Monday, November 14, 2011

Cream Puff, Cubaan Kali Kedua.

Cubaan pertama, di sini.

Bukanlah mudah nak memuaskan hati seorang wanita mengandung yang asyik memikirkan cream puff sampai setiap malam pergi youtube dan google cara-cara nak buat cream puff. Paling teruk, bila lepas youtube kemudian tertidur dan akhirnya terbawa-bawa ke dalam mimpi. Memang sadis bunyinya. Kedengaran macam desperate sangat. T__T

Jadi, demi untuk tidak menghampakan hati sendiri, aku pon bertekad untuk menjalankan percubaan kali kedua. Malam Sabtu kelmarin telah menjadi saat-saat bersejarah bila pertama kali aku berjaya menyuap cream puff buatan sendiri yang rupanya boleh tahan tetapi rasanya; "Errr, Ma.... Ini baling kat dinding pon, dinding boleh pecah Ma." kata suami. 

Let me show you my 'baling dinding' cream puff. :)

Dia punya cream custard. 
I can say yang part ini memang jadi sebab rasanya sedap. 
Cuma dia jadi likat dan keras sikit lepas masuk fridge.



Dan ini dia punya puff. Nampak macam menarik?
Cer try baling dinding. Mahu retak seribu dinding dapur tu.


Aku tak tahu masalahnya kat mana. Nama pon orang tak pernah baking kan? So, aku memang tak tahu apa yang terlebih dan apa yang terkurang. Aku ikut exactly sebijik-sebijik macam Nano tulis dalam resepi dia. Sukat tepung secara berhemah. Butter siap timbang. Atau, aku terlebih bakar? Huhuhuhu.

Tapi walau apa pon, aku puas hati lah jugak sebab aku berjaya melangkah setapak lagi ke dunia asing (??). Bila suami pon macam laju je makan, aku pon okey aje lah. Cuma aku jelah demand lebih makan sebiji dua sahaja. Mungkin agak kuciwa dengan hasil tangan sendiri kot. Nevermind. Still have time untuk cuba lagi. :))

Okeh. Aku ada soalan untuk otai-otai cream puff semua.

1) Korang selalunya buat puff dulu atau cream custard dulu ek? Sebab, dah dua kali aku buat ni, aku buat cream custard dulu then masuk fridge. By the time puff siap, aku keluarkan cream custard pastu mesti dah likat dan keras. Susah nak letak dalam puff. Tak macam yang aku makan kat pasar malam tu. Cair dan menggiurkan. Ke, aku salah buat? 

2) Masa piping adunan tu atas dulang, korang just tekan setempat dan biarkan adunan terbentuk sendiri atau korang buat pusingan sikit supaya nampak corak? Korang tengok aku punya puff kat atas tu ha. Dah macam siput sedut dah aku tengok. T__T

3) Serius ke kena bakar dua kali? I mean, the first time tu 200'C selama 15 minit and the second time 180'C selama 25 minit? Aku rasa itu kot penyebab puff aku keras semacam. Dah macam biskut raya dah rasanya.

Tolong jawab ye otai-otai. Susu segar still boleh pakai dalam fridge tu. Kalau rajin, memang nak buat lagi malam kang. Peh, gila rajin aku sekarang. Muahahahahaha!

P/S : Good luck to all SPM's candidate. Mine was in 2002. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. klu kt, kt buat cream dlu...
    pastu tak yah masuk fridge sbb puff masak pd hari yg sama jugak kann

    puff tu bakar sekali je aishah..

    ReplyDelete
  3. ni cara yana buat pulak,mmg ikut sebijik cam nano buat tu
    cuma yana buat puff dulu, masa tgh baking puff tu yana buat creamnya..mmg xmasuk peti.aishah xpayah masuk peti sbb benda tu xbasi..
    mmg bakar 2 kali, yana letak dalam bekas kek empat segi, kalau letak dlm tray bakar yg mmg ade dlm oven tu mmg agak garing sikit.xpun, next time aishah kurnagkan sikit suhu tp masa masih sama.
    yg piping tu nk cantik guna nozzle yg bergerigi, mmg ade stail jugak nk nampak cantik. yana buat kali pertama xcantik sngt tp kali kedua buat, mmg kene buat pusingan tp pusingan tu jangan besar sangat.
    xpe aishah, cuba lagi :)

    ReplyDelete
  4. satu lgi, ni step by step buat, mungkin boleh membantu http://fromintankitchen.blogspot.com/search/label/PUFF

    ReplyDelete
  5. 1) Buat cream dlu sng, nt dah siap puff dah sng nak telan, klu cream msuk peti keras/likat boleh je cairkan dgn air panas skit agak²..bg smooth gitu..

    2) Ni ikut kreativiti je..buleh nk pusing²..nak setempat buleh juga tp kene gak tgk nozzle jenis camana...klu tak selepuk la kuanya...klu takde nozel bleh la pusing² sendiri..last sekali bawak ke atas..tu ada kua 'tanduk' tu..

    3) Sy bakar sekali harung je..dan takde renjis2 pun atas puff...
    rsanya 200c adalah sangat panas! suhu 150-180c utk baking...itupn bergantung kpg oven msg²...

    :|boleh tengok sini |: Cream Puff

    ReplyDelete
  6. @Nano : Thanks Na. :)

    @Farhana : Ye ke Na? Nanti nak buat lagi. Thanks eh?

    @Aziyana : Thanks Yana. Aishah dah print cara-cara kat link blog yang Yana bagi tu. Nanti nak study lagi. Hehehe.

    @TintaKibod : Thank you so much!! Banyak advice ni. Nak kena buat lagi dengan semangat! Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Agak-agak kalau kid datang rumah Aishah..
    Aishah nak jamu kid tak dengan creampuff ni... :P
    (matiklahsuruhorangberpantangbuatkuih)

    ReplyDelete
  8. mcm afni aritu buat puff dlu, then sambil2 nak tggu benda tu bakar, baru buat custard die. utk adunan afni buat lingkar2 jugak, tapi hari tu masa afni nak pegi beli cream puff ready made, tgk akak kedai tu buat, dia press setempat je, afni tanya mmg mcm tu ke, dia ckp mcm tu la kalo nk buat cream puff, nnt die terbentuk sndiri. pasal bakar 2 kali, entah la..seingat afni mcm bakar sekali je hari tu..

    haii.. ni rasa cam nak buat lagi ni..

    ReplyDelete
  9. @Kid : Hahahaha. Orang pantang mana boleh buat cream puff. Orang yang datang melawat, boleh bawak tak? :D

    @Afni : Aishah dah buat 3 kali dah masuk yang baru ni Afni. Tetap tak jadi. Malas dah nak buat lagi. Kalau nak makan kang, beli aje lah. Dasar pemalas aku ni.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015