Friday, November 11, 2011

Dilema 60 Atau 90.

Aku tengah dalam dilema wanita. Bukan di Persimpangan Dilema bak kata Nora. Bukan. Ianya lebih kepada dilema diri sendiri yang tak boleh buat keputusan dengan tepat. Dah berhari-hari aku fikirkan perkara ini. Sampaikan bos pon dah tanya; "Awak nak cuti bersalin 60 hari ke, 90 hari?".

Sesungguhnya aku belum buat keputusan apa pon. :(

Aku terfikir untuk ambil 90 hari. Which is duduk rumah rehat lama sikit bersama anak-anak. Niat sebenar ialah untuk spend the whole maternity leave bagi nak fokus exclusively breastfeeding baby, Insya-Allah. Dalam kepala memang asyik fikir angka 90 aje. I really want long maternity leave. Nak rehat dan nak rehat.

TETAPI, as you all know, kakitangan Kerajaan hanya di provide 300 hari sahaja cuti bersalin sepanjang perkhidmatan. Aku dah ambil 60 hari masa bersalin Nashrah. 60 hari lagi masa bersalin Nashriq. Dan sekarang masih berbaki 180 hari lagi untuk kandungan kali ini dan seterusnya.

Kalau aku ambil 90 hari untuk kandungan kali ini, baki cuti bersalin aku hanya tinggal 90 hari lagi. Cukup-cukup untuk seorang anak sahaja di masa akan datang. Maksudnya, aku kena limit untuk satu kali kandungan sahaja atau cuti bersalin aku yang seterus-terusnya kena ambil cuti tanpa gaji. Wah, bunyi macam nak anak ramai. Heh.

Kalau aku ambil 60 hari pulak untuk kandungan kali ini, aku masih berbaki cuti 120 hari which is boleh  mengandung untuk 2 orang anak lagi! Muahahahaha. Jumlah anak secara keseluruhannya ialah 4 orang tidak termasuk Nashrah. Sedang elok lah tu kan untuk saiz sebuah keluarga dalam menjamin kualiti perkembangan anak-anak di masa akan datang. Eh? Bercakap macam bagus.

Jadi kawan-kawan, tolonglah bantu aku dalam membuat keputusan yang tepat. Nak ambil 60 hari ke atau  90 hari? Kalau korang nak list up pro and cons panjang-panjang pon tak apa. Aku sudi membaca.

Thanks in advance! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

14 comments:

  1. amek je 90 hari.cuti tanpa gaji utk jaga anak kan ade lg..so kalau dah terlebih kuota tu amek je cuti tanpa gaji tu..hehe dah dpt 90 hari free jgn lepaskan peluang.so that boleh ade masa lama dgn anak n BF.

    ReplyDelete
  2. aishah, sebab utama 90 hari ni adalah untuk kita betul2 fit and lebih masa dengan baby kita,ini termasuk lah breastfeeding. tapi bagi nini, if aishah plans nak tambah 2 or more kids, better ambil 60 hari. jangan risaukan penyusuan susu ibu. aishah masih boleh teruskan penyusuan susu ibu, cuma kena kumpul semangat, tenaga dan ilmu untuk teruskan penyusuan ketika mula bekerja. insyaAllah, aishah pasti boleh..

    ReplyDelete
  3. owh....lylie baru habis cuti 90 hari n baru masuk kerja 2 hari...utk ibu baru mcm lylie yg punye ank 2 dan sgt rapat...hohoi....cuti 90 hari adalah tidak mencukupi...rase mcm nk cuti lagi......x cukup mase la asiya..nk jaga kakak...n jaga baby...n bf ank...nk buat stock susu....hihihi....tp kalau aisya seorang yg suke berkerja, baik amik cuti 60 hari je.....90 hari adalah bagus utk spent masa dgn keluarga n ank2...

    ReplyDelete
  4. Kalau orang, 90 kot. Tebus balik tak dapat bf lama anak yang lepas. Kan?

    Next baby takpe, cuti tanpa gaji ok je! Demimu anak :D

    ReplyDelete
  5. klu kt 90 ari kot..lame skit dpt pelok shium ank secara maksima

    ReplyDelete
  6. i vote for 60..:)
    takkan aishah nk anak 3 org jer? mane meriah..hehehhehe..kalau xde ape2 masalah 60 tu ok..tak pun kalau nk amik 70hari ke ok jugak

    ReplyDelete
  7. fasha pun vote for 60 days. sbb nak anak ramai so kalau cuti tanpa gaji mcm tak brapa best jek =p mmg la rasa kejap je dah abis tapi kalau 2 bln takde gaji, hummmm

    ReplyDelete
  8. rembat je gomen dah bagi 90 hari
    amik masa untuk rehat sepenuhnya
    which 90 hari itself mmg tak kan cukup..
    ngan nashriq.ngan baby nanti
    alah...untuk anak ke-4 nanti takpe lah amik je unpaid leave

    ReplyDelete
  9. 60 hari tu mcm tak cukup je. mesti nanti nak lama2 smpi 90 hari. tp kalau nak siap-sedia utk anak2 akan dtg, amik 60 hari je la..insyaallah, sempat cover semuanya..:)

    ReplyDelete
  10. @Nadya : Masih pening memikirkan ni. Harap2 dapat buat keputusan yang tepat sebelum bersalin.

    @Nini : Amin. Thanks for the good advice Nini. Betul-betul buka mata saya. :)

    @Lylie : Tak cukup?? Alamak! Kalau 90 hari pon tak cukup, apatah lagi 60 hari kan? Have to consider back lah macam ni.

    @Reen : Hahaha. Tak sanggup cuti tanpa gaji dik oi. Pengsan kangg. :D

    @Farhana : Hahaha. Kan? Dapat spend time lama sikit kan?

    @Farhanna : Tengah consider lagi ni. Banyak sangat pro and cons dia.

    @Aziyana : Kan? Takkan nak 3 orang je kan? Mesti nak lebih kan? Ecewahhh.

    @Sha : Harus pengsan kalau 2 bulan takde gaji. Hahahaha.

    @Mishawads : Thanks Sha. Memang plan untuk anak akan datang. Kena fikir baik buruknya juga kan?

    ReplyDelete
  11. macam ramai vote utk 90 hari, bole tak afni nak vote utk 60 hari je? hehe.. rasa nya 60 hari pun ok kot aishah. kalo cuti lama2 ni, nnt syg plak nak tinggal kan anak.. =)

    ReplyDelete
  12. @Afni : Yeah!! Dah isi pon borang cuti bersalin tu. Kita memang isi 60 hari. Amacam? Gamble tak? :D

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015