Friday, November 25, 2011

Rasa Rindu.

Minggu ini di rumah Emak. Wahid kerja shif petang hingga lewat malam. Aku tidak dibenarkan tinggal berdua di rumah sendiri dengan Nashriq, memandangkan keadaan aku yang makin sarat dan melarat. Maka, berkampunglah kami dua beranak kat Taman Cempaka. Memang syurga! Kekekeke. :))

Apa yang menyeronokkan bila dapat lepak kat rumah Emak, ialah dapat feeling macam zaman anak dara dulu-dulu. Borak sakan terkekek-kekek dua beranak (aku dan Emak) bercerita hal yang entah apa-apa. Kadang-kadang, cerita pergi pasar beli apa pon boleh jadi topik hangat. Tak faham betul dengan perangai kami sendiri. Pelik. Tapi benar.

Tapi semalam, ceritanya lain.

"Dah lama tak gi kubur Kak Nor eh, Mak? Haritu Wahid ada cakap, nanti bila free boleh balik Muar melawat kubur Akak. Bila last kita pergi eh? Entah macam mana kuburnya sekarang."

Aku mulakan bicara. Kisah Kak Nor di sini.

Emak angguk dan diam.

"Tak boleh ingat comel dia macam mana. Tiap kali budak-budak datang ngaji kat rumah Atok, dia akan duduk tengah-tengah dengan rambut toncet dua dia tu. Tergoyang-goyang. Lagi dua hari nak Raya dia pergi. Emak macam nak gila."

Aku pulak yang diam.

"Tiba Hari Raya tu, budak-budak datang rumah Atok asyik tanya, "Nor mana, Tok? Nor mana?". Emak jerit kat budak-budak tu cakap, "Nor dah takde lah!!". Atok marah Emak. Atok kata Emak tak redha ketentuan Tuhan. Masa tu Emak dalam pantang Abang Long. Macam nak gila Emak, Yang".

Aku diam lagi. 

"Dah lah! Pergi tidur sana. Malam-malam ajak berbual. Hehhh." Emak bangun sambil mengelap airmata dan berlalu masuk bilik. Aku masih terkaku duduk di atas kerusi tamu.

Rindu. Perasaan indah yang sakit.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. Kenape ye. Ape je yang akak tulis. Rase terkesan kat hati. Macam reen terlalu dekat dengan akak. Why ek? Why? Akak cerita sedih macam ni, kite dapat rasa sangat. Sedihnye!

    ReplyDelete
  2. setuju ngn reen..ape je yg aishah tulis mcm syahdunya rase...huhuhuhuh

    ReplyDelete
  3. @Reen : Hehehe. Berkongsi rasa Reen. Maksudnya jiwa kita sama, kot? :D

    @Aziyana : Heee. Taklah. Biasa aje. Cuma kadang-kadang, bila tulis dengan emosi, hasilnya pon emosi sikit kot.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015