Motif taruk gambar sendiri? Blergh!
Pagi ini sampai office, terus capai beg kecik dalam handbeg yang menyimpan beberapa alat solek yang entah zaman bila punya. Pakai compact powder Silky Girl, garis eye liner Silky Girl kat kelopak mata dan secalit lip balm Lisa Surihani. I'm done!
Tapi ini bukanlah perkara biasa yang aku lakukan. Normally, setiap pagi nak pergi kerja, aku hanya akan pakai bedak Baby's Johnson kongsi dengan Nashriq dan terus blah keluar rumah tanpa secalit gincu pon. Hasilnya? Muka akan nampak seperti dalam pantang 444 hari dan orang keliling pon geleng kepala.
Kenapa hari ini sangat rajin nak make-up make-up?
Entahlah. Tiba-tiba hari ni over rajin pulak. Siap ambil gambar yang tak menahan tu. Officemate duduk depan ajak sembang, aku sibuk camwhoring. Tersengih sambil lentuk leher. Ewahhh, macam comel pulak nak liuk lentok. But this is really not me lah. Aku dah lama meninggalkan zaman-zaman vain itu. Ewah.
Apa yang aku nak cerita kat sini ialah pasal perbezaan mengandung anak pertama, kedua dan ketiga. So many people out there yang bijak jadi tukang telek dan terus boleh teka "Kau ni mengandung anak lelaki lagi ni wehhhh" bila tengok aku selekeh 24 jam dari pagi sampai petang.
Persoalannya, masa Nashrah pon aku selekeh jugak. Tak suka make up. Pergi kerja pakai selipar aje. Paling hebat bila baju pon malas nak gosok. Jadi, tang mana yang menyatakan bahawa bila kita mengandung anak perempuan kita akan nampak presentable, berseri dan suka bermake-up?
Masa Nashriq pon sama. Baju dan tudung langsung tak match. Pakai baju mengandung, bawah senteng atas cetek. Sampai Emak pernah sound yang aku ni tak macam kerani sekolah langsung. Tapi what to do lah kan? Aku memang semulajadi selekeh, pemalas dan kurang rajin nak mencatikkan diri. Kenalah redha dan istiqamah. Eh? #tetiba
Untuk yang ketiga ni pulak, aku menerapkan perangai yang sama seperti kandungan dua terawal. Masih pemalas, kurang rajin, selekeh, pergi kerja pakai selipar, baju pon cari baju yang tak payah gosok dan muka nampak seperti orang yang hidup melarat susah hati. Kesian sungguh kalau ditengok kat cermin. T__T
Itu persamaan. Kalau dari segi perbezaan pulak?
This time punya pregnancy is more to Nashrah's. Look slim walau hakikatnya TIDAK. Aku masih boleh menyarung baju kurung sampai ke hari ini. Adalah seminggu haritu pakai uniform mengandung, pastu aku basuh dan lipat simpan dalam robok. Masih selesa berbaju kurung rasanya. Orang keliling pon kerap menyatakan yang aku nampak slim sikit than masa Nashriq. Kalau masa Nashriq dulu, perut tinggi sampai pakai baju mengandung pon kain senteng. Terasa macam pergi sawah pulak masa tu.
Orang keliling semua akan cakap, "Eh, muat lagi pakai baju kurung?" Aku senyum. Ye, masih muat walau sudah 36 minggu.
What? What? What? 36 minggu?
LESS than 4 weeks??!! #pengsan
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Hahahaha hati kite selalu tergerak nak kata. This time memang baby girl! Yay!!
ReplyDeletemuat lg bj kurung??
ReplyDeletebaby girl ke? Alhamdulillah, bestnya!
ReplyDeleteOmg this is really, really, REALLY not you!
ReplyDeleteI tengok tajuk entry. Tengok gambar. Scroll down nak baca. Tak jadi. Tengok gambar lagi. Scroll down nak baca. Tak jadi lagi. Tengok gambar lagi.
Bila blogger yang tak selalu update gambar sendiri, apatah lagi yang ber-make up cantik dan terlentok begini, rasa macam tak jemu mata memandang. Hehehe.
ok, besok dah boleh bersalin. :P
ReplyDeletewahh nak dpt baby..bestyer=)
ReplyDeletecepat btul masa berlalu, tup2 next week aishah berslin..hehehhehehe
ReplyDeletewah...muat pakai baju kurung lagi...best2...
ReplyDeleteape2 pun didoakan semoga dipermudahkan bersalin dan selamat semuanya...amin
kata org kalo rajin mekap means ank lelaki.haa ye la kot. eiii aishah yg nk bersalin sy pulak yg nervous ishhhh
ReplyDeleteSama la aishah..dina pun 36w still pkai bju kurung.tp bju kurung pahangla.smpai ofismate tegur and paksa suruh pakai maternity dress.tp ntah cam xsesuai je dgn jiwa..
ReplyDelete@Reen : Kita tengok tekaan siapa yang betul! :DDD
ReplyDelete@Farhanna : Serius. Memang masih muat lagi. Tapi nampak sendat. Tapi kita yang pakai rasa selesa lah. Kekeke.
@Fie : Hahaha. Taktau lagi Fie. Doktor scan pon tak confirm.
@Hannah : *blushing* You ada nak makan apa-apa? I belikan? :D
@Mishawads : Yeah! That's the spirit! :D
@Mizfantagiro : Hehehe. Tapi takut jugak. :(
@Aziyana : Kan? Macam baru semalam buat announcement kat blog kan?
@Nads : Thanks Nads. Insya-Allah. :))
@Antalya : Awan nervous, kita lagi nervous ni tawww. Kekeke.
@Rdna : Kita pakai baju kurung biasa je ni Dna. Sendat tapi selesa lah. Malas lah kan nak pakai maternity wear. Tak sesuai dengan kita agaknya.
ReplyDeleteAishah memang manisssssssssssssssssss sangat...!!!!!!
ReplyDeletetak jemu mata memandang... <3
Kid pun bantai seluar je sekarang..
nak pakai gaun maternity tu macam malas sangat.. :P
@Kid : Arghhh! Macam nak pengsan bila Kid kata 'manis' itu. Muahahaha. Kat mana manisnya entah Kid ni.
ReplyDeletekan, lebih senang pakai seluar selagi selesa kan Kid? Aishah pon masih pakai seluar sekarang ni.
sama la dgn afni. dulu masa preg kan dani, selekeh tak beragak. memang rasa tak kuasa nak melawa lgsg..
ReplyDelete@Afni : Tapi simptom ni terbawak tak sampai lepas bersalin? Aishah sampai lepas bersalin pon selekeh, camne? Kekekekeke.
ReplyDelete