Tuesday, November 29, 2011

Induce.

Well, keputusan pemenang untuk Contest Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/ belum di finalize. Semunya pon macam hendak di bagi menang. Semuanya pon best-best belaka. Aku confius. Echeh. :D

Mutu kesihatan sekarang ada turun naiknya. Waktu siang, aku boleh melakukan berbagai kerja dengan lagak Superman. Siap boleh cabut langsir dan sembat kakinya sebab mata sangat sakit tengok langsir itu berkibar labuh tunggu masa Nashriq pijak dan roboh "Gedebuk!" menghempap beliau. Sebelum kejadian tidak diingini seperti itu berlaku, lebih baik aku mengambil langkah drastik dan optimistik (???).

Waktu malam pula, aku akan berubah menjadi seekor Ikan Duyung yang ayu (???) di atas katil, kejang satu badan tak boleh berpusing kiri dan kanan. Pastu merengek lah kononnya tak boleh nak pusing-pusing badan. Suami pon confius dengan tahap kesihatan isteri yang berubah mengikut perubahan malam dan siang itu. Hormon kah? Atau sekadar lakonan malas hendak bangun buat susu anak di malam hari? Tumpang lalu, Encik Suami.

Tajuk letak "Induce", tapi membebel panjang-panjang. :D

Aku teringat memori sewaktu hendak mengeluarkan Nashrah dulu (boleh baca entry ini untuk mengimbau kenangan). 5 kali induce dengan Prostin dan 1 kali dengan ubat kayu D8 (2 unit) sudah cukup membuatkan aku lali dengan kesakitan di induce. When almost my friends cakap, "Aku tak nak kena induce, sakit woooo", aku hanya mampu tersenyum. Yes, it is. Sakit bersalin secara induce memang sakit. Tapi, ada ke mana-mana sakit bersalin yang sedap? Tell me?

When it come to Nashriq's turn, aku memang tak sabar betul membawa badan yang berat sampai ke usia kandungan 40 minggu itu. Nasib baiklah dia keluar ngam-ngam 40 minggu tu jugak. Kalau dia overdue? Mahu pengsan aku ke hulu ke hilir terhoyong hayang kan? Dalam sabar tak sabar tu jugak, hati aku selalu terdetik yang aku nak serah diri ke hospital minta induce. Konon macam dah lali lah kan masa Nashrah kena induce bertubi-tubi. So, I don't care sakit nak kena induce. Masa itulah.

Tiba giliran yang ketiga ini pula, simptom ketidaksabaran itu muncul kembali. Ianya disokong bersama dengan simptom badan sudah berat, berpeluh-peluh sakan dan sakit badan atas ke bawah. Serius aku punya peluh menjejeh-jejeh, I tell you. Dah buka kipas, ON pula aircond. But still, aku seperti berada di negara Afrika yang tidak dapat dipastikan suhu terkininya. Azab gila.

Seperti yang kedua itu dulu, sekarang ni, aku asyik sebut je nak serah diri ke hospital untuk di induce. Heh. Macam berani. Padahal memang tak berani pon. Masih terasa 'sedapnya' kena induce time Nashrah tu dulu. Teringat-ingat macam mana aku bergolek atas katil wad sementara menunggu bukaan jalan semua tu kan. Memang 'terbaik' dia punya 'sedap'.

Hendak tak hendak, sabar tak sabar, mampu atau tidak, aku kena hadapi jugak saat-saat terakhir trimester ni dengan tabah kan? Biarkan takdir dan masa yang menentukan segalanya. Cepat atau lambat. Aku cuba  berfikir positif je sekarang ni. Try untuk rileks dan buat macam biasa. Insya-Allah.

Tapi bila terima berita kawan-kawan lain dah selamat bersalin, aku rasa tak sabar semula. Camne? T___T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. aishah,

    marilah kita bertabah.saya lagi 5days to go.ada jugak rasa x sabar.betulla.ujung2 ni badan berat lain mcm.perpeluhan jgn cakap la kan.

    memang rasa x sabar.

    tapi sbb anak 1st, tahap ketakutan dan blur adalah amat tinggi.kikiki

    goodluck utk awak.

    dan juga diri sendiri.keke

    ReplyDelete
  2. terkejut!
    ingtkan aishah dh masuk spital td..ayoyoyo..
    cuak sekejap

    ReplyDelete
  3. sabar aishah..
    bila tiba masa baby akan jenguk dunia

    kita dh 2 kali overdue, 1st lewat 2 hari, 2nd lewat 6 hari...stress jugak tp syukur both normal..

    ReplyDelete
  4. aku mengerti perasaanmu aishah.. haha..

    ReplyDelete
  5. CikGaban : Dah selamat ke belum ni? takde update pon kat blog?

    @Aziyana : Hahaha. Saje buat saspen tuu. :D

    @Ryy.Han : Wah, penyabar betul awak eh? Kita ni tak sabar lah. :(

    @Sab : Hahahaha. Kau dah lepas! Aku ni belum lagi! Kekekeke.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015