Aishah Rahim's Diary

Monday, May 31, 2010

Minggu Ke-28.

"Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita."

Sumber dari mengandung.com.

*********************************************

Setakat ini, aku dah rasa 2 perkara yang aku bold kat atas. Mula-mula aku ingatkan aku dah tua ke hape. Rupanya, memang simptom-simptom memasuki minggu ke-28. Alhamdulillah.

Kekejangan kaki atau simpul biawak semakin berleluasa sekarang ni. Tengah-tengah syok mengulit mimpi, confirm akan terjaga sambil menangis-nangis kejutkan suami. Masa malam pertama kena hari tu, Wahid cemas tak tahu nak buat apa. Makin diurut, makin kuat aku menjerit. Menangis merengek macam kena pukul. Tapi bila dah lega, aku terus tidur macam takde pape. Wahid yang dah terjaga ni terpinga-pinga tak paham satu benda. :)

Simptom pelupa pula berjaya dirasai 2-3 hari yang lepas. Bayangkan, sudah 1 tahun pakai lock code handphone yang sama tak pernah tukar, tiba-tiba terus blank tak ingat sampai sekarang. Penat dah kepala ni memikir apalah nombor nak unlock handphone sendiri. Tapi langsung tak berjaya. Sampai dah kena block. Menggelabah lah Wahid google cara nak unblock lock code handphone isteri yang pelupa secara tiba-tiba. Memang haru.

Semuanya macam serba tak kena. Aku banyak termenung. Diam. Malas nak bercakap. Fikiran tak menentu. Tapi bukan bersedih-sedih. Aku okeh. Aku gembira. Cuma ianya mungkin separuh dari simptom pembawakan. Mungkin. :)

Oh ye. Esok, 3 barangan yang bakal tiba.

Hot Package - Spectra 3 Breastpump Deluxe Set
yang dibeli kat LilKaiStore.


Little Bean: Sterilizer Combo Pack
yang dibeli kat LittleWhiz.
(Tengah ada SALE. RM159.90 sahaja)


MAM: UltiVent Anti-Colic Bottle (160ml)
juga dibeli kat LittleWhiz.


Alhamdulillah. Barang-barang besar dah berjaya dibeli. Tinggal barang-barang kecik aje. Baju bayi pon dah ada 4-5 pasang. Sekarang tengah memikirkan set bersalin untuk diri sendiri. Mungkin akan pakai Jamu Selapan dari Nona Roguy. Sama macam zaman berpantang Nashrah dulu. Tapi belum dipastikan sama ada jamu berkenaan boleh dimakan untuk ibu breastfeeding ke tidak.

Ada cadangan Jamu @ Set Bersalin yang bagus tak?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, May 24, 2010

Jantina.

26 Minggu 5 Hari.
Alhamdulillah.


Masa 1st pregnancy dulu, kami (aku dan Wahid) memang sangat-sangat mengharapkan anak lelaki. Aku ni kolot sikit. Pemikiran aku terikat dengan benda-benda bodoh. Aku selalu fikir dapat anak lelaki untuk 1st child adalah bagus. Nanti anak lelaki boleh jaga mak bapak bila dah tua. Anak lelaki boleh lindungi keluarga. Anak lelaki bagus dan bla bla bla.

Bodoh betul aku ni, kan?

Bila saatnya Nashrah keluar dan jururawat yang menyambut menunjukkan 'anu'nya pada aku yang separuh lalok, serius aku tergamam. Tak dapat describe macam mana punya perasaan time tu. Rasa bersalah. Rasa sedih. Rasa berdosa. Semuanya ada.

Wahid :
"Anak pertama kita perempuan Ma. PEREMPUAN."

T_____T

Wahid pon rasa perasaan yang sama macam aku. Rasa bersalah yang amat sangat terhadap Nashrah. Agaknya, Nashrah merajuk dengan kami. Mama dan Ayah-nya sibuk sangat nak anak lelaki. Nashrah rasa dipinggirkan. Nashrah rasa tidak diperlukan. Mungkin.

Inilah satu perkara yang buat aku tak boleh kering airmata. Tiap kali flashback saat-saat dalam labor room masa jururawat tunjukkan jantina Nashrah, aku mesti menangis. Jahatnya aku sebagai seorang Mak yang memilih-milih anak.

Hinggalah pregnancy yang sekarang ni, aku dan Wahid tak berani buka cerita pasal jantina. Bila orang sekeliling cuba nak main teka-teka, aku pekakkan telinga. Aku takut pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali.

P/S : Entry ini untuk mengingatkan diri aku sendiri.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, May 19, 2010

Barut Bayi & Sedikit Persiapan.

Aku dah kemaruk beli barang online. Sampaikan barut bayi pon nak beli online. Mengada betul. Padahal bukan susah pon nak cari kain putih kat Kamdar pastu hantar pergi jahit kan? Memang dasar mengada aku ni.

Parcel yang ditunggu telah tiba.
Aku punya eksaited, satu pejabat hingak.




Yippiee!!


Barut-barut ini telah dibeli kat CT's Baby Design Collection. Memang comel okeh. Rasa macam nak peluk tak nak lepas. Masa bukak parcel tu, mata bersinar dengan galaknya. Terus sms Kak CT beritahu parcel dah sampai dan aku sangat suka. Plan dalam hati untuk tambah lagi beberapa helai. Tak rugi beli. Memang tak rugi.

Lain-lain persiapan??

Aku ada beli 2 pasang baju baby dan 2 pasang mitten and booties kat Tesco itu hari. Itu pon, aku amik warna selamat. Putih dan Hijau. Memandangkan aku tak tahu lagi atau mungkin tak akan tahu jantina bayi dalam kandungan ni, so, warna selamat adalah lebih baik.

Perasaan??

Seronok sangat sebenarnya. Kalau boleh, setiap hari nak belek beg plastik Tesco tu. Nak peluk dan nak cium baju yang comel-comel. Tapi, aku cuba sembunyikan perasaan eksaited dan buat-buat tak eksaited. Seronok bercampur takut. Hasilnya, SEROKUT. :p

Dalam beg plastik Tesco tu jugaklah aku humban segala macam barang persediaan yang lain. Ada baju recycle anak-anak saudara 4-5 pasang. Barut-barut lama diorang. Kapas kecik-kecik dan Bottle Storage yang aku beli kat Enjoy Breastfeed hari tu. Paling comel, ada sample Pampers Drypers Newborn Size yang Klinik Kesihatan bagi. Itu yang paling sentimental. :)

Bantal kepala dan bantal peluk baby pulak tak perlu beli. Sebab Nenek Wahid dah siap buatkan. Ada 2 biji bantal kepala saiz sederhana, 2 biji bantal peluk dan 1 biji bantal kepala yang kecik molek. Pakai isi kekabu pulak tu. Baru ingat nak beli online. Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur.

Sekarang nak beli tilam kekabu. Tilam sahaja. Ada cadangan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, May 18, 2010

Manfaat Surah Alam Nasyrah & Petua Mendapatkan Anak.

Aku nak kongsi blog post yang Kak Intan tag aku kat Facebook. Kongsi-kongsilah. Mana tau, kita akan dapat syafaat dan kebaikan daripada berkongsi ilmu begini.

*********************************************

Sebentar tadi saya selesai menonton Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek (cuba cari profile FB beliau, tapi tak jumpa). Tajuk menarik untuk hari ni - ANAK ANUGERAH ALLAH. Topik yang saya kira sangat relevan memandangkan senario keruntuhan sosial dan cabaran-cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan konsep pendidikan berlandaskan agama adalah yang terbaik dan juga penyelesaian untuk 1001 macam permasalahan sosial. Semoga sahabat-sahabat dan mungkin saya juga (jika diizinkan Allah) mampu menjalankan amanah ini berlandaskan apa yang seharusnya bagi memastikan generasi akan datang, adalah generasi yang terpelihara dari 1001 macam cabaran masa kini.

Okay, saya sebenarnya nak kongsi beberapa ilmu yang saya peroleh sebentar tadi.

MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bahagian pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana.

:)

*********************************************

Entry ni buat aku rindu pada Nur Anis Nashrah (Cahaya, Teman Rapat, Lapang Dada). Miss and love you so much sayang. Al-Fatihah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, May 17, 2010

Halal Haram Susu.

Tengahari tadi aku dapat email dari seorang rakan pembaca. Beliau ni sangat-sangat prihatin okeh. Memandangkan aku pernah mention susu pilihan hati KALAU AKU TIDAK BREASTFEED kat entry yang ini, maka beliau pon bergegas meng-email untuk memberitahu status halal haram susu berkenaan. Terima kasih banyak-banyak ye Hazwani. :)

Aku kongsi kandungan email kat bawah ni. Selamat beramal!

*********************************************

Peringatan : Bagi yang bakal melahirkan atau sudah melahirkan, diharap menghindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh dan solehah.

*SUSU SIMILAC*

Sorry terpaksa info pasal benda ini untuk pengetahuan mothers to be. And please inform this to your friends ok. Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor - Persatuan Pengguna Islam Malaysia bahawa Susu formula SIMILAC diragui status halalnya. Susu ini pun quite famous. Ada di pasaran. Susu ini dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya. Susu ini juga sudah dikategorikan TIDAK HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.

Susu Similac ini adalah product Abbott Laboratories. Selain Similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:

1) Isomil
2) Gain
3) Gain Plus
4) Grow
5) Pediasure
6) Ensure

Berkaitan status halal haram 6 susu kat atas ni, harap kita dapat information ASAP. Info untuk kawan-kawan yang ada anak, adik, anak saudara yang minum susu berkenaan.

*********************************************

Wallahualam.

Entry ni untuk perkongsian bersama. Kalau ada kesilapan fakta atau salah info, bolehlah kita share dan bincang sama-sama. Sharing is caring kan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015