seseorang, akan menjadikan saya terdiam seribu bahasa dan membatu walhal itu bukanlah diri saya yang sebenar. Heee..
Pernah sekali saya taip mesej untuk dikirim pada Aishah. Kononnya saya nak tanya, kalau-kalau Aishah mengidam ingin makan apa-apa, saya nak tolong cari and hantar ke office Aishah. Tapi, saya cancel dan delete mesej saya itu. Sebab saya terasa macam beria-ia sangat je nak belikan Aishah makanan. Kot-kotlah yang Aishah idam-idamkan tak dapat saya nak tunaikan, lagilah saya malu nanti. Itulah niat murni saya yang kemudian saya batalkan Aishah. Maaf sekali lagi ye Kak Aishah ;))
Berbalik semula pada blog Aishah, saya suka dan setia membaca blog ini kerana himpunan kisah-kisah yang begitu telus dari hati. Dari situ, saya mula membaca blog kawan-kawan Aishah juga. Blog Hannah Johary merangkap kawan baik Aishah, blog mamaelly yang juga pernah kehilangan kembar sulungnya, dan banyak lagi blog rakan-rakan Aishah yang tak mampu saya nak senaraikan di sini. Saya sangat suka cerita-cerita tentang keibubapaan. Kerana saya sangat ingin menjadi seorang ibu kepada anak-anak kami. Doakan saya dapat pengganti seperti Aishah ye. Insya-Allah saya akan cuba untuk menjaga amanah yang diberikan Allah sebaiknya.
Bercerita tentang Nashrah, saya teringat pada surah Alam Nashrah, di mana Allah SWT telah berfirman:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan." [Alam Nashrah : 5-6]
Ya, inilah janji Allah. Dua kali Allah mengulang ayat ini. Bila terbacakan ayat ini, saya teringat pada Nashrah. Dan saya juga yakin Allah akan menggantikan sesuatu yang baik untuk saya sebagai pengganti Najla nanti. Sebagaimana Allah telah memberi ganti kepada Aishah.Ok Aishah. Itu sahaja sebab musabab kenapa saya suka blog Aishah. Dah lama nak email tapi belum berkesempatan. Alhamdulillah, terlaksana sudah hari ini.
Jaga diri Aishah ;)
Anda nak join Contest Mudah Saya jugak?
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
No comments:
Post a Comment
Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)